Jamu Diknaa Ipoh Perak

Jamu Diknaa Ipoh Perak

Share

Stokis area Ipoh, Perak

02/12/2025

📍🌙 AMALAN KETIKA TERJAGA DI WAKTU MALAM

1. Ucapkan “Alhamdulillahilladzi ahyana…”

Mulakan dengan doa bangun tidur:

اَلْحَمْدُ لِلّٰهِ الَّذِيْ أَحْيَانَا بَعْدَ مَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُوْرُ

“Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami selepas mematikan kami, dan kepada-Nya kami kembali.”

➤ Doa ini membuka pintu keberkatan dan perlindungan malaikat.

---

2. Lafazkan

"Laa ilaaha illallaah, wahdahu laa syariikalah, lahul mulku wa lahul hamdu, wa huwa 'ala kulli syai-in qodiir," diikuti dengan "Alhamdulillah, wa subhanallah, wa laa ilaaha illallaah, wallahu akbar," dan diakhiri dengan "Laa haula wa laa quwwata illaa billaah" serta memohon ampunan seperti "Allahummaghfirli".

Amalan ini berdasarkan hadis sahih dan jika diikuti dengan berdoa atau solat, doa akan dikabulkan dan solat diterima.

Para wali mengatakan, sesiapa yang menyebut La ilaha illallah ketika terjaga di tengah malam, Allah hilangkan kegelisahan dan bukakan pintu ketenangan.

---

3. Baca selawat 3–7 kali

Walaupun pendek:

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Selawat malam sangat mustajab untuk melapangkan hati, menghilangkan gangguan makhluk halus, dan membuka rezeki.

---

4. Baca istighfar 10 kali

أَسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيم

Amalan istighfar tengah malam ini para wali panggil:

“Penyapu dosa & pembuka hajat.”

---

5. Doa hajat ringkas

Gunakan doa pendek yang sangat mustajab ketika hati terjaga:

يَا اللَّهُ، يَا رَحْمٰن، يَا رَحِيْم، تَوَلَّنِي فِي أُمُوْرِي كُلِّهَا

“Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim… uruskanlah semua urusanku.”

Atau niat dalam hati:

“Ya Allah, tenangkan hati, sembuhkan jasad, dan mudahkan urusanku.”

---

6. Letak tangan di dada & baca

Ini amalan tok-tok wali:

“Hasbunallah wa ni’mal wakil”
(3 kali)

Ia menenangkan serta menghalau gangguan halus jika ada.

---

7. Jika masih terjaga — solat sunat tahajjud 2 rakaat

Walau rakaat pendek, pahalanya sangat besar:

➡ Rakaat 1: Al-Fatihah + Al-Ikhlas
➡ Rakaat 2: Al-Fatihah + Al-Falaq/An-Naas

Solat ini membuka pintu rezeki, zuriat, penyembuh hati, dan penjagaan dari malaikat.

---

🌟 PETUA TOK WALI

“Siapa terjaga malam dan ingat Allah walau seminit, Allah ingat dia sepanjang hari.”

20/10/2025

Cara mkn madu yg betul.

Selama ini, tujuan makan madu selain nak sihat tentu-tentulah nak sembuhkan penyakit. Tapi kenapa walau dah habis berbotol madu, sakitnya masih ada.. tak jadi ubat. Rupanya cara minum madu itu yang salah.

Dr Hisham bin Hashim, seorang herbalis dan gemologis memaklumkan petua bukan sekadar apa yang difikirkan sebagai tinggalan orang dulu-dulu. Petua itu sebenarnya adalah daripada Rasulullah SAW.

Mengamalkan pemakanan sunnah sepatutnya memberi kesan yang cukup baik. Antara makanan sunnah adalah habbatus sauda, madu lebah dan minyak zaitun. Tapi mengapa pemakanan yang disebutkan dalam al Quran mahupun hadis dengan kesan penyembuhan ini tetap tidak memberi kesan penyembuhan dalam diri seseorang?

Maka itu, perlunya petua dirujuk kembali. Kerana antara petua dan ilmu itu, petua juga sama penting. Andai ada ilmu yang banyak sekalipun, tanpa cara betul mengamalkan petua, Petua tetap tidak menjadi ubat.

