Dyxy bc cream
memperkenalkan dyxy bc cream yg membuatkan anda kelihatan cantik dalam 3 saat shj !!!
13/07/2021
AWAS‼️
Sebelum anda tidur jangan lupa untuk ikuti step ini😍😍 Hasilnya sangat memuaskan tau.
Nak kulit yang cantik walapon baru bangun dari tidur haruslah rajin dan konsisten😙
Jangan skip step ni tau girls 🤩🤩
12/07/2021
Pilih Pencuci Muka Sesuai Dengan Kulit Untuk Memiliki Kulit Wajah Cantik😍😍
Mencuci muka merupakan antara rutin yang paling penting dalam aspek penjagaan kulit muka.
Hal ini kerana, hampir seharian kita memakai pelbagai produk kosmetik, jadi apabila tiba masa untuk mencuci muka ia perlu diberikan perhatian yang sewajarnya.
Tip memilih pencuci muka🥰
#1. Membersihkan kotoran pada muka
Langkah pertama dalam memastikan pencuci muka anda berkesan adalah dengan melihat keberkesanannya semasa membersihkan kotoran.
Uji tahap keberkesanan pencuci muka anda dengan mengambil sekeping kapas dan meletakkan sedikit toner. Kemudian, sapukan pada kulit muka.
Jika terdapat sisa kotoran pada kapas, ini bermakna muka anda tidak dibersihkan sepenuhnya oleh pencuci muka tersebut.
#2. Tidak mengeringkan kulit
Apabila kulit menjadi kering, kelenjar minyak di bawah kulit akan mengesan tahap kelembapan kulit yang menurun dan akan mengeluarkan lebih banyak minyak untuk menampung kehilangan lembapan kulit.
Maka kulit akan menjadi lebih berminyak dan peluang untuk jerawat muncul sangat tinggi.
#3. Membersihkan kotoran dalam pori
Pilih pencuci muka yang boleh mencuci secara mendalam. Ia akan mencuci kulit muka anda sehingga ke dalam liang pori.
Sememangnya kita tidak dapat lari daripada memiliki pori tersumbat terutama bagi mereka yang memiliki muka berminyak dan gemar memakai kosmetik setiap hari.
#4. Melembapkan kulit
Pencuci muka seharusnya turut berfungsi untuk melembapkan kulit selain daripada membersih.
Sekiranya anda duduk dalam bilik penghawa dingin 24-jam, kulit akan menjadi kering. Jadi anda sangat memerlukan pencuci muka yang boleh mengawal paras minyak dan mengekalkan kelembapan kulit secara semula jadi.
#5. Bertindak secara lembut
Pencuci muka yang memiliki bahan kimia terlalu kuat akan memberi kesan sampingan pada kulit.
Elak menggunakan pencuci muka yang boleh menghakis pigmen dan lapisan kulit. Ini akan mengakibatkan kulit menjadi nipis dan terdedah kepada sinar matahari.
#6. Mengandungi bahan pewangi dan pengawet
Bahan-bahan ini boleh merengsakan kulit dan menyebabkan kesan alahan seperti Paraben atau Phenoxythanol Methylchloroisothiazolinone.
12/07/2021
Manfaat Lidah Buaya Untuk Wajah & Khasiat Kecantikannya😍😍
Pernahkah anda terfikir tentang pokok yang tidak mempunyai batang, berdaun tebal, dan berwarna kelabu kehijauan? Pokok ini ialah sejenis tumbuh-tumbuhan yang tinggi dan banyak kandungan air, nutrient dan vitamin yang mempunyai pelbagai manfaat kepada kulit, rambut dan badan. Bahan-bahan Aloe Vera seperti cecair lut sinar dan getah berwarna kuning digunakan dalam pelbagai produk kecantikan atau makanan disebabkan khasiatnya.
Terdapat banyak manfaat lidah buaya untuk rambut, bibir dan badan. Namun, kami akan mengulas tentang manfaat pokok ini untuk wajah🥰
🤩 Melembapkan Kulit
Anda mengalami masalah kulit kering? Aloe Vera boleh membantu anda mengatasi masalah tersebut. Antara manfaat utama pokok ini ialah ia mempunyai tinggi kandungan air dan berfungsi untuk melembapkan kulit anda.
🤩 Mencerahkan Kulit
Bahan seperti Aloesin dan Aloin berfungsi mengurangkan sel melanin yang menyebabkan bintik-bintik hitam pada wajah. Walaubagaimanapun, ia mengambil masa yang lebih panjang untuk mendapatkan hasil yang berkesan. Maka, ia harus digunakan dengan kerap bagi mendapatkan hasil yang diingin.
