Nanas Jambul Emas

Nanas Jambul Emas

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Nanas Jambul Emas, Health/Beauty, Ampang.

23/03/2024

Jom Boikot Kedai Jual Arak!

Transkripsi Coach Fadzil Hashim . 21.3.24
ISU KK MART: BUKAN ISU BANGSA TETAPI ISU AGAMA

Rakaman ini dibuat untuk kefahaman kawan-kawan dan juga pemimpin-pemimpin kita tentang isu KK Mart. Sebenarnya isu ini bukannya baru. Benda seperti ini telah banyak kali berlaku sebelum ini.

Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Salleh, mencadangkan kita semua boikot KK Mart sebab kita tidak boleh terima permintaan maaf. Kenapa maaf is not enough?
Kita juga nampak kenyataan pemimpin-pemimpin tertentu dari bangsa dan seagama kita sendiri yang bertujuan untuk meredakan keadaan. Beberapa orang pemimpin dari bangsa Cina seperti Tiong King Sing, Menteri Pelancongan ada memberi komen.

Begitu juga dari DAP seperti Nga Kor Ming. Anthony Loke pun beri bantahan kepada Datuk Seri Zahid Hamidi.

INI ISU AGAMA, BUKANNYA ISU BANGSA
Kenapa kita berasa lagi kecewa dan marah? Ini isyarat yang kita kena sampaikan kepada para pemimpin mereka dan kawan-kawan kita yang tidak seagama dengan kita supaya mereka betul-betul faham bahawa ini adalah isu agama, bukan isu bangsa.
Ini juga adalah isu maruah agama kami.

Sebab itu, minta maaf sahaja tidak mencukupi. Jadi, apa yang cukup? Bayangkan bila ada seorang Melayu yang bercakap tentang isu Raja, malam itu juga dia kena tangkap dan dikenakan reman dan menjalani proses undang-undang.
Tetapi dalam kes KK Mart ini, kenapa tidak berlaku demikian? Kenapa kedai yang menjual tidak disita? Kita maklum yang PDRM Johor telah ambil tindakan pada kilang yang import stoking. Tetapi itu kilangnya, bukan tindakan kepada kedai.
Jadi ini seolah-olah double standard. Bila ia melibatkan orang Islam dan Melayu, kita diminta bersabar, jangan melatah, jangan kasar sangat kerana kita hidup berbilang bangsa dan agama. Sedangkan isu ini bukannya isu menghina bangsa atau isu kecil.

INI JUGA ISU MENGHINA ALLAH
Malah ini isu yang melibatkan nama ALLAH yang diletakkan di kaki! Ini satu penghinaan yang tidak mungkin mana-mana orang-orang yang beriman boleh terima permohonan maaf begitu sahaja. Kita mengharapkan pihak kerajaan ambil tindakan.

MEREKA TAK PERNAH BERSUARA SEBAGAI PEMIMPIN MALAYSIA

Tetapi yang lebih mengecewakan ialah para pemimpin yang duduk dalam kerajaan, yang pegang jawatan menteri yang mewakili bangsa Cina. Reaksi mereka tidak pernah menggambarkan mereka mewakili Malaysia.

Saya bukan orang politik. Saya adalah warganegara biasa yang akan menegur bila nampak kesalahan. Saya hanya boleh bercakap sahaja di media sosial. Cuma kali ini saya bercakap melalui video supaya sesiapa yang menonton boleh faham konteks isu ini.

Kalaulah saya orang politik yang memahami tentang peri pentingnya menjaga perhubungan sesama kaum. Dan pentingnya menjaga hubungan sesama agama, saya sebagai pemimpin berbangsa Cina tidak akan membuat kenyataan secara terang-terangan.

Mereka ada mesyuarat kabinet. Hal ini sepatutnya dibincangkan dalam mesyuarat kabinet. Dr. Akmal Salleh tidak boleh ditegur secara direct kerana dia bukannya ahli parti mereka. Tindakan ini semakin membuat kita marah.

