Persatuan Urutan Sukan Selangor

Persatuan Urutan Sukan Selangor

Share

Melahirkan juru urut sukan yang diiktiraf dan berkemahiran tinggi.

Photos from Majlis Sukan Negeri Selangor's post 19/07/2026
Photos from Persatuan Urutan Sukan Selangor 's post 14/07/2026

11 - 12 Julai 2026

Kursus Dry Needling anjuran Persatuan Urutan Sukan Selangor

Kursus ini menekankan aspek klinikal yang tinggi agar setiap peserta bukan sekadar tahu, tetapi memahami keperluan-keperluan sebelum, semasa dan selepas melaksanakan dry needling. Para peserta juga melaksanakan demontrasi yang dipantau oleh tenaga pengajar Doktor Mas Adil (doktor perubatan SSMA) agar mereka lebih faham dengan teknik ini.

Para peserta berjaya menamatkan kursus dry needling selama 2 hari ini dengan jayanya. Tahniah diucapkan.

11/07/2026

KENAPA ANDA PERLU AMBIL KURSUS URUTAN SUKAN LEVEL 2?

Jika anda sudah menamatkan Level 1, inilah masanya untuk naik ke tahap seterusnya.
Di Level 2, anda bukan sekadar belajar teknik urutan, tetapi akan menguasai kemahiran yang digunakan dalam pengurusan pemulihan atlet dan individu aktif.

✅ Penilaian dan Palpasi yang lebih mendalam
✅ Analisis kecederaan sukan mengikut fungsi pergerakan
✅ Teknik rawatan yang lebih spesifik dan berkesan
✅ Sports Recovery & Return to Sport
✅ Rehab Exercise mengikut jenis kecederaan
✅ Pengendalian kes sebenar melalui sesi praktikal

Jangan hanya pandai mengurut. Jadilah seorang pengamal yang mampu membuat penilaian, mengenal pasti punca masalah, merancang rawatan dan membantu proses pemulihan secara lebih sistematik.

Naik taraf kemahiran anda. Tingkatkan keyakinan. Berikan impak yang lebih besar kepada setiap pelanggan dan atlet yang anda rawat. 💪

02/07/2026
02/07/2026

PENANTIAN BERAKHIR. ANDA TELAH DIPILIH! 🎉

Ramai yang bertanya.
Ramai yang menanti.
Dan hari ini... jawapannya akhirnya tiba!

Keputusan Sukarelawan Batch 1 SUKMA XXII & Para SUKMA Selangor 2026 kini telah dikeluarkan.

📩 Semak e-mel anda sekarang!

Jika anda berjaya:
✅ Sahkan penyertaan anda.
✅ Bersedia untuk menghadiri kursus dan bengkel.

Tahniah kepada semua yang terpilih! Anda kini merupakan sebahagian daripada pasukan yang bakal menjadi tulang belakang kejayaan penganjuran SUKMA XXII & Para SUKMA Selangor 2026.

Bagi yang belum menerima tawaran, jangan berputus asa. Masih ada peluang pada pengambilan seterusnya. Terus ikuti platform rasmi Selangor 2026 untuk sebarang perkembangan terkini.

Perjalanan menuju Selangor 2026 bermula di sini. Ayuh bersama-sama kita cipta sejarah dan jayakan temasya kebanggaan negara! ❤️💛

Najwan Halimi
SELANGORfm 100.9
Media Selangor

29/06/2026

Salah seorang tenaga pengajar persatuan. Ingin menyertai kursus urutan sukan? Pastikan dari mereka yang berkelayakkan.

23/06/2026

*UJIAN PENTAULIAHAN JURU URUT SUKAN TAHAP I*

*Terbuka kepada 10 orang calon lelaki sahaja.

Inginkan pengiktirafan sebagai juru urut sukan bertauliah?

Dapatkan pengiktirafan dari Persatuan Urutan Sukan Selangor (SSMA).

Syarat :
1. Terbuka kepada mereka yang memiliki sijil kursus urutan sukan tahap I dari mana-mana syarikat atau institutsi.
2. Pemegang SKM 3 urutan sukan.

Anda akan dinilai melalui kaedah -
- Ujian Objektif
- Ujian Lisan
- Ujian Amali

Skop ujian :-
1. Sejarah urutan sukan.
2. Asas anatomi dan fisiologi dalam urutan sukan.
3. Teknik asas urutan sukan.
4. Kontraindikasi.
5. Regangan PNF.
6. Jenis urutan sukan.
7. SOP dokumen dan pengurusan urutan sukan.

Bayaran :
Ahli SSMA - RM50.00
Bukan Ahli SSMA - RM100.00

Tarikh : 18 Julai 2026 (Sabtu)
Masa : 9 pagi - 5 petang
Tempat : Kota Damansara

Bagi calon yang lulus ujian, anda akan diiktiraf sebagai *CERTIFIED SPORTS MASSAGE THERAPIST* SSMA dan singkatan ini boleh diletakkan pada nama anda.

Cth :
Ahmad CSMT-SSMA

Sila isi maklumat anda pada link dibawah. Admin akan menghubungi anda bagi tujuan pembayaran.

https://booking.setmore.com/scheduleappointment/3a2acd6dcf77ba874289bf1f1b95cd2034ae5bed/session/a45901ce-5ec7-4604-b3ca-b12eaf8270bb

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Ampang?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Address


D-11-17 Apartment Springville, Ukay Perdana
Ampang