Madu lebah mempunyai kesan penyembuhan yang hebat. Yang mana lebah-lebah akan bekerja mengumpulkan nektar dengan berpandukan wahyu Allah. Haiwan kecil ini menggunakan laluan pergi dan balik seperti yang Allah arahkan. Punyalah hebat ciptaan Allah ini.

Setiap nektar yang mahu dimasukkan ke sarang lebah itu pun ditentukan dahulu kualitinya oleh Ratu Lebah. Hanya yang terbaik saja yang lepas. Malah ketika nektar mahu dimasukkan ke dalam sarang, setiap makhluk berzikir. TAPI KENAPA BILA KITA MAKAN TETAP TAK JADI UBAT?

Ini kerana apa yang kita amalkan itu tidak betul caranya. Memakan madu untuk tujuan penyembuhan perlu ada cara dan waktu makan yang tepat mengikut jenis-jenis penyakit yang mahu dirawat.

“Sebab Allah cipta alam ini ada gelombangnya yang tersendiri. Ada elektro magnetnya. Allah jadikan bumi ini tidak terpisah. Jika anda jumpa kunci pembukanya (orang yang nak buka) untuk penyakit. Frekuensinya kena betul, insyaallah madu akan menjadi ubat.”

Sebelum Ambil Madu, Betulkan Dulu Cara Hidup Anda

Sekiranya seseorang betulkan cara hidup, dia hampir-hampir tak perlu makan ubat. Ini cara betulkan kembali ‘way of life’ kita.

1. Betulkan Cara Makan

Perut adalah rumah penyakit. Ini yang Rasulullah lakukan sebelum makan. Baginda akan mencubit sedikit garam dengan menggunakan ibu jari dan jari manis. Lalu cubitan kecil tadi diletakkan pada bahagian lidah yang paling masin, iaitu di tepi lidah. Ketika garam menyentuh lidah, air liur akan keluar dan merembeskan asid.

Bermakna sebelum nasi masuk ke mulut, asid sudah keluar dulu. Asid inilah nanti akan ke bawah dan makanan berada di atasnya untuk dicernakan.

Sebaik selesai makan, ambil semula garam dengan cara sebelum makan tadi. Cara ini membuatkan makanan berada dalam badan tak melebihi 20 jam. Semua makanan yang melebihi 20 jam akan menyebabkan berlaku keracunan dalam perut. Menjadi amalan sunnah juga untuk hisap hujung jari selepas makan.

Bermula dari ibu jari sampai jari kelingking dan ke ibu jari semula. Ini adalah fitrah yang telah Allah tentukan untuk menjaga keseimbangan hormon manusia.

2. Makan Buah Dengan Betul

Buah perlu dimakan sebelum ambil makanan yang berat. Konsepnya sama seperti di atas, untuk mengelakkan pengump**an gas dalam perut yang boleh mengakibatkan keracunan.

3. Tidur Dengan Cara Yang Rasulullah Ajar

Sebelum tidur, kibas-kibas dahulu tempat tidur. Baca doa tidur, 3 Qul (Al Ikhlas, Al Falaq dan An Nas) dan sebagainya. Badan mengiring ke kanan kerana ia ada bersangkutan dengan paru-paru.

Ketika bangun, menggeliat dulu kanan dan kiri serta tengah dan melonjakkan kaki. Kemudian minum air secawan. Jangan sesekali minum berdiri. Minum secara duduk untuk elakkan sakit lutut ketika usia mencecah 40 tahun.

Rasulullah juga amalkan makan daging kambing dari kaki kanan yang bahagian hadapan. Sebab di situ tiada kolesterol.

4. Cara Mandi Untuk Elakkan Rebah Dalam Bilik Air

Sebelum masuk bilik air, langkah dengan kaki kiri, baca doa untuk masuk ke dalamnya. Dalam bilik air suhu gelombangnya tak sama macam ruang lain di rumah anda. Dalam itu, banyak benda tak elok s**a duduk.

Dah masuk, jangan terus jirus kepala. Siram dulu dari kaki sampai kepala lutut. Beralih p**a ke pinggang naik ke bahu. Patah semula jirus ke kaki. Masa yang sama anda akan rasa haba panas keluar dari celah ketiak. Bila haba panas dah keluar habis, barulah jirus kepala.

