Minyak Kelapa Dara IBU - Gombak

Minyak Kelapa Dara IBU - Gombak

Share

100% daripada bahan organik asli. Tanpa bahan kimia

COD : Greenwood, Sri Gombak, Batu Caves, Setapak, Wangsa Maju
Poslaju : Semenanjung / Sabah & Sarawak

07/08/2019

Anak berusia 1.5 tahun ke 3.5 tahun akan mula memberontak, buang barang, merajuk dan protest. BIASA KAN?

Jika anak anda berkelakuan demikian, bukan bermaksud dia sudah menjadi degil atau kurang ajar.

Anak sekecil ini, tidak akan kurang ajar.

Dia sedang belajar untuk ekspres diri dia disebabkan dia berasa letih atau kecewa akan sesuatu.

Oleh itu jalan untuk membantu dia menjadi tenang:

1- Pegang dia seperti dalam gambar ini.
2- Bisik kan anda sayang dia dan understand perasaan dia.
3- Baca ayat Quran dan A'uzubillah hi manasyaitan nir rajim, supaya syaitan tidak mengambil kesempatan kepadanya dan anda.

4- Tenangkan dia dengan kata-kata kasih dan anda pun perlu tenang
5- JANGAN SEKALI-KALI MARAH DAN MENJERIT ATAU MEMUKULNYA KONONNYA UNTUK MENDISIPLINKAN DIA.

Ini hanya akan menjadikan dia anak yang pengecut atau yang s**a memberontak.

========
*KENALI APA ITU TANTRUM?
========

Tantrum bermaksud kemarahan secara tiba-tiba. Manakala "Temper Tantrum" ialah suatu luapan emosi yang meledak-ledak sehingga tiada kawalan diri.

Temper Tantrum seringkali muncul pada anak usia 15 bulan – 6 tahun. Tantrum biasanya terjadi pada anak yang hyper-aktif.

Tantrum juga lebih mudah terjadi pada anak-anak yang dianggap "sulit", dengan ciri-ciri sebagai berikut:

1) Kanak-kanak tidak cukup tidur.
2) Makan dan proses pembuangan najis tidak teratur.
3) Kekok dengan situasi baru atau orang yang dia tidak kenali.

4) Lambat beradaptasi terhadap perubahan.
5) Emosi tidak tenteram (sering negatif).
6) Mudah marah dan mudah menangis.
7) Sulit dialihkan perhatiannya.

Tantrum termanifestasi dalam berbagai perilaku.

Berikut adalah beberapa contoh perilaku Tantrum, mengikut peringkat usia:

Dibawah Usia 3 tahun

·Menangis
·Menggigit
·Memukul
·Menendang
·Menjerit

·Memekik-mekik
·Menghempaskan badan ke lantai
·Memukul-mukulkan tangannya
·Menahan nafas

·Menghentakkan kepala
·Melemparkan barang
·Menyangkung
·Memeluk tubuhnya

Usia 3-4 tahun

·Perilaku tersebut diatas
·Menghentakkan kaki
·Berteriak
·Meninju
·Membantingkan pintu
·Mengkritik
·Merengek

Usia 5 tahun keatas

·Perilaku-perilaku tersebut diatas
·Memaki hamun orang lain @ ibubapanya
·Menyumpah
·Memukul kakak @ adik @ kawan-kawannya

·Mengkritik diri sendiri
·Memecahkan barang dengan sengaja
·Mengancam
·Merungut
·Trauma @ fobia keatas sesuatu yang menekan emosi anak.

========
*FAKTOR PENYEBAB TANTRUM
========

Ada beberapa faktor yang menyebabkan terjadinya Tantrum. Diantaranya adalah seperti berikut:

1) Kehendak @ Keinginan Anak Di Halang

Setelah tidak berhasil meminta sesuatu yang tetap pada keinginannya, maka sianak mudah saja melepaskan emosi tantrumnya yang bertujuan mendesak ibubapanya agar memenuhi impiannya.

2) Ketidakmampuan anak mengungkapkan dengan perkataan
Kanak-kanak bawah usia 4 tahun memiliki keterbatasan bahasa.

Amat s**ar sekali untuk mereka menterjemahkan keinginan mereka dalam bentuk bahasa yang mudah untuk kita fahami.

Oleh itu, kondisi mereka yang masih tidak betah telah menekan emosi mereka menjadi kecewa dan secara tidak langsung mewujudkan frustasi pada diri mereka dan disampaikan dengan sikap tantrum.

3) Pergerakan yang Terhad

Kanak-kanak yang hyper-aktif sudah biasa dengan pergerakan yang bebas tanpa kongkongan atau batasan.

