NADI MULIA JAYA
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from NADI MULIA JAYA, Health/Beauty, No. 14g, Jalan Mulia 3/1, Taman Mulia Jaya, Ampang.
๐ Nadi Mulia Jaya ๐
๐ข Pusat Perniagaan & Perkhidmatan Profesional
๐ Alamat: 14G, Jalan Mulia 3/1, Taman Mulia Jaya, 68000 Ampang, Selangor
๐ Waktu Operasi: 9:00 AM - 6:00 PM (Setiap Hari!)
15/03/2026
Alhamdulillah, Bazaar Raya NADI Mulia Jaya pada 14 Mac 2026 telah berlangsung dengan meriah ๐
Terima kasih kepada semua pengunjung, peserta dan peniaga yang memeriahkan program ini.
Pelbagai aktiviti menarik diadakan seperti:
๐จ Pertandingan Mewarna Kanak-kanak
๐ฒ Permainan Tradisional (Batu Seremban & Congkak)
๐๏ธ Booth Jualan Usahawan Bazar Raya
๐ฉบ Saringan Kesihatan (Tekanan Darah & Kencing Manis)
Semoga program ini dapat mengeratkan lagi hubungan komuniti setempat.
Jumpa lagi di program akan datang! ๐โจ
12/03/2026
JOM MERIAHKAN BAZAR RAYA NADI MULIA JAYA!๐๐โจ
Orang ramai dijemput hadir memeriahkan Bazaar Raya NADI yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:
๐
Tarikh: Sabtu, 14 Mac 2026
โฐ Masa: 9.00 pagi โ 4.00 petang
๐ Tempat: NADI Mulia Jaya
Pelbagai aktiviti menarik menanti anda, antaranya:
๐จ Pertandingan Mewarna
โขTahap1 & Tahap2
๐ฒ Pertandingan Congkak
๐ชจ Permainan Tradisional Batu Seremban
๐๏ธ Booth Jualan Raya
โค๏ธ Saringan Kesihatan
๐ Hadiah menarik menanti para pemenang dan pengunjung!
โจ Ayuh datang beramai-ramai dan sama-sama memeriahkan suasana menjelang Hari Raya!
07/01/2026
Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (ONSA) memperkukuh tanggungjawab platform digital demi keselamatan pengguna.
Perlindungan kanak-kanak diutamakan, kandungan memudaratkan wajib ditangani.
Keselamatan dalam talian bukan pilihan, ia tanggungjawab bersama.
Maklumat lanjut mengenai ONSA boleh didapati di laman sesawang MCMC di https://mcmc.gov.my/en/onsa/home
17/12/2025
Hari Bersama Komuniti
13.12.2025 โจ
Bila komuniti bersatu, lebih banyak kebaikan dapat dicipta.
Terima kasih kerana bersama kami menjayakan hari yang bermakna ini.
10/12/2025
๐ฃJEMPUTAN HARI BERSAMA KOMUNITI๐ฃ
Salam sejahtera, ๐ธ
Kami dengan sukacitanya menjemput seluruh komuniti dan belia di sekitar NADI Mulia Jaya untuk hadir memeriahkan program:
๐
Tarikh: Sabtu, 13 Disember 2025
๐ Masa: 8:00 pagi โ 1.00petang
๐ Tempat: NADI Mulia Jaya
Program ini turut menampilkan pelbagai aktiviti menarik termasuk:
โ
Kaunter pendaftaran ahli NADI & MyDigital ID
โ
Mobile counter Tabung Haji
โ
Saringan Kesihatan
โ
Jualan Usahawan NADI
โ
Kaunter Khairat Darul Ehsan
โ
Kaunter MPAJ
โ
Pertandingan Generate poster menggunakan AI
โ
Pertandingan Mewarna
โ
Perlawanan E-Sukan โ
Mobile Legends: Bang Bang
โ
Cabutan bertuah
Kami amat mengalu-alukan penyertaan dari komuniti NADI untuk bersama menjayakan program ini ๐ช๐ช
Terima kasih atas sokongan anda!
