KBS SPT

KBS SPT

Share

PBSD SPT
Pejabat Belia dan Sukan Daerah SPT

27/05/2026

πŸŒ™βœ¨ SALAM AIDILADHA 1447H βœ¨πŸŒ™

Ikhlas daripada
Kementerian Belia dan Sukan
Pejabat Belia dan Sukan Daerah Seberang Perai Tengah

Semoga Aidiladha kali ini membawa seribu keberkatan, keikhlasan dan kebahagiaan buat kita semua. πŸ€πŸ„

Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam.
Semoga segala ibadah dan pengorbanan diterima serta dirahmati Allah SWT.

Photos from KBS SPT's post 19/05/2026

πŸƒβ€β™‚οΈ LARIAN KITA MALAYSIA 2026 πŸƒβ€β™€οΈ

Anjuran : GB4B Batu Kawan
Kerjasama : AEON Big Bukit Minyak

πŸ“ Lokasi:
Aeon Big Bukit Minyak, Bukit Mertajam, Pulau Pinang

πŸ—“οΈ Tarikh:
3 Oktober 2026 (Sabtu)

⏰ Masa:
7:00 Pagi

πŸ“ Jarak:
5 KM

✨ Menarik Menanti Anda:
βœ… T-Shirt Sublimation Eksklusif
βœ… Medal Finisher
βœ… Cabutan Bertuah Menarik
βœ… No Bib Eksklusif
βœ… Lucky Draw Ticket

πŸ’° Yuran Penyertaan:
RM35 sahaja

🎁 Special Gift untuk 300 pendaftaran terawal!

⚠️ Tarikh Tutup Pendaftaran:
25 Ogos 2026

πŸ”₯ Tempat adalah TERHAD!
Jangan lepaskan peluang untuk sertai acara penuh cemerlang, gemilang & terbilang ini bersama keluarga dan rakan-rakan.

πŸ”— Daftar Sekarang:
https://howei.com/event_details/lariankitamalaysia2026
https://howei.com/event_details/lariankitamalaysia2026
https://howei.com/event_details/lariankitamalaysia2026

Photos from KBS SPT's post 14/05/2026

SEMARAK BELIA @ HARI BELIA NEGARA (SB@HBN) 2026 MERIAH DI SMK PENANTI

13 Mei 2026 | SMK Penanti

Program Semarak Belia @ Hari Belia Negara (SB@HBN) 2026 Peringkat Daerah Seberang Perai Tengah telah berlangsung dengan jayanya pada 13 Mei 2026 bertempat di SMK Penanti, dijayakan bersama Majlis Belia Daerah Seberang Perai Tengah , melibatkan penyertaan aktif golongan belia, pelajar serta pelbagai agensi kerajaan dan komuniti setempat.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Haji Mohd Zaidi bin Haji Mohd Said, Ahli Majlis Bandaraya Seberang Perai, yang turut menzahirkan penghargaan terhadap komitmen pelbagai pihak dalam menjayakan program pembangunan belia di daerah ini.

Pelbagai pengisian menarik telah dilaksanakan sepanjang program berlangsung antaranya pameran agensi kerajaan, pameran Angkatan Tentera Malaysia (ATM), pertandingan kuiz, serta taklimat berinformasi yang memberi pendedahan dan manfaat kepada para peserta.

Penganjuran program ini diharap dapat menyemarakkan semangat kesukarelawanan, memperkukuh jati diri belia serta membuka ruang interaksi yang lebih dekat antara belia dan agensi berkaitan.

Terima kasih kepada semua agensi, peserta dan pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan Semarak Belia @ Hari Belia Negara (SB@HBN) 2026.

10/05/2026

VIDEO πŸŽ₯AKSI LIGA SUKAN KOMUNITI DAERAH SEBERANG PERAI TENGAH 2026🏐BOLA TAMPAR

πŸ”₯ Aksi menarik dan penuh semangat mewarnai pertandingan Bola Tampar Liga Sukan Komuniti Seberang Perai Tengah 2026. Setiap pasukan mempamerkan permainan yang kompetitif serta semangat kesukanan yang tinggi sepanjang kejohanan berlangsung.

