NTDOT - Makanan kesihatan keluarga
Makanan terapi kesihatan bagi mereka yang mencari kesembuhan yang sesuai untuk seisi keluarga. Maka Ntdot adalah jawapannya beserta usaha, doa dan tawakal..
InshaAllah kesembuhan ada datang.
25/08/2022
Produk NtDOT Baru
Bakal Dilancarkan 27/8/2022
D IDCC Convention centre SHAH ALAM....
Cantik pakeging nya
Isi pun lebih Berkhasiat...
Belum cuba Belum tahu
Dah Cuba pasti Nak lagi...
Terbang Lebih Tinggi ✈️
Pergi Lebih Jauh 🚀
25/07/2022
Testimoni eczema dan kurap Alhamdulilah akhirnya sembuh , kulit semakin elok baby dah sihat tak menanggis seperti dulu tidur pun Lena asbab mengamalkan NTDOT.
Syukur alhamdulilah.
Tanya aidil 👉
https://bit.ly/3iJY4eT
10/07/2022
# RAHSIA SURAH AL-FATIHAH
(1) - AL-FATIHAH Baca 14 kali sebelum tidur : Suami dan anak-anak akan mengingati kita selalu
(2) - AL-FATIHAH Baca 41 kali tiup dalam air dan minum serta buat air mandian: Melepaskan rasa sakit dalaman
(3) - AL-FATIHAH Baca 7 kali dan usap di kepala setiap pagi dan sekali sebelum tidur. Kepada orang berpenyakit mental
(4) - AL-FATIHAH Baca 3 kali tiup dalam segelas air- minum dan baca sambil mengusap kawasan yang rasa sakit. Sakit yang keterlaluan
(5) - AL-FATIHAH Baca 7 kali dan sapu /usap ke atas kepala bayi yang s**a menangis pada malam hari atau pada bila-bila masa
(6) - AL-FATIHAH Baca 3 atau 7 kali, gunakan ibu jari dan tekan di langit-langit, (Mulut) kemudian sapu kepada tempat yang sakit ; Luka berdarah, sengat lebah, jari terkepit di pintu
Note : BACALAH DALAM KEADAAN KHUSYUK, TAWAKAL KEPADA ALLAH DAN NIATLAH DENGAN JUJUR, INSYA-ALLAH IANYA MERUPAKAN PENAWAR YANG TERBAIK KEPADA SEMUA
Drpd wall tazkirah ustaz ebit lew
21/06/2022
Testimonial... Alhamdulillah
15/06/2022
2hari dah amalkan rendam kaki dalam ais.. best jugak... memang banyak kebaikkan nya
Untuk gout, sakit kepala , sakit badan , lesu , minor stroke, sakit urat , tak lena tido malam. Badan rasa berat dan penat.. try laa..
☆Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit dan Ais Batu😍
Untuk pengetahuan anda amalan rendaman kaki dengan Air yang di campurkan degan sedikit ais batu dapat melegakan ketegangan otot dan ianya dapat mengelakkan dari Gangguan Jin.
Tahukah anda bila anda bangun dari tidur bila di pijak kaki pada lantai yang sejuk jika anda terasa menyucuk2 di tapak kaki itu maknanya dalam badan anda banyak angin.Angin dalam badan anda itu angin tidak elok ..
Sesiapa yang mengalami masalah tersebut,Kerap sakit kepala,sakit belakang,sakit belikat ,lenguh tengkuk,Kerap sedawa,Kerap kembung perut..
Terapi rendaman kaki dengan air yang dicampurkan bersama sedikit ais bagi org yang s**ar tidur malam adalah baik jika di amalkan. Bagi masalah sakit kepala p**a ataupun Bisa sakit-sakit badan, adalah elok untuk mengamalkan rawatan rendaman kaki yang dicampur bersama dengan ais ini.
Menurut Perubatan Islam , sekiranya anda ada mengalami gangguan jin yang kronik anda pasti akan rasa sakit seperti menyucuk-nyucuk di kaki yang di rendam itu. Itu adalah tandanya yang tubuh kita ada mangalami gangguan makhluk halus. Oleh itu sekiranya di amalkan inshaaAllah izin Allah jin akan terhindar dari pada tubuh anda.
