Rawatan Terapi Muslimah
Kepakaran saya adalah membantu Muslimah mengandung dan yang lepas bersalin untuk melegakan kesakitan
Kami membantu muslimah melegakan badan dengan sentuhan urutan,urutan muslimah selepas bersalin juga disediakan.
17/02/2022
Bismillah.
Assalamualaikum semua😍
HARGA 2022 RAWATAN TERAPI MUSLIMAH.
URUT MUSLIMAH/ URUT BERSALIN
(servis terus ke rumah)
Servis:
Urut kaki lutut kebawah :
30 minit = RM30
Urut 1 badan :
1 jam 15 minit = RM80
Urut 1 Badan :
45 minit = RM60
Lulur 1 Badan :
30 minit = RM30
Sengkak peranakan :
15 minit = RM30
Bertungku perut :
15 minit = RM20
Bertungku 1 badan :
30 minit = RM45
Special Package :
Urut 1 jam 15 minit dan Lulur 1 Badan
RM100
Pakej Urut Bersalin Muslimah :
Pakej Biasa RM500 (3 hari)
- Urut Satu Badan 1 jam
- Sengkak (menaikkan peranakan)
- Bertungku perut sahaja
- Urut Keluar Susu
- Urut baby satu badan
- Mandi baby
Full Package RM750 (3 hari)
- Urut satu badan 1 jam
- Sengkak (menaikkan peranakan)
- Urut keluar susu
- Urut baby satu badan
- Mandi baby
- Bengkung
- Bertungku Perut dan Satu Badan
- Bertangas basah
- Sapu param
- Sapu pilis
- Sapu tapel
**Percuma Lulur satu badan untuk sehari**
Caj kenderaan bergantung kepada tempat.
Whatsapp @ Call segera...
>>>>>> 018 2105199
>>>>>> 018 2105199
>>>>>> 018 2105199
17/02/2022
KHAS BUAT WANITA MUSLIMAH SAHAJA.
SAKIT BADAN YANG TERAMAT SANGAT AKAN LEGA DENGAN URUTAN TRADITIONAL.
✅Urutan membetulkan urat
✅Urutan selepas bersalin
✅Sengugut
✅Menaikkan peranakan
✅Urutan akibat jatuh
✅Terseliuh
✅Urut Bersalin dan gugur
✅Sakit pinggang
✅Melancarkan peredaran darah
✅Merehatkan otot
✅Bertungku
Tukang urut professional. Bersijil dan berpengalaman.
Klik je www.wasap.my/60182105199/NAKURUT
Lokasi di TEMERLOH, MOBILE SPA ANDA.
Salam Hujung Minggu
Assalamualaikum, salam zuhur dan selamat petang semua, semoga segala urusan dipermudahkan oleh Allah SWT 🤲
05/02/2022
Punca berlakunya berat badan berlebihan dan kegemukan/obesiti pada anda :
Tabiat makan yang tidak sihat seperti makan berlebihan atau makan makanan yang mengandungi minyak dan karbohidrat yang tinggi. Aktiviti fizikal yang rendah atau tidak bersenam.
Apakah komplikasi masalah ini?
Berlebihan berat badan dan kegemukan/obesiti di kalangan remaja dikaitkan dengan :
1-Masalah jantung seperti penyakit darah tinggi/hipertensi dan paras kolesterol yang tinggi.
2-Penyakit Kencing Manis/Diabetes.
3-Kesan psikologikal seperti kemurungan dan kurang keyakinan diri.
4-Masalah pernafasan seperti asma serta masalah tidur.
5-Komplikasi sendi dan tulang seperti osteoarthritis dan kesakitan tulang pinggul.
6-Bertambah gemuk apabila umur meningkat.
Bagaimanakah cara untuk memastikan anda tidak mengalami masalah berlebihan berat badan?
Anda perlu mempraktikkan cara hidup sihat :
1-Makan snek yang berkhasiat seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan rendah lemak.
2-Makan secara sederhana.
3-Amalkan kehidupan yang aktif di rumah dan di sekolah dengan bersenam dan berjalan lebih kerap.
