Booster Plus honey
TAHAN LEBIH LAMA , KERAS MAXIMUM , PADU !!! PASTIKAN ORIGINAL BARU BELI !!!
29/05/2021
STAMINA SEPERTI SINGA LAPAR !
Hanya satu botol mampu membuatkan anda rasa stamina yang maksima seperti seekor singa selama 7 hari !
Tiada lagi faktor kekalahan yang akan timbul setiap kali bertarung.
Tertarik untuk mencuba Boosterplus ?
Jom dapatkan dengan agen kami yang dekat dengan anda.
02/11/2017
Info penting tekanan darah tinggi‼️
30/10/2017
Kenapa Luka pada Penderita Diabetes Melitus Sukar Sembuh??
Diabetes melitus (kencing manis) merupakan penyakit dengan resiko komplikasi yang tinggi. Salah satunya adalah ulkus diabetikum, atau juga dikenal dengan ulkus kaki diabetikum, dimana terdapat luka yang lama, tidak menyembuh, permukaan luka cukup dalam, bengkak, dengan bau busuk yang khas. Hal ini diakibatkan oleh diabetes yang tidak terkontrol pada diabetes tipe 1 maupun diabetes tipe 2.
.
Pada pasien diabetes, terjadi penyumbatan pembuluh darah dan kerusakan saraf akibat kadar gula darah yang tinggi dan tidak terkontrol. Akibatnya terjadi penurunan sensasi perabaan pada permukaan kulit, terutama kaki. Oleh karena itu, penderita diabetes yang tidak terkontrol mungkin tidak merasakan adanya luka lecet atau trauma pada tungkai yang dapat disebabkan oleh beberapa faktor, seperti sepatu yang terlalu sempit, terantuk atau tergores sesuatu, menginjak benda tajam atau puntung rokok, dan berbagai trauma yang lainnya.
.
Kurangnya sirkulasi darah di dalam kaki akibat tersumbatnya arteri-arteri yang disebabkan oleh penyakit arteri perifer, menyebabkan proses penyembuhan luka yang buruk. Luka menjadi s**ar sembuh, oksigen dan sel darah putih sulit mencapai jaringan, imunitas tubuh menurun, dan terjadi penurunan fungsi sel darah putih dalam melawan kuman yang masuk ke dalam tubuh. Akibatnya, terjadi infeksi pada luka yang s**ar sembuh tersebut, dan selanjutnya dapat berakibat terjadinya pembus**an. Ulkus diabetikum adalah penyebab seringnya dilakukan amputasi pada penderita diabetes.
.
Berikut tips untuk mencegah terjadinya ulkus diabetikum pada penderita diabetes melitus:
📍kontrol gula darah anda secara teratur
📍selalu gunakan alas kaki kemanapun anda berjalan
📍pilih alas kaki yang longgar dan nyaman dipakai
📍kenakan kaos kaki untuk mencegah terjadinya luka gesekan karena alas kaki
📍selalu periksa kaki anda setiap hari, dan segeralah ke dokter apabila terdapat luka, karena luka sekecil apapun pada kaki akan sulit disembuhkan dan dapat berakibat terjadinya ulkus.
29/10/2017
11 Tabiat Yang Boleh Memudharatkan Kesihatan Tanpa Anda Sedari‼️
Tabiat yang sering anda lakukan selalunya tidak elok untuk anda. Ada di antara tabiat yang sering anda lakukan boleh memudharatkan kesihatan anda jika anda kerap melakukannya. Jelita senaraikan 11 tabiat yang boleh memudharatkan kesihatan tanpa anda sedari.
.
📍Menyilangkan Kaki
Bahaya menyilangkan kaki mula diperkatakan apabila sebuah syarikat pembuat makanan mengadakan kempen kesedaran tentang bahaya menyilangkan kaki, The Great Cross-Out di seluruh Amerika Syarikat pada tahun 1999. Ternyata kempen yang dilakukan oleh syarikat itu bukan sekadar iklan apabila kajian mengesahjan bahawa apabila anda duduk dengan menyilangkan kaki anda, ia boleh menyebabkan tekanan darah tinggi,vena varikos dan juga kerosakan saraf.
📍Beri Makan Burung
Ia mungkin aktiviti yang sangat sering dilakukan bersama anak anda namun ia juga boleh membahayakan nyawa anda dan juga anak anda. Peluang untuk burung di bandar untuk membawa penyakit berjangkit adalah lebih daripada 50%. Burung merpati boleh membawa penyakit seperti ornithosis, colibacillosis, histoplasmosis, samonellosis, batuk kering, listeriosis, demam arnab, penyakit Newcastle, toksoplasmosis dan banyak lagi.