Menurut sumber, untuk kesan yang lebih baik lagi campurkan air rendaman kaki tersebut dengann daun bidara, limau nipis dan garam bukit dalam air berais itu. Kesan nya amat baik dalam tubuh badan kita.
Bolehlah diamalkan membaca sebelum rendam kaki
Surah Al_Fatihah7x
Surah Al_ikhlas7x
Dan_selawat7x
InshaaAllah denagn Izin Allah Kaki badan akan berasa ringan.
Menurut Perubatan Islam , Kesan Gangguan makhluk halus adalah seperti
=Kaki anda berasa Pijar bila di rendam kaki anda dalam Ais
=Lenguh dan kebas pada kaki
=Sakit mencucuk di kaki
Haruslah di ingat ini adalah salah satu cara Alternatif dalam rawatan islam dan ianya juga adalah sebagai salah satu iktiar untuk merawat pesakit, inshaaAllah dengan izin Allah Sakit anda akan sembuh atau berkurangan. Ianya juga adalah mengikut kesesuaian tubuh badan anda, wallahualam.
Mata lelaki, kadangkala diuji.
Dilihatnya ada lagi wanita di luar sana yang jauh lebih sempurna berbanding isteri di rumah.
Walhal, isteri yang kalian ada sekarang, dah cukup terbaik sebenarnya.
Kita tak menghargai apa yang ada di depan mata, sebab itu selalu merasa ada ketidaksempurnaan pada isteri.
Jika kalian rasa isteri kalian tidak sempurna, maka sudah menjadi tanggungjawab kalian untuk menyempurnakannya.
Kan perkahwinan ini adalah buat 2 jiwa yang saling memerlukan.
Kekurangan dia ditampung oleh kelebihan kita.
Kekurangan kita ditampung oleh kelebihan dia.
Saling melengkapi dan saling menyempurnakan.
Di situlah baru wujudnya perkahwinan yang sempurna.
Kalau kalian hanya mencari sempurna saja, memang payahlah nak jumpa. Mulai sekarang, kalian kenalpasti mana yang tak sempurna, di situ perbaiki, lengkapi dan usaha untuk jadi yang sempurna.
Marilah menuju kesempurnaan, dengan itu kamu beroleh keharmonian.
Keharmonian untuk mengecap syurgaNya kelak.
Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah,
Saling melengkapi dan mencintai.
7 PETUA GUNA DAUN DURIAN BELANDA
Baru Kak Ya tahu daun durian belanda punya pelbagai khasiat. Sebelum nie hanya tahu khasiat buah sahaja😁
Berikut adalah 7 khasiat dan petua guna daun durian belanda.
1. Mencegah Dan Mengubati Kanser
Ambil 10 helai daun durian belanda yang sudah tua. Kemudian rebuslah dengan 3 gelas air yang bersih. Tunggu sehingga mendidih sehingga menjadi segelas air sahaja. Minum air yang di masak tadi sebanyak dua kali sehari, selama dua minggu atau sehingga kanser yang dihidapi itu semakin sembuh.
2. Merawat Sakit Pinggang
Ambillah 20 helai daun durian belanda. Kemudian rebus dengan s**atan 5 gelas air. Biarkan sehingga mendidih dan tinggal dalam 3 gelas sahaja. Setelah itu, minumlah ¾ gelas air rebusan tersebut sekali sehari. Amalkan sehingga sakit pinggang sembuh.
3. Menguatkan Daya Ketahanan Tubuh Badan (Imun Sistem)
Khasiat daun durian belanda juga mampu menguatkan daya ketahanan tubuh badan. Ambil 5 helai daun durian belanda. Rebus dengan s**atan 4 gelas air. Biarkan mendidih dan biarkan sehingga menjadi 1 gelas. Amalkan meminum sekali dalam sehari untuk ketahanan imun badan.