Kalau masuk bilik air terus jirus kepala, itu yang boleh jadi darah tinggi. Nak keluar bilik air p**a langkah dengan kaki kanan. Baca doa keluar bilik air.

Apabila ‘way of life’ ini dapat dikembalikan dengan cara yang betul. Baik anda sedang makan ubat-ubatan dari hospital, mahupun herba, ia akan memberi kesembuhan yang lebih sempurna.

Cara Betul Minum Madu Sampai Jadi Ubat Untuk Sembuhkan Penyakit

1. Pilih Madu Yang Asli, Caranya..

Hati-hati ketika membeli madu. Ini kerana, 60 peratus madu yang ada di pasaran banyak yang tiruan. Banyak petua dikongsikan untuk mengesan madu asli. Misalnya, tengok yang paling likat, tak dihurung semut dan sebagainya. Tapi dengan kepandaian sekarang semua itu boleh direka.

Cuma satu cara ini, manusia tak boleh tiru. Caranya : Ambil piring, tuangkan madu satu sudu kecil di atasnya. Kemudian, siramkan air suam. Goncang. Jika madu asli, anda akan nampak ia membentuk corak sarang lebah atau heksogan.

2. Minum Madu Untuk Rawat Sakit Di Bahagian Kepala

Penyakit yang dialami di bahagian kepala seperti migrain, madu hendaklah diminum terus. Jangan dicampur air. Oleh sebab penciptan bumi dan manusia yang daripada tanah ini tidak terpisah, ada gelombang yang berputar 24 jam maka jadual makan madu perlu tepat. Untuk rawatan di bahagian kepada, ambillah selepas waktu subuh tapi sebelum habis waktu dhuha.

2. Untuk Rawatan Bahagian Badan

Masalah berkaitan perut, usus untuk capai nikmat kesembuhan maksima minumlah madu dengan air suam. Madu walaupun sejenis cairan ia mengandungi atom yang kuat. Sebab itu, dia kena dicairkan dengan air.

Cara minum : Ambil satu sudu teh saja pada waktu selepas dhuha ke zohor. Biar sedikit asalkan istiqomah.

Kacau madu ikut arah lawan jam. Ini kerana semua benda yang lawan jam akan menghasilkan tenaga. Manakala yang ikut jam akan menguraikan energi dan tak jadi ubat. Contoh paling mudah, ketika orang bertawaf dan pokok yang menjalar.

3. Ambil Madu Untuk Rawat Bahagian Pinggang Ke Bawah

Cara minum : Masa yang perlu diambil ketika ambil madu antara waktu zohor ke asar.

4. Rawatan Bahagian Bawah

Waktu minum madu adalah antara asar ke maghrib. Sebab gelombang pada waktu ini menurunkan sistem imun badan kita.

Tip Ini Penting!

√ Penyakit ini datang sebab adanya suhu panas dan sejuk. Bila kita sakit, majoriti suhu badan akan meningkat. Ketahanan badan p**a menurun.

√ Macam mana nak tahu sama ada badan kita sedang panas atau sejuk. Check cuping telinga. Kalau cuping telinga sejuk bermakna badan kita tengah panas dan kalau cuping telinga panas, bermakna badan anda sejuk.

√ Sebab itu, campuran air dan madu pun kena betul. Untuk dapatkan madu yang panas, kena tuang air dulu dalam gelas baru letak madu. Manakala untuk dapatkan madu sejuk, letak madu dulu dalam gelas barulah tuang air.

Jika Badan Panas
Cara minum madu -> madu dulu dalam gelas baru campur air = madu sejuk

Dan bila diminum dengan cara ini ia akan sejukkan badan.

Jika Badan Sejuk
Ini cara minum madu -> tuang air dulu dalam gelas baru campur madu = madu panas

√ Selepas minum madu, jangan makan campuran ikan dengan susu. Elakkan makan ikan dengan daging. Ini yang dikatakan laut jangan bertemu darat. Tak bagus untuk perut.

√ 1 sudu kecil madu kelulut bersamaan dengan 10 sudu kecil madu biasa. Ini kerana lebah kelulut itu kecil, ia boleh masuk sampai ke rongga bunga. Tapi hati-hati ketika membeli madu kelulut. Jangan cari yang berwarna susu kerana dibimbangi ada campuran buah laici yang masam.

