Minyak Kelapa Dara Asli
Minyak kelapa dara merupakan pilihan Lemak sihat yang tinggi dengan Lurid asid serta membantu memuli
09/03/2023
ππππ¨ππ πͺπ£π©πͺπ π πͺπ§πͺπ¨ πππ₯ππ© πππ£ π¨ππ‘ππ’ππ© π€«
Terbukti secara saintifik mengurangkan nafsu makan dan menjadikan anda rasa kenyang lama. Hasilnya dapat pakai kembali baju zaman dulu-duluβ€οΈ
β
Tiada bahan terlarang
β
Tidak perlu berlapar
β
Tidak perlu senaman bagai nak rak
β
Hanya 2 sudu setiap hari
Memperkenalkan SF Virco dari SF Wellness. Minyak ini minyak semulajadi. 100% dari tumbuhan. Tak ada campuran bahan lain.
"Tak terasa pun ambil 2 sudu tiap hari. Cuma saya perasan selera makan kurang. Benda-benda manis pun dah tak begitu boleh dimakan macam dulu. Makan nasi pun kurang. "
-Puan Hanim
http://wasap.my/60175502533/nakvco
11/02/2023
Mana mana ibu yang tengah mengandungtu, boleh start amal minyak kelapa dara dari sekarang ye..
Usaha utk mengawal kenaikkan paras gula ketika hamil serta memudahkan proses bersalin juga. TIADA tempoh tertentu untuk pengambilannya.
SFVirco kami sedap & wangi..dont wuri Hokeyy
Sedap diminum begitu saja π
2 sudu setiap hari
Rm65 saja (250ml)
www.wasap.my/60175502533/nakvco
Mulai hari ini ,jangan takut untuk makan lemak sihat.
Tabiat/amalan memakam lemak sihat ini secara tak langsung membantu menyelesaikan banyak masalah kesihatan kita.
SIHAT itu Nikmat Rezeki yang paling mahal!
29/01/2023
PERBEZAAN MINYAK KELAPA DENGAN MINYAK MCT
Minyak kelapa sememangnya telah diketahui khasiat dan kelebihannya kepada kesihatan kita (boleh rujuk artikel saya sebelum ini). Kelebihan minyak kelapa ini adalah berpunca daripada kandungan βminyak rantaian sederhanaβ (Medium Chain Triglyceride; MCT) didalamnya, tetapi bukan semua jenis minyak MCT sebenarnya ada didalam minyak kelapa. Terdapat sedikit perbezaan diantara minyak MCT dan minyak kelapa sebenarnya. Minyak MCT adalah lebih popular dikalangan pengamal pemakanan Ketogenik.
APA ITU MINYAK MCT?
Minyak/lemak βtepuβ dengan rantaian sederhana adalah dipanggil MCT. Ia adalah komponen yang paling biasa dalam banyak makanan asli seperti minyak kelapa, susu, mentega, keju, yogurt, minyak kelapa sawit dan sebagainya.
Trigliseride adalah kombinasi tiga molekul asid lemak dengan molekul gliserol. Tiga asid lemak ini di hubungkan dengan rantaian atom karbon yang mempunyai panjang yang berbeza-beza. Kebanyakan asid lemak dalam makanan kita (ikan,avacado,kekacang,bijian dan minyak zaitun) adalah dalam rantaian panjang (LCT) iaitu ia mempunyai lebih daripada 12 atom karbon. Didalam minyak MCT rantaian atom karbon adalah diantara 6 ke 12 atom karbon. Perbezaan jumlah atom karbon ini menjadikan minyak MCT ini unik kerana ia tidak memerlukan enzim atau asid hempedu (bile acids) untuk penghadaman dan penyerapannya sebagaimana minyak LCT.
Ini akan membenarkan minyak MCT masuk terus ke organ hati dan dihadamkan dengan cepat dan diserap ke dalam saluran darah untuk digunakan sebagai sumber tenaga dalam bentuk jasad ketone. Ketone adalah bahan yang dihasilkan apabila organ hati kita menghadamkan lemak/minyak dan ianya boleh digunakan oleh sel-sel tubuh kita sebagai sumber tenaga selain daripada glukosa (gula). Lemak MCT ini juga tidak akan menjadi lemak dalam tubuh dan akan membantu tubuh kita membakar lemak yang tersimpan berbanding dengan lemak jenis LCT.