Sekiranya, ibubapa cuba mengawal pergerakan atau hadkan kelakuannya menjadi sopan dan bertertib, maka ini mewujudkan stress pada diri sianak.

Untuk anak melepaskan stress, maka wujudnya tantrum.

Sebagai contoh; anak hendak minum menggunakan gelas, ibu atau pengasuh tidak benarkan dan menggantikan dengan cawan plastik;

si anak masih bertegas dengan keinginannya, maka telah wujud sifat amarah dalam dirinya dan untuk dia melepaskannya dia akan bersikap tantrum agar kehendaknya
diperbolehkan.

4) Asuhan Ibubapa

a. Terlalu dimanjakan apabila semua keinginan dipenuhi dan tetiba ada keinginannya yang lain tidak diikutkan.

b. Asuhan yang tidak konsisten – tidak menerangkan yang mana baik dan yang mana buruk (tiada penjelasan diberikan).

Apabila anak melakukan kesilapan dan secara tiba-tiba kita menegur dan menghukum, maka inilah komplikasi yang timbul dengan wujudnya tantrum.

c. Ibubapa bertelagah pendapat yang mana baik @ buruk untuk sianak.

5) Anak merasa penat, lapar atau dalam keadaan sakit.

6) Anak sedang stress

Samada anak penat dengan bebanan tugasan sekolah, dan lain-lain atau kerana merasa tidak aman (insecure).

7) Trauma @ Fobia

Anak diseksa atau pernah menyaksikan sesuatu yang ngeri atau diperkosa sejak kecil.

Trauma yang melanda dirinya menjadikan emosinya tak tenteram. Kanak-kanak mengharapkan perlindungan yang aman.

Apabila itu terjadi, dia beranggapan bahawa ibubapa tidak memberikan kasih sayang atau keamanan yang diharapkan. Maka dia akan tantrum untuk melepaskan tekanan yang melanda emosinya.

Tantrum ini memakan masa untuk pulih dan akan terbawa sehingga dia dewasa.

--------

Moga bermanfaat untuk kita menangani tantrum yang mungkin terjadi pada anak-anak kita. Banyak yang dapat dipelajari daripada artikel ini.

Sharing is caring.

Photos from Team S**a Emas's post 04/08/2019
30/07/2019

Cium Anak Dpt PAHALA, Cium Suami Gugur DOSA, Cium Isteri Dpt bahagia SELAMANYA***

i) Fadhilat Cium Anak
-----------------------------
Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dgn satu darjat syurga. Nisbah antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kg kesenangan, tiada masuk ke dlmnya melainkan org yg menyukai kanak2.
Brg siapa keluar ke pekan & membeli barang2 & kembali ke rmh dgn buah tangan utk anak2nya, nescaya mendpt rahmat drpd Allah & tdk diseksa di akhirat kelak.
Tahukah anda jika dibiasakan mencium anak sendiri, sifat mendera atau membantai serta memukul anak boleh dihindarkan. Dgn wujudnya sifat s**a mencium anak, hormon & bau anak kita itu akan sebati ke dlm otak kita sekaligus mesej yg mengatakan "aku syg anak aku" akan tersemat terus ke dlm jiwa.

ii) Fadhilat Cium suami
------------------------------
Bila isteri salam & cium tangan suami, maka gugurlah dosa2 kecil si isteri. Restu seorg suami tu penting dlm rumahtangga. Lagipun isteri juga akan dpt pahala. Suami pun mendpt pahala juga kalau di kucup dahi isteri.
Satu lagi perkara yg ramai isteri tdk sedar ialah tabiat tidur berbantalkan lengan suami. Hanya sedikit shj isteri yg tahu bahawa tidur berbantalkan lengan suami & dlm dakapan suami, boleh membuatkan hati suaminya luluh.

iii) Fadilat mencium isteri
--------------------------------
Mencium isteri juga merupakan ibadah. Islam memandang tindakan tersebut sbg satu perkara yg baik, bahkan dpt memberikan pahala kpd suami.
Isteri pasti akan gembira apabila mereka selalu dicium oleh suami mereka. Hati yg gundah, bisa menjadi bahagia. Gelap kesedihan, bisa menjadi cerah dgn keriangan. Dilihat kpd Nabi, siri tauladan ini menjadi amalan harian Nabi SAW di kala bersama isteri.
Kesimp**annya:Seeloknya amalkanlah budaya mencium ini ketika baru berkahwin / mendirikan rumahtangga. Kerana jika tdk diamalkan skrg, agak kekok p**a bila dah beranak-pinak nanti.

