Petua Wajah Berseri

Petua Wajah Berseri

Share

Petua Wajah Berseri. Perkongsian petua-petua kecantikan. Kecantikan itu hak milik setiap insan :)

06/07/2020

[PETUA ARTIS BARAT TAK MAKAN USIA]

Sandra Bullock buat pengakuan dalam The Ellen Show

AWAS!! Jangan ada yang g cari p**ak ye..

Ngeri min.

08/08/2018

KISAH SERAM UNTUK KAUM LELAKI:
Harus check wajah sebenar pasangan anda kalau tak nak frust menonggeng

KITA semua tahu bahawa solekan boleh membawa perbezaan yang besar kepada wajah seseorang.

Sesetengah orang hanya mengenakan secalit solekan setiap hari, sementara yang lain lebih gemar membiarkan wajah mereka kekal seperti semula jadi.

Terdapat p**a sekump**an lagi golongan yang amat profesional dalam ilmu solekan yang mampu menukar berus lukisan menjadi berus magis.

Seorang wanita tular selepas berjaya mengubah penampilannya secara keseluruhan selepas video tersebut dikongsikan ke laman Facebook 9Gag.

Qi Huahua dari China hampir tidak dikenali pada penghujung video tersebut selepas menggunakan solekan dan hidung palsu.

Video yang disertakan dengan kapsyen, "bagaimana untuk melarikan diri daripada pembunuhan" menunjukkan Huahua mencerahkan kulitnya dengan krim berwarna putih, sebelum mengenakan krim asas pada bahagian keningnya.

Selepas berjaya mengubah penampilannya, Huahua merakam wajahnya membuang semua dandanan itu untuk membuktikan ia benar-benar adalah dirinya. - Mirror UK

27/09/2017

PETUA UMUR 30 TAPI MACAM 19 TAHUN

Wanita dulu kala tak punya alat kosmetik sehebat sekarang. Jadi untuk cantik cara mereka hanya gunakan petua dari alam semula jadi.

Namun tak ramai wanita kini yang sanggup mengamalkan petua ini kerana berasa leceh bila perlu dibuat sendiri.

Tapi bila lihat perkongsian Afieyza Aleeschaylee rasanya ramai yang akan berubah fikiran.

Mengamalkan susu kunyit badam madu wajahnya tampil berseri dengan kesan ‘pinkish’ yang diidamkan kaum hawa. Petua yang diamalkan itu menurutnya adalah amalan orang tua dulu kala bagi menaikkan seri wajah.
Katanya untuk wajah berseri dari luar, dalamanlah yang perlu dijaga dan dirawat. Salah satu caranya dengan mengamalkan petua ini.

Jom ikuti perkongsian daripada Afieyzea Aleeschaylee

Hai kesayangan semua. Okey afiey dah janjikan ni lah minuman kegemaran Afiey kat umah tau. Bukan je cantik luar tapi dalaman pun cantik, cerah berseri ” pinkish ” dari dalaman.

Petua nenek-nenek dulu naikkan seri wajah. Nah korang cubalah dan rajin-rajin tau, confirm bangun pagi nampak muka wowwww!!

Afiey s**a minum sebelum tidur lagi-lagi waktu datang bulan. Selamat mencuba dan SHARE! Biar umur masuk 30 tahun janji tetap 19 tahun kan

Susu Kunyit Badam Madu

Bahan – bahan :
• Susu rendah lemak
• 1 inci kunyit ditumbuk kasar
• 2 sudu madu
• 3 biji badam ditumbuk kasar

Cara membuat:
• Panaskan susu masukkan kunyit hidup
• Kacau perlahan kemudian kemudian masukkan badam.
• Tuang susu dalam gelas, masukkan madu.
• Kacau dan boleh terus diminum.

Amalan
• Minum dua kali seminggu sebelum tidur. Boleh diamalkan waktu datang bulan.
• Jika mahu dijadikan minuman harian, jangan letak kunyit.

*Kredit to Penmerahpress

Photos 02/06/2017

PETUA WAJAH BERSERI DI BULAN PUASA

Walaupun kita berpuasa, menahan diri dari lapar dan dahaga selama beberapa jam, namun ia tidak menjadi alasan untuk membiarkan kulit menjadi kusam dan kering.

Hilangkan muka tak berseri yang terpamer di wajah anda ketika berpuasa dengan mengikuti beberapa tips yang di bawah. Atasi Masalah Muka Tak Berseri Di Bulan Puasa dengan langkah mudah ini;

1. Makan Buah & Sayur-Sayuran

Pastikan anda mengambil buah-buahan dan juga sayuran yang mencukupi ketika bersahur dan berbuka puasa.

Pengambilan buah-buahan dan sayuran secara rutin sepanjang bulan puasa akan membantu anda menjaga kulit agar tetap sihat, segar dan cantik.

Sebaiknya pilih buah-buahan yang mengandungi vitamin C sewaktu berbuka.

