Jus Tiga Serangkai

Jus Tiga Serangkai

Share

Berkongsi penyelesaian masalah kesihatan terutamanya Penyakit Tiga Serangkai iaitu Penyakit Jantung

02/06/2021

๐Ÿ‚MANFAAT HALIA BARA (HALIA MERAH) UNTUK KESIHATAN๐Ÿ‚

1. Meredakan sakit senggugut
Apabila mendekati tarikh datang bulan, ada sesetengah wanita yang mengalami kekejangan atau senggugut di bahagian perut. Apa kata anda cuba teh atau air rebusan halia ini yang terbukti boleh membantu meredakan sakit senggugut?
Tidak menghairankan halia bara merupakan alternatif yang baik sebagai ubat semula jadi merawat senggugut, malahan ia berkesan untuk tempoh yang cepat.
-
2. Meningkatkan sistem kekebalan tubuh
Sekiranya perut kosong contohnya ketika berpuasa, kita perlu menjaga kekebalan tubuh agar sentiasa cergas dan fit. Ini membolehkan kita menjalani aktiviti fizikal secara maksimum..
Pengambilan halia secara kerap diketahui boleh meningkatkan kekebalan tubuh kita. Ekstrak halia bara yang dibuat teh boleh mencegah dan membunuh bakteria berbahaya dalam tubuh sehingga sistem kekebalan tubuh akan jauh lebih kuat selama perut kosong atau berpuasa.

3. Meningkatkan tahap kesuburan
Bagi wanita, kesuburan merupakan hal yang penting kerana berkaitan dengan reproduksi. Tahukah anda, salah satu manfaat halia bara ini boleh meningkatkan kesuburan?
Tumbuhan herba ini memiliki kandungan L-arginine yang memiliki fungsi kelancaran perjalanan darah di dalam tubuh. Secara tak langsung, ia boleh membantu kemasukkan oksigen ke rahim dan ovari sebagai tempat sel telur dihasilkan. Apabila mekanisme ini berjalan lancar, kemungkinan pembuahan juga akan lebih tinggi.
-
4. Mengurangkan kolesterol jahat
Kajian menunjukkan bahawa orang yang makan kurang dari 3 gram halia bara setiap hari akan mengalami penurunan trigliserida dan kolesterol jahat lebih tinggi, dibandingkan dengan orang yang tidak mengamalkan pengambilannya.
-
5. melambatkan proses penuaan
Kandungan antioksidannya membantu menjaga kulit agar tampak lebih cantik dan sihat. Ini diketahui juga boleh menangkal radikal bebas yang mempercepat kerosakan kolagen dan kulit, malah membantu meningkatkan elastisiti dan kehalusan kulit.

JUS TIGA SERANGKAI PREMIUM MENGANDUNGI HALIA BARA DAN 34 BAHAN HERBA BOTANI YANG AMAT TINGGI SERAT SEBAGAI PEMAKANAN TERBAIK UNTU PENYAKIT TIGA SERANGKAI ๐Ÿฅฐ

31/05/2021

๐Ÿฅ๐‘ฒ๐‘ฏ๐‘จ๐‘บ๐‘ฐ๐‘จ๐‘ป ๐‘ป๐‘ฌ๐‘ด๐‘ผ๐‘ณ๐‘จ๐‘พ๐‘จ๐‘ฒ ๐‘ผ๐‘ต๐‘ป๐‘ผ๐‘ฒ ๐‘ฒ๐‘ฌ๐‘บ๐‘ฐ๐‘ฏ๐‘จ๐‘ป๐‘จ๐‘ต๐Ÿฅ

-Membantu sistem penghadaman
Bagi yang menghadapi masalah penghadaman seperti masalah sakit yang berulang, tidak selesa pada bahagian atas perut dan rasa senak, dengan mengambil halia mampu mengatasi masalah tersebut. Temulawak terkenal sebagai pembantu kepada sistem pencernaan. Kajian mendapati dengan mengambil halia dapat mempercepatkan proses pengosongan perut dan mengurangkan simptom tersebut.
-
-. Membantu menurunkan berat badan
Temulawak dapat membantu menurunkan berat badan dalam kajian terhadap manusia dan tikus makmal. Terdapat kajian mengatakan Temulawak mampu mengurangkan berat badan, nisbah pinggang-pinggul, dan nisbah pinggul dalam kalangan obesiti dan berat badan berlebihan. Malah, terdapat juga kajian di mana halia mampu menurunkan indeks j***m tubuh (BMI). Namun, kajian tersebut mengambil halia dalam kuantiti yang banyak iaitu 2g serbuk halia sehari selama 12 minggu. Temulawak mampu memberikan kesan positif kepada obesiti dan pengurangan berat badan. Namun, harus di ingat kemampuan halia mempengaruhi penurunan berat badan mungkin berkait rapat dengan mekanisme lain dalam meningkatkan kalori terbakar.
-
- Mengurangkan keradangan โ€“ Osteoarthritis.
Osteoarthritis sangat biasa berlaku dalam kalangan masyarakat. Osteoarthritis ialah apabila berlaku kemerosotan sendi pada tubuh badan sehingga terdapat simptom seperti sakit pada sendi dan sendi menjadi keras (stiffness). Pengambilan temulawak 500g sehari selama 3 minggu mampu mengurangkan keradangan osteoarthritis terutamanya osteoarthritis pada lutut.