📍Memakai Kaca Mata Hitam Kualiti Rendah
Dalam usaha mereka untuk menjimatkan wang, pengeluar kaca mata hitam akan menggunakan plastik murah yang mungkin tidak dapat melindungi mata anda dari sinaran UV di mana cahaya matahari ini boleh mengakibatkan retina mata anda terbakar. Kaca mata dengan kualiti rendah ini akan menyebabkan bola mata anda membesar dan sekaligus mata anda akan menerima dua kali ganda dos sinaran ultraviolet yang lebih berbahaya daripada anda tidak memakai cermin mata. Lebihan sinaran UV pada mata anda akan menyebabkan katarak, merosakkan mata atau bahkan menyebabkan kanser.
📍Minum Banyak Air
Ya, anda digalakkan untuk minum air sebanyak yang mungkin tetapi tahukah anda ia juga boleh memudharatkan kesihatan anda? Penyelidik menegaskan bahawa keperluan air dalam tubuh bergantung pada individu terbabit. Jika anda s**a berjalan dan kerap melakukan senaman maka anda perlu minum air dengan banyak dan sekirannya anda mempunyai masalah buah pinggang atau kardiovaskular maka adalah lebih baik jika anda minum air dalam kuantiti yang sedikit. Cara terbaik untuk mencari keperluan harian anda adalah dahaga. Sekiranya anda tidak berasa dahaga maka anda tidak perlu memaksa diri anda untuk minum air.
📍Merawat Diri Dengan Air Botol Panas
Menggunakan tuam panas dan sejuk ke tempat yang sakit adalah antara rawatan yang paling digemari untuk melegakan kesakitan. Namun terdapat beberapa penyakit yang secara khusus tidak memerlukan penggunaan botol air panas sebagai rawatan. Ini termasuklah pendarahan, keradangan di bahagian abdomen (apendiks, cholecystitis dan pankreas). Elakkan penggunaan tuam panas atau sejuk dalam beberapa jam dan beberapa hari selepas terseliuh atau tercedera. Prosedur rawatan haba juga sangat berbahaya untuk rawatan kanser.
📍Menyediakan Bertih Jagung Dalam Gelombang Mikro.
Ini bukan soal cara anda memasak tetapi ia adalah mengenai kandungan jagung yang digunakan di rumah. Bahayanya di sini ialah bahan kimia yang dipanggil diacetyl. Ia adalah gabungan minyak sintetik dan perisa dua dalam satu. Asap yang dihasilkan apabila bertih jagug dipanaskan boleh menyebabkan kerosakan pada paru-paru anda. Anda boleh mengurangkan risiko dengan membiarkan bertih jagung anda sejuk terlebih dahulu sebelum memakannya.
📍Makan Di Tempat Kerja Anda
Ada pelbagai tempat kerja dan bukan semuannya sesuai untuk dijadikan tempat makan dan paling bahaya sekali tempat kerja anda mungkin telah mengumpul bakteria yang tidak baik untuk penghadaman anda. Mungkin juga bau makanan anda boleh mengganggu tumpuan kerja rakan sekerja anda. Otak anda memerlukan rehat yang secukupnya, kaki anda juga perlu bersenam dan perut anda tidak boleh mencerna makanan kerana otak anda tidak dapat menumpukan perhatian.
📍Memakai Selipar Ketika Berjalan Di Dalam Bandar
Sememangnya selipar atau sandal adalah satu kemestian ketika musim panas kerana ramai yang tidak terfikirkan risiko yang boleh anda hadapi apabila anda memakai selipar di tengah bandar. Kemungkinan besar anda akan mendapat luka tidak kiralah luka kecil, gigitan serangga atau jangkitan yang boleh merebak ke seluruh badan anda.
📍Minum Susu Rendah Lemak
Ia mungkin kelihatan sama seperti susu biasa cuma ia tanpa lemak, namun ia tidak sama seperti susu biasa. Apabila lemak diekstrak daripada susu, ia akan mengeluarkan sekali vitamin penting yang terkandung di dalam susu tersebut dan ia digantikan dengan bahan-bahan sintetik yang mungkin tidak baik untuk kesihatan anda. Banyak pengeluar susu yang ;mengukuhkan’ susu rendah lemak ( bebas lemak) dengan menambah susu tepung. Ini akan mengoksidakan kolestrol dalam susu. Bagaimanapun, ia masih tidak dapat dibuktikan secara klinikal tetapi haiwan yang makan makanan yang kolestrolnya teroksidakan telah mengalami pembentukan plak di arteri yang boleh mengakibatkan peningkatan dalam risiko serangan jantung.
