Bahagia Macam Dulu

Bahagia Macam Dulu

Share

Javatis hq nak berikan freegift yang jarang kat luar sana nampak ada yang nak bagi freegift macam ni..!
.
- Neck Massage
- Mesin Cek Gula
- Posture Fixer

19/08/2021

Anda pasti kenal mana mana individu yang makan dengan banyak, s**a makanan segera dan minuman manis.. tetapi badan mereka sentiasa maintain kurus.

Tidak perlu cemburu kerana tubuh yang kurus itu, tidak semestinya SIHAT.

Walaupun memiliki berat badan ideal, tanpa disedari, akibat pemakanan dan gaya hidup, lemak mereka tersembunyi bersama organ orang penting di abdomen.

Situasi ini dikenali sebagai TOFI. “Thin Outside, Fat Inside”.

Hal ini, menjelaskan persoalan mengapa individu yang kurus turut menghidap penyakit penyakit metabolik seperti,

✔️ Kencing Manis
✔️ Darah Tinggi
✔️ Tinggi Kolesterol
✔️ Penyakit jantung dan strok

Jika anda perasan, individu TOFI ini tidak cergas, cepat penat dan kadang kala nampak pucat. Situasi stress dan kurang tidur menyebabkan paras kortisol meningkat dan seterusnya meningkatkan lagi pengumpulan lemak di organ.

TOFI s**ar dikesan. Lemak tersembunyi itu hanya boleh dilihat menerusi ujian imbasan MRI atau ujian darah untuk mengesan paras kolesterol, gula dan fungsi organ.

Lebih bahaya, akibat sentiasa langsing, mereka tidak mengawal pemakanan dan tidak menjaga kesihatan. Mereka juga tidak pergi menjalani ujian saringan kesihatan seperti orang lain.
Kesimpulannya, tubuh kurus tidak bermakna anda lolos dari risiko penyakit metabolik. Makanlah dengan kadar sederhana.. kurus bukan lesen untuk tidak menjaga kesihatan

16/08/2021

Ramai yang tersalah tafsir
INI BUKAN DAKI..!
Kalau daki, dah sental sikit pun dah terkeluar, cuba lihat TENGKUK dan PELIPAT masing-masing. Kalau ada bermakna
PARAS GULA DALAM BADAN ANDA DAN TINGGI..!
Jangan diabaikan info ini, cegah paras gula dari terus meninggi gunung..!

Hanya tuhan sahaja yang dapat tahu betapa derita pada ketika itu. Semua orang termasuk mak dan ayah sangka ia adalah kesan kerak daki di leher kerana tak jaga kebersihan.

Masih ingat lagi, pada ketika itu Mak membawa pulang sabun yang sangat tajam, baunya seperti klorox dan leher saya disental dengan berus. Sudahlah kulit di tengkuk nipis dan sensitif memang perit kena sental 😭😭

Ada sekali, cecair alkohol (hand sanitizer) digunakan untuk menyetal lehar. Pedihnya.. sampai merah merah kulit.. dan kesan hitam ini masih lagi ada.

Sekarang baru saya tahu, ia sebenarnya adalah sejenis tanda awal kencing manis. Kulit tidak sensitif kepada insulin akibat lemak dan berlebihan berat badan. Keadaan ini dinamakan Acanthosis Nigrocans.

Ibu bapa, jangan beri anak anak kesan trauma fizikal dan mental dengan menyental dengan bahan kimia. Cara yang betul adalah dengan mengurangkan pengambilan gula, makanan manis dan cuba untuk kurangkan berat badan.

12/08/2021

AWAS PARA LELAKI DI LUAR SANA!

Fast Fact

✅ Majoriti penghidap G6PD deficiency adalah lelaki

✅ Penghidap G6PD deficiency akan ada masalah ini seumur hidup. Tiada rawatan untuk 'memperbanyakkan' enzim ini

✅ Penghidap perlu elakkan dari terdedah kepada bahan terlarang yang akan akibatkan sel darah merah pecah dan menyebabkan masalah kurang darah

Jika anda kenal sesiapa menghidap masalah ini

- Elakkan dari terkena asap ubat nyamuk jenis lingkaran

- Jangan beri makan kacang parang/ kacang sepat

- Elakkan dari terkena wap ubat gegat

- Jika bela ikan, hati hati dengan bahan pewarna biru
Jika terkena, sel darah akan pecah dan individu tersebut akan alami gejala pucat, sakit perut, kencing berwarna gelap— bawalah dengan segera ke hospital

09/08/2021

KAWAL LAH BACAAN GULA ANDA
SEBELUM TERLAMBAT!

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Ayer Keroh?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Website

Address


Lazic Beauty Sdn Bhd No. 21, Jalan KNMP 2A, Jalan Tun Hamzah, Kompleks Niaga Melaka Perdana
Ayer Keroh
75450