JUS TIGA SERANGKAI PREMIUM MENGANDUNGI TEMULAWAK DAN 34 BAHAN HERBA BOTANI YANG AMAT TINGGI SERAT SEBAGAI PEMAKANAN TERBAIK UNTU PENYAKIT TIGA SERANGKAI ๐Ÿฅฐ

27/05/2021

๐Ÿ‚๐Š๐‡๐€๐’๐ˆ๐€๐“ ๐‰๐ˆ๐๐“๐€๐ ๐Œ๐€๐๐ˆ๐’ ๐”๐๐“๐”๐Š ๐Š๐„๐’๐ˆ๐‡๐€๐“๐€๐๐Ÿ‚

1. Melangsingkan badan
Khasiat jintan manis yang paling terkenal ialah untuk melangsingkan badan. Jintan manis membantu membakar lemak, meningkatkan kadar metabolisma, dan menurunkan berat badan anda dengan cepat. Anda perlu minum teh jintan manis sekurang-kurangnya 3 kali sehari sebelum mengambil makanan berat. Namun harus diingat, untuk mendapat kesan yang optimum dari teh jintan manis ini, anda perlu menjaga pemakanan dan melakukan senaman. Dari sudut sains p**a, jintan manis sememangnya membantu proses pencernaan. Ini telah dibuktikan oleh kajian oleh Johri pada tahun 2011. Kajian ini turut menyatakan bahawa jintan manis kaya dengan anti oksida yang sememangnya baik untuk untuk kesihatan. Dalam kajian berlainan oleh Agah dan rakan-rakan pada tahun 2013 p**a mendapati bahawa simpton pesakit yang mempunyai simpton irritable bowel syndrome (IBS) diberi dengan rawatan jintan manis selama dua minggu berkurangan.
-
2. Anti penuaan
Wanita yang mengamalkan jintan manis dalam menu setiap hari akan mendapati bahawa garis halus akan lambat tumbuh diwajah mereka. Ia berlaku kerana jintan manis mengandungi bahan yang melawan radikal bebas dan memastikan sel kulit mendapat oksigen yang secukupnya.Pada tahun 2007, sekump**an penyelidik dari Iran berjaya mengenal pasti beberapa kandungan antioksidan dalam jintan manis yang mempunyai kuasa melawan radikal bebas yang tinggi. Mereka menghasilkan minyak pati jintan manis yang mengandungi sebatian antioksidan seperti ฮฑ-pinene (29.1%), 1,8-cineole (17.9%) dan linalool (10.4%).
-
3. Membuang toksin dari badan
Jintan manis juga boleh digunakan untuk membuang toksin yang terkumpul dalam badan. Di antara tanda badan anda mengandungi terlalu banyak toksik ialah selalu penat, mudah mengantuk, berasa malas, tidak bertenaga, dan tidur yang tidak lena. Jika anda mempunyai simptom-simptom yang dinyatakan Pembuangan toksin ini boleh dikaitkan dengan penyingkiran melalui ikatan bersama sebatian bioaktif dan antioksidan jintan manis seperti yang diterangkan dalam perenggan-perenggan di atas.
-
4. Menghilangkan selulit
Pes jintan manis juga digunakan secara tradisional untuk menghilangkan selulit degil pada kulit anda.
-
5. Kaya Dengan Zat Besi
Jintan manis juga kaya dengan zat besi. Didapati sesudu teh jintan manis mengandungi 1.4 mg zat besi. Sekadar maklumat 1 daripada 5 orang dewasa biasanya didapati mengalami masalah kekurangan zat besi. Ianya sangat membantu dalam pertumbuhan kanak-kanak dan masalah period wanita (Parker-Williams,2019). Walaupun sekadar penambahan perisa tambahan, ianya sangat membantu mencukupkan keperluan zat besi individu.
-
6. Kawal tahap kolesterol
Jintan manis kaya dgn vitamin C-B-A, bermanfaat mengekalkan daya tahan badan terhadap serangan penyakit di samping dapat mengurangkan kadar kolesterol berbahaya dalam badan. Kadar seratnya yang tinggi dapat mencegah berlakunya buasir dan kanser usus. Jintan manis mengandungi โ€˜anetholeโ€™, sangat perlu untuk merawat masalah bengkak atau radang pada sendi, tulang dan otot! โ€˜Anetholeโ€™ juga diyakini dapat mengurangkan risiko keberulangan (recurrennce) penyakit kanser. Kajian menunjukkan penggunaan โ€˜anetholeโ€™ dapat menyekat kemaraan โ€˜tumor necrosis factorโ€™ dalam tubuh manusia.