Sepatutnya mereka bercakap pada Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid Hamidi meminta isu ini ditenangkan, sebagai contoh. Ini bukannya bermakna kita akan terus terima. Tetapi bila ada pemimpin berbangsa Cina secara terbuka memberi amaran kepada pemimpin Pemuda UMNO itu. Ini lagi membuatkan kita rasa marah, kecewa dan geram.

Kita masih sabar kerana kita berpuasa. Kenyataan mereka itu tidak sepatutnya dibuat. Tetapi pihak kerajaanlah yang seharusnya membuat kenyataan.
KENAPA KITA PATUT TERUSKAN BOIKOT
Kesalahan telah terjadi. Bagaimana kita urus isu ini melalui tindakan tegas terhadap mereka yang buat salah. Itu sahaja yang kita hendak tengok. Tapi bila tiada tindakan tegas, satu-satunya tindakan yang kita sebagai rakyat boleh lakukan ialah dengan cara boikot.

Kenapa kita berasakan boikot adalah penyelesaian terbaik untuk situasi ini dan kemudian kita move on?

Saya ada kawan-kawan Cina yang baik, yang sama-sama buat bisnes. Mereka hormati kita dan kita hormati mereka. Sebagai orang Islam, kita tidak kisah pun samada nak sembahyang atau letak tokong... pada kita semua itu okey. La iqraha fiddin; tidak ada paksaan dalam agama.

MEREKA TAK PEDULI TENTANG ISLAM
Kita tiada masalah pun dengan sesiapa. Kita berbaik dengan sesiapa sahaja termasuk yang bukan Islam. Tapi kenapa yang provok kami dengan agama kami? Takkanlah setelah puluhan tahun Malaysia merdeka, you kata hendak hidup sebagai satu negara. Tetapi hal asas ini pun you tak tahu.

Mat saleh pun lebih menghormati Islam daripada kump**an-kump**an Cina yang jenis tidak peduli dan memang tak hendak ambil tahu.

Jadi, tak kena bila letak nama Tuhan, dalam kes ini nama ALLAH. Katakanlah letak nama agama mereka di kaki, apakah ini sesuai? Dan apakah memadai hanya dengan memohon maaf? Ia sepatutnya lebih dari itu.

KITA DIMISKINKAN SECARA SISTEMATIK

Tapi kepada kawan-kawan yang beriman. Orang-orang beriman sepatutnya mengambil peluang untuk satukan orang kita yang lama berpecah. Kita berpecah, kita tak kuat. Bila kita berpecah, kita terhina. Bila kita berpecah, kita miskin.
Sudah ratusan tahun kita dimiskinkan secara bersistem. Dan mereka kaya dengan duit kita. Kemudian mereka gunakan duit kita untuk hina kita. Saya bukan hendak mengapi-apikan kebencian.

Tetapi ita hendaklah menggunakan kuasa yang kita ada untuk bina balik kekuatan kita. Caranya dengan memboikot peniaga-peniaga yang tidak menghormati kita. Kalau kita masih ambil sikap tidak apa dengan orang yang tidak menghormati kita.
BAB* MAKANAN WARISAN NEGARA?
Seperti dalam kes makanan warisan negara, ada orang Melayu yang kata, kita sepatutnya biarkan sebab itu makanan warisan mereka.

Namanya ialah makanan warisan negara. Kalau namanya makanan warisan orang Cina Malaysia, okeylah. Kita tak ada apa-apa masalah pun. Tapi bila ia digelar makanan warisan negara, apakah kita boleh terima ia sebagai warisan makanan negara kita?

Tiba-tiba p**a selepas 60 tahun merdeka, babi juga yang dipilihnya. Babi adalah makhluk yang paling sensitif bagi orang Melayu. Walaupun dah tahu orang Melayu sensitif dengan babi, mereka hendak juga.

Sebab, mereka dah ada kuasa. Mereka hendak tekan sahaja. Inilah apa yang kita rasa sebagai seorang Muslim. Jadi buat semua saudara seIslam, gunalah momentum yang ada sekarang ini untuk kita terus boikot perniagaan yang tidak menghormati agama Islam.

