Pati Herba Kesihatan

Pati Herba Kesihatan

Share

Jus Botani Semulajadi Rawat Kesihatan Anda

21/11/2022

Akibat kurang tidur dan ingatkan hari ni cuti. 😭

Ambil peluang tengahari ini untuk power nap.

21/11/2022

JOM MASAK BERSAMA ANAK-ANAK

Pemakanan di peringkat bayi dan kanak-kanak akan mempengaruhi corak dan status pemakanan seseorang apabila dewasa kelak. Oleh itu, amatlah penting bagi ibubapa untuk memastikan anak mendapat khasiat yang secukupnya bagi memastikan pertumbuhan yang optimum.

Masak bersama anak-anak terutama sekali makanan kegemaran mereka bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan antara ibubapa dengan anak malahan, dapat melatih serta mendidik anak untuk mengetahui apa yang dimakannya secara sihat. Secara tidak langsung, anak dapat mempraktikkan apa yang dilihat & dipelajari.

Galakkan anak makan secara sihat. Jom masak bersama anak!

08/11/2022

Tidak semua ingin menjadi doktor O&G. Tidak kira lelaki mahupun perempuan. Bukan hanya kerana ia tugas yang sukar, ia juga berisiko tinggi. Mereka mengendalikan dua nyawa.

Tahukah anda, doktor yang berkhidmat di swasta tidak kira penjawat awam atau swasta perlu membeli premium insuran setiap tahun.

Ia bukan murah. Ini bagi melindungi pakar perubatan daripada mengeluarkan duit sendiri setiap kali pakar tersebut berhadapan dengan kes saman dan mahkamah.

Dilampirkan kos anggaran semasa yang perlu dibayar bagi mendapatkan perlindungan ini. Cuba lihat doktor bedah plastik dan neurosurgeon. Ratusan ribu ringgit! 😱

Maka tidak hairanlah ramai yang tidak mahu menjadi doktor pakar dalam bidang-bidang tersebut.

04/11/2022

Kalsium yang hanya boleh didapati dari makanan adalah sangat diperlukan untuk menjaga kesihatan tulang dan gigi. Namun begitu, ramai di antara kita yang tidak mengambil kalsium yang mencukupi. Antara sumber makanan yang kaya dengan kalsium adalah produk tenusu seperti susu.

Ayuh jadikan susu sebahagian daripada pemakanan harian anda demi tulang dan gigi yang kuat juga kesihatan yang lain.

03/11/2022

Pastinya ramai tidak tahu, pada 21 Oktober yang lepas, YB KJ telah merasmikan Talian 15555 yang menyediakan perkhidmatan sokongan psikososial.

Perkhidmatan ini disediakan oleh KKM bertujuan memberikan akses perkhidmatan kesihatan mental yang lebih mudah.

Pastinya mereka yang menghadapi masalah ini akan berhadapan kesukaran untuk menjejakkan kaki ke premis kesihatan disebabkan kerisauan atau anxiety. Namun, kini tidak lagi.

Anda boleh mendapatkan akses ini dimana-mana seperti di sofa rumah anda mengikut keselesaan anda.

Selain itu, anda juga boleh menyaring kesihatan mental secara maya melalui laman web berikut:
1) Dass oleh Jabatan Kesihatan Negeri Johor (diberikan rujukan ke klinik jika perlu) - http://appsjknj.moh.gov.my/qrdass/

2) JKN Kedah. http://apps1.kdh.moh.gov.my/dass21/

3) Dass oleh Prof Ramli (perlu print screen dan bawa ke klinik)- https://www.ramlimusa.com/questionnaires/depression-anxiety-stress-scale-dass-21-bahasa-malaysia/

03/11/2022

Sayur pelengkap pinggan anda!

Sayur-sayuran penuh dengan vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh kita untuk kekal sihat. Tahukah anda, bahawa sayur membantu menyokong sistem imuniti badan, membantu penghadaman dan membuat kita 'awet muda'. Semakin banyak sayur-sayuran yang kita ambil, semakin badan kita berasa sihat dan cergas.