Terdapat 4 jenis lemak MCT yang biasa ditemui iaitu:
β’ Asid Kaproik β 6 atom karbon
β’ Asid Kaprilik β 8 atom karbon
β’ Asid Kaprik β 10 atom karbon
β’ Asid Laurik β 12 atom karbon
Ada sesetengah saintis tidak meletakkan asid laurik sebagai MCT kerana mereka berpendapat MCT adalah lemak yang mempunyai rantaian 6 ke 10 atom karbon sahaja. Kerana asid laurik didapati lebih lambat dihadamkan dan diserap berbanding MCT jenis lain.
PERBEZAAN DIANTARA MINYAK KELAPA DENGAN MINYAK MCT
Sebenarnya kedua-duanya hampir serupa tetapi MCT dan Minyak Kelapa mempunyai beberapa perbezaan berdasarkan kandungan nya.
Minyak MCT
MCT mengandungi 100% MCT didalamnya dan menjadikan ianya adalah sumber MCT yang lebih pekat.
Sumbernya bukan semestinya daripada minyak kelapa Minyak kelapa dibuat daripada kopra iaitu bahagian kernel kelapa atau yang biasanya kita panggil sebagai βsantanβ.
Ia dibuat dengan menapis bahagian MCT daripada minyak kelapa atau minyak kelapa sawit (minyak kernel) dan membuangkan kompaun lain dan hanya mengambil ekstrak MCT daripadanya.
Minyak kelapa adalah sumber utama minyak MCT iaitu 54% jumlah asid lemak tepu didalam minyak kelapa.
Minyak kelapa juga mengandungi LCT dan lemak tidak tepu (PUFA)
Minyak MCT biasanya mengandungi 50-80% asid kaprilik dan 20-50% asid kaproik. Minyak kelapa mengandungi MCT dengan nisbah 42% asid laurik, 7% asid kaprilik dan 5% asid kaprik. Asid laurik mempunyai sifat seperti LCT kerana ia lambat di hadamkan dan diserap oleh tubuh tidak seperti MCT yang lainnya, oleh itu ada sesetengah saintis tidak menganggap minyak kelapa sebagai sumber yang kaya dengan MCT
MINYAK MCT ADALAH LEBIH BAIK UNTUK PENGHASILAN KETONE DAN MENURUNKAN BERAT BADAN
Minyak MCT adalah lebih popular dikalangan mereka yang mengamalkan βdiet ketogenik β yang merupakan pemakanan dengan kaedah rendah karbohidrat, sederhana protin dan lemak yang tinggi.
Pengambilan makanan yang tinggi lemak dan rendah karbohidrat menyebabkan tubuh kita berada dalam keadaan yang dipanggil βnutritional ketosisβ iaitu keadaan di mana tubuh kita dalam keadaan yang membakar lemak yang tersimpan dan bukannya menggunakan glukosa sebagai sumber tenaga.
Berbanding dengan minyak kelapa, kajian menunjukkan pengambilan minyak MCT adalah lebih cepat dan lebih baik untuk mengekalkan keadaan ketosis. Asid lemak yang menyebabkan pengahasilan ketone yang tinggi dipanggil sebagai ketogenik.
Kajian menunjukkan asid kaprilik adalah 3 kali ganda lebih kuat menghasilkan keadaan ketosis berbanding asid kaprik dan 6 kali ganda lebih kuat berbanding asid laurik.
Minyak MCT mengandungi lebih banyak kandungan asid kaprilik dan asid kaprik berbanding minyak kelapa kerana kandungan asid laurik adalah lebih tinggi dalam minyak kelapa. Oleh itu pengambilan minyak MCT adalah lebih baik untuk menurunkan berat badan dan mencapai tahap ketosis . Kajian juga menunjukkan pengambilan minyak MCT akan membantu meningkatkan metabolisma dan menggalakkan rasa kenyang dan menyebabkan seseorang menjadi kurang makan.
