OLIVE HOUSE Batang Kali / Gombak
Perniagaan Pemakanan Kesihatan Berasaskan Quranic Food
No Pendaftaran SSM (002691260-w)
"Mencegah A
28/10/2022
✨Bingkisan Jumaat : Allah Pasti Memperkenankan Doa Orang Yang Dalam Kesulitan
Bukankah Dia (Allah) yang memperkenankan (doa) orang yang dalam kesulitan apabila dia berdoa kepadaNya, dan menghilangkan kesusahan dan menjadikan kamu (manusia) sebagai khalifah di bumi? Apakah di samping Allah ada sembahan selain daripadaNya? Sedikit sekali (nikmat Allah) yang kamu ingat."
Bukankah Dia (Allah) yang memberi petunjuk kepada kamu dalam kegelapan di daratan dan lautan dan yang mendatangkan angin sebagai khabar gembira sebelum (kedatangan) rahmatNya? Apakah di samping Allah ada sembahan selain daripadaNya?
Bukankah Dia (Allah) yang menciptakan dari permulaannya, kemudian mengulanginya (lagi) dan yang memberikan rezeki kepadamu dari langit dan bumi? Apakah di samping Allah ada sembahan selain daripadaNya? Katakanlah, 'Kemukakanlah bukti kebenaranmu, jika kamu orang yang benar.'"
[an-Naml, 27:60-64]
Perkukuhkan keimanan dan ketaqwaan kita kepada Ilahi.
Teruskanlah berdoa dan bertawakal.
Berusaha selagi kudrat masih ada dengan hati yang cekal.
Sesungguhnya janji-janji Allah pasti tiba tanpa gagal.
21/10/2022
✨Bingkisan Jumaat : Ujian Allah SWT Mengikut Kemampuan Kita
Rasulullah SAW bersabda:
أَشَدُّ النَّاسِ بَلَاءً الْأَنْبِيَاءُ ثُمَّ الصَّالِحُونَ ثُمَّ الْأَمْثَلُ فَالْأَمْثَلُ يُبْتَلَى الرَّجُلُ عَلَى حَسَبِ دِينِهِ فَإِنْ كَانَ فِي دِينِهِ صَلَابَةٌ زِيدَ لَهُ فِي الْبَلَاء
“Manusia yang paling berat ujiannya adalah para Nabi, kemudian orang-orang yang Soleh, kemudian diikuti oleh orang-orang yang mulia, dan disusuli oleh orang-orang yang mulia berikutnya. Seseorang hamba akan diuji sesuai kadar agamanya (keimanannya). Jika keimanannya kuat maka ujiannya juga akan semakin berat.”
(HR Tirmidzi no 3298)
Status: Hadis Sahih
Sesungguhnya, manusia itu hanya akan diuji sesuai mengikut kemampuannya. Walau sehebat mana pun sesuatu ujian itu, sesukar mana pun ia di mata kita, percayalah bahawa kita sebenarnya mampu untuk menghadapinya.
Sebenarnya perasaan tidak mampu itu muncul apabila tidak mengembalikan masalah atau ujian yang datang itu kepada Allah swt.
Manusia sering meletakkan kepercayaan atas keupayaan dirinya terlebih dahulu, berbanding meletakkan pergantungan kepada Allah swt. Sebab itu apabila sesekali Allah swt menguji kita dengan ujian yang tidak terduga, kita tersentak dan merasa amat berat.
Letakkanlah pergantungan dan keyakinan kita sepenuhnya kepada Allah swt. In Shaa Allah, dengan izin-Nya, ujian yang berat itu akan terasa lebih ringan lagi.
Semoga Bermanfaat🤗
19/10/2022
“Penyakit jantung tak boleh hamil?”🤰
Wanita berpenyakit jantung dilarang hamil? kerana jantung harus bekerja keras luar dari kebiasaan untuk mengepam darah dan nutrient kepada uri, Rahim dan janin yang menyebabkan beban kerja jantung juga bertambah.
Antaranya:
🩸3 bulan pertama kehamilan, isipadu darah meningkat 40%-50% & kekal tinggi bagi 6 bulan seterusnya.
🩸Jumlah darah yang dipam keluar setiap minit meningkat 30%-50%.
🩸Kadar denyutan jantung juga meningkat sebanyak 10-15 denyutan seminit.
Ehh anda jangan risau! 🤗
Anda ingin hamil?
👩🏼⚕️Dapatkan kaunseling prakehamilan untuk memudahkan pakar perubatan menentukan strategi rawatan terbaik yang bukan hanya untuk ibu tetapi juga ke atas bayi.
🫒Pengambilan diet pemakanan bernutrisi tinggi juga adalah langkah awal boleh diambil kerana banyak kajian menunjukkan pengambilan makanan tertentu secara konsisten mampu menambah baik fungsi jantung bermasalah dengan izin Allah.
Sama-Sama Kita Amalkan Gaya Hidup Aafiyat!