🤩 Mengurangkan jerawat
Jika anda melihat pencuci muka di pasaran mengandungi Aloe vera, anda tidak lagi perlu berasa was-was. Hal ini kerana, pokok ini digunakan sebagai pencuci muka untuk membunuh bakteria yang boleh menyebabkan jerawat pada wajah. Apabila anda melihat terdapat jerawat pada wajah anda, sapukan gel tersebut pada permukaan jerawat dan biarkan ia semalaman. Iritasi dan kulit kemerah-merahan akan menjadi lebih kurang daripada biasa.
🤩 Mengecilkan pori-pori wajah
Jika anda sering terganggu dengan pori-pori yang kerap timbul pada wajah anda, anda boleh gunakan pokok Lidah Buaya untuk mengatasinya. Aloe vera memiliki kebolehan untuk mengurangkan pori-pori pada wajah.
🤩 Meredakan iritasi pada kulit yang terbakar
Bagi kecederaan akibat bahan panas seperti minyak masak yang terpercik pada kulit, anda boleh meletakkan gel aloe vera ini pada bahagian kulit yang terjejas. Ia berupaya untuk mengurangkan iritasi dan keradangan pada kawasan terjejas. Gunakan sekurang-kurangnya tiga kali sehari.
🤩 Membantu merawat luka
Luka-luka kecil yang boleh menyebabkan gejala seperti pedih boleh dirawat menggunakan tumbuh-tumbuhan ini. Bahan ini mengandungi bahan yang boleh mempercepatkan penyembuhan dan mengurangkan parut luka tersebut.
11/07/2021
Kenal pasti bahaya produk timbang kilo‼️
Dengan lambakan produk kecantikan yang muncul bak cendawan tumbuh selepas hujan menyebabkan kita harus lebih berwaspada dengan produk produk timbang kilo oleh sesetengah ushawan yang tidak bertanggung jawab. Sebagai pengguna yang bijak, kita wajib mengetahui apa bahan kimia berbahaya yang terkandung dalam produk timbang kilo.
3 Bahan Terlarang Yang Terdapat Dalam Produk Timbang Kilo ❌
⚠️ Hydroquinone
Agen pemutih yang berfungsi untuk “memandulkan” pigmentasi kulit. Ramai wanita sekarang yang ingin mengambil jalan mudah untuk cepat putih dan menjadi cerah dalam masa yang singkat sampai tak menghiraukan akibat jangka masa panjang. Hydroquinone yang bertindak aktif menghalang aktiviti enzim tyrosinase yang bertindak dalam pembentukan melanin iaitu zat pigment dan menyebabkan kulit menjadi gelap dan mempunyai kesan noda.
⚠️ Mercury
Mercury adalah satu elemen metalik dan abhan logam berat yang digunakan antara agen pemutih yang berkesan kerana tempoh untuk menjadikan kulit putih itu singkat.
Ia berfungsi dengan melambatkan proses penghasilan melanin pada kulit. Ia selalu digunakan dalam krim malam.
⚠️ Tretinoin
Ini antara racun berjadual yang pop**ar yang sering digunakan untuk melawan jerawat tetapi ia mempunyai kesan buruk lain iaitu ia bertindak dengan menghalang liang roma kulit sehingga menyebabkan ia tersumbat dan memberi kesan anti radang.
Jauhi produk timbang kilo dan jadi pengguna yang bijak 😎
10/07/2021
5 Petua Lengkap Semulajadi, Penjagaan Wajah Buat Wanita Cantik Berseri! 🥰🥰
Nak jaga kulit wajah tak susah mana.Wajah boleh kembali berseri biarpun tanpa solekan boleh saja menggunakan bahan-bahan semula jadi. Lagi p**a, tiada jalan ‘shortcut’ nak nampak cantik. Nak cantik memang wajib kena USAHA macam-macam cara yang serasi dan paling penting kena rajin. Ikut petua lengkap penjagaan wajah ini😘
🎀 BUAH Timun Sebagai Pencuci Muka
Gunakan air pati timun sebagai pencuci muka semula jadi. Air yang dihasilkan dari buah timun dapat membantu menghaluskan dan menegangkan kulit muka.