📍Tidak Mengisahkan Tentang Postur
Postur duduk yang betul bermakna kedudukan organ yang simetri. Jaga tulang belakang anda, sesuaikan kerusi pejabat anda dan pantau kedudukannya dengan betul. Ini apa yang perlu anda lakukan:
Ketinggian kerusi anda harus sesuai dengan panjang paha anda dan tempat duduk mestilah selesa.
Punggung anda perlu mengisi tidak kurang daripada dua per tiga kerusi anda.
.
Belakang kerusi anda harus sesuai dengan tulang belakang anda.
Bersandar pada kerusi dengan belakang anda supaya tulang belakang anda melekap dengan tepat pada kerusi anda.
Pastikan bahu anda berada di tahap yang sama dan perut anda berada di dalam keadaan santai.
.
Jangan silangkan kaki- ini akan menghalang peredaran darah
Bergerak dengan perlahan supaya tulang belakang anda tidak melanggar bahagian belakang kerusi anda.
Ambil kedudukan yang menumpukan berat anda pada pinggul anda dan kepala anda p**a harus sentiasa memandang ke hadapan.
Jangan tergesa-gesa untuk menukar posisi apabila anda mula berasa tidak selesa, Biarkan otot anda dapat menyesuaikan diri dengan posisi yang betul agar otot anda tidak berasa tegang.
📍Tidur Dalam Posisi Mengiring Atau Meniarap
Pastinya ramai di antara anda yang s**a tidur dalam posisi yang selesa bagi anda. Bagaimanapun, tabiat ini boleh menyebabkan masalah kesihatan yang berbeza bergantung pada posisi tidur anda. Sebahagian daripada mereka akan mengalami keadaan yang serius jika masalah ini tidak diselesaikan dengan cara yang tepat pada masanya. Jika anda tidur dalam keadaan mengiring atau posisi seperti janin, anda mengelakkan diafragma anda daripada bergerak bebas dan ini akan menyebabkan pelbagai isu termasuk sakit belakang dan masalah paru-paru. Tidur dalam posisi meniarap p**a akan lebih berbahaya kerana ia akan memberikan tekanan pada organ anda dan jika ia dilakukan secara berterusan, ia akan menyebakan kerosakan pada saraf dan juga masalah jantung.
29/10/2017
29/10/2017
"Jangan Salahkan Kolesterol Lagi!"
"Tekanan Darah Tinggi BUKAN Disebabkan oleh Kolesterol yang Lebih! Punca Sebenarnya Adalah Pengoksidaan Kolesterol pada dinding Arteri Darah..."
Selama ini kita kerap dengar pesakit Tekanan Darah Tinggi (Hipertensi) kata bahawa doktor nasihat mereka supaya kurangkan makanan berlemak atau berkolesterol tinggi. Tetapi para doktor tidak pernah bagitahu bagaimana kolesterol itu menyebabkan tekanan darah tinggi dan bagaimana untuk "reverse" atau kembalikan keadaan kesihatan badan.
Anda akan dapat tahu keadaan sebenarnya di sini...
Berikut adalah hakikat yang sungguh menyedihkan, ramai pesakit hipertensi sudah menjadi "Beg Ubat" yang perlu telan berpuluh biji pil-pil ubat kimia yang dikatakan boleh mengawal tekanan darah tinggi. Mereka "dipaksa" untuk mengambil ubat-ubat itu buat selama-lamanya kerana sejurus selepas mereka berhenti ambil ubat itu, tekanan darah akan melampung naik lagi.
Apa yang lebih menyedihkan adalah bilangan atau 'dosage' ubat mengawal tekanan darah tinggi yang perlu diambil itu cuma akan semakin bertambah dari tahun ke setahun. Apa logiknya? Bukankah ubat-ubat tersebut sepatutnya mengembalikan kesihatan kita? Kenapa makin makan, makin teruk keadaannya?
Kisah Hidup Pesakit Tekanan Darah Tinggi Di Klinik ABC...
Pesakit Tekanan Darah Tinggi:
"Dok, kenapa bacaan tekanan darah saya masih tinggi walaupun saya jaga permakanan saya dan sudah habis makan ubat-ubat yang Dok bagi tu?"