JUS TIGA SERANGKAI PREMIUM MENGANDUNGI JINTAN MANIS DAN 34 BAHAN HERBA BOTANI YANG AMAT TINGGI SERAT SEBAGAI PEMAKANAN TERBAIK UNTU PENYAKIT TIGA SERANGKAI ๐Ÿฅฐ

25/05/2021

๐Ÿผ ๐’ฆ๐ป๐’œ๐’ฎ๐ผ๐’œ๐’ฏ ๐’œ๐’ฎ๐’œ๐‘€ ๐’ฅ๐’œ๐’ฒ๐’œ ๐’ฐ๐’ฉ๐’ฏ๐’ฐ๐’ฆ ๐’ฆ๐ธ๐’ฎ๐ผ๐ป๐’œ๐’ฏ๐’œ๐’ฉ ๐Ÿผ

1. Membersihkan badan dari toksin
Kunyit asam jawa mempunyai banyak manfaat pada tubuh badan, salah satunya adalah membersihkan toksin dalam badan. Toksin boleh masuk dan berada di dalam badan melalui makanan atau ubat yang kita makan. Untuk mengeluarkannya dari badan, anda boleh menggunakan ubat herba kunyit asam jawa (Karanti) sebagai agen detoks semulajadi.
-
2. Membantu menurunkan berat badan
Kelebihan kunyit asam jawa ini sememangnya sangat disukai ramai terutama oleh golongan wanita kerana ia dapat membantu menurunkan berat badan. Sifat asam jawa yang dapat menahan rasa lapar dan merasa kenyang dengan lebih lama tentunya dapat mencegah seseorang makan berlebihan lantas membolehkan mereka mendapat berat badan yang ideal. Selain itu, kunyit asam jawa juga berkesan untuk membakar lemak di dalam badan selain berfungsi sebagai air detoks. Sekiranya, ingin kurus, minumlah sebotol Kiranti bermula dari sekarang.
-
3. Mencegah dan merawat keradangan
Sifat anti-radang kunyit dapat diperkuat untuk mencegah serta menyembuhkan pelbagai penyakit yang timbul akibat jangkitan seperti sakit tekak, radang tongsil, ulser mulut, tifus, dan sebagainya.
-
4. Mencegah diabetes
Salah satu khasiat kunyit asam jawa adalah kemampuannya menurunkan kadar gula dalam darah sehingga diabetes tidak akan berani menghampiri.
-
5. Mencegah dan melegakan gangguan perut
Sekiranya perut anda sering kembung, sneak, cirit-birit, cubalah minum kunyit asam jawa secara berkala untuk mencegah atau mengatasinya.
-
6. Menambah darah dalam badan
Kerana kunyit juga mengandung zat besi yang dapat merangsang pengeluaran sel darah merah, herba ini juga diandaikan dapat mengubati anemia.

JUS TIGA SERANGKAI PREMIUM MENGANDUNGI ASAM JAWA DAN 34 BAHAN HERBA BOTANI YANG AMAT TINGGI SERAT SEBAGAI PEMAKANAN TERBAIK UNTU PENYAKIT TIGA SERANGKAI ๐Ÿฅฐ

24/05/2021

๐Ÿฅ๐Ÿฅ ๐—ž๐—›๐—”๐—ฆ๐—œ๐—”๐—ง ๐—•๐—จ๐—”๐—› ๐—ž๐—œ๐—ช๐—œ ๐—จ๐—ก๐—ง๐—จ๐—ž ๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—œ๐—›๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐Ÿฅ๐Ÿฅ

