AIM.HeathWellness
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from AIM.HeathWellness, Health/Beauty, Bota.
Health Consultant Provider
AIM to Educate on Health and Healthcare Products
Menyediakan Khidmat Nasihat Kesihatan
Bertujuan untuk mendidik tentang Kesihatan & Produk Kesihatan.
30/10/2022
*Testimoni Terkejut*
Baru sampai rumah tadi, mak cerita yang kulit keras pada jari kaki & kuku ibu jari kaki yang rosak dah bertambah baik selepas Idah startkan hydrogel spray (dapat sample, nak tahu apa, PM Idah).
Lepas tu ayah menyampuk.
"Ha.. kulit ayah pun dah semakin ok ni. Kalau tak menggerutu."
"Ayah makan vitamin yang Nor bagi pada mak."
Memang ayah dah lama ada masalah kulit. Tapi sebab ayah banyak makan ubat dari IJN, mulanya ayah tak nak makan sangat vitamin.
Rupanya ayah makan Sustained Release Vitamin C yang Idah bagi pada mak Idah.
Lepas tu Ayah sambung lagi "Banyak betul ya pilnya. Ayah makan 1 biji sehari, masukkan dalam kotak ubat jantung ayah. Pagi-pagi ayah makan sekali."
Mmg la banyak, sebab 1 botol 180 biji kot. Makan sebiji sehari, tahan 6 bulan.
Jadi cepat-cepat Idah ambil gambar kulit ayah yang semakin membaik. Gambar before tak ada, tapi actually kulit ayah lagi teruk dari gambar 1st.
Yang gambar kedua gambar lengan, mmg dah nampak smooth dah. Tapi boleh nampak kesan-kesan lesion sebelum ni.
Alhamdulillah, tak disangka-sangka, Ayah terbuka hati nak cuba vitamin C Shaklee dan nampak perubahan. Senang hati bila mak ayah pun gembira.
21/08/2022
Bulan ni, siapa dapatkan Life Shake Matcha, ESP & Performance Drink, memang murah rezeki.
Sebab dapat percuma p**a, full size. Bukan sample.
Idah paling s**a Life Shake Matcha + ESP, blend dengan Almond.
Termimpi-mimpi.
Low Glycemic Index, high protein & padat dengan vitamins keperluan badan.
15/08/2022
Pernah dengar tentang Sindrom Metabolik?
Ia adalah apabila kluster pelbagai kondisi yang meningkatkan risiko kepada penyakit kardiovaskular (jantung, strok).
Ciri-ciri mereka yang mengalami sindrom metabolik
1. Obese & buncit. Keadaan dimana terkumpul lemak di perut, meningkatkan risiko rintangan insulin & menunjukkan bahawa banyak lemak terkumpul di bahagian organ.
2. Rintangan insulin dan diabetes. Mereka yang mempunyai sindrom metabolik mengalami masalah untuk mengawal gula mereka. Atas sebab insulin tidak dapat membantu gula untuk diproses menjadi tenaga. Akhirnya gula berlebihan disimpan sebagai lemak dalam badan.
3. Mereka yang obese juga mengalami risiko tekanan darah tinggi. Seterusnya, tekanan darah tinggi boleh menganggu sistem vascular (urat darah) & cardio (jantung).
4. Fatty Liver ini adalah bila terlalu tinggi gula dalam darah, tidak ditukarkan menjadi tenaga. Sebaliknya gula ini diproses menjadi lemak & disimpan di dalam hati. Lemak berlebihan menyebabkan radang terjadi & hati membengkak.
5. Mereka yang mempunyai masalah syndrom metabolic ini mempunyai bacaan kolestrol Triglyceride yang tinggi & HDL (kolestrol baik) yang rendah.
Kesemua masalah ini, boleh memburukkan lagi kesihatan dan seterusnya meningkatkan risiko penyakit jantung, strok, salur darah kaki tersumbat jika tidak ditangani.