Dok:
"Ohhh... Anda perlu faham bahawa Tekanan Darah Tinggi ini tidak boleh disembuhkan dan ia merupakan suatu penyakit yang anda terpaksa hidup bersama buat selama-lamanya. Ubat-ubat yang saya bagi tu cuma untuk mengawal keadaan anda sahaja."
Pesakit Tekanan Darah Tinggi:
"Maksud Dok adalah saya terpaksa jumpa Dok setiap bulan untuk mendapatkan ubat-ubat pengawal tu?"
Dok:
"Yah betul. Anda mesti datang ke sini untuk uji bacaan tekanan darah anda dan ambil ubat anda"
Pesakit Tekanan Darah Tinggi:
"Apa!? Maksudnya setiap bulan saya terpaksa datang untuk dapatkan ubat atau suntikan yang mahal tu sungguhpun ia terbukti tidak boleh menyembuhkan masalah tekanan darah tinggi saya?"
Dok:
"Mmm... Nampaknya ia merupakan satu-satunya pilihan yang ada pada kamu."
Pesakit Tekanan Darah Tinggi:
"... ... ..."
Akar Umbi Tekanan Darah Tinggi...
Masalah tekanan darah tinggi yang anda dapat sekarang adalah berpunca daripada makanan yang anda telah makan sejak bertahun-tahun lepas. Tekanan Darah Tinggi BUKAN satu penyakit, ia cuma merupakan satu simptom atau tanda bahawa keadaan dalaman badan anda sudah menjadi semakin tercemar dengan macam-macan bahan yang terkandung dalam makanan zaman moden ini.
Kalau tekanan darah tinggi itu merupakan satu penyakit seperti selesama atau wabak, ia patut sudah lama menjangkiti ahli keluarga anda. Hakikatnya, tekanan darah tinggi TIDAK menjangkit! Tekanan darah tinggi bukan disebabkan oleh virus atau bakteria! Jadi, apakah fungsi ubat-ubat hipertensi yang doktor bagi itu?
Berikut adalah senarai ubat-ubat yang biasanya dibagi kepada pesakit tekanan darah tinggi:
📍Diuretic - Ubat jenis ini merangsang buah pinggang supaya meningkatkan pembuangan air kencing. Tujuannya adalah untuk kurangkan kandungan cecair di dalam darah dan dengan itu rendahkan tekanan darah.
📍Vasodilator - Ubat jenis ini merangsang dinding kapilari darah supaya menjadi relaks dan lentur untuk menambah ruang saluran darah.
📍Alpha Blocker - Ubut jenis ini mengelakkan dinding saluran darah daripada menjadi tegang.
📍ACEs Inhibitor - Ubat jenis ini memberhentikan penghasilan hormon yang merangsang saluran darah menjadi tegang.
Untuk tujuan pengawalan semasa tekanan darah anda menjadi tinggi, anda memang perlu ambil ubat-ubat tersebut untuk kurangkan tekanan darah, tetapi anda tidak boleh bergantung kepada ubat-ubat tersebut buat selama-lamanya. Ini adalah kerana ubat-ubat kimia tersebut mungkin menimbulkan kesan-kesan sampingan yang jarang diberitahu. Antara kesan-kesan sampingan yang disebabkan oleh ubat-ubat hipertensi adalah:
📍Memori Lemah - Anda perasan tak? Sejak anda mula mengambil ubat-ubat hipertensi, daya ingatan anda semakin merosot. Anda kerap lupa dimana anda letak kunci kereta atau perkara-perkara yang baru berlaku tidak lama.
📍Letih dan lesu - Ramai pesakit hipertensi kerap rasa letih dan lesu, mereka rasa tiada "Ohhm...!" untuk melaksanakan kegiatan harian. Malah, terdapat juga orang rasa kekuatan batin merosot dan kerap alami sakit kepala.
📍Emotional - Anda sendiri mungkin tidak perasan tentang perubahan ini. Sila tanya ahli keluarga yang telah lama hidup bersama anda, adakah anda telah menjadi senang marah dan 'moody' sejak kebelakangan ini.
Jadi, lain kali sebelum anda terima sebarang ubat atau suntikan daripada doktor, anda patut tanya pada beliau, apakah kesan sampingan ubat tersebut jika diambil berterusan buat jangka masa yang panjang? Adakah bahan-bahan kimia di dalam pil-pil ubat itu akan menyebabkan kegagalan buah pinggang jika kerap digunakan? Kenapa 'dosage' ubat tersebut menjadi semakin tinggi dan kenapa tekanan darah TIDAK nampaknya berkurangan pun? Sila minta beliau bagi jawapan yang jujur dan ikhlas, ia merupakan hak asasi anda untuk ketahui kebenarannya.