4-Hadkan waktu menonton TV dan video kepada tidak lebih daripada dua jam sehari.
5-Anda perlu mengira BMI-untuk-umur anda dan medical check up setiap tahun. Ini boleh dibuat sebagai pemeriksaan kesihatan tahunan anda.
Dapatkan nasihat Doktor atau Pakar Pemakanan/Pegawai Dietetik jika anda mempunyai masalah berkaitan berat badan.
Salam Gaya Hidup Sihat.
01/02/2022
Mengurut dapat membantu melegakan:
1. Menghilangkan sakit sendi
Sakit sendi atau arthritis biasanya boleh membuatkan seseorang itu mengalami bengkak dan rasa sakit pada bahagian sendi.
Mengurut sebenarnya dapat membantu mengalirkan darah ke kawasan sendi sekali gus mengurangkan rasa sakit meskipun bersifat sementara.
Selain mengurut, fisioterapi juga boleh membantu mengurangkan sakit sendi.
2. Melegakan otot tegang
Sekiranya seseorang itu mengalami otot yang tegang, mengurut juga dapat membantu mengalirkan darah dengan betul serta membantu mempercepatkan proses pemulihan.
Biasanya, urutan pada otot akan dilakukan menggunakan minyak dengan menggosok pada bahagian yang sakit untuk meredakan ketegangan otot.
Ia bukan sahaja berlaku kepada mereka yang sudah berusia, malah mereka aktif bersukan juga berpotensi mengalami masalah ini.
3. Meredakan sakit kepala
Sakit kepala juga boleh berlaku disebabkan ketegangan otot terutamanya pada bahagian kepala, leher dah bahu.
Biasanya, kita akan makan ubat sakit kepala tetapi urutan pada ketiga-tiga bahagian itu dapat membantu melegakan ketegangan otot dan mengurangkan rasa sakit kepala.
4. Mengurangkan keletihan dan tekanan
Terdapat beberapa teknik urutan yang ternyata dapat menghilangkan tekanan dan keletihan badan.
Dengan urutan yang betul, ia juga dapat mengurangkan masalah kemurungan, mengawal hormon dan memperbaiki kualiti tidur seseorang.
Urutan ini lebih dikenali sebagai relaxing massage yang merawat fizikal yang lesu akibat tekanan.
5. Merawat sembelit
Mungkin ramai tidak tahu masalah penghadaman seperti sembelit dapat dirawat hanya dengan mengurut!
Mengurut sememangnya mampu mengurangkan rasa tidak selesa pada bahagian perut. Malah kajian yang dilakukan Gastroenterology Nursing 2016 mendapati urutan pada bahagian abdomen dapat membantu menggerakkan usus.
Sumber dari MStar
01/02/2022
Fungsi Utama BERTUNGKU
✅ Melegakan sakit ketika datang bulan
✅ Mengurangkan lemak di bahagian perut
✅ Membuang angin di dalam badan
✅ Mengembalikan kecergasan badan ibu selepas bersalin yang sememangnya lemah.
✅ Membantu lancarkan perjalanan darah
✅ Mengecutkan rahim terutama wanita dalam pantang
✅ Mengembalikan berat badan ideal lepas bersalin
✅ Menghilangkan sakit2 badan,lenguh2 dan kebas2
✅ Badan rasa bertenaga lepas bertungku
✅ Berkesan untuk legakan sakit perut dan senggugut
Cara Penggunaan BERTUNGKU
Bahagian Peranakan
Ditungku bagi mengecutkan peranakan yang membesar sewaktu mengandung. Bertungku di bahagian ini perlu berhati-hati.
Bahagian badan yang perlu ditungku ialah bahagian dada, ulu hati, tengkuk, ketiak dan belikat.
Bertungku di bahagian ini dilakukan ketika ibu berbaring.
Tungku Diletakkan Sekitar Buah Dada
Dengan perlahan-lahan supaya darah mengalir dengan baik, mebolehkan air susu keluar lancar. Selepas itu berpindah ke bahagian ulu hati. Tujuannya untuk memecahkan angin di bahagian perut dan ulu hati. Kemudian beralih ke bahagian kanan ketiak kanan dan kiri. Setelah itu barulah ke bahagian belikat kanan dan kiri untuk beberapa minit.
