Sihat Dan Bahagia

Sihat Dan Bahagia

Share

Amalkan Gaya Hidup Sihat

19/05/2021

Pecahan kes baharu (4,865)

03/05/2021

Tenang, sama-sama kita atasi wabak ini

KUALA LUMPUR, 2 Mei 2021 - YB Menteri Kesihatan, Dato' Sri Dr Adham Baba ketika diminta mengulas tentang kes pertama kemasukan varian COVID-19 dari India, dengan mutasi berganda dikenali sebagai B.1.617.1. menasihatkan kepada seluruh rakyat Malaysia agar kekal bertenang.

Dr Adham mengajak masyarakat agar bersama-sama mengatasi wabak ini.

"Segala tindakan kesihatan awam untuk terus putuskan rantaian penularan perlu dilakukan untuk keselamatan rakyat secara bersama" ujar Dr Adham lagi.

Awal hari ini, kes mutasi berganda yang difahamkan menyumbang hampir 60 peratus daripada penularan secara besar-besaran di India ketika ini dikesan menerusi seorang warga republik itu yang tiba di Lapangan Terbang Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Varian mutasi berganda, B.1.617.1 mula ditemui di India pada 27 April lalu dan laporan Inisiatif Global mengenai Perkongsian Semua Data Influenza (GISAID) mendapati ia menular di sekurang-kurangnya 17 negara di seluruh dunia, tiga hari kemudian.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan mutasi berganda dari India itu mempunyai kadar pertumbuhan virus COVID-19 yang lebih tinggi, berbanding varian sedia ada di republik berkenaan, sekali gus dikhuatiri menjadi punca utama peningkatan jangkitan secara mendadak.

Photos 30/04/2021
29/04/2021

Salam Nuzul Al-Quran kepada seluruh umat Islam daripada warga kerja KKM.

Semoga kita dapat melipat gandakan lagi ibadat kita pada bulan yang mulia ini dengan membaca kitab al-quran.

24/04/2021

Pecahan kes baharu (2,847)

23/04/2021

"Pergi ke kedai membeli cincau..."
Sambung.

Rupanya banyak khasiat cincau terhadap kesihatan. Cuma orang kita tambah cincau dengan air gula yang banyak. Petang ini kita buka dengan cincau tau.

"Bang. Air cincau tak nak gula satu!"

21/04/2021

10 Panduan Ramadan yang SIHAT

Teruskan berjuang makan secara sihat terutamanya ketika BERBUKA puasa..

Perut tengah LAPAR semua makanan nampak SEDAP🤤

Kawal Nafsu Kawal Kaloriā—šŸ§

Pemakanan, Jabatan Kesihatan W.P. Kuala Lumpur & Putrajaya

20/04/2021

Amazing. Just 20 minutes after you quit smoking, your body begins to reap the benefits.

http://jomquit.com

Source WebMD

Photos from KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA's post 19/04/2021
17/04/2021

Baiklah.. hari ini kita akan belajar untuk melakukan pemeriksaan kendiri te**is. Te**is ialah kelenjar kelamin lelaki pada manusia. Setiap lelaki mempunyai dua te**is yang dibungkus dengan skrotum.

Pemeriksaan te**is boleh dilakukan semasa atau selepas mandi. Lebih relaks dan tenang ketika itu.

Jangan gopoh, lakukan pemeriksaan te**is 1 demi 1. Persoalan penting yang utama adalah berapakah bilangan te**is yang anda ada?

Jika hanya ada sebelah, mungkin anda alami masalah te**is yang tidak turun (undecendent te**is) dan bersembunyi dalam abdomen anda. Ia bahaya kerana boleh bertukar menjadi kanser.

Kemudian, cuba batuk... uhuk.. uhukkk. Ada sebarang bengkak yang muncul? Ia mungkin hernia atau angin pasang.

Dengan lemah lembut, periksa te**is dengan cermat. Kenalpasti jika ada sebarang ketulan keras, ketulan bulat atau berlaku sebarang perubahan saiz secara tiba tiba.

Dapatkan pemeriksaan lanjut jika anda menemui sebarang penemuan yang luar biasa

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Ayer Keroh?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Address


No. 27-1 Jalan KNMP 2A Kompleks Niaga Melaka Perdana
Ayer Keroh
75450