🎀 BUAH Tomato Sebagai Toner (Penyegar)
Buah tomato bertindak sebagai skin toner atau penyegar wajah. Buah Tomato mampu membantu merawat jerawat, jeragat dan kulit kusam.
🎀 BUAH Lemon Sebagai Masker Kurangkan Parut
Buah Lemon miliki khasiat tersendiri untuk kecantikan wajah. Enzim didalam jus lemon membantu membuang sel-sel mati pada kulit secara tak langsung mengurangkan warna parut ,melembutkan serta melicinkan kulit wajah. Jus buah lemon ini bagus digunakan oleh mereka yang mempunyai masalah kulit berminyak.
🎀 BUAH Sengkuang Untuk Lembabkan & Cerahkan Wajah
Masalah kulit wajah kering dan tona warna gelap tidak sekata boleh diatasi dengan menggunakan buah sengkuang.Selain memutihkan, mencerahkan, menghilangkan bintik hitam (blackhead), sengkuang juga dapat menegangkan kulit agar kelihatan awet muda.
🎀 BUNGA Mawar Untuk Hilangkan Lebam Bawah Mata
Bunga mawar tinggi kandungan vitamin C. Ia dapat mengatasi kekeringan dengan melembapkan kulit dan mengatasi kulit yang kemerahan akibat terdedah dengan sinaran matahari. Mawar juga berfungsi untuk mendinginkan kulit, mengecilkan pori-pori dan paling penting mampu menyamarkan lingkaran hitam dibawah mata.
08/07/2021
Produk Kulit Berasaskan Niacinamide Yang Tengah Hot Di Pasaran, Ada Kesan Sampingan Ke?🤔🤔
Dengan lambakan produk kecantikan di pasaran, anda mungkin keliru dalam memilih produk penjagaan kulit terbaik. Terkini sedang hangat diperkatakan mengenai produk berasaskan niacinamide, apakah manfaatnya?
Apa itu niacinamide?
✨ Niacinamide, juga disebut nicotinamide, adalah satu bentuk vitamin B3 yang merupakan nutrien penting.
Manfaat-manfaat niacinamide😍
🌺 Memelihara imuniti kulit. Niacinamide membantu membina keratin, sejenis protein yang menjadikan kulit anda tegang dan sihat
🌺 Mengurangkan kemerahan dan kegatalan.
Niacinamide mengurangkan keradangan, yang dapat membantu meredakan kemerahan daripada reaksi alergi, jerawat, dan masalah keradangan kulit lain
🌺 Meminimumkan penampilan liang pori. Ia dapat membantu menyamarkan penampilan liang pori
Mengawal minyak. Niacinamide juga dapat membantu mengawal jumlah minyak yang dihasilkan oleh kelenjar sebum dan mencegah daripada pengeluaran yang berlebihan
🌺 Lindungi daripada kerosakan cahaya matahari. Niacinamide dapat membina semula sel-sel kulit yang sihat di samping melindungi daripada kerosakan yang disebabkan oleh sinar ultraviolet
Namun, seperti yang dikatakan di atas, anda harus konsisten dan bersabar ya kerana ia mungkin mengambil masa yang lebih lama untuk melihat kesannya🤗
08/07/2021
Cara Mencegah Pigmentasi Kulit🤩
Kebanyakan orang bimbang tentang perubahan warna kulit. Anda boleh mencuba kaedah berikut untuk mengelakkannya.
🌸 Elakkan pendedahan langsung dengan matahari
Cara terbaik untuk menyelesaikan masalah ini ialah dengan menggunakan pelindung matahari. Pelindung matahari telah menunjukkan hasil yang positif. SPF minimum yang sepatutnya ialah 30+, yang boleh menyekat cahaya UVA dan UVB. Sebelum keluar, anda perlu menyapu krim matahari sekurang-kurangnya 20 minit.
🌸 Tambah nutrien kulit anda
Apabila anda mempunyai tanda-tanda ketidakseimbangan dan penuaan awal, anda mesti memperbaiki kulit anda secepat mungkin. Kulit kusam, pucat, atau pigmen adalah tanda penuaan.
🌸 Rutin penjagaan kulit harian
✨ Elakkan menggaru atau meramas jerawat. Anda juga tidak patut menyentuh muka anda beberapa kali.
✨ Gunakan pencuci ringan, terutamanya sebelum tidur. Anda tidak perlu bazirkan banyak wang pada pencuci muka yang diiklankan untuk mengurangkan kegelapan kerana masa mencuci pendek tidak cukup untuk memutihkan untuk menembusi kulit. Kerana geseran boleh menyebabkan bintik-bintik gelap pada kulit, selepas mencuci muka anda, gunakan tuala lembut untuk menyerap air di wajah anda tetapi elakkan menggosok wajah anda terlalu keras.
