Olive House Perak Tengah

Olive House Perak Tengah

Share

Pengedar makanan qurani & alami, dibuktikan secara saintifik yang berkualiti tinggi.

03/08/2023
16/09/2022

"Lub Dub" "Lub Dub" bunyi apa tu ❓❓❓

World Heart day??? Ohhh bunyiii jantungggg ❤️❤️

Hari Jantung Sedunia 2022 bertujuan untuk memperingati seluruh manusia supaya menjaga jantung dengan baik kerana manusia tidak akan boleh hidup tanpa jantung. ♥️

Jantung yang sihat adalah sumber utama kekuatan kita. ♥️

Kira bersama admin, 4 hari sahaja lagi!!!! ❤️❤️❤️❤️❤️

AafiyatLifestyle

10/09/2022

Alhamdulillah. Kembali kepada rutin biasa. Bangun 5AM. Dapat minum segelas air kosong dan sesudu minyak zaitun OPU dan sesudu minyak zaitun OLIVIE.

Dapat berjalan pusing-pusing sekeliling rumah dalam 15 minit. Kawasan perumahan saya memang berbukit. Dapatlah kuatkan otot kaki dan fungsi paru-paru. Peluh jangan cerita lah.

Cabaran melakukan diet adalah istiqamah atau konsistensi. Sebab itu saya cadangkan buat diet sekurang-kurangnya untuk 4 bulan. Ia akan menjadi budaya atau gaya hidup kita.

Rasa craving (keinginan atau ketagihan) untuk makan ketika tidak lapar terutamanya waktu sarapan akan hilang. Cukup dengan segelas air kosong dan sesudu minyak zaitun.

Begitu juga rasa pening, rasa loya dan rasa mual juga akan hilang perlahan-lahan. Yang mana ada GERD dan Gastritis juga akan hilang.

Apa yang penting, kita dapat merawat INSULIN RESISTANCE dengan berdiet.

Apa itu insulin resistance? Ia adalah keadaan dimana jumlah insulin yang dikeluarkan dari tubuh tidak cukup tinggi untuk menukarkan gula kepada tenaga walaupun tahap insulin sudah terlalu tinggi.

Mungkin sebelum ini kita perlukan 5 unit insulin. Tetapi disebabkan Insulin Resistance, kita perlukan 25 unit insulin untuk menukarkan gula kepada tenaga. Sebab itu pesakit diabetis memerlukan suntikan insulin bagi menambah tahap insulin dalam tubuh. Jika tidak tahap gula akan tetap tinggi.

Walaubagaimanapun insulin yang tinggi dalam tubuh akan tetap menukarkan gula (dari karbohidrat yang kita makan) kepada lemak untuk disimpan dalam tubuh Sebab itu sukar untuk turunkan berat badan bila kita telah berada di tahap Insulin Resistance ini.

Apakah tanda seseorang itu sedang atau telah mengalami Insulin Resistance? Satu darinya adalah abdominal obesiti (kegemukan di kawasan pinggang).

Selain itu, kita kerap rasa lapar dan kita tak mampu menahan diri dari rasa lapar. Sebenarnya inilah yang dinamakan craving. Sepatutnya kita rasa lapar bila tahap gula dalam tubuh menjadi rendah. Tetapi ketika craving tahap gula kita normal tetapi kita rasa lapar dan hendak makan, terutama yang manis.

Rasa craving ini juga disebabkan kita apabila tahap insulin dalam tubuh terlalu tinggi (hyperinsulinemia) akibat kita makan karbohidrat yang berulang-ulang. Seperti yang saya beritahu sebelum ini, bila kita tahap gula dalam tubuh tinggi, tahap insulin juga akan tinggi. Tahap insulin dalam tubuh tidak sempat turun ke tahap yang normal. Bila tahap insulin menjadi tinggi, tahap gula diturunkan dengan cepat. Ini menyebabkan kita rasa craving. Kita mencari semula makanan yang banyak karbohidrat dan menyebabkan tahap gula dan insulin akan kekal tinggi.

Bila tubuh sudah biasa dengan tahap gula yang tinggi otak kita selesa dalam keadaan ini. Jadi bila tahap gula menjadi rendah ketika berpuasa atau tidak makan, otak kita yang biasa dengan kebanjiran gula, akan berasa kita seolah-olah kekurangan gula. Kita diberikan isyarat yang salah untuk mencari makan.

Sebab itu bila kita minum segelas air ketika craving, kita akan rasa hilang lapar.