√ Madu mentah ini boleh ‘boost’ energi seseorang. Jika mahu memandu jarak jauh katakan pukul 4 petang nak bergerak, jam 8 pagi dah kena minum.

√ Jangan letak madu di tempat yang akan mengubah molekul madu. Dalam peti ais misalnya.

√ Madu juga boleh jadi ubat mata yang mujarab. Campurkan dengan air hujan dan titiskan di mata. Nanti akan ada rasa pedih. Titikkan antara waktu selepas subuh dan sebelum dhuha. Kenapa ikut prinsip minum madu yang dinyatakan di atas untuk rawatan di bahagian kepala.

Kalau tidak ikut waktu yang tepat, ia menghilangkan rasa sakit tapi tidak menghilangkan penyakit.

17/08/2025

🌸 Petua Semula Jadi Wanita 40+ Tahun Kekal Sihat & Bertenaga dengan Jamu

Memasuki usia 40 tahun ke atas, tubuh wanita mula mengalami perubahan hormon, metabolisme yang semakin perlahan, dan risiko penyakit meningkat. Amalan jamu tradisional yang kaya herba dan rempah dapat membantu mengekalkan kecergasan, kecantikan, dan kesihatan dalaman.

---

Resepi Jus Jamu Tenaga & Awet Muda

Bahan-bahan (untuk 2-3 hidangan)

2 jari kunyit hidup (dibersihkan, potong nipis)

1 jari halia (potong nipis)

1 batang serai (ketuk)

1 sudu makan madu asli

1 biji lemon (perah jus) atau ½ cawan air asam jawa

3 cawan air

Sedikit garam bukit (opsyenal)

Cara Membuat

1. Masukkan kunyit, halia, serai ke dalam periuk bersama air.

2. Rebus hingga air tinggal 2 cawan.

3. Tapis, kemudian campurkan madu dan jus lemon/asam jawa.

4. Minum suam atau sejuk, 3–4 kali seminggu.

---

Kebaikan & Manfaat Jus Jamu untuk Wanita 40+ Tahun

1. Menguatkan Sistem Imun – Kunyit & halia tinggi antioksidan melawan radikal bebas.

2. Melancarkan Peredaran Darah – Serai & halia membantu melancarkan aliran darah, kurangkan risiko darah tinggi.

3. Mengurangkan Sakit Sendi & Lenguh Badan – Sifat anti-radang kunyit dan halia mengurangkan keradangan.

4. Meningkatkan Tenaga & Stamina – Kandungan nutrien semula jadi menyegarkan badan.

5. Membantu Pencernaan – Mengurangkan masalah kembung, sembelit dan gastrik ringan.

6. Menstabilkan Hormon – Kunyit membantu mengurangkan simptom menopaus seperti panas badan & mood tidak stabil.

7. Awet Muda – Antioksidan membantu kulit kekal sihat dan berseri.

---

Tip Amalan

Minum jamu pada waktu pagi sebelum sarapan untuk serapan terbaik.

Kurangkan gula, gunakan madu asli untuk rasa manis semula jadi.

Amalkan senaman ringan seperti yoga, brisk walk atau senaman regangan untuk kesan lebih optimum.

---

💡 Kesimp**an
Jamu bukan sekadar minuman tradisional, tetapi rahsia turun-temurun untuk menjaga kesihatan dalaman wanita. Dengan amalan konsisten, wanita 40+ tahun boleh kekal sihat, bertenaga, dan awet muda secara semula jadi.

Semoga bermanfaat

11/05/2025

BERHATI-HATI DENGAN 4 MAKANAN INI

Mee Segera
Tahu tak kenapa mee segera boleh tahan lama dalam keadaan keras dan akan menjadi lembut apabila direndam dengan air panas? Ini disebabkan oleh kandungan wax(lilin) dalam mee tersebut yang membolehkannya tahan lama. Katakanlah, hari ini anda makan mee segera , dan esoknya korang terasa nak makan mee segera lagi, jangan makan ok. Pastikan anda makan 3 hari berikutnya kerana wax mengambil masa selama 3 hari untuk dihadam. Bayangkanlah kalau anda makan mee segera setiap hari, berapa banyak kandungan wax yang terkumpul dalam perut anda. Dan ini sebenarnya boleh menyebabkan kanser yang boleh membawa maut.