๐
Sebarang pertanyaan:
0194639353 (Nina)
0196715379 (Alya)
04/12/2025
Tarikh: 4 Disember 2025
[MAKLUMAN RASMI]
Operasi NADI Mulia Jaya yang ditutup sementara berikutan laluan petugas ke NADI tidak dapat diakses akibat banjir. akan dibuka semula seperti biasa pada 5/12/2025 (esok).
Terima kasih atas kesabaran dan kerjasama semua.
Segala kesulitan amatlah dikesali.
23/11/2025
04/09/2025
Program Khas Merdeka & Hari Malaysia di NADI MULIA JAYA ๐ฒ๐พ
Jom ramai-ramai datang ke NADI Mulia Jaya untuk sambutan istimewa sempena Hari Merdeka & Hari Malaysia NADI Mulia Jaya!
๐
Tarikh: 7 September 2025 (Ahad)
๐ Masa: 10.00 pagi โ 4.00 petang
๐ Lokasi: NADI MULIA JAYA
Antara aktiviti & tawaran menarik yang menanti anda:
โ
Pertandingan Mewarna Merdeka (7โ12 Tahun)
[sila bawa pensil warna sendiri]
โ
Pertandingan Mobile Legend
โ
Tayangan Filem Mat Kilau
โ
Pendaftaran Membership Percuma NADI Mulia Jaya
Jangan lepaskan peluang untuk bersama-sama kita meriahkan sambutan ini!
๐ Sebarang pertanyaan boleh hubungi:
โข Nina โ 019-463 9353
โข Alya โ 019-671 5379
30/08/2025
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!๐ฒ๐พ
Sempena Hari Kebangsaan ke-68,
kami akan bercuti pada Ahad,
31 Ogos 2025
dan kembali beroperasi Isnin,
1 September 2025.
๐ฒ๐พ Selamat Hari Kebangsaan!
05/07/2025
๐ PROGRAM NADI MAHIR โ INTAKE KE-2 ๐
๐
Pendaftaran bermula 7 Julai 2025
Anda nak belajar kemahiran baru secara PERCUMA? Jom sertai Program NADI MAHIR!
Kelas secara online & fleksibel, sesuai untuk semua peringkat umur dan ahli NADI. ๐ฑ๐ป
๐ Kursus ditawarkan:
๐งต Mahir Jahit
๐ธ Mahir Foto
๐ณ Mahir Masak
๐ง Mahir Baiki Gajet
๐ฟ Mahir Pertanian Pintar
๐ Kelebihan Program:
โ๏ธ Penyertaan PERCUMA
โ๏ธ Kelas online & fleksibel
โ๏ธ Peralatan asas disediakan
โ๏ธ Sijil tamat kursus disediakan
โ๏ธ Peluang jana pendapatan sendiri
๐ Daftar sekarang! Hubungi:
Nina โ 019-463 9353
Alya โ 019-671 5379
26/06/2025
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Dimaklumkan bahawa operasi Nadi Mulia Jaya akan ditutup pada 27 Jun 2025 (Jumaat) bersempena sambutan Awal Muharram. Operasi akan berfungsi seperti biasa pada 28 Jun 2025 (Sabtu).
Selamat menyambut Awal Muharram.
Semoga tahun baru Hijrah membawa keberkatan, kesejahteraan, dan kejayaan buat kita semua.
Ikhlas daripada,
Warga Nadi Mulia Jaya
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
No. 14g, Jalan Mulia 3/1, Taman Mulia Jaya
Ampang
68000
Opening Hours
| Monday | 09:00 - 18:00 |
| Tuesday | 09:00 - 18:00 |
| Wednesday | 09:00 - 18:00 |
| Thursday | 09:00 - 18:00 |
| Friday | 09:00 - 18:00 |