1. Baik untuk Asma
Asma merupakan suatu keadaan yang disebabkan oleh penyempitan saluran pernafasan oleh seseorang individu. Walaupun ada sesetengah keadaan asma adalah tidak membahayakan, namun asma yang teruk boleh menyebabkan kematian. Kajian mendapati pengambilan buah kiwi yang mengandungi vitamin C dan antioksida yang lain mampu mengubati individu yang menghidapi asma dengan memperbaiki fungsi paru-paru serta mengurangkan nafas berbunyi (wheezing) pada kanak-kanak.
-
2. Membantu pencernaan
Sistem pencernaan yang baik adalah penting bagi memastikan badan mendapat khasiat daripada pemakanan. Jika makanan yang diambil tidak dicernakan dengan baik, badan akan kekurangan zat serta berisiko untuk mendapat penyakit. Buah kiwi mengandungi kompoun aktinidin, sejenis enjim proteolitik yang berfungsi untuk membantu penghadaman protein dalam badan. Justeru, pengambilan buah kiwi dilihat sangat baik bagi seseorang individu untuk mendapatkan sistem pencernaan dan penghadaman yang sihat.
-
3. Meningkatkan sistem imun badan
Tubuh badan kita mempunyai sistem pertahanan yang tersendiri, berfungsi memelihara diri daripada penyakit. Sistem ini dikenali sebagai sistem imun badan. Tanpa sistem imun yang baik, seseorang individu akan mudah dijangkiti penyakit dan kesihatannya akan merosot. Buah kiwi adalah kaya dengan nutrien dan memiliki kandungan vitamin C yang tinggi, berfungsi untuk meningkatkan sistem imun badan serta mengurangkan risiko seseorang individu daripada dijangkiti penyakit. Justeru, pengambilan buah kiwi dalam diet seharian dilihat mampu memberikan manfaat kepada sistem imun badan seseorang individu.
-
4. Membantu mengawal tekanan darah
Tekanan darah yang tinggi oleh seseorang individu akan menyebabkan risiko kepada beberapa masalah kesihatan lain seperti strok dan juga serangan jantung. Tekanan darah yang tinggi ini terjadi disebabkan beberapa faktor, antaranya pemakanan yang tidak sihat yang mengandungi garam (sodium) yang tinggi serta keradangan pada salur darah. Menurut kajian, buah kiwi memiliki komponen bioaktif yang mampu menurunkan tekanan darah seterusnya menurunkan risiko seseorang individu mendapat strok, serangan jantung dan sebagainya.
-
5. Mengurangkan pembekuan darah
Darah bertindak sebagai sistem pengangkutan dalam tubuh badan. Oksigen, gula dan beberapa lagi komponen lain disalurkan kepada organ-organ dalam badan melalui salur darah. Namun, andai terdapat penyumbatan pada salur darah, masalah kesihatan lain seperti strok dan serangan jantung akan berlaku. Menurut kajian, buah kiwi mampu bertindak mengurangkan pembekuan darah seterusnya memastikan pengaliran darah yang baik. Buah kiwi juga didapati mempunyai kesan seakan-akan aspirin, iaitu sejenis ubat pencair darah, yang mampu meningkatkan kesihatan jantung.
-
6.Berfungsi sebagai anti-keradangan
Keradangan merupakan salah satu proses semulajadi yang berlaku didalam tubuh badan. Ia merupakan suatu mekanisme pertahanan badan yang memainkan peranan penting dalam proses penyembuhan. Namun begitu, keradangan untuk tempoh masa yang lama, atau dikenali juga sebagai keradangan kronik, akan menyebabkan penyakit-penyakit lain seperti artritis, sakit jantung dan banyak lagi.

JUS TIGA SERANGKAI PREMIUM MENGANDUNGI BUAH KIWI DAN 34 BAHAN HERBA BOTANI YANG AMAT TINGGI SERAT SEBAGAI PEMAKANAN TERBAIK UNTU PENYAKIT TIGA SERANGKAI ๐Ÿฅฐ

22/05/2021

๐Ÿ‚ ๐Š๐‡๐€๐’๐ˆ๐€๐“ ๐๐€๐๐€๐— ๐†๐ˆ๐๐’๐„๐๐† ๐”๐๐“๐”๐Š ๐Š๐„๐’๐ˆ๐‡๐€๐“๐€๐ ๐“๐”๐๐”๐‡ ๐๐€๐ƒ๐€๐ ๐Ÿ‚

