Zyra Confinement Spa

Zyra Confinement Spa

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Zyra Confinement Spa, Beauty, cosmetic & personal care, Taman Tasik, Ampang.

Photos 25/11/2019

Alhamdulillah..feedback customer yg berpuas hati dgn treatment Dari Zyra Confinement Mobilespa
#

Photos 04/11/2019

Permintaan khidmat urutan bersalin dalam kalangan ibu muda warga kota membuka peluang kepada pelatih dari GiatMara Ampang Jaya, Selangor untuk menjalankan spa bergerak penjagaan selepas bersalin sejak empat tahun lalu.

Nazira Daud, 27, yang kini mengikuti sijil kemahiran dalam bidang dandanan rambut bijak merebut peluang itu walaupun sibuk dengan latihan di GiatMara yang diikutinya pada pertengahan tahun ini.

Katanya, dia memilih untuk menjalankan kerja urutan bersalin secara bergerak selepas mengambil kursus itu di Kolej Komuniti Kota Melaka.

Photos 23/04/2019

Untuk wanita hamil yang kerap loya. Tidak perlu cari asam jeruk yang tidak memberi manfaat kesihatan. Anda boleh mengurangkan perasaan loya anda dengan mengurut titik setempat yang ditunjukkan. Urut kedua-dua sisi anggota badan selama 1 minit (setiap titik). Tidak perlu semua titik, pilih satu atau dua titik yang sesuai dengan anda. Ianya dijadikan amalan, insylh nmpk hasilnya. Bolehkah si suami p**ak yang loya mengamalkan titik ini? Jawapan saya, boleh!

Lain-lain yang boleh mengurangkan rasa loya ialah pengambilan yogurt, air lemon, B Complex (ada kandungan B6), biskut cracker, air halia, teh peppermint dan minum air banyak. Kurangkan juga makanan berminyak, berlemak dan manis. Sebenarnya senaman pernafasan juga boleh mengatasi perasaan loya.

Photos from Zyra Confinement Spa's post 23/03/2019

Assalamualaikum semua...
hari ni saya nak share sikit berkenaan dengan penggunaan sabun,barut,bedak powder dan minyak pada baby yang baru lahir.

Ibu2 sekelian..
sesetengah baby ni kulit diorang amat2lah sensitif tau... Masa baby baru lahir mmg baby akan ada kesan merah seperti ruam dan juga lebam. Itu mmg normal... tapi penggunaan sabun perlu di elakan dulu sbb ruam2 tu akan jadi lebih banyak. Setengah baby tu kulit tak sensitif tak pe, tapi kalau dh mula pakai sabun dan ruam makin banyak naik jadi hentikanlah dulu sebab kebarangkalian terjadinya septic spot tu adalah tinggi... Jadi tak perlulah ghairah sangat nak guna sabun masa awal2 ya. Ramai dah saya tengok ghairah sgt nak mandikan baby pakai sabun. Sabar dulu sampai tali pusat tu tanggal.... ha lepas tu gunalah sabun smpai kering sebotol..😒

Pasal barut baby... tolonglah selagi tak tanggal tali pusat tu tak payahla ghairah nak barut baby tu sebab darah dan nanah akan melekat, pada kain barut tu.. bayangkan masa kita nak buka barut, pusat yg melekat kt kain tu ikut sekali masa kita buka.. bole tercabut tau tak....!! Saya bercakap melalui pengalaman sebab ramai ibu muda sekarang ni tak ada pengalaman dan lebih s**a ikut cakap orang..satu lagi..bila dah berbarut tu tentulah akan berkuap dan berpeluh kt kawasan pusat baby tu.. rasa2 akan jadi apa?? Malaysia ni panas..... maka Infectionlah jawabnya.. kena p**a kalau bby ada jaundice? Tak ke susah tu....
Tak perlu risau pasal masuk angin ke apa.. baby masuk angin ni pasal masalah penyusuan je bukan pasal tak berbarut ke apa.. kalau nak berbarut tunggulah smpai tali pusat tu tanggal pastu barutlah puas2 sampai esok pun xpe...😏

Baby baru lahir ni tak perlu nak tempek bedak powder kt badan ya sbb bahan dlm powder tu sndiri ada kandungan seperti mica,paraben dan lain2.. yang mana bole menyebabkan infeksi jangkitan pada kulit di sebabkan oleh kesan contaminate dan intolerance pd produk tertentu. tunggulah lepas baby sebulan dan imun dia dh kuat skit pastu tempeklah sampai putih..😏

Photos from Zyra Confinement Spa's post 16/02/2019

Alhamdulillah..feedback customer yg ambil pakej berpantang 10hari.. berpuas hati dgn treatment Dari Zyra Confinement Mobilespa
#

Photos 09/07/2018

Zikir semasa berpantang.
#

Photos 08/07/2018

Zikir semasa melahirkan..
#

Photos 07/07/2018

Zikir semasa mengandung..
#

Photos from Zyra Confinement Spa's post 26/06/2018

Assalamalaikum..

Kepada pelanggan Zyra Confinement Mobile Spa yang dikasihi,

Zyra nak bagitahu No. H/p 0113737 2664 tidak digunakan lagi kerana kehilangan telefon.
Pada pelanggan yang telah menempah rawatan dengan zyra diharap boleh berhubung melalui Instagram, Facebook atau ditalian 018-7927498/011-6197 2867.

Sehubungan dengan itu, pihak Zyra Confinement Mobilespa memohon maaf diatas sebarang kesulitan tersebut.

Diharap kerjsama pelanggan diucapkan dengan ribuan terima kasih.

Sekian,terima kasih.

Photos 15/03/2018

Reflexology
Berpantang
#

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Ampang?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


Taman Tasik
Ampang
68000