Oleh itu, mulai hari ini, bersama kita amalkan makan sekurang-kurangnya 1 hidangan sayur-sayuran dalam setiap waktu makan utama dan sebaik-baiknya cukupkanlah 3 hidangan sayur setiap hari. Jangan lupa untuk pelbagaikan pengambilan sayur-sayuran supaya anda memperolehi pelbagai nutrien yang diperlukan oleh tubuh badan.

Pusat Maklumat Pemakanan Terengganu

31/10/2022

Sebilangan besar rakyat Malaysia mempunyai pengalaman kehilangan insan tersayang akibat jangkitan C-19. Ia menjadi punca kematian utama rakyat Malaysia untuk tahun 2021 menggantikan serangan jantung.

Hanya yang merasai kehilangan tahu bagaimana perasaan perit dan sedih apabila insan tersayang menemui ajal.

Lebih menyedihkan, 57% kematian wanita hamil juga akibat jangkitan virus maut ini.

31/10/2022

Pernahkah anda mengalami mimpi aneh ketika demam seperti dihempap batu besar? Atau siling rumah menjadi tinggi dan ruang rumah semakin membesar?

Ya, anda tidak keseorangan.

Mimpi demam adalah situasi yang berlaku apabila suhu badan anda meningkat. Individu yang mengalami minpi demam biasanya menggambarkan ia sebagai pengalaman yang mengganggu dengan emosi dan kuat, pelik & menakutkan sehingga anda meracau dalam tidur!

Punca sebenar ia berlaku masih tidak diketahui, tetapi terdapat beberapa hipotesis. Salah satunya ialah suhu tinggi mungkin mengganggu proses kognitif normal otak.

Semasa peringkat REM tidur, di mana kebanyakan mimpi anda berlaku, badan mengalami kesukaran untuk mengawal suhu dalaman anda. Peningkatan suhu badan membawa kepada mimpi yang tidak menyenangkan.

Walaupun tiada jaminan anda boleh mengelakkan mimpi demam sepenuhnya, merawat demam anda boleh membantu mengawal mimpi buruk ini.

29/10/2022

Sekiranya anda atau orang yang anda kenali mengalami penurunan berat badan tanpa penjelasan (tanpa diet/ senaman) sila dapatkan pemeriksaan SEGERA.

Terutamanya pada golongan yang berusia 60 tahun ke atas. Jangan anggap mereka susut akibat usia tua ya.

Doktor akan bertanya mengenai gejala gejala lain dan pemeriksaan fizikal. Ujian darah untuk pemeriksaan gula, hormon tiroid, fungsi hati dan buah pinggang mungkin perlu dilakukan.

27/10/2022

Adakah anda penggemar tegar susu pekat manis? Sekiranya ya, fikirkan semula. Tahukah anda bahawa susu pekat manis atau krimer manis bukanlah susu tetapi mengandungi gula yang tinggi. Kandungan gula di dalam satu tin pekat manis boleh mencapai 45% , manakala kandungan susu hanyalah 10% selebihnya adalah bahan-bahan lain dan minyak sahaja.

Kebanyakan rakyat Malaysia gemar mengambil susu pekat manis dalam minuman kegemaran mereka seperti teh tarik dan kopi setiap hari. Penggunaan gula yang dicadangkan sehari adalah sebanyak 10 teh gula sahaja termasuk minuman dan makanan yang diambil, maka penggunaan susu pekat manis menjadi penyumbang utama kepada penggunaan gula tambahan yang berlebihan dan meningkatkan risiko penyakit diabetes.

Jadi, buatlah pilihan yang bijak. Gunakan susu segar atau susu tepung dalam minuman kegemaran anda. Susu segar bukan sahaja mengandungi kalsium dan nutrisi yang diperlukan untuk kekuatan gigi dan tulang, tetapi juga membantu mengawal tekanan darah, mencantikkan kulit dan rambut, dan membantu meningkatkan imuniti badan. Pilihan di tangan anda.

Nutritionist Perak

11/10/2022

Banyak sangat telefon / gadget ambil alih kehidupan kita..

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Ayer Keroh?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Website

Address


41, Jalan Eco 1, Zon Industri Ayer Keroh Baru, Hang Tuah Jaya, Melaka
Ayer Keroh
75450

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:30