OshenSchafyka Muslimah Saloon
Professional Hair Saloon for Muslimah Only ( Private Section )
26/03/2022
Hai semua, Marilah bersama-sama kita "Cantik Di Hari Raya" bersama OshenSchafyka Salon & Spa. Dengan harga yang menarik anda dapat kelihatan anggun ketika menyambut lebaran yang akan tiba. Tempahlah sekarang, Jumpa anda nanti😊
03/03/2022
Hai semua selamat pagi dan salam sejahtera,
Berita baik buat semua, bersempena hari jadi, kami mengadakan promosi yang hebat buat anda. Demi menjaga SOP promosi ini hanya tertakluk kepada tempahan. Siapa yang cepat akan menikmati promosi yang hebat jadi tunggu apa lagi. Marilah kita anggunkan diri kita untuk keluarga tercinta.
23/10/2021
Assalamualaikum dan selamat pagi semua, diharap semuanya sihat sejahtera seandainya. Untuk pengetahuan semua, hari ini kami buka seperti biasa untuk meningkatkan lagi keyakinan anda untuk menghadapi minggu-minggu yang mendatang.🥰
25/09/2021
Selamat Pagi semua... diharap pagi ini lebih baik dari sebelumnya.. kedai kami dibuka seperti biasa iaitu sabtu dan ahad.. seperti biasa kami akan memulakan rutin harian dengan bacaan doa dan penyahkuman(Sanitize) untuk para pelanggan kami.. tempahan masih kosong pada hari ini.. Marilah kelihatan anggun dan bergaya untuk orang yang kita sayangi..
17/09/2021
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pelanggan OshenSchafyka Salon, moga kalian di dalam keadaan yang baik, sihat dan sejahtera seadanya. Di kesempatan ini, kamj ingin memaklumkan bahawa Salon kami telah pun beroperasi semula seperti biasa namun untuk kebaikan semua kami hanya akan menerima tempahan sahaja pada setiap Sabtu dan Ahad sahaja. Caranya mudah seperti yang berikut:-
1) Hanya SATU (1) pelanggan sahaja dibenarkan pada setiap sesi di dalam premis kami
Dan
2) Kami hanya akan menerima tempahan disertakan bersama lampiran terkini MySejahtera anda
Kami kesali segala kesulitan yang dialami namun kita masih belum menang dan kita haruslah menjaga bukan sahaja diri kita tetapi persekitaran kita. Oleh itu, mulakan tempahan anda sebelum ianya penuh dan tetaplah menjadi anggun dan berkeyakinan bukan sahaja pada yang tersayang namun pada masyarakat sekeliling.
Yang benar,
Pihak Pengurusan.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
UTC Mall Keramat
Ampang
Opening Hours
| Saturday | 10:00 - 18:00 |
| Sunday | 10:00 - 18:00 |