Di Bahagian Tengkuk
Bertungku dilakukan dengan meletakkan tungku di bawah tengkuk seperti menggunakan bantal. Bahagian ini perlu ditungku untuk memulihkan perjalanan darah di bahagian kepala dan leher.
Di Bahagian Bawah Pinggang
Anda perlu menungku bahagian betis, peha, punggung, pinggang, pelipat, pergelangan kaki dan tapak kaki. Ia memakan masa selama 15-20 minit. Pada bahagian terakhir, iaitu di tapak kaki, kaki dirapatkan menjadi satu kemudian digerakkan ke hadapan dan kebelakang, atau dengan menggolek-golekkan tungku. Sekiranya tungku itu berbentuk bulat atau bujur. Biarkan tungku berada di bahagian ini sehingga sejuk.
Cara Penyediaan
1. Panaskan tungku batu sungai di atas api perlahan selama 20 - 30 minit.
2. Alaskan di atas kain dengan daun sirih, mengkudu atau daun lengkuas sebelum meletakkan batu tungku yg telah siap dipanaskan. Biasanya kepanasan batu tungku ini dapat bertahan lebih kurang hingga 1 jam.
3. Bertungku lah selama 1/2 jam pagi dan petang. Juga sangat digalakkan digunakan pada malam hari sebelum tidur untuk membantu tidur yang lebih nyenyak.
📌📌PERINGATAN :
Jangan gunakan api yang terlalu besar sebab batu akan merekah dan terbelah. Api yang besar menjadikan batu cepat panas dan cepat juga sejuk. Tapi dengan api yang kecil, panas akan meresap ke dalam batu dan panas akan tahan lama. Waktu yang sesuai untuk bertungku ialah pada waktu pagi Iaitu sebelum matahari naik dan pada waktu petang. Selepas waktu asar.
SELAMAT BERTUNGKU buat ibu2 yang selamat bersalin !
20/01/2022
Kaedah Rawatan Penyakit Meroyan
=============================
Para ibu disyorkan mengamalkan perubatan herba dan rempah ratus khusus bagi rawatan semasa dalam pantang.
Satu kajian yang dijalankan mendapati kandungan cekur dalam ubat herba bersalin mempunyai potensi untuk menghindari penyakit murung. Manakala satu kajian lagi tentang kunyit, mendapati herba tersebut mempunyai ciri antioksidan dan antibengkak.
Secara tradisional halia, serai, jerangau dan rempah ratus diyakini mampu mengeluarkan sisa racun akibat pemakanan agar darah kembali bersih.
Sesungguhnya gabungan bahan-bahan tersebut dapat membantu ibu-ibu mengelak daripada dihinggapi penyakit meroyan.
Selain itu, ramuan ini dapat :
✅Membantu membersihkan rahim daripada pengumpulan angin, lendir dan darah beracun daripada darah bantal yang tertinggal.
✅Mempercepatkan pengecutan rahim, mengimbangi hormon, melegakan sakit urat saraf dan membantu melangsingkan badan.
Adakah anda mempunyai tanda² meroyan ?
Assalamualaikum selamat pagi 😊
18/01/2022
REFLEXOLOGY PADA KAKI.
Setiap bahagian di tapak kaki terbahagi kepada bahagian-bahagian yang tersendiri. Di setiap bahagian tersebut mewakili setiap organ di dalam tubuh manusia.
Bolehlah kita ibaratkan seperti lampu di setiap bilik rumah kita yang masing-masing mempunyai suis tersendiri. Semuanya ada suis masing-masing yang terletak di tapak kaki, tapak tangan dan telinga.
Malah susunan organ juga sama seperti kedudukan organ dalam badan kita bermula dari hujung jari yang melambangkan bahagian kepala hinggalah di bahagian tumit yang melambangkan bahagian punggung kita.
Apabila kedua-dua gambarajah ini dirapatkan, bahagian tengahnya melambangkan bahagian tengah badan kita iaitu tulang belakang.