Sardin
Pemerhatian pertama atau kes pertama yang digunakan sebagai bahan bukti betapa buruknya amalan makan sardin ialah ketumbuhan fibroid di dalam rahim. Fibroid sebenarnya adalah sejenis kanser benign yang tidak merebak ke bahagian lain tubuh. Sebenarnya berdasarkan pemerhatian- pemerhatian lalu ini boleh dirumuskan seolah-olah di dalam tin ikan sardin terdapat sejenis bahan kimia yang bersifat karsinogen (bahan kimia penyebab kanser). Apabila kerap dan sudah cukup tempuhnya, ia akan menyebabkan tumor atau kanser sama ada benign atau malignan.

Minuman 3 in 1
Persatuan Pengguna Pulau Pinang(CAP) mendakwa seorang yang minum sebanyak 20 gelas 3 in 1 dalam masa sebulan berpotensi untuk menghidap lebih dari 60 jenis penyakit kronik. Berdasarkan kajian yang telah dibuat sejak 10 tahun lalu ke atas satu pek minuman coklat 3 in 1 seberat 28 gram,terdapat 55.6 % kandungan gula di dalamnya yang bersamaan 3 sudu teh manakala kopi (20 gram) ialah sebanyak 51.5 % kandungan gula bersamaan dengan dua sudu teh gula. Besar kemungkinan kadar kandungan gula yang dimasukkan dalam pek itu kini ditambah sebanyak dua kali ganda selain krimmer.

Panadol
Panadol adalah ubat yang bertoksik kepada tubuh manusia. Ia akan merosakkan organ hati dan Panadol akan tinggal di dalam tubuh manusia selama sekurang-kurangnya 5 tahun. Panadol ni sebenarnya adalah sejenis “painkiller”, semakin banyak kita consumed, semakin lama semakin kurang kesannya pada badan kita. Bererti kita perlukan dos yang lebih lagi bila ia kurang berkesan Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka yang terpaksa melahirkan anak secara bedah, ubat tahan sakit yang diberi mestilah tinggi dosnya. Tapi kalau terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup dos ubat tahan sakit yang diberi tadi akan memberikan kesan sifar terhadap kesakitan yang kita alami dan kita perlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit.

Seboleh bolehnya elakkan la 4 jenis makanan kat atas. Cari makanan alternatif lain macam roti(terutama roti serat), biskut, dan lain lain yang bukan makanan segera. Sayangi diri kita, kalau dah sakit nanti lagi banyak duit yang kita kena keluarkan.... ;)