Selain baik untuk kulit, vitamin C juga membantu untuk meningkatkan daya ketahanan tubuh anda. Supaya tubuh terhindar daripada masalah dehidrasi ketika berpuasa, anda disarankan untuk memakan buah-buahan yang banyak mengandungi air seperti buah tembikai, dan betik supaya keperluan cecair dalam tubuh dapat dipenuhi.

Cecair dalam tubuh adalah sumbangan terbesar untuk menjaga kesegaran dan kelembapan kulit tubuh dan wajah anda.

2. Jangan Lupa Pakai Pelembab

Selain itu, merawat kulit dari luar juga boleh dilakukan dengan pemakaian pelembab. Gunakan pada setiap hari dan pilih yang betul-betul sesuai dengan jenis kulit anda supaya tidak meninggalkan kesan yang tidak baik untuk kulit sehingga wajah tak berseri.

Di samping itu, cubalah lakukan perubahan gaya hidup sederhana – menjaga stres sebaik mungkin dan bersenam. Puasa-puasa macam ni kena control marah jugak kan.

3. Elakkan Kosmetik Yang Mengandungi Sulfur

Sebaiknya hindari pemakaian produk kosmetik yang mengandungi sulfur kerana ia boleh membuatkan kulit anda menjadi kering, nampak kusam sehingga wajah jadi tak berseri.

4. Minum Air Putih Secukupnya

Anda sudah sedia tahu. Air putih sangat bermanfaat untuk kesihatan tubuh dan kulit. Jadi, minumlah air putih yang secukupnya pada waktu bersahur dan berbuka puasa.

Di samping itu, elok juga jika anda ambil vitamin tambahan seperti vitamin C, E, D dan A agar badan dan kulit anda menjadi lebih segar dan mantap.

5. Boleh Juga Jika Mahu Buat Facial!

Jika anda mahu wajah anda dibelai-belai, boleh juga anda luangkan waktu untuk melakukan facial agar perawatan kulit anda lebih optimum.

Namun, anda disarankan melakukan facial secara rutin untuk mengatasi kulit kering serta kusam ketika menjalani ibadah puasa.

6. Ambil Produk Whole Wheat

Selain itu, anda juga digalakkan mengambil produk-produk whole wheat yang kaya dengan selenium. Selenium yang banyak terkandung dalam produk whole wheat mampu meregenerasi kulit agar cepat mengganti sel-sel kulit yang mati. Selenium juga elok untuk menjaga kulit agar tetap bersih dan bebas jerawat.

7. Atasi Lingkaran Hitam

Untuk mengurangi lingkaran hitam pada kawasan mata, anda disarankan makan daging merah. Ia sangat bagus untuk mengurangi masalah lingkaran hitam dan lebam yang membuatkan muka tak berseri!

Ketika cuaca panas, pastikan anda menggunakan shades untuk melindungi kulit halus di sekitar mata anda.

Sekian dari admin. Selamat beramal dan selamat berpuasa 😉

Photos 29/05/2017

======================================
#9 Jadikan Ginseng Sebagai Makanan Tambahan
======================================
Bukan sahaja pop**ar di kalangan masyarakat cina, Ginseng juga adalah sejenis tumbuhan yang dipuja di Korea sebagai bahan ruji untuk kebanyakkan produk kecantikkan.

Untuk pengetahuan anda lagi, produk yang berasaskan Ginseng memang terlajak laris jualannya di Korea.

Seperti jenama Sulwhasoo, ianya laris dan mendapat perhatian pengguna di Korea kerana mengandungi sifat anti-penuaan.

Begitu juga dengan teh Ginseng serta makanan yang berasaskan Ginseng, tidak dinafikan bahawa ia selalu digunakan dalam hidangan utama Korea.

Walau bagaimanapun, elok untuk anda ambil tahu Ginseng tidak berkesan untuk menyah toksin serta menghapuskan sebarang keterjejasan kulit hasil dari pencemaran. Tetapi apa yang pasti, Ginseng mengandungi nutrisi antioksida yang baik untuk kulit wajah.

Selamat beramal!

Photos 09/03/2017

============================================================
TABIAT PENJAGAAN WAJAH CARA KOREA YANG WAJIB ANDA AMALKAN
============================================================
#8 Pakai Aksesori Pelindung

Wanita di Korea sangat berhati-hati dengan mengambil langkah pencegahan awal untuk elak penuaan. Kita di sini p**a selalu sangat menangguh sehingga apabila dah nampak tanda penuaan seperti kemunculan kedutan, ha!! barulah kelam kabut nak cari solution bagai. Ingat! MENCEGAH adalah lebih baik dari mengubati.

Oleh itu, ambil langkah berjaga-jaga seperti memakai sarung tangan ketika memandu di tengah panas, ataupun anda boleh memakai topi jenis visors untuk melindungi muka daripada pancaran UV jika tiada payung, selain inisiatif menggunakan sunblock dan sebagainya.

Selain mampu melindungi kulit anda dari pencemaran sekeliling yang dapat merosakkan kulit, anda juga akan kelihatan cantik dan modern tatkala menggayakan aksesori seumpama ini.

