AD Johari
Seorang graduan hartanah yang suka bercerita hal Hartanah. Independent Distributor Forever Living Product
012-3818020
Berkongsi pengalaman sebenar tentang hartanah, nilai & harta pusaka
Dari lapangan ke pemahaman
“Tanah bukan sekadar tanah”
“Ramai ingat harta pusaka itu mudah… sampai mereka sendiri menghadapinya.”
Percaya tak…
masih ada tanah pertanian freehold tepi jalan dijual sekitar RM3psf.
Ada akses.
Ada jalan.
Geran pun nampak cantik.
Tapi persoalannya…
Adakah itu betul-betul “murah”?
Atau sebenarnya pasaran sedang cuba beritahu sesuatu?
Sebagai orang yang pernah turun tengok tanah,
saya belajar satu benda:
Tanah murah belum tentu undervalue.
Kadang-kadang risiko dia yang mahal.
Antara perkara yang saya akan lihat:
– lokasi & demand kawasan
– bentuk tanah
– risiko banjir / utiliti
– sekatan kegunaan
– potensi pembangunan sebenar
– market transaction sekitar
Sebab dalam dunia hartanah…
harga boleh menipu.
Tetapi market jarang menipu.
Kadang orang nampak RM3psf terus nampak peluang.
Saya p**a mula nampak soalan. 🔍
10/05/2026
Beza PT & LOT Dalam Carian Tanah
📌 No. PT
Biasanya dibuat carian di:
➡️ Pejabat Tanah Daerah
Kerana ia melibatkan:
hakmilik sementara
pembangunan baru
pecah lot/proses ukur
📌 No. LOT / Geran Mukim
Biasanya carian dibuat di:
➡️ Pejabat Pendaftar Negeri
Kerana ia sudah mempunyai:
hakmilik kekal
nombor lot rasmi
geran berdaftar
Mudah faham 👇
➡️ PT = proses sementara
➡️ LOT = hakmilik rasmi berdaftar
Dalam kerja hartanah & penilaian…
Silap semak PT dan LOT boleh semak tanah yang berbeza.
08/05/2026
NO. LOT vs NO. PT
Ramai nampak sama…
Tetapi dalam hakmilik tanah, maksudnya berbeza.
📌 No. PT
= Nombor sementara sebelum hakmilik kekal dikeluarkan.
Biasanya digunakan semasa proses pecah lot atau pembangunan baru.
📌 No. LOT
= Nombor rasmi selepas tanah mempunyai hakmilik lengkap.
Mudah faham:
➡️ PT = “dalam proses”
➡️ LOT = “sudah didaftarkan”
Dalam kerja penilaian, semakan nombor ini penting untuk kenal pasti:
status tanah
hakmilik
lokasi sebenar
urusan pindah milik & pembiayaan
Kadang satu digit tersilap…
Boleh semak tanah yang salah.
Ya Allah,
kami tidak mampu memberi kesenangan kepada semua orang,
tetapi kami mampu mendoakan yang terbaik.
Semoga seluruh umat Nabi Muhammad SAW:
dipermudahkan urusan,
diluaskan rezeki,
diberi kesihatan,
dijauhkan dari fitnah dan perpecahan,
serta dipenuhi hati dengan ketenangan dan kasih sayang.
Semoga yang sedang diuji diberi kekuatan,
yang sedang mencari jalan diberi petunjuk,
dan yang sedang bersedih dipeluk dengan rahmat-Mu.
Aamiin . Salam Jumaat
07/05/2026
“Rumah landed kadang orang beli tanahnya.
Strata p**a orang beli lifestyle dan convenience.”
07/05/2026
Saya pernah lihat satu kawasan kampung .
Di atas peta, lot nampak sama — panjang, tersusun.
Namun bila dinilai secara sebenar:
– Lot depan jalan ada akses dan nilai lebih tinggi
– Lot tengah bergantung laluan
– Lot belakang terhad dari segi kegunaan
Dalam banyak kes pusaka,
pembahagian dibuat berdasarkan keluasan.
Tetapi realitinya…
nilai setiap bahagian tidak sama.
Jangan pernah putus asa dengan hidup
Allah kata jangan putus asa dari rahmat-Nya
(Surah Yusuf:87)
Walau jatuh banyak kali, Allah masih buka jalan
Dalam urusan harta/pusaka pun sama
Kadang buntu, tapi tetap ada jalan kalau ikut cara betul
Pernah rasa stuck macam ni?
05/05/2026
Pagi ini pindahkan anak pokok cili 🌱
Semai 30… yang hidup, tak semua.
Itu normal.
Sebab bukan semua tanah sesuai untuk tumbuh.
Dalam hartanah pun sama.
Ramai nampak semua tanah “boleh jadi”…
tapi realitinya, tak semua ada nilai.
Yang penting bukan berapa banyak pilihan…
tetapi mana satu yang betul-betul ada potensi.
Silap pilih, pegang lama pun tak ke mana.
Jika tuan/puan sedang mempertimbangkan untuk beli tanah atau rumah,
boleh kongsikan maklumat.
Saya bantu beri pandangan dari sudut nilai & risiko sebelum buat keputusan.
Emas diukur dalam gram…
hartanah diukur dalam psf.
Namun dalam penilaian sebenar,
tidak semua nilai boleh diterjemahkan melalui angka semata-mata.
Faktor seperti lokasi, permintaan dan konteks penggunaan
turut memainkan peranan dalam menentukan nilai sesuatu aset.
02/05/2026
Di hujung perjalanan…
singgah sekejap di laut Rompin.
Tenang itu mahal,
tapi selalu kita jumpa pada benda yang paling simple.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Contact the business
Telephone
Website
Address
Bukit Indah Ampang
Ampang
68000