30/07/2024
30/07/2024

T͟I͟P͟S͟ S͟E͟D͟E͟R͟H͟A͟N͟A͟
1. J͟i͟k͟a͟ a͟n͟d͟a͟ m͟e͟r͟a͟w͟a͟t͟ j͟a͟n͟t͟u͟n͟g͟, h͟i͟n͟d͟a͟r͟i͟ k͟e͟l͟e͟b͟i͟h͟a͟n͟ g͟a͟r͟a͟m
2. J͟i͟k͟a͟ a͟n͟d͟a͟ m͟e͟r͟a͟w͟a͟t͟ h͟a͟t͟i͟, h͟i͟n͟d͟a͟r͟i͟ m͟a͟k͟a͟n͟a͟n͟ b͟e͟r͟l͟e͟m͟a͟k͟.
3. J͟i͟k͟a͟ a͟n͟d͟a͟ m͟e͟r͟a͟w͟a͟t͟ p͟e͟r͟u͟t͟, h͟i͟n͟d͟a͟r͟i͟ m͟a͟k͟a͟n͟a͟n͟ d͟i͟n͟g͟i͟n͟.
4. J͟i͟k͟a͟ A͟n͟d͟a͟ m͟e͟r͟a͟w͟a͟t͟ u͟s͟u͟s͟, g͟a͟n͟t͟i͟ j͟u͟n͟k͟ f͟o͟o͟d͟ d͟e͟n͟g͟a͟n͟ s͟a͟y͟u͟r͟a͟n͟
5. J͟i͟k͟a͟ a͟n͟d͟a͟ m͟e͟r͟a͟w͟a͟t͟ p͟a͟n͟k͟r͟e͟a͟s͟, h͟i͟n͟d͟a͟r͟i͟ m͟a͟k͟a͟n͟ k͟e͟n͟y͟a͟n͟g͟.
6. J͟i͟k͟a͟ a͟n͟d͟a͟ m͟e͟r͟a͟w͟a͟t͟ G͟i͟n͟j͟a͟l͟, m͟i͟n͟u͟m͟l͟a͟h͟ b͟a͟n͟y͟a͟k͟ a͟i͟r͟ d͟i͟ s͟i͟a͟n͟g͟ h͟a͟r͟i͟, m͟i͟n͟u͟m͟ l͟e͟b͟i͟h͟ s͟e͟d͟i͟k͟i͟t͟ a͟i͟r͟ d͟i͟ m͟a͟l͟a͟m͟ h͟a͟r͟i͟, k͟o͟s͟o͟n͟g͟k͟a͟n͟ k͟a͟n͟d͟u͟n͟g͟ k͟e͟m͟i͟h͟ a͟n͟d͟a͟ s͟e͟b͟e͟l͟u͟m͟ t͟i͟d͟u͟r͟.
7. J͟i͟k͟a͟ a͟n͟d͟a͟ m͟e͟r͟a͟w͟a͟t͟ O͟t͟a͟k͟, t͟i͟d͟u͟r͟l͟a͟h͟ s͟e͟l͟a͟m͟a͟ d͟e͟l͟a͟p͟a͟n͟ j͟a͟m͟.
8. J͟i͟k͟a͟ a͟n͟d͟a͟ m͟e͟r͟a͟w͟a͟t͟ j͟i͟w͟a͟, m͟i͟l͟i͟k͟i͟ h͟u͟b͟u͟n͟g͟a͟n͟ y͟a͟n͟g͟ I͟n͟t͟i͟m͟ d͟e͟n͟g͟a͟n͟ S͟a͟n͟g͟ P͟e͟n͟c͟i͟p͟t͟a͟, A͟l͟l͟a͟h͟ Y͟a͟n͟g͟ M͟a͟h͟a͟ K͟u͟a͟s͟a͟.
H͟i͟d͟u͟p͟ i͟t͟u͟ s͟e͟d͟e͟r͟h͟a͟n͟a͟,
y͟a͟n͟g͟ r͟u͟m͟i͟t͟ i͟t͟u͟ p͟i͟k͟i͟r͟a͟n͟ k͟i͟t͟a͟.
H͟i͟d͟u͟p͟ i͟t͟u͟ m͟u͟r͟a͟h͟,
y͟a͟n͟g͟ m͟a͟h͟a͟l͟ i͟t͟u͟ g͟e͟n͟g͟s͟i͟ k͟i͟t͟a͟.
M͟a͟r͟i͟l͟a͟h͟ k͟i͟t͟a͟ m͟e͟n͟j͟a͟d͟i͟ o͟r͟a͟n͟g͟ y͟a͟n͟g͟ p͟a͟n͟d͟a͟i͟ b͟e͟r͟s͟y͟u͟k͟u͟r͟.
9. J͟i͟k͟a͟ A͟n͟d͟a͟ p͟e͟d͟u͟l͟i͟ p͟a͟d͟a͟ k͟e͟l͟u͟a͟r͟g͟a͟/t͟e͟m͟a͟n͟, b͟e͟r͟i͟t͟a͟h͟u͟ m͟e͟r͟e͟k͟a͟ t͟i͟p͟s͟ i͟n͟i͟.
S͟e͟m͟o͟g͟a͟ B͟e͟r͟m͟a͟n͟f͟a͟a͟t, Aamiin allohumma aamiin

18/07/2024

Rata-rata mereka yang berjaya kerana apa?
Kerana mereka ini ada sikap BERANI dalam diri 💪🏻

BERANI untuk merasai kegagalan dan jadikan ia sebagai batu loncatan, bukan HALANGAN ☺️

Setiap langkah berani akan membawa anda lebih dekat kepada impian anda 🔥

Semangat Pagi !! 🤩

16/07/2024

10 PANTANG DALAM MENJEMPUT REZEKI BERLIMPAHAN

1 - Jangan cari salah orang. Salah sendiri banyak pun kita tidak sedar.

2 - Jangan hina orang. Allah tidak pernah hina kita.

3 - Jangan buka aib orang. Allah simpan aib kita sampai hari akhirat.

4 - Jangan perlekehkan orang. Allah hargai setiap usaha hambaNya.