BISNES YANG TAK HORMATI ISLAM
Perniagaan apa yang tidak menghormati agama Islam dan orang Islam? Ia adalah perniagaan yang menjual barang-barang haram di kedai mereka walaupun kita masuk ke kedai mereka. Mereka boleh jual pada segmen pasaran mereka.

Contohnya bila kita pergi ke negara luar, bila mereka hendak menjual arak, mereka biasanya jual di kedai arak. Di negara kita, mengapa arak dijual di kedai serbaneka, kedai runcit, pasaraya?

ORANG ISLAM MENJUAL ARAK
Sebabnya bila mereka jual arak di kedai-kedai ini, maka yang bekerja di kedai-kedai ini majoritinya adalah orang Islam. Mereka terpaksa mengorbankan satu hukum dalam agama yang mengharamkan mereka untuk terlibat dalam penjualan arak.

Mereka terpaksa pegang arak dan menjualnya. Jadi itu telah menghina orang Islam yang menjadi penjual. Maknanya kerana wang, mereka terpaksa juga pegang dan jual arak. Mungkin selama ini kita kurang hendak bercakap mengenai hal ini.
Tapi bila berlaku isu yang ini, kita bukan sahaja harus boikot satu kedai tetapi kita guna kuasa kita untuk terus pindah belanja.

PINDAH BELANJA KE KEDAI MUSLIM

Kita ambil Mydin sebagai contoh. Mydin confirm tidak menjual arak. Orang Islam boleh sokong Mydin dengan pindah belanja ke situ. Kalau nak beli barang yang banyak, pergi ke Mydin. Kalau hendak beli barang yang sedikit ada banyak kedai-kedai Melayu. Ada kedai Aceh yang memang tidak jual arak.

KENAPA KITA PERLU BOIKOT?
Kalau kita tak boikot, mereka akan gunakan kelemahan kita yang pemaaf. Kalau kita membeli barang mereka kerana murah, kemurahannya hanya sedikit.

Tapi kalau hari ini kita lihat boikot masyarakat Islam kepada institusi-institusi perniagaan yang menjual burger, ayam atau kopi, mereka rugi berbilion ringgit. Kita boleh gunakan semangat yang sama.
Bila kita boikot, kita terus cari alternatif lain. Kalau dulu mereka memperoleh berbilion dari perbelanjaan kita, hari ini duit itu sudah berpindah ke kantung perniagaan Islam.

Sekarang ini sudah empat bulan lebih kita bersolidariti dengan Palestin bagi menunjukkan bantahan kita. Hari ini kita ambil peluang yang sama untuk memboikot mereka. Kita boleh boikot sehingga mereka keluarkan barang yang haram dalam kedai mereka.

Kalau mereka hendak masyarakat Islam masuk ke kedai mereka, mereka mesti menghormati pekerja Islam mereka. Kita adalah orang Melayu yang telah dididik oleh ulama. Bila lalu ke kedai yang menjual babi, kita diajar untuk tahan nafas.

Sampai begitu sekali. Tengok babi pun kita dah geli. Itulah kita. Kita amat sensitif. Bab lain memang tak mengapa. Tapi kalau bab makan, no way!

Kalau kita tahu mereka menjual arak, kita jangan langsung masuk. Ia akan beri impak kepada pekerja Islam. Tapi kalau mereka berhenti, mereka boleh bekerja di kedai runcit Islam seperti Mydin dan kedai-kedai yang lain.

Sesiapa yang hendak buka kedai halal-mart, itulah yang terbaik. Insya-ALLAH, kita harap dapat gunakan momentum yang ada pada hari ini.

MAAF SAHAJA BELUM OKEY
Ini bukan soal agama, tetapi ini melibatkan nama ALLAH dipermainkan dan dipertahankan p**a oleh pemimpin mereka dengan mengatakan permohonan maaf sudah okey. Dan kita pun berkata okey juga.

Dan akan sampai masanya mereka akan buat sesuatu yang lebih teruk daripada itu dan kita dah tak boleh berkata apa kerana kita cepat memaafkan dan tidak guna semangat yang kita ada untuk memperbetul kesilapan yang telah berlaku.
Dulu orang Cina, India dan Melayu cukup faham bab-bab yang sensitif yang melibatkan kaum-kaum yang lain. Mereka cukup sensitif dan tahu menghormati. Tetapi hari ini, mereka adalah kesan dari apa yang pemimpin mereka lakukan.