Nota :Rugilah mereka yg sudah berkahwin tetapi malu utk mencium anak dan pasangan mereka sendiri.. JANGAN BERCIUM DITEMPAT AWAM

Credit : Ustaz Sayuthi

Photos from Ilham Media's post 12/07/2019
17/02/2019
08/02/2019

Bagi mommy yang hamil, tengah tunggu due date,
jangan lepaskan peluang ambil stok MKDI untuk diamalkan sepanjang kehamilan ini. KBI p**a set kombo untuk kegunaan si comel nanti... Kalau nak berkongsi bersama seisi keluarga lebih berbaloi baloi.

Minyak Kelapa Dara Ibu
=================
Antara sebab ibu hamil perlukan MKDIBU adalah :

❤ Memudahkan proses bersalin
❤ Mengelakkan kelahiran bayi pramatang
❤ Merawat masalah sembelit dan masalah kekejangan
❤ Menghilangkan masalah stretchmark yang hodoh
❤ Merawat masalah alahan yang teruk
❤ Memberi khasiat kepada baby dalam kandungan
❤ Menambahkan susu ibu dalam badan
❤ Mengurangkan kesakitan ketika bersalin
❤ Kesihatan ibu akan lebih mantap
❤ Masalah HB low dapat diatasi
❤ Masalah Diabetes ketika hamil dapat diatasi
❤ Masalah Keputihan dapat dipulihkan
❤ Proses meneran begitu mudah sekali
dan macam-mcam lagi kelebihannya .

Krim Bayi Ibu
=========
Krim baby yang berfungsi sebagai minyak telon. Ala-ala minyak telon moden gitu.
💕 Bau tak payah cerita. Sangat lembut baunya dan telah buat ibu jatuh cinta.
💕 Tak berbaloi dengan harga. Ada 50g tapi tahan lebih sebulan pakai....
💕 Selalu kalau baby je sinonim dengan bau minyak angin. Apa kata bagi bau baby kita wangi sikit sesambil melegakan badan baby.

11/07/2018

Khasiat Minyak Kelapa Dara untuk ibu-ibu yang sedang berpantang.

21/03/2018

Admin percaya ramai dikalangan wanita yang mengalami masalah KEPUTIHAN kan?

Tak kiralah, anak dara ke, dah kawin ke, sedang mengandung ke, atau yang lepas pantang

Ada yang keputihannya warna putih, ada yang kekuningan, ada yang kehijauan

Ada yang diikuti dengan gatal-gatal, dan berbau

Opsss hati-hati kalau ia berbau dan gatal! Ia mungkin petanda BURUK!

Dannn ada kena tahu, salah satu faktor SUKAR HAMIL juga adalah disebabkan KEPUTIHAN!

Bagi ibu mengandung p**a, kuman keputihan boleh MENJANGKITI BABY, yang mana ia boleh menyebabkan:

- lahir tak cukup bulan
- kecacatan
- kes**aran bernafas
- KEMATIAN SELEPAS BERSALIN 😰

Nak tahu tak bagaimna mengatasi nya? Jom join group tertutup ni >> IBU Sihat BABY Kuat ❤

Sebelum tu, kenali tanda-tanda keputihan mengikut warna. Cekidout 😘

21/03/2018

JANGAN SESEKALI MENINGGI SUARA DAN MENJERIT MARAH-MARAH PADA ANAK-ANAK...
(Untuk Rujukan Para Ibu Bapa Sekalian)

Bagi mereka yang s**a marah-marah pada anak sendiri kerana sayang dan untuk mendidik.

1. Kita adalah orang matang, anak kita masih tak matang, mengapa yang matang perlu marah pada yang tak matang?

2. Kita orang besar, mereka orang kecil, mengapakah orang yang besar perlu marah pada orang yang kecil?

3. Kita adalah orang yang berpengalaman, anak-anak tidak pernah lagi melihat dunia, mengapakah harus kita harapkan anak-anak kita faham dan selari dengan pandangan kita?

Pernahkah terfikir mengapa dua orang marah perlu berjerit antara satu sama lain walaupun duduk bersebelah?

Pernahkah terfikir mengapa dua orang yang saling menyayangi lebih s**a membisik antara satu sama lain walaupun duduk berjauhan atau di telefon?

Apabila kita marah, dua hati adalah berjauhan, oleh itu, mereka memerlukan suara/nada yang kuat untuk berhubung. Masalahnya, makin dijerit, makin berjauhan.

Bagi mereka yang kita sayang, dua hati adalah dekat, jadi tidak perlu untuk menjerit-jerit, hanya perlu membisik sudah terasa dekat. Makin dibisik, makin terasa sayang.

Itulah keajaiban ciptaan Allah pada sistem badan manusia.

