Tips Penjagaan Kulit Muka.

Tips Penjagaan Kulit Muka.

Share

Mahu Tip Penjagaan kulit Muka dan Badan ? LIKE sekarang.

Photos 16/03/2016

4 PETUA PUTIHKAN MUKA |
Ramai yang beranggapan bahawa kulit yang cerah itu cantik.Mungkin benar telahan itu,mungkin juga salah.
Tetapi bagi saya sendiri cantik itu subjektif dan setiap insan itu cantik.Baik yang hitam mahupun putih,kedua-duanya ada keistimewaan mereka yang tersendiri.
Hari ni saya ingin berkongsi mengenai 4 Petua Putihkan Muka dengan selamat dan mudah.Tetapi antara rajin dan malas sahaja.
Memang tidak dinafikan bahawa mempunyai wajah yang cerah membuatkan seseorang nampak lebih menawan.Jadi ini antara petua untuk mendapatkan kulit wajah yang cerah.
Petua ini menitik-beratkan penggunaan ramuan bahan asli yg rasanya lebih baik daripada menggunakan krim pencerah yg kekadang mengandungi pelbagai bahan kimia yg kita tak tahu apa kesannya kepada sesetengah orang.
Tapi di penghujung POST ini ada satu Petua Rahsia yang mana menggunakan bahan moden tetapi selamat dan berkesan untuk di amalkan :)
Petua Mencerahkan Kulit 1
======================
Ambil dua sudu beras dan kisar hingga halus. Kemudian campur dengan satu sudu madu lebah bersama sedikit teh pekat. Gaulkan hingga kesemua campuran itu menjadi krim pekat. Sapukan krim tersebut pada wajah. Kemudian biarkan ia mengering dengan sendiri, setelah itu barulah dibilas dengan air hingga bersih.
Petua Cerahkan Wajah 2
Sediakan satu sudu kacang dan enam biji badam. Rendamkan kesemuanya dalam bekas berisi air panas dan biarkan semalaman.Kisarkan bahan-bahan tuh dengan blender atau tumbuk menggunakan lesung batu hingga halus pada keesokan harinya.Sapukan pada wajah dan biarkan selama setengah jam sebelum dibilas dengan air bersih.
Petua Mencerahkan Kulit Pada Wajah 3
Pukul sebiji telur ayam dan campurkan dengan satu setengah cawan minyak kelapa beserta satu sudu madu lebah. Kacau sehingga rata dan pekat. Setelah itu simpan dalam peti sejuk selama sejam sebelum disapu pada wajah. Biarkan selama setengah jam kemudian barulah dibilas dengan air bersih.

Photos 16/03/2016

Matahari khatulistiwa yang terik, persekitaran yang semakin tercemar, dan penipisan lapisan ozon yang tidak mampu lagi menapis sinar UV. Ini semua menyebabkan kulit kita yang pada mulanya cerah, menjadi semakin gelap. Adakah kita harus pasrah dengan segala perubahan di sekeliling kita?
Tidak!
Sebenarnya banyak cara untuk kita memutihkan kulit walaupun persekitaran kita tak berapa elok untuk kulit kita.
Sila baca 3 tips memutihkan kulit berikut yang saya kompilasikan khas untuk anda:
1. Kurangkan terdedah kepada cahaya matahari
Ini langkah pertama. Mencegah sememangnya lebih baik daripada mengubati. Kalau anda memang kerja di rumah, atau suri rumah, memang lebih mudah. Tapi kalau kerja di pejabat? Saya boleh bagi tips sikit:
Gunakan tinted kereta yang gelap.
Kalau boleh gunakan silver yang memantulkan sinar UV. Tanya kedai tinted tu ada tak yang serap sinar UV. Ini sesuai untuk mereka yang memandu kereta ke tempat kerja. Boleh dikatakan 60% kerosakan kulit berlaku semasa tersekat dalam kesesakan lalu lintas.

Tutup aurat.
Saya pernah ada rakan sekerja yang merupakan gadis berbangsa Cina. Dia pakai stoking yang tutup lengan tu. Saya tanya kenapa tutup aurat? Dia jawab tak nak hitam. Kalau kita buat, bonusnya kita dapat pahala.
Kurangkan keluar waktu panas terik. Di Malaysia, matahari yang paling teruk untuk kulit adalah sekitar 12 tengahari sehingga pukul 5 petang. Kerosakan yang berlaku pada kulit ketika ini memang terlampau dahsyat dan kalau boleh elakkan terus.