KESAN SEKOLAH VERNAKULAR?
Mereka mempromosi pemisahan mindset dengan tidak ambil peduli fasal agama Islam. Ini sedang berlaku. Kebanyakan mereka yang berpendirian begini adalah mereka yang dari sekolah vernakular, bukan dari sekolah kebangsaan.

Mereka dari sekolah kebangsaan akan lebih menghormati. Tetapi pada hari ini hampir 90 peratus para pelajarnya dari kalangan orang Melayu. Orang bukan Islam sudah tak mahu masuk ke sekolah kebangsaan.
Jadi, di mana penyatuan nasional? Para pelajar Melayu dahulu belajar di sekolah Melayu. Pada hari ini mereka di sekolah kebangsaan. Mereka telah mengorbankan identiti Melayu . Dari segi bahasa, dahulu bahasa Melayu, kini dinamakan bahasa Malaysia.

Tulisan Jawi pun dah hampir pupus di sekolah kebangsaan. Hanya di sekolah agama tulisan itu masih ada. Orang Melayu telah mengorbankan identiti untuk penyatuan nasional. Akhirnya kita sahaja yang melakukannya.

Jadi, bila sesuatu yang hendak dilakukan oleh mereka, mereka mengatakan itu hak mereka sebagai golongan minoriti dan sebagainya.

BOIKOT ITU UJIAN KEIMANAN

Jadi, kalau ada di antara kawan-kawan yang berasa tak perlu boikot, itu hak anda. Ia bukannya sesuatu yang wajib. Bagaimana pun, ini adalah untuk memeriksa keimanan anda, bagaimana sensitif atau bagaimana kita berasa tentang agama kita.

Ini mengenai ALLAH, bukannya sekadar pandangan umum. Jadi, kepada para pemimpin politik bukan Melayu sepatutnya sebagai bukan Islam, anda tak perlu mengeluarkan apa-apa kenyataan yang akan terus melukakan hati orang Islam.

Seharusnya anda yang berada di dalam kerajaan berbincanglah dalam mesyuarat kabinet atau dalam kump**an Whatsapp. Anda sepatutnya merayu bukannya memberi amaran.

DI MANA PEMIMPIN ISLAM?
Dr Akmal, kami bersama anda. Anda harus terus berpendirian teguh dan sepatutnya menegur para pemimpin dalam UMNO supaya ramai lagi yang bersuara. Para menteri Melayu sepatutnya bercakap.
Menteri-menteri mereka bercakap dengan selamba, siap memberi amaran. Nga Kor Ming, Anthony Loke misalnya telah bercakap.

Di mana menteri Islam kita? Ini bukan hendak memperkecilkan mereka tetapi buat peringatan, sila bercakap dan yakinkan kita yang anda masih berjuang untuk kami.
Bila kami rasa anda tidak memperjuangkan kami, anda tahu apa yang akan terjadi. Pada pilihanraya akan datang, sokongan kepada anda yang semakin kurang akan mengecil lagi.

Kepada kawan-kawan wakil rakyat, inilah masanya untuk anda bersatu. Kalau Ramadan tidak menyatukan kita dalam kes begini, tidak tahulah pada bulan mana yang ada. Ketepilah perbezaan anda.

KITA BUKAN BENCI KAUM CINA

Sesiapa yang rasa benda ini kecil tak mengapalah. Pada saya, bagaimana reaksi kita sebenarnya akan dinilai oleh ALLAH swt. Saya menjalankan peranan saya untuk bersuara; bukan hendak timbulkan kebencian pada orang Cina.

Mengapa p**a kita hendak membenci orang-orang Cina? Sebagai salah satu kaum dalam negara ini, mereka adalah saudara kita. Tiada masalah dalam perbezaan agama. Yang jadi masalah ialah mengapa segelintir mereka sentiasa mempersoal dan memperlekeh orang Melayu.

