Rumusan Pati Javatis
Ekstrak peria katak & Misai Kucing terbukti mampu mengawal paras gula dalam darah
10/08/2022
Ilmu berkaitan melintas jalan. Baru ku tauuu..
05/08/2022
8 FAKTA TENTANG KENCING MANIS
=================
1. Kencing manis adalah keadaan yang mana kandungan gula dalam darah tinggi.
Kebiasaannya, bacaan gula dalam darah lebih dari 5.6 mMol/L (ketika berpuasa)
2. Kebiasaannya, ini adalah disebabkan oleh kurangnya penghasilan insulin ataupun kurangnya keupayaan insulin untuk bertindak.
Jadi, gula yang tinggi didalam darah tak mampu diturunkan ke tahap normal.
3. Dalam setiap 6 orang rakyat Malaysia (>18 tahun), 1 orang menghidap penyakit kencing manis.
Banyak kan? Jadi, kalau keluarga anda terdiri dari 6 orang dewasa, salah seorang berisiko menghidap kencing manis.
4. Manakala, dalam setiap 10 orang, 1 orang tidak tahu bahawa mereka adalah penghidap kencing manis.
Maknanya, kencing manis adalah penyakit dalam diam. Boleh menyerang tanpa disedari pesakit kencing manis.
5. Pra-diabetes p**a boleh dijumpai secara purata 1 orang dari 20 orang rakyat Malaysia.
Golongan ini berisiko untuk menghidap kencing manis jikalau tidak melaksanakan saranan petugas kesihatan.
6. Kebanyakan pesakit tidak ada tanda-tanda kencing manis.
7. Tetapi, ada juga yang boleh mengalami tanda-tanda seperti:
- cepat dahaga
- banyak minum air
- kerap kencing
- lesu tubuh badan
- turun berat badan
- kabur pandangan
- kerap dijangkiti penyakit (contohnya, penyakit kulit)
8. Lelaki lebih mudah dijangkiti kencing manis berbanding wanita.
Untunglah golongan wanita. Namun, jangan terlebih yakin sehingga mengabaikan gaya hidup sihat, wahai golongan wanita!!
Jadi, jikalau anda berkesempatan, saya sarankan untuk lakukan pemeriksaan darah secara berkala sekurang-kurangnya sekali setahun.
Follow saya Ahmed Bin Kamarulzaman dan set See First untuk perkongsian lebih banyak pengajaran nanti.
Dr. Ahmed Bin Kamarulzaman
Doktor Keluarga Anda
Penulis Aktif, M3
Pegawai Perubatan, Klinik Awfa, Kotasas
- panglima tumbangkan kencing manis -
30/07/2022
Salam Maal Hijrah to all Muslims around the world.
May this new year be a good and fulfilling one. May Allah SWT forgive our past wrongdoings and shower us with blessings in the new year. Amin 🤍
Don’t forget to read Doa Awal Tahun!
18/07/2022
Sekiranya anda ada gejala berikut, mungkin anda telah mula ketagih kepada gula😱.
Anda berisiko menghidap kencing manis, sakit jantung dan sesetengah kanser
13/07/2022
Penyakit kencing manis atau diabetes adalah antara masalah utama di Malaysia, dengan satu daripada lima orang dewasa dalam negara mengalami penyakit berkenaan dengan risiko komplikasi serius.
Berita selanjutnya : https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2022228
05/07/2022
Berkat yg penting | Follow untuk quote-quote kehidupan
02/07/2022
TRIVIA TOKOH : KISAH PAHLAWAN MELAYU ULUNG BERNAMA “MAT KILAU”
Mat Kilau tidak kalah pada British dan pihak Britsh juga gagal untuk membunuh beliau.
Mat Kilau berundur bukanlah kerana takut kepada British, bahkan beliau memilih untuk hidup di tempat baharu dengan nama yang baharu.
Di sana sini ada ramai pengkhianat bangsa yang bekerja untuk penjajah pada ketika itu.
Bukan sahaja British yang memburu beliau, malahan orang Melayu sendiri termasuk pihak istana telah menghantar orangnya untuk memburu Mat Kilau.
Mat Kilau telah di’cop’ sebagai penderhaka oleh British dan kuncu-kuncunya. Beliau terpaksa mengasingkan dirinya dan berpindah dari satu lokasi ke satu lokasi yang lain.
Sejak 1930, Mat Kilau terpaksa menukar namanya beberapa kali dan yang terakhir beliau memakai nama Mat Siam.
Pada Disember 1969, Allah telah menggerakkan hati Mat Kilau untuk memperkenalkan dirinya yang sebenar.
Ketika itu beliau memegang kad pengenalan diri dengan nama Mohamad Bin Ibrahim.
Bagi mengelakkan publisiti, beliau bersetuju untuk mengumumkan dirinya di kampung kelahirannya.
Pahlawan Melayu yang ulung ini pergi ke Masjid lama Kampung Tawar, Jerantut untuk bersolat Jumaat pada 26 Disember 1969.
Selepas bersolat Jumaat, beliau membaca al Quran dan kemudian mengisytiharkan dirinya sebagai Mat Kilau.
Pengisytiharan ini telah menggemparkan orang ramai sehingga kerajaan Pahang telah bertindak menubuhkan sebuh jawatan kuasa untuk menyiasatnya pada Januari 1970.
Pada 6 Ogos 1970, Mat Siam telah diisytiharkan sebagai Mat Kilau oleh Menteri Besar Pahang, Raja Tan Sri Yahya Mohd Seh.
Beliau meninggal dunia empat hari selepas pengiktirafan terhadap dirinya, kerana beliau sudah terlalu uzur pada usia sekitar 122 tahun.
Sumber : Prof. Dr Zainur Rashid Zainuddin
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
41, Jalan Eco 1, Zon Industri Ayer Keroh Baru, Hang Tuah Jaya, Melaka
Ayer Keroh
75450
Opening Hours
| Monday | 08:30 - 05:30 |
| Tuesday | 08:30 - 05:30 |
| Wednesday | 08:30 - 05:30 |
| Thursday | 08:30 - 05:30 |
| Friday | 08:30 - 05:30 |
| Saturday | 09:00 - 05:00 |