Untuk wanita p**a, metabolic syndrome adalah antara penyebab masalah kesuburan.
Cuba check dengan Dr anda, sekiranya anda mempunyai ciri-ciri sebegini.
Pastikan anda membuat pemeriksaan kesihatan setiap tahun sekiranya sudah berumur 30 tahun keatas.
14/08/2022
Baru-baru ini, Idah join CME (continuous medical education) dan belajar banyak perkara tentang Vitamin D.
Untuk badan sintesis vitamin D, kita perlukan 5 ke 10 minit dalam cahaya matahari & waktunya adalah 10 pagi sehingga 3 ptg.
Menggunakan sunscreen mengurangkan 92% uptake vitamin D.
Pengambilan vitamin D sangat kurang dalam diet kita dan ramai yang tak dapat keperluan sehingga 600iu seperti yang disarankan untuk orang dewasa.
Antara orang yang paling ramai kurang vitamin D (dalam satu kajian keatas pekerja kesihatan) adalah Doktor pelatih & mereka yang bekerja shift.
Dan muslimah yang menutup aurat, serta mereka yang sentiasa menggunakan payung / kereta tinted gelap, juga berisiko kekurangan vitamin D ni.
Vitamin D ni berfungsi untuk bantu serap kalsium dalam tulang.
Kalau tak cukup, ia akan sebabkan tulang lembut & osteoporosis di kemudian hari.
Low mood & depression juga dikaitkan dengan kekurangan Vitamin D.
Antara simptoms kekurangan Vitamin D
❎️ Sering Sakit badan & tulang, cramp
❎️ Kelesuan
❎️ Perubahan mood
Macam mana nak tingkatkan vitamin D?
✅️ Berjalan / exercise antara jam 10 pagi - 3ptg
✅️ Makan makanan yg tinggi vitamin D seperti ikan sardin, salmon, tuna, kuning telur dan yang fortified seperti keju, Yogurt & Susu.
✅️ Ambil supplement vitamin D.
Kalau anda ada rasa lesu, mood sering berubah, susah nak turunkan berat badan, cuba tingkatkan pengambilan vitamin D dalam diet anda ❤️.
10/08/2022
Selalu tak tengok iklan susu, ada sebut
AHA, DHA, perkembangan otak bayi?
Sel-sel otak berhubung.
Ha.. itulah Omega 3.
Omega 3 ni adalah essential fatty acids, bermakna kena ambil sama ada dari pemakanan, sebab badan tak produce sendiri.
Sumber terbaik Omega 3 adalah ikan 'berminyak', seperti tuna, salmon, ikan bilis & ikan sardin.
Kemudian terdapat juga dari kekacang seperti kacang soya & bijian seperti flaxseed.
Selain dari membantu perkembangan otak & membantu fungsi cognitif, Omega 3 meningkatkan kesihatan cardiovascular (jantung & salur darah).
Jom pastikan kita ambil Omega 3 dalam sumber makanan kita setiap hari.
❤️
08/08/2022
Hujung minggu, mesti ramai yang keluar berjalan bersama keluarga.
Pergi p**a ke shopping mall.
Wah, banyaknya pilihan makanan!!
Tapi tengah diet. Nak makan apa?
Antara cadangan makanan yang anda boleh makan di shopping mall.
✅️ Sushi, tapi tak boleh ambil banyak nasi sushi. Jadi boleh pilih makan seperti tuna / salmon sashimi, wakame salad (rumpai laut), sup miso. Minum air teh hijau yang sedap tanpa gula.
✅️ Kenny Roger's / Nando's, ayam panggang & side dish. Pilihlah 1 carbohidrat & 1 Sayuran. Kalau Idah, selalu akan ambil grilled vegetables & salad atau coleslaw (tapi coleslaw ada mayonnaise - jadi jarang ambil)
✅️ Johnny's / Seoul Garden - ada pakej steamboat & BBQ. Boleh la pilih protein yang diminati, pilihan sayuran pun banyak. Elakkan makanan proses tinggi seperti fishballs / fishcakes.