MINYAK KELAPA ADALAH LEBIH BAIK UNTUK MEMASAK DAN PENJAGAAN KULIT
Minyak kelapa telah digunakan oleh masyarakat Melayu sejak beribu-ribu tahun dalam masakan tradisi kita. Ia adalah minyak masak yang sangat ideal kerana ketahanannya kepada suhu yang tinggi dan rasanya yang enak. Ia mempunyai nilai titik asap (smoke point) yang tinggi iaitu 232Β°C berbanding dengan minyak MCT iaitu 150Β°C. Titik asap ini adalah suhu dimana lemak mula teroksida dan akan menyebabkan minyak mula rosak menjadi tengik (rancid).
Minyak kelapa juga bagus sebagai bahan asas kepada produk kecantikan dan penjagaan kulit kerana kandungan asid laurik didalamnya. Asid laurik mempunyai sifat anti kuman dan ianya baik sebagai rawatan kepada masalah kulit seperti jerawat. Minyak kelapa juga baik untuk masalah ekzema (atopic dermatitis) yang menyebabkan kulit menjadi radang, ruam, berkuping dan gatal. Minyak kelapa mempunyai sifat melembabkan kulit, oleh itu ia sesuai untuk seseorang yang mempunyai masalah kulit kering, berkerak dan gatal.
PENGGUNAAN
Minyak kelapa dan minyak MCT adalah minyak yang tidak mempunyai masalah dan selamat apabila diambil secara umumnya. Pengambilan minyak kelapa dan minyak MCT secara berlebihan boleh menyebabkan rasa tidak sedap perut, kembong, memulas dan cirit-birit .
Jika anda ingin mengambil suplemen minyak MCT sebagai kaedah untuk mengamalkan diet ketogenik dan membantu menurunkan berat badan. Kita boleh mengambil satu sudu (15ml) sebanyak dua kali sehari dan boleh menambahkan jumlahnya secara beransur-ansur. Pengambilan 4 ke 7 sudu besar (60ml ke 100ml) sehari adalah baik dan selamat.
Kaedah pengambilan dengan mencampurkan dengan makanan (lauk dan nasi) dan minuman seperti minuman kopi (Bullet Proof Coffee) dan βsmoothiesβ.
Kedua-duanya minyak kelapa dan minyak MCT adalah sangat baik untuk kesihatan. Minyak MCT adalah pekatan 100% minyak MCT yang lebih efektif menurunkan berat badan dan membekalkan tenaga segera dengan lebih baik dan cepat berbanding dengan minyak kelapa dara. Minyak kelapa lebih sesuai dalam masakan dan juga penjagaan kulit kita.
Sumber : Dr Norman Mohd Norawi
MBBS (Manipal), MScAARMMA(UCSI)
MNM(ACNEM), FAGE (MAHE)
RUJUKAN:
1. Mumme K, Stonehouse W. Effects of medium-chain triglycerides on weight loss and body composition: a meta-analysis of randomized controlled trials. J Acad Nutr Diet. 2015 Feb;115(2):249-63. doi: 10.1016/j.jand.2014.10.022.
2. Kinsella R, Maher T, Clegg ME et al. Coconut oil has less satiating properties than medium chain triglyceride oil. Physiol Behav. 2017 Oct 1;179:422-426. doi: 10.1016/j.physbeh.2017.07.007. Epub 2017 Jul 6.
3. Eyres L, Eyres MF, Chisholm A, Brown RC. Coconut oil consumption and cardiovascular risk factors in humans. Nutr Rev. 2016 Apr;74(4):267-80. doi: 10.1093/nutrit/nuw002. Epub 2016 Mar 5.
4. Babu AS, Veluswamy SK, Arena R. Virgin coconut oil and its potential cardioprotective effects. Postgrad Med. 2014 Nov;126(7):76-83. doi: 10.3810/pgm.2014.11.2835.
5. Clegg ME. They say coconut oil can aid weight loss, but can it really? Eur J Clin Nutr. 2017 Oct;71(10):1139-1143. doi: 10.1038/ejcn.2017.86. Epub 2017 Jun 7.