Kalau kita baca komen-komen mereka, ia terlalu menyakitkan. โ€œKalau perniagaan itu tutup siapa nak bayar cukai? Kalau tiada cukai, negara akan bankrup.โ€™ Mereka lupa bahawa mereka mendapat bisnes dari orang Melayu kerana orang Melayu berjumlah 60 % penduduk negara ini.
Kalau orang Melayu tidak berbelanja, anda tidak akan ada pendapatan. Kita jadikan Mydin sebagai pilihan yang pertama dan kedai-kedai Melayu lain seperti Ikhwan Mart, Sabasun dan Az-Zain. Kita juga ada kedai-kedai Aceh.

MARI BOIKOT KEDAI JUAL ARAK

Mari kita boikot kedai yang jual arak sebagai satu isyarat kepada bukan Muslim supaya mereka ikut peraturan. Kalau mereka tidak mahu, s**a hati merekalah. Kita tak perlu berbelanja di situ. Nabi kata, apabila nampak kemungkaran, kita cegah dengan perbuatan. Jika tak boleh, dengan perkataan. Kalau tak boleh juga cegah dengan hati, Tetapi mencegah dengan hati itu menandakan selemah-lemah iman.

Ajaklah kawan-kawan kita agar tak masuk lagi ke kedai yang jual arak atau benda haram. Kita boikot sehingga mereka tidak lagi menjual barangan itu.Kita boikot semua. Inilah masanya kita bersatu agar mereka betulkan perniagaan mereka.
Kalau mereka tidak mahu betulkan, mereka akan mati dengan sendiri. Tetapi kita tiada masalah hendak menyokong mereka jika mereka menghormati kita. Tapi hari ini mereka tidak menghormati kita kerana anak-anak muda kita terpaksa jual arak.

FAHAMILAH AGAMA KAMI
Untuk golongan bukan Islam, fahamilah agama kami. Ada benda yang boleh anda cakap, ada benda yang anda jangan cakap apa-apa bila ia berlaku. Bercakaplah sesama sendiri. Tidak perlu gunakan media sosial dengan mengeluarkan komen yang bukan-bukan. Kita tidak akan dapat kawal nanti.

Memang kita ada undang-undang dan jangan ambil tindakan sendiri. Kita perlu desak pihak berwajib untuk ambil tindakan. Tidak perlu ambil tindakan sendiri. Jangan langgar undang-undang. Kita perlu menghormatinya.

Kepada para pemimpin politik, walaupun hendak menjadi hero dengan mempertahankan kesalahan dengan bermati-matian, ia akan menggugat ekonomi anda. Jawablah kepada pengundi anda nanti.

IMAN TIDAK TERKESAN DENGAN PROMOSI
Iman akan menyatukan orang beriman. Bukan logik. Walaupun anda mempromosi beli satu dapat satu, orang yang beriman tidak kisah pun. Walaupun diberi percuma pun orang beriman tidak akan mahu.

Jadi anda perlu faham, bila kami mengambil keputusan atas iman, anda sudah diketepikan. Anda tidak akan ada peluang untuk mendapat wang daripada kami. Untuk orang Islam, kita gunakan kuasa kita.

Boikot perniagaan yang tak hormati agama Islam, umat Islam yang tidak mahu terlibat dalam jualbeli arak. Kita boikot dengan tidak membeli di kedai-kedai mereka. Jangan masuk pada bulan Ramadan, jangan masuk pada bulan Syawal.

Kalau kita tak masuk mereka akan menghormati agama kita pada tahap yang sepatutnya. Saya harap semoga ALLAH beri kekuatan kepada kita.

ALLAH tidak menilai hasil tindakan kita, tetapi ALLAH menilai tindakan kita kerana hasilnya adalah hak ALLAH.

Jazakallah khair.

Coach Fadzil


Ps: Jom Support product Usahawan Kita!

22/02/2024

Kenali varieti terbaru

21/02/2024

Varieti terbaru AC 15 Jambul Emas sangat manis dan empulur boleh makan lembut๐Ÿ๐Ÿ๐Ÿ๐Ÿ

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Ampang?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Website

Address


Ampang
55100