Jadi untuk menjadi sihat kita harus merawat keadaan Insulin Resistance ini dengan cara berpuasa atau melakukan Diet Intermittent Fasting dan mengamalkan Diet Rendah Karbohidrat.

Jadi menjadi kurus ini adalah sebahagian dari strategi untuk merawat semula Insulin Resistance.

Itulah yang saya cuba kongsikan dalam KELAB DIET SEPULUH yang akan bermula pada 15 SEPTEMBER nanti insyaallah.

Yang berminat dan yang bersedia untuk sertai boleh wassap saya. www.wassap.my/60197022391/KELABDIETSEPULUH

Photos from Olive House Malaysia - HQ's post 24/08/2022
09/03/2022

Alhamdulillah, dalam bersukan....solat fardhu jangan lupa ya😉

KEMUDAHAN RUANG SOLAT MAGHRIB DI STADIUM DARUL AMAN DI BERI KEUTAMAAN
Dengan Kerjasama Aafiyat Group, Rakan Rasmi KDA FC

Bermula musim ini, Kedah Darul Aman Football Club akan memberi tumpuan khusus dalam memastikan ruang kemudahan Solat Maghrib yang disediakan oleh Perbadanan Stadium Negeri Kedah di Stadium Darul Aman dalam tahap terbaik untuk memudahkan para penyokong menunaikan solat.

Pasukan Khas Aafiyat akan memastikan pada setiap perlawanan, semua kemudahan surau akan mendapat perhatian terutamanya aspek kebersihan lantai dan air untuk kesempurnaan wudhu.

Bermula dengan audio dan video Azan Maghrib akan dilaungkan di Stadium Darul Aman sejurus masuk waktunya, video azan akan dipaparkan di Papan Skor LED dan Papan Iklan Padang LED di bagi menandakan masuk waktu untuk menunaikan solat.

Di pihak pengurusan KDA FC, Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar, ahli lembaga pengarah KDA FC dan pasukan KDA FC akan berjemaah di surau Astaka Utama Stadium Darul Aman dan memulakan kempen mengajak semua penyokong hijaukuning menunaikan solat Maghrib di semua ruang kemudahan surau yang disediakan. Bagi kawasan Teres (Terbuka), bawa sejadah anda dan ruang di koridor aras 1 kawasan tersebut sesuai untuk menunaikan solat beralaskan sejadah dibawa.

Pasukan Aafiyat akan memperbanyakkan tanda arah kiblat dari masa ke semasa di semua zon bagi memastikan setiap penyokong menunaikan solat dengan sempurna berarah kiblat yang tepat.

Ayuh menuju kejayaan, dengan memastikan tanggungjawab 5 waktu solat yang difardhukan kepada kita. InsyaAllah.

KEMUDAHAN SURAU DI STADIUM DARUL AMAN

Surau Lelaki:
Pintu G1 (Astaka Utama) dan Aras 1 (Astaka Utama), Aras 1 Pintu P3 (Pavilion)

Surau Wanita:
Aras 1 (Astaka Utama), Aras 1 Pintu P4 (Pavilion)

06/03/2022

Wanita adalah insan yang sangat dijaga dalam Islam. Kejayaan seorang suami dengan adanya isteri yang hebat dari segi ilmu, adab & agamanya.

Mampukah aku menjadi seperti Siti Khatijah?
Dapatkah ku didik jiwa seperti Siti Aishah?
Mampukah aku menjadi wanita solehah?

Jadi jom ikuti Pencetus Ummah Azman dalam Celoteh CikMan
“Penghulu Wanita di Syurga”

Tarikh: 06/03/2022
Hari : Ahad
Masa : 8.00 Malam
page : Pencetus Ummah Azman & Olive House HQ

KLIK SINI UNTUK PAGE PU AZMAN:
https://www.facebook.com/azmansyah.ibnalias
KLIK SINI UNTUK PAGE OLIVE HOUSE HQ:
https://www.facebook.com/MalaysiaOliveHouse
Sama Sama Kita Amalkan Gaya Hidup Aafiyat

Dapatkan produk Aafiyat dari ejen-ejen Olive House yang berdaftar atau secara atas talian di www.aafiyat2u.com

15/09/2021

Sempena Hari Malaysia 🇲🇾 kte buat ⚡flash sale⚡

Flash Sales bermula :
👉Jam 11am - 12 pm harini (16 Sept 2021)

Lekaih2 pm www.wasap.my/60194784490/bso3

Sape cepat dye dapat, bole pre-order now😇

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Ayer Tawar?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Address


Jalan Aman
Ayer Tawar
32400