1. Meningkatkan tenaga
Ginseng mungkin membantu merangsang aktiviti fizikal dan mental pada seseorang yang terasa lemah dan kepenatan. Satu kajian menunjukkan hasil yang baik dalam membantu pesakit kanser yang mengalami keletihan. Namun begitu, kesan peningkatan tenaga ginseng hanya boleh dilihat pada individu yang menjalani rawatan. Ia tidak menunjukkan peningkatan yang bererti secara statistik di kalangan mereka yang telah selesai menjalani rawatan kanser.
dengan bulimia, anda mungkin terlalu taksub tentang berat dan bentuk badan anda.
-
2. Merawat disfungsi ereksi dan tingkatkan kesuburan lelaki
Ginseng dianggap sebagai tonik atau adaptogenik yang meningkatkan prestasi seksual dan fizikal serta mempertingkatkan tenaga. Di dalam satu kajian melibatkan 45 lelaki yang mengalami disfungsi ereksi, ginseng merah Korea (900 mg, 3 kali sehari) meningkatkan prestasi seksual keseluruhannya. 60% pesakit mengalami peningkatan ereksi, membuatkan ia menjadi rawatan efektif untuk disfungsi ereksi. Dalam kajian lain yang melibatkan 90 lelaki, ia mempunyai kadar keberkesanan yang sama tetapi 30% kump**an placebo juga menampakkan peningkatan.
-
3. Baik untuk fungsi otak
Ginseng juga boleh mempertingkatkan fungsi otak seperti memori, tingkah laku dan mood. Sesetengah ujian tiub dan kajian haiwan menunjukkan komponen di dalamnya seperti ginsenosides dan sebatian K, melindungi otak daripada kerosakkan yang disebabkan oleh radikal bebas. Satu kajian melibatkan 30 individu sihat yang mengambil 200 mg ginseng Panax setiap hari untuk 4 minggu. Di akhir kajian, mereka menunjukkan peningkatan kesihatan mental, fungsi sosial dan mood. Namun begitu, kebaikan ini berhenti menjadi signifikan selepas 8 minggu, mengatakan bahawa kesannya mungkin berkurangan apabila digunakan berterusan.
-
4. Mempunyai kesan anti-keradangan
Ginsenosides mungkin mempunyai kesan anti radang, berdasarkan hasil percubaan di dalam Journal of Translational Medicine.
Ia selalunya digunakan untuk mengurangkan keradangan. Pengkaji mengatakan bahawa ginsenosides mungkin memberi kebaikan kepada sistem imum yang boleh mengurangkan keradangan.
-
6. Menentang kanser
Selain itu, ia juga berfungsi untuk membantu dalam merendahkan risiko sesetengah kanser. Ginsenosides di dalam herba menunjukan bahawa ia membantu mengurangkan keradangan dan memberikan perlindungan anti oksidan. Kitaran sel adalah proses di mana sel tumbuh secara normal dan terbelah. Ginsenosides boleh memberi manfaat pada kitaran ini dengan menghalang penghasilan dan pertumbuhan sel yang tidak normal. Kajian sesetengah pengkaji menyimpulkan bahawa individu yang mengambilnya sebagai sebahagian daripada diet mungkin mempunyai 6% risiko yang rendah dalam pembentukan kanser, seperti kanser bibir, mulut, esophagus, perut, kolon, hati dan paru-paru, berbanding mereka yang tidak mengambilnya. Ia mungkin juga membantu mempertingkatkan kesihatan pesakit yang menjalani kemoterapi, mengurangkan kesan sampingan dan meningkatkan kesan sesetengah ubat rawatan. Kajian pada fungsi ginseng dalam pencegahan kanser yang menunjukkan beberapa kebaikan, namun ia masih tidak pasti.
-
7. Mencegah selesema
Kajian pada kesan ginseng pada tikus menunjukkan kaitan yang berkemungkinan tentang ginseng dan rawatan serta pencegahan influenza dan pernafasan syncytial virus (RSV). Kajian menunjukkan ekstrak ginseng merah mungkin meningkatkan daya hidup sel epithelial paru โ€“ paru manusia yang dijangkiti virus influenza. Namun begitu, terdapat banyak kajian tindakan ginseng menentang virus tetapi kemudiannya dikatakan penyelidikan tersebut dikatakan diragui dan tidak boleh dipercayai.
-
8. Menurunkan gula dalam darah
Sesetengah kajian menunjukkan ginseng mungkin membantu merendahkan tahap gula dalam darah anda dan membantu merawat diabetes. Ginsenosides mungkin memberi kesan pada penghasilan insulin di dalam pankreas dan mempertingkatkan ketahanan insulin menggunakan mekanisma lain.
-
9. Melawan kepenatan dan meningkatkan tahap tenaga
Ia dilihat membantu melawan keletihan dan meningkatkan tenaga. Pelbagai kajian haiwan berkaitan dengan sesetengah komponen ginseng seperti polysaccharides dan oligopeptides dengan merendahkan tekanan oksidatif dan meningkatkan penghasilan tenaga di dalam sel, di mana membantu melawan keletihan. Satu kajian 4 minggu mengenalpasti kesan memberikan 1 atau 2 gram Panax ginseng atau placebo pada 90 individu yang menghidapi keletihan kronik. Panax ginseng yang diberi dilihat mengurangkan keletihan fizikal dan mental, serta mengurangkan tekanan oksidatif berbanding mengambil placebo. Memandangkan pelbagai kebaikan kesihatan ginseng sebagai suplemen adalah tidak pasti atau tidak disahkan, ia masih selamat untuk mengambilnya sebagai herba dalm dos yang sedikit jika ia memberikan anda kesan berkhasiat pada anda. Suplemen boleh didapati untuk dibeli di atas talian. Bandingkan jenama dan produk untuk memastikan suplemen yang anda beli adalah sesuai dan selamat untuk anda. Selalulah bercakap dan berbincang dengan doktor anda sebelum mengambil suplemen baharu.

JUS TIGA SERANGKAI PREMIUM MENGANDUNGI PANAX GINSENG DAN 34 BAHAN HERBA BOTANI YANG AMAT TINGGI SERAT SEBAGAI PEMAKANAN TERBAIK UNTU PENYAKIT TIGA SERANGKAI ๐Ÿฅฐ

21/05/2021

๐Ÿง‚๐™†๐™ƒ๐˜ผ๐™Ž๐™„๐˜ผ๐™ ๐˜ฟ๐˜ผ๐™๐™‰ ๐˜ฝ๐™€๐™‡๐˜ผ๐™‡๐˜ผ๐™„ ๐™๐™‰๐™๐™๐™† ๐™†๐™€๐™Ž๐™„๐™ƒ๐˜ผ๐™๐˜ผ๐™‰ ๐Ÿง‚