✨ Gunakan pelembap untuk melegakan kerengsaan pada kulit. Selepas menggunakan pelembap pada kulit, anda perlu mengurut kulit dengan lembut.
Untuk mengelakkan pigmentasi sebenarnya tidak rumit. Semoga anda mendapat pengetahuan yang mencukupi untuk membantu anda mengelakkan pigmentasi
07/07/2021
Cara Terbaik Simpan Alatan Mekap💋
Menyimpan alatan dan bahan solekan anda dengan cara yang betul bukan sahaja dapat memastikan keselamatan dan ketahanan produk, tetapi juga membantu mengekalkan kesegaran mereka.
Mari kita kenali beberapa cara untuk menyimpan barang solekan dengan betul dan praktikal🤗
✨ Simpan barang solekan anda di tempat yang selamat, jauh daripada jangkauan kanak-kanak. Sebaik-baiknya di dalam almari. Ini juga membolehkan semua produk solekan anda bebas daripada habuk
✨ Pastikan ia disimpan di tempat yang kering, bebas daripada kelembapan
✨ Beli beg alat solekan kecil untuk tujuan travel bagi memudahkan anda menyimpan barangan kosmetik yang minimum dan dapat membawanya dengan mudah dan selamat
✨ Jangan lupa untuk menyimpannya dengan bersih, di tempat bersih bagi memastikan kebersihan menyeluruh
✨ Simpan semua barang solekan yang digunakan setiap hari di rak paling mudah diakses dan selebihnya dalam tempat yang lain
✨ Anda perlu membuang semua produk lama dan tidak digunakan lagi bagi menyediakan ruang pada barang kosmetik yang baru
Lepas ni barang mekap anda tak adalah bersepah. Selamat Berkemas ye! 😍😍
06/07/2021
Eh! Perlu Ke Cek Tarikh Luput Kosmetik?
kita wajib tahu cara untuk cek tarikh lupuk kosmetik. Biarlah nampak yang jenis berilmu dan professional. Tak gitu? Jadi, korang tahu tak, cara untuk cek tarikh luput kosmetik? Jom check di bawah ni :
🌸 Bedak asas jenis cecair.
Bedak asas jenis cecair mesti dijaga dengan rapi agar tidak masuk angin. Jika dijaga dengan elok, jangka hayatnya boleh bertahan hingga satu tahun. Namun, jika korang lihat bedak asas bertukar warna ataupun berbau, elakkan daripada menggunakannya. Ia boleh menyebabkan alahan kulit kerana bedak tersebut telah dijangkiti bakteria.
🌸 Eyeliner (Penggaris Mata)
Penggaris mata juga tidak dapat bertahan lama. Untuk jenis cecair, tarikh luput sekitar 3 hingga 4 bulan sahaja. Bagi penggaris mata jenis batang, ia mampu bertahan hingga 6 bulan.
🌸 Maskara
Tarikh luput kosmetik maskara sekitar 3 hingga 6 bulan sahaja. Jangan menggunakan produk ini selepas tempoh tersebut. Korang boleh ketahui ia tamat tempoh apabila maskara mula mengering dan keras apabila diaplikasikan pada mata. Jika masih menggunakannya, mata korang boleh dijangkiti kuman dan gatal.
🌸 Pembayang mata dan pemerah p**i
Untuk cek tarikh lupuk kosmetik pembayang mata dan pemerah p**i, korang kena pastikan produk ini sentiasa bertutup dan kering. Produk- produk solekan jenis serbuk ni juga boleh bertahan 2 hingga 3 tahun. Jangan sesekali dedahkan produk di tempat yang panas, ia menyebabkan produk mudah rosak.
🌸 Gincu bibir (Lipstick)
Jangan sesekali meninggalkan gincu korang di tempat yang panas seperti di dalam kereta. Ia membuatkan gincu korang menjadi berminyak, cair dan bertukar warna. Korang kena pastikan juga gincu sentiasa ditutup dan diletakkan di tempat yang mempunyai suhu bilik. Jika dijaga dengan rapi, gincu mampu bertahan sehingga dua tahun.
