Didie Seri Beauty
Kami menyediakan perkhidmatan terus ke rumah. Xperlu menghadap jem, cari parking & sesat cari lokasi. Tp msh boleh cantik dan selesa rs mcm di spa.
09/02/2018
BAGAIMANA SKRUB DAPAT MENINGKATKAN KESIHATAN KULIT ANDA?
Teruskan membaca untuk kami terangkan bagaimana dengan menggunakan skrub badan dapat meningkatkan kesihatan kulit anda. Malah, mungkin menjadi ritual kegemaran anda !
Sama seperti sel-sel kulit di wajah, sel-sel kulit mati di badan juga perlu selalu dibuang dengan menggunakan skrub badan. Apabila sel kulit mati telah dibuang, sel kulit baru yang lebih sihat akan terhasil. Proses peluruhan sel kulit mati berlaku dengan perlahan seiring dengan usia. Jadi untuk mempercepatkan proses itu, amalkan penggunaan skrub yang konsisten dengan bahan yang selamat.
Skrub bekerja dengan beberapa cara. Ketika urutan skrub dilakukan ke atas kulit anda, ejen pengelupasan seperti garam, gula, biji gandum dan sebagainya akan membantu meluruhkan sel kulit mati. Perbuatan menggosok / urutan pada badan meningkatkan peredaran darah ke sekeliling organ termasuk ke permukaan kulit.
Selain itu juga, dengan konsep pembersihan daripada dalam liang pori 'deep cleansing', pelembap yang akan digunakan selepas itu akan diserap dengan lebih baik dan memberi kelembapan luar biasa.
Satu lagi kelebihan penting menggunakan 'body scrub' adalah pengguna boleh merasakan keterujaan perasaan ketika itu. Perasaan tenang kerana tekstur 'body scrub' yang menyegarkan dan haruman menggoda yang memenuhi ruangan mandi, menjadikan pengguna seolah-olah sedang mendapatkan rawatan spa. Pengalaman yang boleh menceriakan mood dan emosi anda. Juga memberi kesan kepada penampilan anda untuk sepanjang hari !
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
Selayang
Batu Caves
68100
