Kuliah Ilmu Taman Syurga
Berkongsi maklumat yang bermanfaat untuk semua.
17/09/2021
CARA TRANSFER DUIT KE BANK2 LAIN
Boleh la ikut cara ni ya
Cara Nak Transfer Duit Dari Akaun Maybank Ke Akaun Bank Lain Melalui Mesin ATM l Mungkin ramai yang dah mahir cara nak transfer duit melalui mesin ATM Maybank ke bank lain dan mungkin juga ada lagi yang masih tak tahu cara nak gunakannya. Ada jugak orang yang nak beli barang secara online tapi tak tahu cara nak transfer duit dengan mesin ATM terutamanya apabila melibatkan akaun bank yang lain. Jangan risau, dari mesin ATM Maybank boleh transfer ke mana-mana bank yang telah disediakan.
BSN ke maybank , ke cimb ke bank islam , rhb suma boleh hanya masukkan kad bank dan ikut step di bawah
Kredit Kaftan Aaz Empire
15/09/2020
Setiap penyakit ada penawarnya kecuali kematian😌
05/09/2020
Cara Mendidik Anak Dengan Betul😊
1) Jangan pukul anak dari lutut keatas
2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. Nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control.
3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya. Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak.
Sabda Rasulullah s.a.w.
“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika s**a geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”
4). Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).
5). Berikan anak anda pelukkan setiap hari. (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)
6). Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)
7). Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan.
(Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).
😎. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.
9). Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).
10). Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.
11). Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)
12). Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.
13). Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.
14). Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).
15). Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.
16). Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.
17). Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.
18). Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.
19). Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam.
20). Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.
21). Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.
22). Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda p**a yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.
“Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya"
08/08/2020
Sangat mendalam maksud di gambar ini jika kamu mempunyai hati
1.Belajar tutup mata untuk benda yang tidak baik terlihat.
2.Belajar tutup telinga untuk yang tidak enak di dengar.
3.Belajar tutup mulut untuk tidak jadi penyampai-penyampai pada perkara yang tidak baik di hati mu.
Sesungguhnya kau tidak tahu apa susah org lain dalam diamnya.
Sooo tanam dalam otak “aku sendiri tidak baik, aku banyak kekurangan banyak keburukan”.
05/08/2020
Cara didikan yang betul untuk anak✅
24/02/2020
🔴Maklumat yg sangat penting 🔴
Seorang suri rumah meninggal apabila menghadapi kebakaran pada badannya sewaktu menyembur spray kepada lipas masa beliau sedang memasak.. Suami beliau dimasukkan ke hospital akibat melecur ketika cuba menyelamatkan isterinya.
Bagaimana ianya terjadi?
Gas sedang dipasang, beliau nampak seekor lipas dekat sinki di mana terletaknya silinder gas lalu mencapai spray..sebaik saja spray disembur, satu letupan berlaku lalu api menyelubungi beliau dgn 65% melecur.
Mari kita fahami :- semua spray mengandungi gas dan berisiko tinggi untk menyumbang kebakaran, satu semburan saja boleh mencetuskan api bersama kehadiran oksigen di udara sekeliling kita.
*Maklumkan ahli keluarga kita dan sahabat2*
*jangan simpan maklumat ini di sini saja, tolong sebarkan*
*siapa tahu berita ini boleh 🎈menyelamatkan satu atau lebih nyawa*
Saya baru saja melaksanakan tugas 👪👥
Gambar dibawah adalah contoh sahaja.
23/02/2020
Peringatan buat kita semua:
1) Jangan tinggal solat sunat qobliah subuh sekalipun bangun jam 6:40 pagi kerana Nabi saw ada bersabda bahawa ganjaran solat ini adalah lebih baik dari dunia dan seisinya. Kecuali dah terlampau hampir waktu subuh habis , maka hendaklah segera kerjakan solat fardhu subuh.
2) Zikir Subhnanallah, Alhamdhulillah, Allahu Akbar, 33 kali jgn ditinggalkan setiap kali lepas solat. Kerana ini lah zikir khas buat anak Nabi saw sebagai zikir istiqamah penguat semangat.
3) Berusahalah sedaya upaya utk solat subuh berjemaah di rumah2 Allah, @ paling kurang berjemaah dgn anak isteri di rumah, kerana ganjaran solat subuh berjemaah adalah sama seperti berqiamullail sepanjang malam.
4) Jangan dilepaskan peluang berdoa selepas azan sebelum iqomah setiap waktu solat kerana disana diantara waktu2 mustajabnya doa.
5) Pelajari serta hayati setiap bait2 bacaan dlm setiap solat, bawa ia setiap kali solat, seolah2 kita berbisik2 mengadu hal dgn Robbul Jalil setiap kali kita solat, agar dgn yg demikian hati kita sentiasa berada dlm solat, mudah2an dgn asbab itu jugalah hati kita tidak lalai setiap kali solat. (memang itu pun diantara tujuan 5 kali sehari kita bersolat) dan itu janji Allah bahawa solat yg sedemikianlah punyai roh untuk menjaga kita dari berbuat keji & mungkar.