14/10/2022
✨Bingkisan Jumaat : Sifat Lemah Lembut Menjemput Kebaikan
عَنْ جَرِيرٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ يُحْرَمْ الرِّفْقَ يُحْرَمْ الْخَيْرَ
Daripada Jarir RA dari Nabi SAW bersabda: "Barangsiapa dijauhkan dari sifat lemah lembut (kasih sayang) , bererti ia dijauhkan dari kebaikan"
(HR Muslim No: 4694)
Lemah lembut adalah salah satu sifat terpuji. Orang yang dijauhkan dari sifat lemah lembut (kasih sayang), bererti ia dijauhkan dari kebaikan.
Berazamlah untuk memiliki sifat lemah lembut dan jiwa yang penuh kasih sayang, nescaya pelbagai kebaikan akan dianugerahkan Ilahi seperti anugerah nikmat iman dan islam, nikmat kesihatan, nikmat rezeki dan dijauhkan musibah serta lain-lain keburukan.
Marilah kita suburkan sifat rahmah dengan berlemah lembut terhadap satu sama lain.
Semoga bermanfaat 🤗
13/10/2022
SARANAN WAKTU PEMERIKSAAN JANTUNG
“Semakin meningkat usia, pelbagai perubahan akan berlaku pada badan manusia. Dari sihat tiba-tiba boleh jadi sakit.”
Betul tak?
Bak kata pepatah, kesihatan adalah kekayaan, maka adalah penting untuk menjadikan pemeriksaan kesihatan terutamanya pemeriksaan jantung kerana ia merupakan organ utama sistem kardiovaskular.
Saranan:
🧔🏻♂Golongan lelaki yang berumur 45 tahun ke atas digalakkan membuat pemeriksaan jantung kerana golongan ini berisiko tinggi untuk mendapat penyakit kardiovaskular.
👩🦳Golongan wanita yang menopause digalakkan membuat pemeriksaan jantung kerana selepas waktu ini berisiko tinggi mendapat penyakit kardiovaskular.
🫀Tahap risiko seseorang itu semakin meningkat, perlu jalani pemeriksaan tahunan.
🫀Jika masih muda tetapi ada rasa tidak selesa pada bahagian dada, disarankan untuk melakukan pemeriksaan jantung dengan doktor.
Ubah kepada gaya hidup Aafiyat. Semoga bermanfaat untuk semua🤗
Rujukan: Institut Jantung Negara (2022). Cholesterol & Cardiovascular Disease.
https://fb.watch/b3f8Jv14hX/)
09/10/2022
TAHNIAH KEPADA DATUK PROF DR MUHAYA MOHAMAD
Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad (lahir 1 Disember 1958) merupakan tokoh terkenal sebagai Pakar Motivasi berasal dari Kuala Terengganu.
Beliau mendapat gelaran Profesor Oftalmologi AUCMS, Pakar Inspirasi dan Kolumnis Majalah, Pakar Perunding Mata dan Pengarah Pusat Lasik dan Mata, Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur.
Beliau juga adalah Pakar Perunding Mata Pertama di Asia Tenggara yang menggunakan Prosedur Lasik dengan mesin Vismax Femtosecond yang termoden tanpa menggunakan pisau sepenuhnya.
Senarai Anugerah yang pernah diterima:
- Pingat Jasa Negara (PJN) (2016)
- Tokoh Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan dan Selangor (2015)
- Tokoh Ilmuwan Selangor (2010)
- Anugerah Dakwah Wanita Negara (2015)
Semoga kehadiran Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad dalam keluarga besar Olive House menyemarakkan lagi usaha untuk kita membudayakan Aafiyat Lifestyle.
Sama-sama Kita Amalkan Gaya Hidup Aafiyat
09/10/2022
SALAM MAULIDUR RASUL 1444H
Salam Maulidur Rasul 1444H kepada seluruh umat islam di seluruh dunia. - Ikhlas daripada OHR Marketing Sdn. Bhd. (Olive House).
Sama-sama Kita Amalkan Gaya Hidup Aafiyat
07/10/2022
Daripada 'Aisyah RA, bahawa Rasulullah SAW tatkala melihat hujan, Baginda akan berdoa:
اللَّهُمَّ صَيِّبًا نَافِعًا
"Ya Allah, jadikanlah hujan ini bermanfaat"
(Hadith riwayat al-Bukhari)
Hujan adalah nikmat dan rahmat yang perlu disyukuri serta menjadi muhasabah dan ujian atas seseorang hamba. Itulah bukti kekuasaan Allah SWT yang akan mendorong seorang hamba mengakui keesaanNya dan kekuasaanNya dan mengikhlaskan diri beribadah kepada Allah SWT.
Oleh itu, setiap orang beriman dituntut untuk berdoa ketika turun hujan agar dijauhkan daripada segala bala bencana. Semoga Allah SWT menjadikan setiap hujan yang turun itu sebagai rahmat dan keberkatan daripadaNya.🤗
03/10/2022
[WORLD HEART DAY | Info Aafiyat]
EAT RIGHT! Makanan apa yang baik untuk jantung?
Tahukah anda, penyakit jantung masih memegang kedudukan teratas punca utama kematian seluruh dunia sejak 20 tahun kebelakangan ini.