05/07/2021
Wanita perlu peka dalam memilih setiap produk wanita sama ada produk perlu dimakan,
ditelan, diminum atau disapu sekalipun. Bagi mengelakkan kesan negatif dan kesan
sampingan, jom ikuti tips memilih produk wanita yang berkesan, selamat dan dipercayai.
🌼 Bukan Timbang Kilo
Untuk memilih produk wanita yang berkesan, selamat dan dipercayai, tolong elakkan produk
timbang kilo.
🌼 Ada Kelulusan KKM
KKM adalah lesen utama sebelum anda membeli sesuatu produk. Tanpa KKM, jangan
senaraikan produk tersebut untuk kegunaan anda.
🌼 Ada Lab Test Produk
KKM saja tak cukup, pengguna juga perlu peka lebih lagi di zaman sekarang ni. Pastikan
produk wanita yang anda pilih mempunyai lab test.
🌼 Ada R&D Produk
R&D produk penting untuk setiap produk yang dikeluarkan tambahan lagi kalau produk
kesihatan wanita.
🌼 Kilang Bertaraf GMP
Produk wanita yang dihasilkan dari kilang haruslah bertaraf GMP (Good Manufacturing Practise). GMP menunjukkan bahawa produk wanita ini mencakupi aspek tiada bahan terlarang,
bahan yang digunakan halal dan bersih, packaging berkualiti dan selamat, kebersihan staff
terjaga dan lain-lain lagi.
04/07/2021
TIP UNTUK MEKAP TAHAN LAMA😍 SELAMAT MENCUBA 😉
🤍 Sebelum make up
Cuci muka menggunakan air sejuk atau air batu.
Kebiasaanya selepas cuci menggunakan facial wash, bilas dengan air sejuk beku atau air bersama ais batu. Cuci sehingga muka kebas. Ais batu atau air sejuk mempunyai banyak manfaat dari segi mengawal minyak dan kecilkan pori buat sementara waktu.
🤍 Pakai pelembab
Jangan skip pelembab. Kulit berminyak juga memerlukan pelembab tapi pastikan guna pelembab jenis gel yang mempunyai tekstur waterbase.
🤍 Pakai primer
Primer digunakan untuk tahan makeup dari cepat cair. Terutama buat anda yang mempunyai kulit yang berminyak. Minimalkan di kawasan T zone. Terutama di bahagian dagu, dahi dan batang hidung.
🤍 Pemilihan foundation
Kulit minyak perlukan tekstur foundation yang matte, waterbase atau mousse. Yang kering tiada kilat dan kilauan. ‘No glowing foundation’. Lagi bagus yang mempunyai label silica di foundation kerana silica ini bagus untuk mengawal minyak supaya tidak keluar terlal banyak.
🤍 Pakai bedak untuk set foundation
Ramai yang mempunyai kulit berminyak keliru untuk memakai loose powder atau pressed powder. Kedua-duanya bagus tetapi loose powder mempunyai kesan mengawal minyak yang lebih bagus. Jadi loose powder lebih sesuai kerana menyerap miyak pada kulit.
🤍 Compact powder
Bagi yang mempunyai kulit berminyak, saya saran sediakan satu bedak compact di dalam beg tangan. Untuk touch up sekiranya mula mula berpeluh. Namun harus diingatkan, jangan sapu terlalu tebal.
🤍 Kertas minyak
Selain itu, solusi untuk makeup anda tahan lebih lama, apabila mula merasakan mekap mulai cair, ambil bloating paper yang boleh dibeli di drug store. Lekapkan saja dikawasan kilauan minyak untuk menghentikan lebihana minyak yang keluar.
🤍 Minumlah air putih secukupnya
Tak kisah jenis kulit yang berminyak, kering, atau normal, minum air yang cukup adalah perkara wajib untuk menjaga kesihatan kulit. Kulit berminyak yang dehidrasi dapat membuat kulit menjadi kusam.
04/07/2021
ADA TAK FOUNDATION YANG ALL IN 1?
DYXY Bc cream kan ada. The new revolution of bb cream + concealer + loose powder + sunblock 🤩 Best gila bc cream ni sebab lengkap. Tak payah pakai sunblock and concealer asing dah. Jimat masa & duit 🥰
Yang paling best, coverage tiptop gila. Semua jenis jerawat, parut atau jeragat boleh tutup. Walaupun full coverage tapi rasa ringan je. Macam tak pakai apa2. Sebab tulah ramai yang s**a bc cream ni😘
Korang kena try tau 😍 whatsapp kami sekarang. Link di bio 🤗
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Website
Address
Ampang