Photos 16/03/2016

7 Cara Putihkan Kulit Dengan Semulajadi

Ramai yang idamkan punyai kulit yang putih bak sajli untuk menawan hati suami dan buah hati kan. Sebenarnya ada cara yang sangat mudah untuk dapatkan kulit puti gebu gebas ini , tidak perlu mengeluarkan belanja yang besar. Ini saya kongsikan cara putihkan kulit dengan semulajadi dan bahan yang sangat mudah di dapati. Lepas ini ramai yang cemburui anda tau .
1. Skrub Tomato
Cara putihkan kulit yang pertama adalah dengan menggunakan tomato. Selepas anda mencuci muka dengan bersih ambil sebiji tomato dan di belah dua, gosok dan sapukan tomato tadi ke wajah anda dan biarkan selama 15 minit. Kemudian bilas dengan air bersih, nak dapatkan kesan putih yang memuaskan harus di amalkan setiap hari barulah boleh nampak tau.
2. Minum Air Putih Secukupnya
Tubuh perlukan air bersih untuk membantu menggantikan sel mati. Minum air sekurangnya dua liter sehari bagi memastikan sistem dalaman dapat berfungsi dengan baik. Apabila tubuh mendapat air yang cukup, kulit juga kelihatan lembap, bersih dan cerah secara semulajadi.
3. Air Beras
Untuk anda yang selalu memasak tu pasti kenal apa itu air beras, kalau yang tak tau rajin-rajinlah memasak ya hehe. Ketika mencuci beras air bilasan jangan di buang. Ambil air bilasan tadi dan asingkan di dalam baldi, kalau nak tahu air bilasan beras ini mempunyai pelbagai khasiat untuk kecantikan. Air bilasan dikatakan mampu haluskan dan putihkan kulit. Caranya mudah sahaja ambil air bilasan tadi dan amalkan berendam dalam air bilasan beras selama 15-20 minit setiap hari, barulah boleh nampak kulit beransur cerah.
4. Air Rendaman Limau Nipis
Limau nipis ini mempunyai pelbagai fungsi, buat teh o limau ais pun sedap tau panas-panas ni. Tapi untuk putihkan kulit janganlah nak minum teh o air limau nipis lak kan jadi benda lain lak. Cara cerahkan kulit dengan limau nipis ini mudah sahaja, hiriskan beberapa biji limau nipis dan rendamkan selama 40 minit di dalam baldi, kemudian mandi lah dengan air rendaman ini. Selain untuk putihkan kulit ia juga bantu untuk harumkan badan tau.
5.Beras Pulut Masker
Sebelum nak tanya dulu kenal ke yang mana satu beras pulut ni? Kalau tak kenal kenalah pandaikan diri pergi ke pasar ya adik-adik. Usaha gigih dik nak putih ni kena kenal bahan. Untuk beras pulut ini, caranya gorengkan beras pulut sehingga kekuningan tanpa minyak ya dik , kan benda lain lak jadi. selepas goreng tumbuk atau pun kisarkan menjadi macam serbuk beduk mak cun tuh , tepek-tepek jadi putih dik. Selepas di kisar dan jadi serbuk bancuh dengan air putih dan sapukan pada wajah dan tubuh. Biarkan kering dan bilas dengan air bersih.
6. Yogurt Asli

Yogurt ini bukan sahaja sedap di makan dan dijadikan menu untuk kuruskan badan, tetapi boleh juga digunakan untuk cerahkan kulit. Caranya ambil yogurt asli dan lumurkan di wajah dan di leher dan dibiarkan kering sebelum dibilas dengan air bersih. amalkan 3 kali seminggu anda pasti akan terkejut tau dengan kesannya nanti.
7. Betik Haluskan Kulit
ye ke buah betik leh haluskan kulit?dik kalau tak cuba mana tau kan. Gini caranya ambil buah betik dan kisarkan ataupun lumutkan supaya menjadi halus , dan ambil kisaran betik tadi disapukan pada wajah dan biarkan kering selama 15 minit. Setelah kering bilas dengan air bersih. Dik pasti takkan percaya dengan kesan yang akan dirasai.

Sis Nak Lebih Lagi Tips Penjagaan & Mencerahkan Kulit Plowless ? LIKE PAGE > Tips Penjagaan Kulit Muka.

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Ampang?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Website

Address


Jalan Memanda
Ampang
56000