5 - Jangan mengata orang. Mana tahu masa depan orang yang kita kata itulah yang akan menolong kita dalam kesusahan.

6 - Jangan sakitkan hati orang. Doa orang yang teraniaya itu makbul.

7 - Jangan bangga dengan amal ibadah kita. Hanya Allah yang tahu amal tersebut diterima atau tidak.

8 - Jangan sombong dengan apa yang kita ada. Allah boleh tarik bila-bila masa.

9 - Jangan bandingkan orang lain dengan kita. Allah bagi rezeki setiap orang itu berbeza.

10 - Jangan sedih dengan kekurangan kita. Allah tahu apa yang terbaik untuk hambaNya.

Alhamdulillah ♥️
Assalamualaikum Sahabat Hebat❤️

16/05/2024

13 PETUA SIHAT ROHANI & JASMANI

1. Tidur tepat pada masa 11.00 malam hingga 4 pagi. Tidur miring ke kanan, dalam gelap pekat dan pernafasan melalui hidung.

2. Tiada gula. Gula punca banyak kerosakan organ badan dan penyakit. Ada banyak gula tersembunyi.

Kurangkan nasi. Hanya 10 suap sehari. Bagi yang baru bermula kurangkan jadi 25 suap sehari. Kemudian setiap bulan kurangkan tiap 5 suap.

Beras merah/basmathi. Tiada tepung dan gandum.

Banyakkan sayur dan buah buahan.

3. Check dengan Doktor. Buat ujian darah. Buat ujian hormon. Tahu tahap kesihatan semasa. Ambil tindakan untuk cegah sebelum berdikit ia jadi parah.

4. Ambil supplement. Pemakanan tambahan yang sesuai dengan keperluan badan mengikut nasihat pakar. Bukan dengar cakap jurujual.

5. Exercise supaya aliran darah teratur dan lancar. Buat EECP juga supaya pengaliran darah baik. Full body massage secara tradisional dua minggu sekali.

Dua hari dalam seminggu rehat dari exercise. Hari itu adalah Isnin dan Khamis. Dua hari itu puasa.

6. Minum banyak air. Terutama pagi masa bangun pagi dan siang hari. Cuma jangan minum air 40 minit selepas makan. Minum sambil duduk.

7. Makan berat paling akhir 4 jam sebelum tidur. Biar makanan hadam baru tidur. Kunyah makanan sampai hadam. Masa tidur biar usus berehat.

8. Biasakan lidah makan benda pahit. Buat ulaman. Peria katak, daun mujonso, pucuk beko, pucuk mengkudu. Minum kopi pahit. Pahit itu nikmat. Alah bisa tegal biasa. 25 kali cuba, lidah akan jadi biasa.

9. Baca al Quran. Gandakan sujud. Banyak solat sunat dan taubat. Solat wajib awal waktu secara berjemaah. Ia baik bagi otak. Baca buku-buku. Membaca menajamkan akal.

10. Pilih team pergaulan. Kurangkan bersama "si mata lalat" - pengkritik yang memekik semua perkara tidak puas hati. Juga penjilat yang sentiasa bodek tidak bertempat.

11. Bersyukur. Redha dan bersabar. Mereka yang tidak tahu bersyukur tidak akan dapat bersabar di hari tua nanti. Syukur itu tapak kukuh hidup tenang.

12. Jimat perkataan. Usah sembang kencang. Usah dibuai perasaan. Banyakkan berfikir dan berzikir. Utamakan masa bersama keluarga.

13. Tidur malam dengan selimut kaki atau pakai stokin supaya hormon bersesuaian dapat dirembeskan. Maafkan semua orang. Bersihkan kolam jiwa. Tiada dengki dan iri hati. Doa dan terus berdoa.

Wallahu A'lam.

In sha ALLAH. Sama-sama kita muhasabah. 🤲

05/05/2024

SUBHANALLAH WABIHAMDIHI
SUBHANALLAH HIL'AZIM
ASTAGHFIRULLAH
WAATUBU ILAIH
Baca 100x selepas solat sunat sebelum solat Subuh ataupun selepas solat subuh ataupun bila2 masa

utk mengeluarkan dari kemiskinan dan kesusahan. Amal kan pada bila2 masa.

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Ipoh?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Website

Address


Ipoh