✅️ Food Court - cari vendor yang ada jual grilled chicken chop / lauk pauk pilihan.
Banyak pilihan kalau ke mall untuk makan.
Depends dengan budget & diri sendiri nak cari yang diet atau nak makan ikut s**a. Tapi boleh juga korang plan untuk cheat day hari yang korang jalan ke mall, tapi ingat, jaga portion ok!
07/08/2022
Segak-segak GEM Leaders ni kan.
Konsistent dengan produk membantu mereka & keluarga dapatkan kesihatan yang lebih baik.
Tadi bersembang dengan ayah mertua.
Cerita macam mana Idah dulu bila driving balik kerja mesti mengantuk.
Mengantuk tak boleh bawa bincang.
Cuma kena teruskan drive, sebab nak balik rumah.
Alhamdulillah, sejak Idah kenal Shaklee, dah tak mengantuk petang masa drive.
Balik rumah kadang-kadang memasak p**a lagi.
Lepas tu layan Ayra, sampai jam 11.00 malam, baru rehat.
Semoga Allah sentiasa berikan kesihatan dan kekuatan nak jaga keluarga Idah, nak didik Ayra & bantu husband dengan business.
❤️
07/08/2022
Assalamualaikum & Hi!!
Selalu bangun pagi & moody?
Jom amalkan tips bagi mood booster ni.
Menulis journal & positive affirmation membantu mengubah mindset kita menjadi lebih positif.
Aktiviti yang dikaitkan dengan 'Happy Hormones'
Endorphine - mengurangkan kesakitan, dan menstabilkan mood. Ditingkatkan dengan aktiviti seperti berjalan & exercise.
Dopamine - hormon yang dikaitkan dengan self reward & achievements. Membersihkan meja kerja 'decluttering' , self pampering & indulgent dapat meningkatkan hormon ini
Oxytocin - love hormone. Spend masa bersama orang yang tersayang, peluk anak-anak anda untuk bantu mood anda menjadi lebih baik.
Serotonin - hormon yang menstabilkan mood. Solat, meditate & aktiviti seperti berjalan di alam semulajadi membantu meningkatkan hormon anda!
Supplement yang boleh membantu mood -
Seperti Omega 3, Vitamin B Complex, Zinc & Vitamin D.
Let's lead a happier and healthier life ❤️
05/08/2022
Apa itu Intermittent Fasting?
'Berpuasa' dalam masa jam yang ditetapkan dan hanya mengambil makanan dalam masa 'eating window'.
Yang paling kerap dilakukan adalah IF 16:8.
Iaitu berpuasa selama 16 jam (termasuk waktu tidur) & mengambil makanan dalam masa 8 jam.
Berpuasa dalam IF bukan bermakna tidak makan atau minum selama 16 jam. Dibenarkan mengambil air tanpa kalori seperti air masak, mineral, kopi atau teh tanpa gula.
Antara kelebihan IF
✅️ Menurunkan berat badan
✅️ Meningkatkan sensitiviti badan terhadap insulin, menurunkan tahap insulin dalam darah & seterusnya activate fat burning.
✅️ Membaiki sel badan
✅️ Regulate Hormon
✅️ Mengurangkan keradangan
Banyak benefit IF untuk kesihatan.
Jadi, selain dari berpuasa Wajib & Sunat, boleh la cuba IF untuk membantu tingkatkan kesihatan kita ❤️
03/08/2022
Hello New You!
Bulan Ogos membuka lembaran baru untuk anda dapatkan kesihatan yang lebih baik.
❤️
01/08/2022
Hello August!
Bulan ini akan jadi bulan yang exciting.
So many things going on at the same time.
Looking forward for new adventure ❤️
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Address
Bota
32610