4. Mengatasi Penyakit Diabetis (Kencing Manis)
Untuk mengatasi diabetis atau penyakit kencing manis, ambil 20 helai daun belanda dan rebus dengan 4 gelas air, masak sehingga menjadi 1 gelas air, minumlah air rebusan daun durian belanda sehingga kadar gula dalam darah anda betul-betul stabil. Khaisat daun durian belanda boleh menurunkan kadar gula dalam darah.
5. Menurunkan Tekanan Darah Tinggi (High Blood presure)
Hipertnesi atau penyakit darah tinggi merupakan salah satu faktor mengundang penyakit strok. Penyakit stroke adalah gangguan fungsi otak akibat aliran darah ke dalam otak mengalami gangguan atau berkurang. Sekiranya anda menghidap tanda-tanda penyakit tersebut, segeralah minum air rebusan daun durian belanda untuk menstabilkan tekanan darah anda.
6. Mengatasi Buasir atau simbelit
Untuk mengatasi masalah buasir, ambil 10 helai daun durian belanda tua. Kemudian rebus dengan 3 gelas air, didihkan sehingga menjadi 1 gelas sahaja. Setelah air suam, amalkan meminum sekali sehari sehingga penyakit buasir sembuh.
7. Mengubati Sakit Urat/Saraf
Khasiat daun durian belanda juga mampu membantu mengubati sakit urat atau sakit saraf. Rebus 10 helai daun durian belanda yang tua, tetapi warnanya masih hijau pekat dan sihat. Cuci bersih dan setelah itu rebus dengan s**atan 2 gelas air, masak hingga mendidih dan biarkan menjadi 1 gelas.Amalkan meminum dua kali sehari, pagi dan petang untuk mendapatkan khasiat sebenarnya.
Boleh cuba nie tapi ubat doktor jangan skip ye. Jiran depan umah tanam memang subur pokok nye.
BAGAIMANA MENCARI RAHMAT DISEBALIK MUSIBAH
Rahmat disebalik kesedihan dan kesusahan..melihat semua ini dengan hati...
Siapa tahu?
Setelah kita banyak menangis depan Allah di waktu malam hari. Allah akan hadiahkan kita kebaikan dan rahmat yang mencurah-curah keesokan hari..
Siapa tahu?
Anak paling nakal rupanya Allah nak dia mendapat didikan dan doa dan tangisan dari ibubapanya sehingga dia dididik dengan sebaiknya. Bila besar dia yang paling kuat menjaga mak ayah. Paling banyak buat kebaikan.Paling banyak mendoakannya dan hadiahkan pahala buat ibubapanya.
Siapa tahu?
Lambat kahwin rupanya Allah hadiahkan perkahwinan yang sebenarnya..
Siapa tahu?
Lambat dapat anak rupanya bakal Daie besar..
Siapa sedar?
Ada orang ditakdirkan tiada anak tapi seperti ada ribuan anak dalam dunia ini...mereka suami isteri menjadi sibuk membangunkan manusia seluruh dunia..
Siapa sangka?
Gagal dalam peperiksaan banyak kali rupanya bakal jadi seseorang yang hebat..
Siapa sangka?
Setiap hari kena maki dan dihina dalam pekerjaan dan perniagaan rupa-rupanya, Allah nak dia jadi kuat dan bersyukur dan lebih menyayangi orang susah ketika dia senang nanti..
Siapa sedar?
Dalam kemiskinan dan kesusahan mereka menikmati nikmat tidur yang lena dan menikmati walau nasi dengan kuah sahaja.
Siapa perasan?
Orang yang tidak dipandang dan dihina. Tak kawan dengan raja atau orang besar. Tak pandai hidup berkabel dan meminta. Hidupnya lebih mudah untuk ikhlas dan berjaya kemudian hari. Kerana hidupnya hanya untuk Allah. Benar-benar berjaya kerana hatinya hanya bergantung pada Allah dan kuat berusaha.
Siapa sangka?
Kehilangan orang tersayang membuat kita belajar rindu kehidupan syurga dan menghargai keluarga yang berada disisi. Kerana manusia akan lebih menghargai saat kita kehilangan..
Paling mulia?