6) Jangan dilepaskan Al Quran setiap hari terutama selepas solat subuh, bacalah apa juga surah, selain jadikanlah amalan 3 surah ini setiap hari yaitu, 10 awal & akhir surah Al Kahfi, surah Al Waqiah, juga surah Al Mulk. Asbab kepada sabda nabi : Bacalah Al Quran.. sesungguhnya Al Quran itu akan memberi syafaat (pertolongan) pada sahabat2nya.
7) Jangan ditinggalkan solat2 sunat qobliyyah ba'diyyah, witir, dhuha kerana solat sunat itu menambah asbab kepada redhanya Allah pada kita.
8 ) Sentiasalah istiqamah solat di awal waktu. Wanita; bersedia, ternanti2 masuknya waktu solat manakala lelaki berusaha istiqamah solat berjemaah di rumah2 Allah kerana ia adalah sunnah Nabi kita saw yg utama.
9) Lazimi menjaga wudhu' setiap masa kerana orang yg punyai wudhu' akan didampingi para malaikat2 Allah.
10) Amalkan sentiasa bawa ke mana2 kayu sugi untuk bersugi kerana ada 70 kelebihan orang2 yg sentiasa bersugi; antaranya, Zikir & bacaan ayat2 Al Quran orang yg bersugi lebih 70 kali di s**ai Allah berbanding bacaan orang2 yg tak bersugi. Dua rakaat solat orang yg bersugi juga lebih dis**ai Allah vs 70 rakaat solat orang yg tak bersugi, dan juga syaitan benci pada golongan2 mereka yg istiqamah bersugi. Riwayat Aisyah.. Bahawa aku tidak bisa mengira berapa kalikah dlm sehari Rasulullah saw bersugi. Dikatakan juga perkara terakhir yg Rasulullah saw lakukan sebelum ajalnya sampai adalah baginda saw sempat bersugi. Saya pernah terbaca dlm artikel tulisan ulama tersohor bahawa nyawa orang yg sentiasa bersugi mudah keluar ketika di datangi sakaratulmaut.
12) Sentiasalah melazimi lidah untuk berzikir seperti selawat @ kalimah2 taubat @ kalimah2 tauhid asbab kita bersugi dikatakan mulut kita ringan untuk tujuan itu.
13) Lazimi berpagi2 dgn kurma dan ambillah juga ia sebelum tidur kerana khasiat makanan sunnah ini sudah cukup sempurna bg menjana hormon2 perangsang kesihatan & kecergasan tubuh & juga minda kita untuk menjurus kepada sentiasa berfikir yg positif setiap hari.
KESIMPULAN : Berusahalah menyantuni akan setiap perkara2 sunnah serta perkara2 ma'ruf setiap masa kerana itu semua akan mengundang redha Allah kepada kita.. Asbab bertambahnya redha Allah pada kita maka janji Allah 👇
"Wahai jiwa2 yg sentiasa tenang, kembalilah kepada tuhanmu dlm keadaan engkau redha dan aku redha. Dan berkumpullah kalian dlm kalangan orang2 yg berbahagia dan masuklah kalian ke dalam syurga".
👆 Ini adalah ayat sakaratul maut.. Kalau lah seluruh manusia mengetahui akan ini lah tujuan utama kenapa kita hidup di dunia ini (hanya nak dapatkan redha Allah) ketika mana saat kematian menjemput kita.. nescaya sepanjang masa seluruh manusia akan sentiasa khusyuk lagi tawadhu dlm berusaha untuk mengejarnya.
۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞
ilmu
"Segala benda tak ada yang kebetulan; tak senghaja dan senghaja; itu semua Allah dah aturkan. Allah dah pertemukan. "
22/02/2020
Cuba check anak korang sama tak? 😀
22/02/2020
Cuaca panas yang melampau boleh jadi punca strok haba! Jadi, tolong elak daripada terdedah kepada aktiviti luar secara berterusan. Jumpa doktor jika alami tanda-tanda ini ya?
Doktor
20/02/2020
Kalau dia sihat, dia takkan minta tolong urutkan pinggang. Dia lenguh sangat tu. Betis, tapak kaki, bahu, satu badan dia sakit sebab banyak perubahan jadi untuk melahirkan zuriat.
Dia, isteri tuan yg hebat. Dia tahu kulit dan isinya akan disiat sehingga darah memancut, tapi dia tetap buat, sebab? Dia tak sabar nak bagi status Ayah buat tuan, dia rela pertaruhkan nyawanya demi kasih dan sayangnya pada tuan. Dia manusia hebat, dia isteri tuan. Amanah dari Allah buat tuan ♥️
Viral Media Johor
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Batu Pahat
83000
