SuriDayana Beauty & Wellness
BEAUTICIAN MOBILE SPA TRAINER
16/11/2025
Sejuk di luar, tapi hati tetap hangat dengan syukur. Januari 2022 di Lindau,Germany… tempat yang mengingatkan Maksu bahawa hidup ini sebenarnya indah bila kita berani melangkah.
Inilah perjalanan pertama Maksu travel seorang diri — jauh dari rumah, jauh dari segala yang biasa — nak jumpa bestie di bumi Germany. Dalam dingin salji yang menggigit p**i, Maksu belajar sesuatu… bahawa kekuatan itu bukan bila kita tak takut, tapi bila kita tetap bergerak walau hati penuh debar.
Setiap sudut kota kecil ini mengajar Maksu untuk menghargai diri sendiri, menghargai peluang, dan menghargai keberanian yang selama ini diam dalam hati. Alhamdulillah… kenangan yang sampai hari ini pun masih membuatkan Maksu tersenyum sendiri.
11/11/2025
Kadang perjalanan hidup ni tak semestinya lurus dan mudah.
Ada masa kita berhenti sekejap, tarik nafas, betulkan arah.
Yang penting — jangan pernah putus semangat.
Hari ni, maksu belajar untuk pandang ke depan dengan senyum,
walau apa pun yang pernah berlaku di belakang.
Bukan sebab semuanya sempurna,
tapi sebab hati dah cukup kuat untuk teruskan.
Selagi ada nafas, selagi tu maksu percaya —
Allah sentiasa bagi peluang baru untuk rasa tenang,
untuk jadi versi diri yang lebih baik dari semalam.
03/10/2025
Alhamdulillah...
Esok (3/10/25) ada Laksa Sarawak Maksue di LG Kedai Makan Cinta Selera, Galaxy Ampang Mall (betul-betul opposite Balai Polis Ampang tu 😍).
📌 Sesuai untuk geng-geng yang teringin nak makan laksa Sarawak, especially yang berdekatan.
👉 Hanya setiap Sabtu & Ahad saja.
InshaAllah, Mee Kolok p**a akan mula dijual minggu depan. Nanti kita update ya.
Selain tu, setiap hari ada nasi campur & goreng-gorengan menanti.
Jom datang meriahkan, makan sama-sama, rezeki kita kongsi ✨
Oh ye untuk orang Sabah..setiap sabtu ahad memang ada borneo street yang menjual makanan Sabah. Penyaram pun ada.
28/09/2025
Gambar ni cuma wajah seorang wanita biasa. Saya bukan insan yang perfect, malah terlalu banyak kekurangan. Ada masa kuat, ada masa rapuh. Ada ketika tersenyum di luar, tapi hati penuh luka yang orang tak nampak.
Hidup ni macam GPS… selalu ‘recalculating’ sebab saya pun banyak kali salah simpang. Tapi takpa, janji masih bergerak walau perlahan . Setiap kelemahan, setiap kesilapan, semuanya mengajar saya erti tabah, sabar dan belajar untuk redha, serta terus melangkah walau jalan tak selalu mudah.
Hari ini, saya masih di sini… masih mencuba, masih belajar, dan masih percaya bahawa selagi kita bernafas, Allah sentiasa beri peluang untuk memperbaiki diri.
Saya bukan sempurna, tapi saya tetap mahu jadi versi terbaik dari diri saya sendiri.
09/08/2025
"Tahap Tertinggi Seorang Wanita: Saat Hatinya Reda."
Dia tak lagi banyak bertanya,
Tak mahu lagi membantah,
Tak lagi mencari perhatian,
Dan tak menagih pengertian.
Dia hanya diam…
Menerima dengan tenang,
Walau hakikatnya tak seindah harapan.
⸻
Seperti kata Umar Al-Khattab:
“Hatiku tenang, kerana apa yang bukan takdirku takkan pernah jadi milikku,
dan apa yang ditakdirkan untukku takkan terlepas dariku.”
⸻
Jadi, kenapa harus risau?
Jalani hidupmu dengan yakin.
Apa yang ditakdirkan untukmu akan tiba,
Apa yang bukan, takkan pernah jadi milikmu — walau kau kejar sepenuh tenaga.
Kerana takdirmu sedang berjalan ke arahmu.
Bukan milik sesiapa, tapi milikmu… sepenuhnya. 🌸
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
Lg-C-095 Galaxy Ampang Mall, Taman Dagang
Ampang
68000
