Publikasi Rakyat
"Nak kasi tahu rakyat, isu semasa ni"
Sanusi contoh MB yang amat dinantikan? Tapi hakikatnya gagal serba-serbi. Tak percaya? Jom tonton sampai habis
08/05/2026
𝐀𝐙𝐌𝐈𝐍 𝐋𝐄𝐌𝐀𝐇 𝐓𝐔𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐆 𝐈𝐒𝐓𝐀𝐍𝐀
Azmin Ali sengaja merendahkan intelektualitinya sendiri dengan menunggang isu miskin tegar di Selangor.
Memetik kenyataan media oleh Saifuddin Shafi Muhammad, beliau menyifatkan Azmin yang juga Ketua Pembangkang di Dewan Negeri Selangor sengaja bermain politik murahan tanpa memahami data kemiskinan negara secara menyeluruh.
Azmin sepatutnya melihat fakta sebenar dan akur dengan komitmen Kerajaan Selangor di bawah pimpinan Amirudin Shari serta Kerajaan Madani pimpinan Anwar Ibrahim yang giat berusaha membasmi kemiskinan melalui pelbagai program kebajikan rakyat.
Antara inisiatif yang dilaksanakan ialah:
• 𝐁𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐒
• 𝐊𝐡𝐚𝐢𝐫𝐚𝐭 𝐃𝐚𝐫𝐮𝐥 𝐄𝐡𝐬𝐚𝐧
• 𝐈𝐥𝐭𝐢𝐳𝐚𝐦 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐧𝐠𝐨𝐫 𝐒𝐢𝐡𝐚𝐭
• 𝐉𝐨𝐦 𝐒𝐡𝐨𝐩𝐩𝐢𝐧𝐠 𝐏𝐞𝐫𝐚𝐲𝐚𝐚𝐧
• 𝐒𝐤𝐢𝐦 𝐌𝐞𝐬𝐫𝐚 𝐔𝐬𝐢𝐚 𝐄𝐦𝐚𝐬 (𝐒𝐌𝐔𝐄)
dan pelbagai lagi bantuan yang memberi manfaat terus kepada rakyat.
Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor turut menegaskan bahawa Kerajaan Selangor terus menjunjung titah Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam memperkasakan institusi zakat secara berterusan dan bersepadu.
Hakikatnya, Azmin kini terperangkap dalam sindrom penafian dan cuba melagakan istana dengan sentimen rakyat. Sedangkan rekod sewaktu beliau menjadi Menteri Besar dahulu jelas memperlihatkan kegagalan, bukan sahaja dari sudut data tetapi juga realiti di lapangan.
Saifuddin Shafi menegaskan bahawa Kerajaan Selangor akan terus bekerjasama dengan institusi zakat, agensi berkaitan dan masyarakat tanpa mempedulikan serangan pembangkang yang gemar bermain politik sempit.
Lebih-lebih lagi apabila Azmin kerap mengambil kesempatan mengheret institusi istana sebagai tempat berlindung untuk menunggang pelbagai isu politik.
Jelas terbukti, Azmin semakin bankrap idea dan lemah.
PN menunggang lagi tapi kali ini dengan pesawah. Jom tonton sampai habis.
UMNO N9 sabotaj Madani? Atau ada move yang sedang digerakkan? Jom tonton sampai habis.
Apa beza Dap dan Pas? Jom tonton sampai habis.
Pas kata moral dan akhlak semakin menurun di dalam kalangan kita. Tapi yang jadi punca adalah mereka yang menghalalkan banyak perkara. Jom tonton sampai habis.
Pas cuba guna istana untuk kepentingan parti sehingga menenggelam berita positif. Kena tonton. Apa yang dikatakan mencuba itu.
Berita sepanjang minggu ini yang wajib anda ketahui. (13 April - 17 April)
1) Isu kemiskinan tidak Islamik
2) Pesta Songkran haram
3) Harga bahanapi
4) MBSelangor umum bantuan kepada siapa
Jom tonton sampai habis
Ada sesuatu yang sedang berlaku di peringkat global yang kita tak boleh buat tak tahu. Kita perlu mula bersedia dari sekarang. Korang perasan tak perubahan ni? Jom tonton.
Perpecahan dalam gabungan semakin ketara. Setiap ramalan PR semakin jadi kenyataan. Tak percaya? Sila tonton.
07/04/2026
𝐀𝐏𝐀 𝐁𝐄𝐙𝐀 𝐌𝐁 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐌𝐁² 𝐖𝐀𝐋𝐀𝐔𝐍?
Ketika MB² berkonvoi membazirkan stok minyak. MB Madani pergi berlayar demi umat.
Itu beza antara MB MB PN yang konon mahu memerintah negara. Cukup satu MB dari Madani membuktikan kita bekerja demi rakyat dan umat.
MB Selangor Amirudin Shari membuktikan, retorik, cakap berdegar-degar demi umat tidak akan dibuktikan hanya di pentas ceramah. Hadi Awang kata sudah tiba masanya umat Melayu pimpin dunia. MADANI dah sudah bersedia dan sedang menuju kearah itu.
MB MB PN membazir stok bahanapi negara. MB Selangor dengan tenang mengadakan mesyuarat tangani krisis bekalan Asia Barat.
MB MB PN perah poket rakyat. MB Selangor siang-malam fikirkan masalah rakyat.
MB MB PN sembang deras untuk umat. MB Selangor dengan gagah perkasa membelah lautan samudera menuju ke umat.
ITU BEZA MB MADANI dan MB MB PN. Satu berjuang. Satu lagi sembang.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Website
Address
Cheras