1) Anti Oksida Yang Baik
Menurut kajian Jabatan Bioteknologi, Sekolah Teknologi Kesihatan, Universiti Ming Chuan, Taiwan, daun belalai gajah terbukti sebagai agen anti oksida yang baik. Fungsi anti oksida ialah mengurangkan kesan radikal bebas dalam tubuh badan.
_
2) Melambatkan Pertumbuhan Sel Kanser
Sementara itu, kajian dari Fakulti Perubatan dan Kesihatan Sains, Universiti Putra Malaysia (UPM), menyatakan daun belalai gajah bukan sahaja berfungsi sebagai anti-oksida, bahkan mampu melambatkan pertumbuhan sel kanser.
_
3) Flavonoid
Flavonoid merupakan salah satu kandungan tertinggi yang terkandung dalam daun belalai gajah ini. Kandungan ini sendiri adalah salah satu jenis antioksidan yang mampu mencegah kanser dan penyakit kardiovaskular lainnya.
_
4) Zat Mineral
Banyak kandungan mineral penting yang terkandung dalam daun belalai gajah seperti vitamin. Lebih dari 45% terdiri daripada protein mentah dan 17 asid amino yang memberikan nilai baik bagi kesihatan. Ia juga kaya dengan vitamin C, protein dan serat yang mampu melawan radikal bebas yang membantu dalam pencegahan kanser. Mengandungi mineral fosforus, kalsium, magnesium, dan zat besi. Daun belalai gajah juga memiliki kandungan kimia lain seperti alkaloid, saponin dan bersifat direutik.

JUS TIGA SERANGKAI PREMIUM MENGANDUNGI DAUN GAJAH BELALAI DAN 34 BAHAN HERBA BOTANI YANG AMAT TINGGI SERAT SEBAGAI PEMAKANAN TERBAIK UNTU PENYAKIT TIGA SERANGKAI ๐Ÿฅฐ
๐Ÿง‚๐Ÿง‚

20/05/2021

๐Ÿ‘๐’ฆ๐ป๐’œ๐’ฎ๐ผ๐’œ๐’ฏ ๐’ž๐’œ๐‘€๐’ฐ ๐’ž๐’œ๐‘€๐’ฐ ๐’ฐ๐’ฉ๐’ฏ๐’ฐ๐’ฆ ๐’ฆ๐ธ๐’ฎ๐ผ๐ป๐’œ๐’ฏ๐’œ๐’ฉ ๐Ÿ‘