Tidak dikenali didunia, tidak dipandang didunia, orang biasa sahaja tapi dikenali disisi penghuni langit. Amat disayangi Allah. Tanah merinduinya. Dia orang baik jujur amanah dalam hidup. Syurga Firdaus menantinya..dia siapkan syurga buat ibubapanya dan keluarganya. Dia bawa ramai manusia untuk masuk syurga..
Bersyukurlah itulah rahsia bahagia dalam hidup ini. Ya Allah terima kasih atas segala nikmatmu dalam hidup ini yang tidak pernah berhenti-henti.
08/04/2022
Membantu mendapatkan kulit yang lebih anjal...sesuai semua peringkat umur..
Aidil
https://bit.ly/34dPGMy
*PETUA²
*Menaikkan Seri Wajah Selepas Bersalin*
◼️Petua 1 : Rebus beberapa tangkai daun inai dan minum airnya tiga kali seminggu. Seeloknya pada waktu pagi dan malam.
◼️Petua 2 : Ibu yang baru melahirkan anak, biasanya berwajah pucat dan lesu. Untuk kembali menaikkan seri wajah, amalkan petua ini: Ambil secawan beras, bersihkan dan kisar (jangan terlalu halus). Kemudian ambil sebuku kunyit hidup, kikis kulitnya, basuh dan kisar (atau parut). Bancuhkan beras halus dan kunyit tadi dengan air suam untuk dijadikan bedak sejuk yang agak pekat. Cuci muka anda dengan air bersih setiap hari dan kemudian sapukan bedak sejuk itu ke muka secara perlahan-lahan. Gosokkan juga bedak ke bahagian leher dan biarkan ia kering sendiri. Amalkan selama 3 malam berturut-turut, إن شاء الله berhasil menaikkan kembali seri wajah anda.
◼️Petua 3 : Ambil segenggam daun inai dan tumbuk hingga halus. Selepas itu gentel kecil² lebih kurang seperti kepala mancis dan masukkan ke dalam peti sejuk. Bila sejuk, makanlah sebiji sehari selepas sarapan. Amalkan sehingga nampak hasilnya.
*Menghapuskan Urat Timbul Di Kaki Sewaktu Mengandung*
◼️Petua 1 : Belah beberapa ulas bawang putih lalu ditenyeh kepada urat yang mula timbul. Amalkan selalu.
◼️Petua 2 : Campurkan sebuku ragi, sedikit air limau nipis dan air hingga sebati. Sapukan pada urat yang timbul pada setiap malam. Apabila tidur letakkan kaki di atas bantal.
◼️Petua 3 : Campur sedikit asam jawa dan air sehingga pekat. Sapukan pada kaki setiap malam. Tinggikan kaki sedikit ketika tidur.
◼️Petua 4 : Rebus kacang hijau, minum airnya setiap pagi dan petang. Buat senaman angkat kaki 10 minit sebelum tidur.
*Menghilang Loya Ibu Hamil*
◼️Ambil segenggam daun kari. Kisar menjadi jus. Campur jus tersebut dengan limau nipis dan satu teh gula. Minum setiap pagi. إن شاء الله rasa loya tekak akan hilang.
28/03/2022
PETUA HILANGKAN BATUK & KAHAK GUNA 2 BAHAN, TAK PAYAH UBAT BATUK
Caranya ialah:
1. Potong 1 biji bawang Bombay/Holland kepada 2 bahagian. Guna 1 bahagian sahaja.
2. Leraikan lapisan bawang tadi.
3. Campurkan 1 atau 2 sudu makan madu mengikut yang kita mahu.
4. Gaulkan biar rata.
5. Tutup dan biarkan selama 1 atau 2 jam.
6. Jus akan dirembeskan melalui bawang bercampur madu.
7. Ambil satu sudu dan minum.
Rasanya persis ubat batuk. Tujuannya keluarkan kahak dengan mudah. Tiada kesan buruk pada otak. Orang putih panggil ‘cough syrup.’ Melalui pembacaan saya dapati juga petua ni mereka pakai lama dah. ‘Homemade remedy’ untuk batuk. Boleh cuba di rumah.
Sumber: Dr.Rizal Abu Bakar
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Website
Address
Batu Pahat
83000