Maka, persoalannya, jika kita ingin mendidik anak-anak kita. Perlukah kita marah-marah padanya walaupun mereka berbuat silap?

Sekiranya menggunakan pendekatan marah-marah, tanya p**a diri, adakah kita mahukan anak kita mendengar kata-kata dengan hati mereka berjauhan dengan kita?

Atau kita mendidik dengan berbisik, supaya mereka faham dengar dan hati mereka kekal dekat dengan kita?

Apabila kita sudah mula marah-marah pada anak, tanyalah diri sendiri adakah hati kita dan anak kita sudah berjauhan?

Hubungan ibubapa dengan anak-anak yang terbaik ialah anak-anak menganggap ibubapa sebagai sahabat karib dengan penuh penghormatan tanpa rasa segan silu untuk berbincang segala masalah dengan ibubapa.

- nota Tuan Ibrahim Tuan Man. Semoga bermanfaat!

19/03/2018

6 PERKARA IBU MESTI TAHU TENTANG CARA BEDUNG BAYI

Beberapa perkara yang harus diperhatikan dalam cara bedung bayi adalah seperti berikut.

1. BIARKAN ADA RUANG UNTUK KAKI BAYI BERGERAK

Mungkin kebanyakan ibu yang menarik dan menekan kaki bayinya sebelum melilitkan kain bedung kerana mempercayai cara ini mengelakkan kaki bayi ‘pengkar’.

Menurut pakar, apabila kaki dan pinggul bayi tidak bebas untuk bergerak, ia akan meningkatkan risiko bayi terkena hip dysplasia, iaitu gangguan pembentukan sendi pinggul di mana bahagian atas tulang peha tidak berada tepat di soketnya. Untuk jangka masa panjang, ia dapat menyebabkan masalah perkembangan pada persendian kaki dan pinggul bayi.

2. PENTINGNYA MENGEMASKAN BAHAGIAN ATAS BEDUNGAN

Sesetengah ibu terlalu memberi perhatian kepada bedungan bawah (bahagian kaki) dan memberi kelonggaran pada bahagian atas. Sebenarnya, cara ini adalah terbalik daripada yang sebetulnya.

Sepatutnya, ibu perlu memastikan lengan bayi dibedung dengan kemas dan terlilit rapi. Hal ini penting kerana bedungan atas yang terlepas tanpa disedari boleh menjadi faktor bayi lemas atau risiko SIDS (sudden infant death syndrome)

3. PASTIKAN SEMUA KEPERLUANNYA TELAH DIPENUHI TERLEBIH DAHULU

Jika anda mahu membedung bayi, pastikan dahulu bahawa bayi sudah menyusu dan lampinnya tidak basah.

Apabila keperluan ini tidak dipenuhi, bayi mungkin akan meragam dan tidak rasa selesa ketika dibedung.

4. SAMPAI BILAKAH BAYI PATUT DIBEDUNG?

Menurut The American Academy of Pediatrics, bayi sebenarnya tidak perlu dibedung lagi apabila mereka sudah boleh berguling, iaitu sekitar usia 2-3 bulan. Apabila bayi sudah kuat untuk berguling, mereka mungkin boleh tertiarap sendiri tanpa dapat melepaskan lengan, lalu menghalang pernafasan.

Dalam usia ini juga, biasanya refleks ‘terkejut’ atau ‘startle reflex’ akan berkurang dan bayi akan dapat tidur dengan lebih lena.

5. ELAKKAN MEMBEDUNG TERLALU LAMA

Namun jika bayi kelihatan tidak selesa dan s**ar tidur tanpa dibedung, bolehlah anda terus membedungnya untuk beberapa bulan lagi untuk membantunya tidur. Apapun, elakkan membedung terlalu lama kerana sesetengah sumber berpendapat selepas usia tersebut, bedung mungkin menghalangnya daripada bergerak-gerak dan mengganggu perkembangannya.

Tanpa bedung, skin-to-skin contact antara bayi dan ibu dapat berlaku dengan lebih kerap, lalu membantu mengeratkan hubungan serta memberi rasa selesa kepada bayi.

6. PILIH FABRIK YANG SESUAI

Kini telah terdapat pelbagai produk yang dijual di pasaran khas untuk membedung bayi. Dengan rekaan dan corak yang comel, ibu-ibu mesti rambang mata untuk memilih!

Perlu diingat, faktor penting dalam pemilihan kain bedung ini antaranya adalah kesesuaian fabrik tersebut dengan suhu di negara kita. Pastikan kain tidak terlalu tebal sehingga membuat bayi terlalu panas dan tidak selesa apabila dibedung.

Sumber: siraplimau.com

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Batu Caves?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Website

Address


Batu Caves
68100