1. Kolagen
Kepadatan vitamin C di dalam Camu Camu merupakan unsur aktif bagi menghasil dan menyihatkan kolagen tubuh. Sebenarnya, vitamin C terlibat secara lansung dalam setiap peringkat penghasilan kolagen, sejenis protein yang paling banyak di dalam tubuh dan terdapat pada setiap anggota tubuh, berupa serat putih yang liat dan teguh, lebih teguh dari kawat/dawai logam yang sama ukuran. Juga sebagai "elatin" berwarna kuning (lapisan pelindung pada urat saraf), kolagen merupakan komponen utama pada serat-serat tisu yang saling berhubung; seperti kulit, tendon, ligamen, cartilage, jantung, cornea mata, tulang, gigi, usus, pembuluh-pembuluh dan saluran-saluran darah, bahkan pada setiap bahagian tubuh. Semuanya terikat rapi mengukuhkan seluruh tubuh.Oleh yang demikian, vitamin C sangat penting untuk tumbesaran bayi dan kanak-kanak dan dengan bergandingan bersama asid amino "leucine" dalam Camu Camu, hormon tumbesaran dan aktiviti kanak-kanak akan lebih semarak Kekurangan vitamin C akan melemahkan kolagen yang apabila lemah, semua fungsi-fungsi utama di dalam tubuh akan terjejas. Akibatnya, jantung, pembuluh darah dan organ-organ lain tidak mampu menjadi sihat. Sistem-sistem di dalam tubuh tidak mampu berfungsi dengan sempurna, pelbagai jenis penyakit akan muncul; seperti biri-biri, gusi berdarah, gusi mengecut dan gigi rosak, tulang mudah retak, tulang rapuh, keradangan sendi, kerosakan cartilage pada sendi-sendi โ€œosteoarthritisโ€ dll .Kolagen juga tidak dapat dihasilkan tanpa vitamin C justeru, bekalan vitamin C yang berterusan pada tubuh adalah penting bagi manghasilkan kolagen agar sentiasa sihat, struktur tubuh akan sentiasa utuh, tidak goyah atau uzur.
|
2. Anti-Oksidan
Vitamin C adalah salah satu anti-oksidan yang sangat berkesan dan perlu bagi membasmi sisa pengoksidanan Pengoksidaan adalah proses metabolisma semulajadi di dalam tubuh yang mana nutrien dari pemakanan dan minuman dicerna kemudian di serap untuk menghasilkan tenaga yang diperlukan oleh tubuh untuk terus hidup. Tanpa proses metabolisma, tubuh akan lemah dan mati jadi, pengoksidaan adalah perlu untuk tubuh. Akan tetapi, pengoksidaan juga menghasilkan radikal bebas yang membahayakan kesihatan tubuh. Radikal bebas adalah sisa dari proses metabolisma, merupakan atom yang kehilangan pasangan elektronnya, menjadikan atom tersebut tidak stabil, lalu merampas mana-mana elektron dari atom-atom lain yang menghampirinya. Sekiranya kejadian sebegini berterusan dan tidak terkawal, akan mencetuskan rangkaian radikal-radikal bebas yang lain. Lama-kelamaan, kerosakan akan berlaku pada mana-mana bahagian organ tubuh seperti jantung, kulit, tisu, otot, selaput otot dan juga DNA seseorang. Radikal bebas yang berleluasa akan menyebabkan kedutan, penuaan, kanser, penyakit jantung, darah tinggi, radangan kronik, kencing manis, katarak, arthritis, masalah gusi-gigi gingivitis, periodontitis dan pelbagai penyakit-penyakit lain. Untuk menghalang atau melambatkan cetusan radikal bebas tersebut dari terus merebak, anti-oksidan diperlukan. Ciri-ciri anti-oksidan pada vitamin C dapat melindungi sel-sel tubuh dari rebakan, cetusan dan kesan negatif radikal bebas. Vitamin C adalah anti-oksidan yang terserap air, ifat yang membolehka n ia memberi tindak-balas segera dan efektif terhadap radikal bebas Jadi, Vitamin C adalah penggempur radikal bebas; meringankan bebanan pengoksidanan di dalam tubuh; penghalang kedutan sel-sel, tisu-tisu, kulit-kulit dan organ-organ; pelindung tubuh dari beberapa jenis penyakit yang berkait-rapat dengan radikal bebas.
|
3. Anti-Penuaan dan Kesihatan Kuli
Vitamin C sebagai anti-oksidan berkesan menghalang penuaan (oksidasi pra-matang sel-sel tubuh). Camu Camu tinggi vitamin C boleh membantu tubuh menghalang tanda dan gejala penuaan pada lapisan kulit. Kulit menjadi kurang berminyak, lebih sihat dan segar, lebih bersinar dan lembut, tegang dan anjal, lalu melambatkan proses penuaan. Vitamin C juga mempunyai peranan penting dalam menyembuhkan luka dan kecederaan, dengan bekalan vitamin C yang sentiasa mencukupi, tubuh lebih mudah melawan jangkitan dari bakteria, kulat dan virus. Tanda-tanda kekurangan vitamin C; termasuklah rambut menjadi kering dan pecah, kulit menjadi kasar, kering dan mengelupas, kulit mudah luka atau tercalar, luka lambat sembuh, eczema, hidung berdarah, panau, kurap, jeragat dan rosacea, campak, gejala alergi seperti asma, โ€Žselsema, jangkitan paru-paru dll.
|
4. Anti-Keradangan
Vitamin C adalah anti-keradangan yang pada dasarnya, keradangan adalah sebahagian dari tindak-balas sistem kekebalan tubuh. Tubuh yang cuba melindungi diri dari sebarang unsur-unsur tidak sihat; seperti bakteria, virus, kulat, sisa-sisa toksik, sel-sel yang mati dll. Apabila unsur-unsur mudarat ini menjangkiti pada mana-mana bahagian tubuh, sistem kekebalan bertindak-balas untuk cuba menyahkan unsur-unsur tersebut, sekali gus memulakan proses penyembuhan pada bahagian tubuh yang terjejas. Kesan tindak-balas ini dapat dilihat melalui gejala keradangan yang timbul atau dialami.Kadangkala, keradangan merebak, menjadi parah/kronik, apabila proses penyembuhan di dalam tubuh tidak berlaku sewajarnya. Keadaan ini boleh menimbulkan pelbagai masalah kesihatan, penyakit; seperti "rheumatoid arthritis", sistem kekebalan tubuh terjejas dan keliru, risiko sakit jantung dll. Apabila keradangan berlaku, collagen di dalam cartilage boleh rosak, penyebab terjadinya โ€œosteoarthritisโ€. Keadaan ini membuat tulang bergeseran, menyebabkan rasa ngilu dan sangat menyakitkan, namun dengan bekalan vitamin C yang sentiasa mencukupi, dapat mempertahan cartilage dan tisu-tisu penghubung yang lain dan mengurangkan beban kesakitan yang dialami. Gejala-gejala keradangan lain juga dapat dihindari; termasuk angina (sakit menyucuk/memulas di dada jantung seperti tidak mendapat bekalan darah yang mencukupi), bisul mulut dan bibir, gusi berdarah, gingivitis (bengkak gusi), gigi longgar, sengal dan sakit sendi, mudah terseliuh, bronchitis, sakit kerongkong (tenggorokan), jangkitan saluran air kencing dll. Ada kajian menunjukkan bahawa vitamin C juga adalah anti-Parkinson.