Dinara Jus Turun Kolesterol

Dinara Jus Turun Kolesterol

Share

Setiap titisan Jus Dinara mempunyai ekstrak Herba Temulawak & Halia Bara yang membantu untuk turunka

LDL and HDL Cholesterol | Good and Bad Cholesterol | Nucleus Health 15/09/2021

APA ITU KOLESTEROL ???

LDL and HDL Cholesterol | Good and Bad Cholesterol | Nucleus Health Visit our website to learn about using Nucleus animations for patient engagement and content marketing: http://www.nucleushealth.com/?utm_source=youtube&utm_...

07/09/2021

Haa.. Satu lagi sebab mengapa anda perlu aktif walaupun anda sedang hamil. Baru-baru ini, para penyelidik telah menemui bukti bahawa senaman semasa hamil adalah baik bukan sahaja untuk ibu tetapi juga untuk bayi yang dikandung.

Dalam penyelidikan yang dibentangkan di Kongres Antarabangsa Persatuan Pernafasan Eropah 'pada hari ini Ahad, Dr Hrefna Katrin Gudmundsdottir mengatakan bahawa kajian kepada 814 bayi, untuk pertama kalinya, menunjukkan perkaitan antara fungsi paru-paru bayi yang dilahirkan oleh ibu yang tidak aktif secara fizikal berbanding dengan yang dilahirkan oleh ibu yang aktif.

Dr Gudmundsdottir, seorang pakar pediatrik dan pelajar PhD di University of Oslo, Norway, mengatakan: “Kajian terdahulu menunjukkan individu dengan fungsi paru-paru rendah pada masa bayi mempunyai risiko asma, penyakit paru-paru obstruktif lain, dan fungsi paru-paru yang lebih rendah di kemudian hari.

"Dalam kajian kami, kami mendapati bahawa bayi yang dilahirkan oleh ibu yang tidak aktif lebih cenderung untuk berada di dalam kumpulan fungsi paru-paru yang tidak baik berbanding dengan bayi yang dilahirkan oleh ibu yang aktif."

"Kami melihat pentingnya memberi nasihat kepada wanita hamil mengenai aktiviti fizikal. Walaubagaimanapun, kajian masih lagi perlu dilakukan dengan lebih mendalam di tambah dengan faktor-faktor lain bagi merungkai perkaitan ini dengan lebih baik.

03/09/2021
02/09/2021
02/09/2021
24/08/2021

“ Kita perlu menggunakan Face-shield yang praktikal, yang dapat dihasilkan dan diedarkan dengan cepat dan berpatutan. Penggunaan Faceshiled harus dimasukkan sebagai sebahagian strategi untuk mengurangkan penyebaran dan penularan jangkitan dalam masyarakat”

Jika anda perlu ke tempat awam, menaiki kenderaan awam, pergi ke pasar, bertugas di kawasan yang tertutup seperti pasaraya, gunakanlah faceshield.

Raja Segala Herba Kawal Kolesterol >> 19/08/2021

Raja Segala Herba Kawal Kolesterol >> Pulse Fingertip Oximeter merupakan alat canggih untuk kesan taraf kesihatan anda. Alat ini berharga lebih dari RM60 ke atas tapi kami nak bagi free je

19/08/2021
03/08/2021

Bayangkan.. hanya kerana 1 voice not dari Mak Teh, mungkin menyebabkan 100 ribu masyarakat enggan mengambil vaksin!

⚠️ Malaysia kini adalah antara negara yang mempunyai insidens kes tertinggi di dunia,

⚠️ Peratus pendaftaran vaksin perlahan, yang sudah mendaftar tidak munculkan diri.

Adakah kita masih mahu berdiam diri kepada ANCAMAN UTAMA kesihatan awam negara?

28/07/2021

Ivermctn mesti Mengikuti Proses Kelulusan Standard Malaysia

Gabungan Kesihatan Malaysia (MHC) sangat menyokong proses saintifik dan peraturan semasa meluluskan ubat-ubatan di Malaysia. Seperti ubat-ubatan lain, proses yang sama dan standard tinggi perlulah dilalui oleh Ivermctn.

Proses saintifik dengan standard yang tinggi adalah asas "Evidence-Based Medicine". Ini adalah kaedah asas bagi profesional kesihatan untuk melindungi keselamatan dan kesihatan pesakit.

Kami menggesa perkara berikut:
1. Mengatasi penjualan Ivermctn di pasaran haram atau gelap.
Pada masa ini, Ivermctn tidak diluluskan untuk penggunaan manusia di Malaysia. Namun, kerana tuntutan palsu atau mengelirukan di media dan media sosial, kini terdapat pasaran gelap aktif yang menjual Ivermctn yang tidak berlesen dan berpotensi berbahaya.

Ivermctn dari bekalan haiwan atau sumber yang tidak diketahui dijual dengan harga yang sangat tinggi. Kami menyokong tindakan membanteras Ivermctn yang tidak sah atau gelap, kerana kami menyokong preskripsi ubat yang selamat untuk semua rakyat Malaysia.

2. Luluskan Ivermctn hanya melalui proses NPRA.
Terdapat tekanan yang besar diberikan kepada Badan Regulatori Farmasi Negara (NPRA), KKM untuk segera meluluskan Ivermctn. Beberapa pendesak ivermctn bahkan meminta ia segera "diedarkan secara besar-besaran" untuk mengelakkan C19.

Kami menyakini proses kerja NPRA iaitu tiada campur tangan politik atau masyarakat. Maka, Ivrmctn mesti diluluskan berdasarkan bukti saintifik perubatan. Ivermctn tidak boleh disetujui berdasarkan "permintaan popular" atau laporan polis.

Tidak ada negara yang meluluskan Ivermctn untuk merawat atau mencegah C19, termasuk Agensi Ubat Eropah atau Pentadbiran Makanan & Dadah Amerika Syarikat.

3. Hanya gunakan ivermctn dalam ujian klinikal.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menasihatkan bahawa Ivermctn hanya boleh digunakan dalam ujian klinikal. Di Malaysia, kajian I-TECH sedang berlangsung pada pesakit C19 berisiko tinggi, dan hasilnya diharapkan pada bulan Januari 2022.

Sekiranya terdapat data yang kuat mengenai Ivermctn, maka harus dipersetujui untuk digunakan melalui proses dan standard yang ditetapkan NPRA.

Sementara itu, penggunaan Ivermctn untuk mengubati diri sendiri atau di luar label(off-label) boleh membahayakan dan boleh menggangu Program Imunsasi C19 Kebangsaan. Kami sangat yakin bahawa vksin jauh lebih berkesan untuk mencegah C19 daripada Ivermctn

Sebagai profesional kesihatan, kita mempunyai kewajipan untuk melindungi kesihatan Rakyat. Kita mesti hormat dengan undang-undang dan proses saintifik untuk meluluskan ubat-ubatan di Malaysia. Kami memperjuangkan penggunaan ubat-ubatan yang selamat dan berdasarkan bukti, dan kami menentang penggunaan ubat-ubatan yang tidak sah, tidak selamat atau mengelirukan.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA.

Gabungan Kesihatan Malaysia (MHC)
Senarai Tandatangan Penuh di myhealthcoalition.org.

Penyataan di atas telah diterjemahkan oleh PHM. Untuk merujuk penyataan asal di dalam Bahasa Inggeris, anda boleh layari laman web MHC seperti di atas.

Infografik oleh PHM.

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Ayer Keroh?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Address


Jalan Knmp 1Kompleks Niaga Melaka Perdana, Melaka
Ayer Keroh
75450