Pernahkah Doktor Anda Ceritakan Ini Kepada Anda?
Peringkat - peringkat Perkembangan Tekanan Darah Tinggi...
✔️Peringkat Pertama: Darah Yang Pekat dan Gelap
Apabila kandungan air di dalam darah hilang dengan banyak (akibat daripada ubat diuretic) kepekatan darah akan menjadi semakin meningkat dan ini akan menyebabkan sel-sel darah merah melekat bersama dan menjadi gelap dan lekit yang menghalang pengaliran darah yang lancar. Rintangan ini akan memaksa jantung untuk pam lebih kuat lagi yang menyebabkan tekanan darah menjadi semakin tinggi.
✔️Peringkat Ke-2: Kerap Rasa Letih dan Mengantuk
Darah yang telah menjadi pekat dan mengalir dengan perlahan tidak boleh mengangkut oksigen dan nutrien ke seluruh badan dengan efektif. Apabila otak anda tidak terima bekalan oksigen yang mencukupi, anda akan kerap rasa letih dan mengantuk. Kualiti tidur anda turut terganggu. Tidur 8 atau 9 jam satu hari (lebih daripada cukup), tetapi masih senang rasa letih dan ngantuk, khasnya pada waktu petang.
✔️Peringkat Ke-3: Lemah Tenaga Batin atau Mati Pucuk. Persembahan Tidak Tahan Lama
Tidak kira lelaki atau perempuan, masalah Tekanan Darah Tinggi akan mengganggu sistem hormon dan pengaliran darah badan anda dan menjejas kualiti hidup seks anda.
✔️Peringkat Ke-4: Kerap Sakit Kelapa atau Migrain
Ini merupakan tanda awal bahawa kapilari-kapilari darah dalam otak sudah menjadi semakin sempit dan tekanan dalaman otak sudah menjadi semakin meningkat.
✔️Peringkat Ke-5: Penglihatan Menjadi Semakin Kabur
Kapilari yang terdapat pada mata adalah yang paling halus, apabila pengaliran darah terjejas. Sel-sel mata akan semakin merosot dan akhirnya menjadi katarak atau mungkin buta.
✔️Peringkat Ke-6: Masalah Buah Pinggang, Pengerasan Saluran Darah, Fungsi Hati Merosot dan lain-lain Penyakit Sekunder.
Buah pinggang menjadi semakin lemah kerana beban yang semakin bertambah. Bukan sahaja ia perlu menanggung penyingkiran cecair (tekanan) yang banyak, ia juga perlu berkerja keras untuk menyingkirkan sisa-sima kimia yang berasal daripada ubat-ubat yang anda makan itu.
✔️Peringkat Ke-7: Peringkat Terakhir...
Strok & Serangan Sakit Jantung
Apa yang paling menakutkan mengenai Strok dan Serangan Jantung adalah ia boleh serang pada bila-bila masa tanpa sebarang tanda-tanda awal. Apabila ia menyerang, ia mungkin kali pertama, ia juga mungkin kali terakhir...
___________________________________________________________
Bagaimana Tekanan Darah Tinggi Terjadi?
Tekanan darah tinggi berpunca daripada arteri atau saluran darah yang semakin mengeras akibat daripada pembentukan plak-plak kolesterol di dalam dinding saluran darah. Untuk proses pembentukan plak kolesterol berlaku, DUA keadaan perlu wujud:
1.) Agen Pengoksidaan
2.) LDL (Low Density Lipoprotein) - Kolesterol Jahat
Pembentukan plak-plak tersebut adalah berpunca daripada proses pengoksidaan kolesterol yang meresap masuk ke dalam dinding saluran darah. Video animasi berikut menerangkan proses tersebut dan bagaimana ia boleh menyebabkan serangan sakit jantung.
Kini anda sudah dapat satu gambaran yang jelas mengenai cara pembentukan plak-plak yang menyebabkan pengerasan saluran darah dan penyempitan ruang saluran darah yang menimbulkan masalah tekanan darah tinggi. Apabila pemecahan plak berlaku, serangan sakit jantung atau strok akan terjadi.
Pengelakan daripada mengambil makanan berkolesterol tinggi mungkin boleh mengurangkan pembentukan plak baru, tetapi ia tidak boleh menghilangkan plak-plak yang telah terbentuk. Tambahan lagi, badan anda sendiri tetap akan menghasilkan kolesterol LDL walaupun anda menjadi 100% vegetarian.