Photos 05/03/2017

============================================================
TABIAT PENJAGAAN WAJAH CARA KOREA YANG WAJIB ANDA AMALKAN
============================================================

#7 Gantungkan Tuala Lembab Di Dalam Bilik

Korea merupakan negara yang bermusim sejuk, jadi mesin pelembap udara atau humidifier sering digunakan untuk mengekal kandungan lembapan dalam udara kerana cuaca udara sejuk amat kering.

Terdapat cara yang paling mudah untuk mengekal lembapan jika anda tidak ada mesin pelembap udara di rumah. Lebih mudah, anda basahkan sahaja tuala bersih dengan air dan gantungkan tuala berkenaan berdekatan dengan anda ketika tidur di malam hari. Ramai orang yang mengakui keberkesanannya untuk mengekalkan kelembapan udara supaya tidak kering kerana dikhuatiri menjejaskan keadaan kulit.

Sesuai juga untuk kita yang menggunakan hawa dingin di rumah. Boleh amalkan cara ini.

Photos 01/03/2017

=====================================================
TABIAT PENJAGAAN WAJAH CARA KOREA YANG WAJIB ANDA AMALKAN
=====================================================
#6 Manfaatkan Kegunaan Beras Di Rumah
Wanita di Korea mempunyai banyak pengalaman dalam membuat air beras untuk mencuci wajah. Kita dah sedia tahu dimana beras ni memiliki banyak kebaikkan untuk kesihatan dan kecantikan kulit.

Selain menjadi salah satu zat pembersih kulit yang paling lembut, air beras juga mengandungi vitamin seperti B1, C, E, serta mineral, yang dapat mengecilkan pori- pori, mengencangkan kulit, mencerahkan, dan melembutkan kulit.

Jika anda mempunyai beras lebih di rumah, ambil dan rendam ia di dalam air bersih selama 10-15 minit, kacau ia dan gunakan air pekat seperti susu itu sebagai toner wajah. ;)

20/10/2016

=====================================================
TABIAT PENJAGAAN WAJAH CARA KOREA YANG WAJIB ANDA AMALKAN
=====================================================
#5 Tampar Muka Anda Sekuatnya
Yup! Mungkin ini kedengaran janggal kepada anda seolah dalam rancangan WWE p**a. Tetapi hakikatnya, teknik ini amat pop**ar di Korea. Logik akalnya sama seperti teknik urutan.

Anda tahu tak, kebanyakkan wanita di Korea menampar muka mereka sebanyak 50 kali setiap hari selepas selesai mencuci muka untuk melancarkan peredaran darah dan menegang otot wajah.

Lebih kuat anda tampar muka anda, lebih baik hasil yang akan anda dapat!

Tapi, jangan lah terlalu ganas sangat sampai menyebabkan lebam di p**i p**ak… ^_^

Photos 18/10/2016

=====================================================
TABIAT PENJAGAAN WAJAH CARA KOREA YANG WAJIB ANDA AMALKAN
=====================================================
#4 Jangan Cuci Wajah Hanya Sekali
Kekerapan mencuci wajah adalah merupakan langkah pertama untuk mendapatkan kulit bak selebriti kpop! Ramai di antara wanita Korea yang mencuci muka dua kali sehari. Rasa tidak lengkap jika hanya mencuci muka sekali sehari.

Caranya adalah anda harus membersihkan sisa solekan yang ada pada wajah anda terdahulu menggunakan pembersih yang berasaskan minyak untuk langkah cucian yang pertama. Selepas itu, gunakan p**a sabun pencuci wajah yang mampu membersih hingga ke dalam (deep clean) untuk cucian wajah kali kedua.

Macam biasa kalau anda rasa tips ini bermanfaat kongsikan untuk kebaikan bersama :)

Photos 09/10/2016

=====================================================
TABIAT PENJAGAAN WAJAH CARA KOREA YANG WAJIB ANDA AMALKAN
=====================================================

#3 Urutan Muka
Di Korea, terdapat pelbagai jenis krim urutan khas untuk wajah dan ianya telah menjadi amalan untuk para wanita di Korea mengurut wajah mereka setiap hari.

Terdapat banyak cara urutan muka yang boleh anda amalkan sebagai contoh, gunakan tulang ketuk jari (tulang bonggol) atau ibu jari untuk mengurut seluruh permukaan wajah untuk merangsang sel dan otot bawah kulit. Ini akan ,meningkatkan serta melancarkan peredaran darah dan oksigen ke atas wajah anda. Hasilnya, kulit anda lebih menyerlah dan berseri.

Selain itu, rutin urutan wajah harian ini mampu menegang kerana ia berfungsi merangsang otot wajah, sekaligus menghalang kedutan dan sebarang masalah penuaan kulit.

Macam biasa kalau anda rasa tips ini bermanfaat kongsikan untuk kebaikan semua kenalan anda :)

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in George Town?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Website

Address


George Town