Tahniah dan syabas kepada semua pasukan yang telah memberikan persembahan terbaik πŸ‘πŸ

Photos from KBS SPT's post 09/05/2026

πŸ† KEPUTUSAN RASMI
⚽🏐πŸ₯… Liga Sukan Komuniti Seberang Perai Tengah 2026

Tahniah kepada semua pasukan yang telah menunjukkan semangat kesukanan, komitmen dan aksi terbaik sepanjang kejohanan berlangsung! πŸ‘πŸ”₯

━━━━━━━━━━━━━━━
⚽ FUTSAL

πŸ₯‡ Johan
Perda Family B

πŸ₯ˆ Naib Johan
White Pearl

πŸ₯‰ Ketiga Bersama
Perda Family A
CC Star

━━━━━━━━━━━━━━━
πŸ₯… BOLA JARING

πŸ₯‡ Johan
Garuda Gasto B

πŸ₯ˆ Naib Johan
MBDSPT C

πŸ₯‰ Ketiga Bersama
Netbellas
Penang Bar

━━━━━━━━━━━━━━━
🏐 BOLA TAMPAR

πŸ₯‡ Johan
USM Falcon

πŸ₯ˆ Naib Johan
Penang Khor Koi

πŸ₯‰ Ketiga Bersama
Black Falcon
Stinger

━━━━━━━━━━━━━━

Photos from KBS SPT's post 09/05/2026

⚽ FUTSAL

πŸ”₯ Aksi penuh bertenaga dan semangat berpasukan mewarnai acara Futsal Liga Sukan Komuniti Seberang Perai Tengah 2026. Setiap perlawanan berlangsung dengan sengit serta mempamerkan komitmen tinggi daripada semua pasukan yang bertanding.

Tahniah kepada semua peserta yang telah memberikan aksi terbaik sepanjang kejohanan berlangsung πŸ‘

Photos from KBS SPT's post 09/05/2026

AKSI LIGA SUKAN KOMUNITI DAERAH SEBERANG PERAI TENGAH 2026🏐BOLA TAMPAR

πŸ”₯ Aksi menarik dan penuh semangat mewarnai pertandingan Bola Tampar Liga Sukan Komuniti Seberang Perai Tengah 2026. Setiap pasukan mempamerkan permainan yang kompetitif serta semangat kesukanan yang tinggi sepanjang kejohanan berlangsung.

Tahniah dan syabas kepada semua pasukan yang telah memberikan persembahan terbaik πŸ‘πŸ

Photos from KBS SPT's post 09/05/2026

AKSI BOLA JARING LIGA SUKAN KOMUNITI DAERAH SEBERANG PERAI TENGAH 2026

🏐✨ Persaingan sengit, kerjasama berpasukan dan semangat kesukanan jelas dipamerkan sepanjang acara Bola Jaring Liga Sukan Komuniti Seberang Perai Tengah 2026 berlangsung.

Terima kasih kepada semua pasukan yang telah memeriahkan kejohanan dengan aksi yang menarik dan penuh semangat πŸ’ͺπŸ‘

05/05/2026

PRA PENDAFTARAN KEMAHIRAN LATIHAN ASAS SUKAN RENANG (KLAS) FASA 1 KATEGORI OKU NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2026 KINI DIBUKA πŸ’―

Kemahiran Latihan Asas Sukan: Renang (KLAS Renang) merupakan inisiatif KBS dalam usaha untuk mengurangkan kadar kematian akibat lemas di seluruh negara. Program ini diharap dapat memberikan pendedahan asas berenang kepada peserta (learn to swim) 🏊

Bagi Fasa 1/26, program ini terbuka kepada:

βœ… : Kategori OKU yang berumur 6 hingga 15 tahun

πŸ“Seberang Perai Tengah

Sekiranya tuan/ puan berminat untuk mendaftar, boleh mengisi borang ini bagi pra-pendaftaran program KLAS Renang. Peserta yang terawal dan menepati syarat penyertaan program akan dihubungi oleh pihak urusetia bagi pengesahan penyertaan program. Sila klik pautan pendaftaran untuk mendaftar atau imbas code QR bagi mendapatkan senarai lokasi dan maklumat lanjut πŸ“‹

*Tempat adalah TERHAD ‼️*

❌ Borang pra pendaftaran ini akan ditutup/ tidak dapat di akses apabila telah penuh penyertaan.

‼️ PENYERTAAN ADALAH PERCUMA! (Tiada bayaran dikenakan bagi penyertaan program ini)

πŸ”— Pendaftaran secara dalam talian melalui pautan:

https://forms.gle/Eg99iNFEH6cotbEs6

P/s Tertakluk kepada syarat dan kelayakan penyertaan yang mana peserta terawal dan menepati syarat penyertaan program akan dihubungi oleh pihak urusetia bagi pengesahan penyertaan program. πŸ™ŒπŸ»

Membina keyakinan dan kemahiran, JBSN Bersama πŸ’ͺ🏻

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Bukit Mertajam?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Website

Address


1A, LORONG PERDA SELATAN 2, BANDAR PERDA
Bukit Mertajam
14000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00