JANGAN tunggu sampai saluran sudah sempit baru bertindak. Operasi pembedahan seperti Balloon dan By-Pass cuma merupakan rawatan kecemasan yang sementara. Plak-plak baru akan terbentuk dan anda tidak tahu bila serangan seterusnya akan berlaku. Bukan setiap kali pun begitu nasib baik...
Mengenalpasti Akar Umbi Masalah Dulu...
Sekarang kita sudah tahu bahawa masalah tekanan darah tinggi ini berpunca daripada DUA Faktor, iaitu:
1.) Pengoksidaan, dan
2.) Kolesterol LDL (Lemak Jahat)
Jadi, dengan fokus pada melawan kedua-dua faktor ini dalam badan, bukan sahaja anda boleh mengelakkan plak-plak baru daripada terbentuk, malah plak-plak lama yang telah terbentuk turut boleh "dilarutkan" dan akhirnya mengembalikan keadaan semulajadi saluran darah yang sihat.
Sebelum Anda Terus Membaca...
Tekanan Darah Tinggi sudah menjadi satu masalah kesihatan berleluasa yang sedang mengancam ramai orang. Hampir setiap orang mempunyai sekurang-kurangnya seorang ahli keluarga, saudara atau kawan rapat yang telah menghidap masalah tekanan darah tinggi. Kemungkinan terdapat kawan yang baru diberitahu dia telah hidap masalah tekanan darah tinggi dan dia tengah risau tentang penyakit ini. Tambahan lagi pesakit biasanya tidak s**a bagitahu orang lain tentang masalah kesihatan diri sendiri.
Jadi, sila bantu kawan-kawan sebegini dengan mengkongsikan maklumat yang terdapat dalam page Facebook ini. Anda mungkin dapat membantu seseorang dengan satu Klik! pada butang share berikut...
SHAPE - Heart Attack PSA - 3D Medical Animation http://www.amerra.com. This medical animation is used for SHAPE, that aims to eradicate heart attack by championing new strategies for prevention while advan...
29/10/2017
27/10/2017
Fakta‼️ Tongkat Ali yang Ramai tidak tahu
Umum mengetahui bahawa Tongkat Ali merupakan tumbuhan herba yang mempunyai 1001 khasiat untuk tubuh badan.Tongkat Ali adalah sejenis herba yang tidak asing lagi kepada pengamal perubatan tradisional di rantau ini (asia tengggara) sejak turun temurun.
.
Di Indonesia tumbuhan herba ini dikenali sebagai Pasak Bumi.Di vietnam Tongkat Ali dikenali dengan nama ‘cay ba binh’ yang bermaksud’ tumbuhan penyembuh 100 jenis penyakit’.Memang tepat dengan panggilan yang diberikan kepada pokok ini kerana Tongkat Ali terbukti berkhasiat untuk merawat pelbagai jenis penyakit.
.
Nama saintifiknya ‘Eurycoma Longifolia Jack’.Di kalangan masyarakat kita apabila sebut sahaja Tongkat Ali ramai yang mengaitkannya dengan masalah keupayaan seksual lelaki.Namun tidak ramai yang tahu Tongkat Ali juga sesuai diamalkan olek kaum wanita.
KHASIAT TONGKAT ALI
Khasiat dari akar Tongkat Ali ialah untuk kekuatan tenaga batin lelaki dan perempuan yang ada kaitan dengan meningkatkan keinginan seks.
.
Banyak kajian yang dilakukan oleh pakar perubatan dan ahli penyelidik luar dan dalam negara berhubung dengan perkara ini.Sealin itu juga kesan dari pengambilan akar Tongkat Ali secara berterusan mendapati pengamal mempunyai perjalanan darah yang lancar dan tidak menghadapi sakit urat saraf serta mempunyai tenaga badan yang luar biasa.
.
Tongkat Ali juga bersifat anti-kanser dan anti malaria.Selain itu Tongkat Ali juga boleh mengurangkan stress minda, membantu meningkatkan kadar metabolisma dalam tubuh badan badan.
TONGKAT ALI DALAM BOOSTER PLUS
Seiring dengan era moden kini, Tongkat Ali telah diproses dan dimasukkan ke dalam produk-produk kecantikan dan kesihatan.Di BOOSTER PLUS Kami menghasilkan produk berbentuk tonik yang berasaskan Tongkat Ali iaitu “Booster plus honey drink". Ia mengandungi pati dari Maca, Tongkat ali, dan tidak lupa juga Madu lebah asli yang diimport khas dari Brazil.