โ€Ž Vitamin C, sebagai anti-keradangan, sangat penting pada tubuh yang memberi kesan positif pada keseluruhan tubuh. Ia berperanan melindungi sendi-sendi tulang, kulit dan sebagainya, membantu tubuh merawat dan menghalang keradangan dari terus merebak menjadi kronik, melawan sebarang penyakit yang disebabkan keradangan, juga bermanfaat bagi menangani masalah keradangan.
|
5. Pemampan Sistem Kekebalan Tubuh
Vitamin C berperanan membantu memelihara sistem kekebalan tubuh agar sentiasa mampu berfungsi dengan berkesan. Fungsi sistem kekebalan ialah melindungi tubuh dari sebarang serangan atau jangkitan mikro-organisma yang boleh menjejaskan kesihatan; seperti bakteria, virus, dan kulat/jamur dll. Sistem ini menghasilkan sel-sel darah putih (sel-sel kekebalan); terutama โ€œphagocytesโ€ dan โ€œT-lymphocytesโ€ serta jenis sel-sel kekebalan yang lain, sebagai penggempur dan penghapus mikro-organisma tersebut. Vitamin C membantu sistem kekebalan dengan memperbanyak penghasilan sel-sel kekebalan ini. Vitamin C sangat cepat digunakan apabila berlaku serangan atau jangkitan mikro-organisma, juga melindungi sel-sel kekebalan dari serangan radikal bebas ketika bertindak-balas dengan mikro-organisma. Kekurangan vitamin C bukan hanya menjejaskan fungsi sel-sel kekebalan, juga akan cepat lemah dan musnah yang akhirnya, memberi kesan buruk kepada sistem kekebalan tubuh, mengurangkan daya tahan tubuh dari serangan mikro-organisma. Jadi, pengambilan Camu Camu setiap hari adalah terbaik untuk kemampanan sistem kekebalan tubuh.
|
6. Sistem Pengaliran Darah
Vitamin C berpengaruh pada sistem pengaliran darah kerana sifat anti-oksidan yang dimiliki oleh vitamin C, apabila terserap ke dalam darah, mampu meleraikan gumpalan "plaque" dan kolestrol merbahaya (LDL) pada dinding-dinding pembuluh arteri dan veina, pada masa yang sama menambah kolestrol bermanfaat (HDL).
Ia mencuci pembuluh arteri, menghalang arteri dari tersumbat, mengembalikan keanjalan arteri, mengurangkan tekanan darah tinggi atau "hypertension" dan melancarkan pengaliran darah ke jantung, mampu mengurangkan risiko tekanan darah tinggi, menghindar atau melambatkan perkembangan penyakit "atherosclerosis" (saluran dan pembuluh darah arteri menjadi keras), โ€œperipheral artery diseaseโ€ (penyakit pembuluh/saluran darah tersimpul di kawasan kaki/betis) dan serangan sakit jantung.
Salah satu ciri vitamin C, ialah membantu tubuh menyerap zat besi, maka sangat bermanfaat pada pesakit โ€œanemiaโ€ (kekurangan darah). Camu Camu yang disertai kandungan zat-zat gizi didalamnya sangat bermanfaat untuk kelancaran sistem pengaliran darah di dalam tubuh.
|
7. Anti-Stres
Migrain yang sering berlaku sehingga kebanyakan orang menganggapnya perkara biasa dalam hidup sebenarnya berkaitan dengan sistem saraf yang di serang oleh kimia toksin dari makanan serta dipengaruhi oleh cuaca yang tercemar. Camu Camu adalah buah yang mengandungi nutrien perlindungan saraf, mampu mengurangi masalah migrain. Asid amino "serine" baik untuk membantu menyihatkan fungsi otak dan sistem saraf, mempertingkat daya ingatan dan kepekaan. Gary Null, Ph.D., seorang pengkaji dan pakar permakanan, dalam bukunya "Clinicianโ€™s Handbook of Natural Healing, (1998)", menyatakan Camu Camu mengandungi kimia phyto yang tinggi.
Ia sangat berkesan menangani masalah tekanan perasaan atau stres melalui tindak-balas bio-kimia Vitamin C yang mencetuskan penghasilan "serotonin" di dalam otak.Serotonin adalah sejenis kimia di dalam otak yang mengawal "mood" berkaitan rasa bahagia atau sebaliknya. Vitamin C adalah terapi anti-stres yang berkesan.
|
8. Anti-Virus
Camu Camu banyak mengandungi kimia phyto. Kajian menunjukkan bahan kimia ini mampu menanggani virus "Herpes Simplex" dan "Eppstein-Barr" yang selalu menyerang tubuh. Virus ini boleh menyebabkan Herpes Simplex dalam bentuk bintik-bintik lepuhan pada mulut, gatal-gatal pada kulit. Penyakit Eppstein-Barr p**a dalam bentuk demam, selsema, sakit kerongkong (tenggorokan), keletihan, kelenjar bengkak di bahagian leher atau ketiak. Virus ini selalunya tidak aktif di dalam tubuh, namun menjadi semakin aktif apabila seseorang itu kurang tidur dan selalu tertekan. โ€ŽVirus jenis ini acapkali berulang menyerang apabila jiwa tertekan. Camu Camu didapati berkesan menanggani virus ini dengan pengambilan vitamin C dalam dos yang tinggi dan berterusan dapat membantu tubuh menanggani stres dan melumpuhkan serangan virus jenis ini.

JUS TIGA SERANGKAI PREMIUM MENGANDUNGI BUAH MANGGIS DAN 34 BAHAN HERBA BOTANI YANG AMAT TINGGI SERAT SEBAGAI PEMAKANAN TERBAIK UNTU PENYAKIT TIGA SERANGKAI ๐Ÿฅฐ

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Alor Setar?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Address


No 222 & 223 Taman Bandar Baru Mergong, Lebuhraya Sultanah Bahiyah
Alor Setar
05150

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 12:30
14:30 - 18:00
Saturday 09:00 - 18:00