Hebat sungguh ciptaan Allah SWT🤲
Semoga dapat manfaat dari sharing ini.
18/01/2022
SAKIT PINGGANG :
Sakit Pinggang (Back Pain) - Apakah penyebab dan bagaimanakah gejala-gejalanya
Sakit pinggang mungkin disebabkan oleh masalah di bahagian tulang, otot, organ - organ di bahagian tersebut, kecederaan ataupun masalah saraf.
Sakit pinggang dari masalah tulang
Sakit pinggang disebabkan oleh masalah tulang selalunya berada di tengah-tengah bahagian belakang.
Penyebabnya :
-Patah tulang belakang ( Spondilolisis )
-Patah tulang rusuk
-Scoliosis ( kebengokkan tulang belakang ke sebelah tepi)
-Kyphosis ( kebengokkan tulang belakang ke bawah )
-Kemampatan cakera intervertebral
-Spondilosis ( degenerasi cakera intervertebral )
-Spondilolithesis ( kegelongsoran tulang belakang )
-Sakit pinggang disebabkan oleh masalah otot
Ia dipanggil Lumbago.
Penyebabnya :
-Otot belakang yang terseliuh
-Ketegangan otot belakang
-Sakit pinggang disebabkan masalah organ
Sakit pinggang disebabkan oleh masalah organ di bahagian tersebut di bezakan mengikut lokasinya ke sakit pinggang sebelah kanan dan sakit pinggang sebelah kiri. Manakala sakit pinggang dari punca lain boleh ada di kedua - dua belah.
Sakit belakang sebelah kanan :
Masalah hempedu seperti infeksi, ataupun obstruksi ke asid hempedu.
Masalah buah pinggang seperti infeksi, batu karang, autoimun, barah buah pinggang dan sebagainya
Sakit belakang sebelah kiri :
Masalah buah pinggang seperti infeksi, batu karang, autoimun, barah buah pinggang dan sebagainya
Untuk golongan wanita, sakit pinggang juga boleh disebabkan oleh masalah dengan rahim dan juga ovari. Masalah seperti fibroid ataupun risa lendir ovari juga boleh menyebabkan sakit pinggang.
Jika ada masalah begini sila rujuk kepada doktor anda secepat mungkin.
09/01/2022
GEJALA LETIH :
Pernahkah anda mengalami rasa penat, lesu dan hilang fokus apabila melakukan rutin harian yang memenatkan? Biasanya keadaan itu dikaitkan dengan kehilangan tenaga berlebihan atau berada di bawah tekanan luar biasa.
Gejala kekurangan protein serius :
1. Keletihan dan lesu
Kurang bertenaga, mudah tertidur, letih dan tidak bermaya.
2. Otot-otot menggeleber
Protein penting dalam pemulihan dan pembinaan semula tisu-tisu otot. Malah dalam satu aspek lebihan protein akan disimpan dalam otot untuk kegunaan tubuh jika berlaku kekurangan.
3. Sistem imun lemah
Protein ialah kunci kepada sistem imun yang kuat. Ia asas kepada sel darah merah, sel darah putih dan antibodi, semuanya bertindak bersama-sama untuk melindungi tubuh anda daripada bakteria, virus dan patogen lain.
4. Lambat pulih daripada kecederaan
Kurang protein bermaksud tisu-tisu juga lambat untuk pulih. Jika anda cedera dan mengalami kekurangan protein, tubuh anda akan mengambil masa yang lebih panjang untuk sembuh.
5. Kulit kendur dan berkedut
Asid amino menjana protein struktur dikenali dengan kalogen. Tanpa protein, tiada kolagen dihasilkan untuk kulit yang bertanggungjawab menjadikan kulit kita anjal dan kuat. Kolagen juga bertindak seperti ‘simen’ yang menyatukan kulit kita.
6. Rambut gugur dan kuku rapuh
Apabila anda tidak mendapat protein yang cukup, tubuh akan bertindak balas dengan meletakkan posisi sistem automasi dalam tubuh kepada ‘mod penjimatan’. Apa yang berlaku ia akan berhenti menggunakan protein dalam penghasilan rambut dan kuku.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
Ampang
68000