Untuk mengubahnya, pesakit lemah jantung disarankan untuk mengamalkan corak pemakanan harian yang sihat serta mencukupkan keperluan nutrisi harian dalam pemakanan seperti:
Pengambilan makanan:
✅Buah-buahan
✅Sayur-sayuran
✅Ulam-ulaman
✅Bijirin
Hadkan pengambilan makanan:
🚫Tinggi garam & gula seperti aneka kicap dan sos.
🚫Pengambilan daging lembu & kambing kepada 1 kali sebulan
🚫Makanan tinggi sumber lemak tepu & lemak trans seperti majerin, aneka kek, roti canai dan lain-lain
Jom jalani kehidupan yang lebih Aafiyat dengan mengubah corak pemakanan yang lebih sihat!
Rujukan:
1) https://www.heart.org/en/news/2018/09/04/nutrient-rich-diet-may-help-heart-failure-patients-avoid-hospital-death
2) http://www.yjm.org.my/index.cfm?&menuid=28
3) https://world-heart-federation.org/world-heart-day/cvd-causes-conditions/what-is-cvd/
26/09/2022
[WORLD HEART DAY | Info Cakna]
KURANG TIDUR TINGKATKAN RISIKO PENYAKIT JANTUNG
Tahukah anda, kurang tidur akan tingkatkan risiko sakit jantung?
“Arghh…mengantuknya. Kerja banyak lagi yang belum settle”
“Settlekan dulu lah, nnti dapat tidur sekejap pun okay ni”
Tidur bukan sekadar melelapkan mata. Waktu tidurlah akan muncul “melatonin” di dalam perut kita. Ia sejenis hormon yang membaikpulih sel-sel yang rosak, dikenali sebagai Master of Antioxidant yang mencuci kawasan perut dan membuang bakteria jahat yang boleh bermaharajalela. Nak slim pun senang.
Andai kurang tidur atau lewat tidur, “melatonin” ni tak dapat nak jalankan tugas. Bayangkan tong sampah yang seminggu tidak dikosongkan. Boleh bayang rupa dan baunya? Meloya, betul tak?
Jika sukar turun berat badan, doktor menasihati supaya mengamalkan “Sleep Hygiene” seperti:
✅Tidur dalam bilik yang gelap
✅Padamkan semua gajet
✅Letakkan gajet sekurang-kurangnya 2meter dari tempat tidur
✅Padamkan wifi dan radio
✅Suhu bilik yang sejuk
✅Elakkan kafeine sebelum tidur
✅Tidur 6 hingga 8 jam sehari
Jom bertindak dari sekarang jika anda sayang jantung anda!
23/09/2022
✨ BingkisanJumaat: Doa Dijauhi Kesedihan & Kesusahan
Bersifat sabar dan berfikiran positif menghadapi apa sahaja ujian daripada Allah swt adalah sifat orang Mukmin yang sejati. Sebagai hamba Allah swt, kita wajib bersabar dalam apa jua halangan, ujian, kesedihan dan kesusahan, stres atau tekanan dan sebagainya.
Sekuat mana pun kita, pasti kita pernah merasa kecewa dan tertekan dengan sebarang keadaan serta situasi tertentu. Tetapi, percayalah semua itu adalah ujian dari Allah swt yang menguji kesabaran hambaNya dan penawar segala ujian adalah doa kepada Allah swt.
اللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الحَزْنَ إِذَا شِئْتَ سَهْلاً
“Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali yang Engkau buat mudah. Dan Engkau menjadikan kesedihan (kesulitan), jika Engkau kehendaki pasti akan menjadi mudah.”
(HR. Ibnu Hibban dan Ibnu Sunni)
Oleh itu, apa sekalipun situasi sama ada dalam tekanan atau stres yang amat sangat, ingatlah sebagai orang Islam kita diwajibkan bersabar serta bermuhasabah diri serta amalkan zikir dan doa kerana Allah swt Maha Pengampun, Maha Pengasih, Maha Penyayang dan Maha Berkuasa atas segala sesuatu.
22/09/2022
5 FAKTA UNIK BERKAITAN JANTUNG
“Sejauh mana anda kenal Jantung anda?”
“Adakah anda tahu fakta-fakta sebenar mengenai organ penting ini?”
Admin pasti, semua orang tahu jantung adalah organ paling penting yang bertanggungjawab mengepam darah melalui saluran darah dengan denyutan yang sekata dan berulang -ulang. Kedudukan jantung terletak di sebelah kiri sedikit dari tengah dada dan di belakang tulang dada.
Jom kita kenali 5 Fakta Unik Jantung seperti di atas!
Sekarang anda dah tahu kan betapa berharganya jantung kita ni?
Jangan pernah menyesali takdir,
Nikmat tuhan tidak terhitung,
Saya yakin semua yang hadir,
Tidak ada yang sakit jantung.
Sayangilah Jantung Anda!
Rujukan: Petrosains.com.my
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
Batu Caves
68100
Opening Hours
| Monday | 09:00 - 17:00 |
| Tuesday | 09:00 - 17:00 |
| Wednesday | 09:00 - 17:00 |
| Thursday | 09:00 - 17:00 |
| Friday | 09:00 - 17:00 |
| Saturday | 09:00 - 17:00 |