6. https://www.healthline.com/nutrition/ketogenic-diet-101
7. https://www.healthline.com/nutrition/7-tips-to-get-into-ketosis
8. https://www.healthline.com/nutrition/why-is-coconut-oil-good-for-you
9. https://www.healthline.com/nutrition/coconut-oil-and-skin
10. https://www.healthline.com/health/coconut-oil-for-eczema
11. https://www.healthline.com/health/how-to-get-rid-of-diarrhea-fast
27/01/2023
Pagi-pagi dah clear isi perut... Terbaik, tak yah susah2 meneranπ€
β’GILER POWER
β’LAWAS
β’SLIMM
Penangan MINYAK_KELAPA_DARA
Tiada lagi nak meneran lama2 dlm toilet..
Pergh!! LEGAβΌοΈ
Belian berbaloi
1 botol 250ml rm65 sm/rm75ss
www.wasap.my/60175502533/nakvco
13/01/2023
SfVirco hanya diminum begitu saja π
Settle masalah sembelit.
Moga membantu !
KENAPA KITA PERLU MENGAMBIL MINYAKΒ² SIHAT
Selamat beramal βοΈ
www.wasap.my/60175502533/nakvco
11/01/2023
ππππππππ ππππππ ππππππ ππππ
Suatu masa dahulu, nenek moyang kita di Malaysia sudah lama mengamalkan Minyak Kelapa Dara bagi menjaga kesihatan seharian mereka. Malah amalan penggunaan Minyak Kelapa Dara telah direkodkan seawal 1500 tahun dahulu di India di dalam Kitab Ayurveda mereka.
Walaupun pada zaman dahulu, tiada kajian yang dijalankan ke atas pengamalan Minyak Kelapa Dara namun diakui bahawa mereka pada zaman dahulu sangat kurang menghadapi masalah kesihatan seperti di zaman sekarang. Kebetulan?
Seiring dengan kemajuan teknologi, kini pelbagai kajian saintifik dan perubatan telah membuktikan Minyak Kelapa Dara sangat baik diamalkan dan mempunyai pelbagai Khasiat dan Manfaat.
Kesihatan perlu dijaga!
www.wasap.my/60175502533/nakvco
11/01/2023
ΩΩΨ₯ΩΩΩ Ω
ΩΨΉΩ Ω±ΩΩΨΉΩΨ³ΩΨ±Ω ΩΩΨ³ΩΨ±ΩΨ§. Ψ₯ΩΩΩΩ Ω
ΩΨΉΩ Ω±ΩΩΨΉΩΨ³ΩΨ±Ω ΩΩΨ³ΩΨ±ΩΨ§
Artinya: "Karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan." (Q.S. Al-Insyirah: 5-6)
Saat mengalami ujian hidup yang begitu berat, percayalah situasi tersebut tidak akan berlangsung selamanya. Allah SWT sudah menjaminnya dalam Surat Al-Insyirah ayat 5-6. Dalam surat tersebut, Allah SWT menjanjikan bahwa setelah kesulitan yang kamu alami, Kamu akan mendapatkan kemudahan
19/01/2022
MOMMY PREGGY SEMUA DAH TAU VCO BAIK UTK IBU HAMIL KAN?
Sebab VCO ni baik sangat untuk mommy preggy.
1. Membantu kurangkan Morning Sickness
2. Naikkan HB (HB Low)
3. Bantu kawal Kencing Manis (GDM)
4. Kekal bertenaga sepanjang hari
5. Atasi masalah keputihan dan sembelit
6. Meningkatkan imun ibu dan juga baby
7. Mudahkan bersalin dan elak koyak
Banyak tau khasiat Minyak Kelapa Dara. Sayanglah kalau tak amal lagi-lagi masa preggy ni.
Mengapa kita menggalakkan pengambilan dalam bentuk cecair? Kerana 2 sudu pagi atau petang sudah cukup dos keperluan untuk seharian berbanding softgel
Cepat2 order tau sementara Stok masih ada ni.
Jika berminat, boleh terus ke link website π
https://www.sfteaterapisihat.com
Atau
ke link wassap π
www.wasap.my/60175502533/VCO
SFVIRCO RASA SEDAP DENGAN AROMA PANDAN β
https://www.sfteaterapisihat.com
Boleh dapatkan vco segera di link diatas π
Seribu satu khasiat..MINYAK KELAPA DARA
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Address
Bukit Mertajam
Berapit
14000