Pihak kami menyediakan hanya yang terbaik bagi pengguna. Dari penyediaan sampai pembungkusan pihak kami menitik beratkan akan kualiti di keluarkan untuk pasaran.
24/10/2017
BARLI ATAU OAT?
Kedua2 mempunyai GI yg rendah iaitu 25-27.
Kedua2 tidak akan sebabkan gula darah naik selepas di makan. Tetapi ada sesuatu yg ada dlm barli yg tidak ada dlm oat iaitu:
1. Barli boleh menguatkan sistem imun sedangkan oat tidak.
2. Barli boleh membaiki masalah kekurangan sel darah merah sedangkan oat tidak.
3. Barli boleh menguatkan paru-paru serta menghindari asthma sedangkan oat tidak.
4. Barli boleh menguatkan tulang serta elakkan osteoporosis sedangkan oat tidak.
5. Barli boleh mengurangkan kolesterol sedangkan oat tidak.
6. Barli boleh mencuci usus serta lakukan proses detoksifikasi sedangkan oat tidak.
7. Barli boleh menguatkan ginjal dan mencairkan batu karang dan batu hempedu sedangkan oat tidak.
DAN YG PALING PENTING DRP SEMUA DIATAS; Nabi SAW pernah makan BARLI tetapi tidak oat. (Barli disebut dlm 21 hadis Nabi SAW tetapi oat tidak).
Wallahu a'lam...
24/10/2017
BAYI LELAKI ATAU BAYI PEREMPUAN???
Ini Tips Yang Dikongsikan Oleh Cikgu Kimia Mengikut Logik Sains Selain Usaha & Doa.
Salam..
Post kali ni akan share ilmu yang tak seberapa bagi sesiapa yang merancang sama ada nak baby boy atau baby girl untuk next pregnancy.
.
Alhamdulillah saya dan suami dah mencuba dan diizinkan Allah untuk mendapat baby girl, anak ke 2 kami. Maka sepasanglah anak kami setakat ni. Terima kasih.
.
Buat suami Mhafiz Mahadar yang turut memberi kerjasama, tak sia-sia kan usaha awak saat melihat anak perempuan awak lahir ke dunia.
.
Ingat lagi tak subjek biologi di sekolah dulu? Bagaimana jantina anak ditentukan?
.
Sperma membawa kromosom XY dan O**m membawa kromosom XX. Apabila persenyawaan berlaku peratusan jantina lelaki dan perempuan adalah 50-50.
.
Maka perlu diingatkan jantina bukanlah faktor genetik. Perlu diingatkan merancang jantina perlulah dilakukan sebelum merancang untuk hamil. Once dah berlaku persenyawaan, cara saya ni tak berkesan dah.
.
Bagaimana untuk kita menambahkan keberangkalian persenyawaan itu akan menghasilkan perempuan ialah kita kena paham apa sifat kromosom X dan Y terlebih dahulu.
.
X tempoh hayatnya lebih panjang tetapi pergerakan lebih perlahan.
.
Manakala Y tempoh hayatnya pendek tetapi pergerakannya adalah lebih laju.
.
Keadaan berasid adalah lebih sesuai untuk X manakala Y lebih s**a keadaan beralkali.
.
Disini lah saya mula berfikir macam mana nak jadikan perkara asid alkali ni (cikgu kimia la katakan).
Tips:
1) Pemakanan.
Jika mahukan baby boy, suami perlulah lebihkan memakan makanan laut (seafood).
.
Manakala jika mahukan baby girl, suami perlulah memakan daging sama ada ayam atau lembu.
.
Kenapa suami? Kenapa bukan isteri??
.
Kerana suami yang bawa kromosom Y yang mana menentukan boy atau girl. Maka suami-suami main peranan besar kat sini ok.
.
Apa yang saya dan suami usahakan ialah sebulan (bulan rancang nak hamil bermula daripada hari pertama saya period) suami dilarang makan apa-apa jenis seafood.
.
Sebulan memang hari-hari sumber protein yang suami ambil hanyalah ayam, daging atau telur. Sampaikan ayah beli ketam dan siput sedut pun dia kena telan air liur je. Suami tak ada masalah untuk ni sebab dia memang s**a ayam dan daging.
.
Selain tu, suami juga kena lebih makan masam. Yang ni mencabar sikit untuk suami sebab dia memang tak s**a buah masam-masam, tapi direlakan juga bila isteri beli buah yang masam untuk dia.
.
Isteri juga boleh membantu dengan lebihkan mengambil makanan bersumber tenusu. Susu, cheese dan butter.
.
Saya kongsi ni lebih kepada untuk baby girl, so kalau nak boy, kena sebaliknya. Elakkan makan masam dan isteri elakkan makanan tenusu.
2)Tempoh bersama.
Yang ni susah sikit sebab kita sendiri tak tau bila waktu subur kits kan?
.
So, ada 2 cara nak tau waktu subur.
.
Yang pertama senang je, pegi farmasi beli Ovulation Test. Bentuk dia lebih kurang macam pregnancy test. Cara nak guna bole tengok pada kotaknya.
.
Ataupun cara ke 2, hanya boleh dipakai bagi sesiapa yang kitaran haidnya sama setiap bulan. Yang ni nak senang, guna app period. Kita boleh tengok corak kitaran haid kita.
.
Bagi yang kitarannya sama setiap bulan, tolakkan jumlah kitaran dengan 14, maka hari itulah waktu subur dia.
.
Waktu subur bermakna hari o**m dilepaskan oleh ovari. Contoh (30-14), maka hari ke 16 itulah hari subur.
.
Ok, kenapa penting nak tau waktu subur?
.
Tadi kan dah cerita pasal tempoh hayat X dan Y.
.
Jika mahukan baby girl, perlu bersama 2 hari sebelum hari subur. Ini disebabkan Y yang hayatnya pendek itu akan mati sebelum o**m dibebaskan untuk bersenyawa. Yang tinggal hanya X. Maka jadilah XX(girl).
.
Kalau nak baby boy, terbaliklah jadinya. Perlu bersama pada waktu subur. Y yang bergerak laju akan sampai terlebih dahulu kepada o**m untuk disenyawakan. Maka jadila XY(boy).
.
Ok itu saja tips yang saya dan suami gunakan. Banyak sebenarnya tips lain kalau googles. Tapi yang lain saya tak jumpa logik sainsnya, maka malaslah nak follow. Saya s**a buat sesuatu yang ada sebab jelas. Kan dah kabo tadi saya cikgu sains kan. Hehehe.
.
Jangan lupa, DOA senjata utama. Tak guna usaha tanpa doa. Minta sungguh-sungguh pada Allah. Semoga tips ini dapat memberi manfaat pada yang membaca.
Kredit: Taibah Nurwahidah Mohamad.
23/10/2017
INFO KESIHATAN
===============
Kajian makmal telah membuktikan, sel-sel kanser dalam tabung uji lebih cepat membiak didalam persekitaran yang berasid. Apabila tahap asid dikurangkan maka didapati percambahan kanser itu lebih lambat.
.
Dengan memilih diet yang boleh menjadikan tahap pH didalam tubuh seseorang itu lebih berakali, maka potensi untuk kanser tumbuh dan membiak itu adalah tipis. Makanan yang berakali tinggi menghasilkan persekitaran yang s**ar untuk kanser membiak dan merebak.
.
Sel-sel kanser tidak boleh membiak dalam persekitaran yang tinggi kandungan oksigen.
.
Apabila kandungan oksigen adalah rendah, ia menggalakkan pembiakan kanser dengan cepat. Apabila sel-sel tisu didalam badan mempunyai kandungan alkali yang tinggi, sel-sel ini berkeupayaan untuk menampung kandungan oksigen yang tinggi berbanding sel sel tisu yang berasid tinggi.
.
Dengan memastikan kandungan pH yang berakali didalam badan tinggi, ia dapat melindungi sel-sel didalam badan daripada diserang oleh penyakit kanser.
Kesimp**annya, semakin tinggi tahap alkali didalam badan, semakin banyak kandungan oksigen yang dapat ditampung, dan semakin banyak kandungan oksigen didalam badan, maka semakin nipis peluang untuk sel-sel kanser untuk membiak.
.
Kita digalakkan untuk memakan banyak makanan-makanan yang berasaskan buah-buahan dan sayur-sayuran, makanan yang mengandungi kandungan serat yang tinggi, jus buah-buahan terutama sekali jus durian belanda. Ini bukan bermakna pesakit kanser tidak boleh mengambil diet yang berasid tinggi, tetapi dinasihatkan untuk mengurangkan pengambilan makanan yang berasid tinggi dan pengambilan diet yang seimbang.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Telephone
Address
Bagan Lalang
