De Botani Clinic
Your Friendly Neighbourhood Clinic
01/05/2026
Cheers to the spirit of workers everywhere-
๐๐ฎ๐ฝ๐ฝ๐ ๐๐ฎ๐ฏ๐ผ๐๐ฟ ๐๐ฎ๐ 2026
From us at De Botani Clinic ๐
21/03/2026
๐บ๐จ๐ณ๐จ๐ด ๐จ๐ฐ๐ซ๐ฐ๐ณ๐ญ๐ฐ๐ป๐น๐ฐ 2026 / 1447๐ฏ๐
Ramadan berlalu pergi, Syawal menjelang tiba. De Botani Clinic mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri๐, Maaf Zahir dan Batin ๐ค buat semua! ๐
Subuh Syawal cahaya berseri,
Takbir bergema menggetar jiwa;
Andai ada salah dan silap diri,
Ampun dipinta sepenuh jiwa ๐
19/03/2026
๐ข๐ข๐ข
De Botani Clinic will be closed for four (4) days in conjunction with the Hari Raya celebration, from 20th-23rd March 2026.
Normal clinic operations will resume on Tuesday, 24th March 2026.
We regret any inconvenience that may arise during this period and appreciate your understanding and cooperation. Thank you for your continued support.
01/02/2026
Selamat Hari Thaipusam 2026 kepada semua masyarakat Malaysia yang menganut agama Hindu! ๐
De Botani Clinic BUKA hari ini
๐ AHAD 1/2/2026 - 9.00 pagi hingga 5.00 petang
๐ด Rehat : 12.00-1.30 petang
๐ฑ wasap.my/601111403801
๐๐๐ฅ๐๐จ๐ฆ๐ 2026, ๐๐๐ฉ๐ฉ๐ฒ ๐๐๐ฐ ๐๐๐๐ซ ๐
De Botani Clinic would like to express our heartfelt appreciation for the support you've provided us with over the past few years๐
May each day of the new year be filled with cherished moments with your family, friends and loved ones โ๏ธ
25/12/2025
25/12/2025
Ho ho ho...Merry Christmas ๐
๐ปโ๐โ๏ธ
De Botani Clinic is OPEN today
๐ดBreaktime : 12.00-1.30pm & 4.00-5.30pm
๐ 011-1140 3801 @ โ๏ธ 05 - 3182081
๐ https://maps.app.goo.gl/1M61kuDnqDG43TyQA
Salam Jumaat - 05/12/2025 - Klinik buka 9am - 9pm ๐
05/12/2025
Bila Semua Sakit Perut Kita Panggil โGastrikโ
โAsal sakit perut je, semua salahkan GASTRIK.โ
Ada tak jenis yang bila rasa pedih sikit di ulu hati, perut tak selesa, loya datang menyerang, terus pegang perut dan cakap,
โGastrik aku datang balik.โ
Lama-lama, setiap sakit di kawasan perut atas, setiap rasa tidak sedap di dada, semuanya dilabel dengan satu nama yang sama, gastrik, walaupun sebenarnya puncanya sangat berbeza.
Hakikatnya, apa yang orang selalu panggil โgastricโ itu boleh jadi beberapa jenis masalah.
Ada yang betul-betul keradangan pada lapisan perut, ada yang lebih kepada pedih ulu hati sebab asid naik ke atas, ada yang sekadar angin dan perut kembung.
Sakitnya mungkin di tempat yang hampir sama, tetapi corak, masa dan risikonya tidak sama. Ada yang boleh tunggu dan dipantau, ada juga yang sebenarnya tanda awal penyakit yang jauh lebih serius.
Masalah perut yang biasa seperti gastritis, dyspepsia atau ulser selalunya datang dalam bentuk pedih di bahagian atas perut, rasa macam perut kosong dan lapar yang menyakitkan, kembung, sendawa dan loya. Sakitnya sering berkait dengan masa makan, ada yang lega lepas makan atau minum susu, ada yang semakin perit bila lambat makan. Ramai yang sudah biasa dengan rasa ini, sehingga mereka yakin sendiri bahawa inilah โgastricโ mereka, walaupun belum pernah dinilai betul-betul oleh doktor.
Lain p**a dengan pedih ulu hati dan masalah asid perut yang naik ke dada. Rasa pedihnya bermula di ulu hati kemudian menjalar ke atas, seperti ada api kecil di dada atau kerongkong. Kadang-kadang ada rasa masam dan pahit naik ke mulut, lebih ketara selepas makan banyak, minum kopi, teh tarik, air berkarbonat, makanan pedas dan berminyak, atau bila terus baring selepas makan. Ini lebih kepada masalah asid yang melimpah naik, bukan perut โberlubangโ, dan cara rawatannya tidak sama dengan gastrik biasa.
Angin dan perut kembung p**a satu cerita lain yang juga selalu dikumpulkan dalam kategori โgastricโ. Perut rasa penuh, tegang, berangin, sakitnya bergerak dari satu tempat ke tempat lain.
Ada yang lega selepas kentut atau buang air besar. Ini lebih berkaitan dengan gas dalam usus, pola pemakanan dan pergerakan usus. Ia tidak sama dengan keradangan perut, tetapi oleh sebab lokasi sakit yang hampir, ramai menganggap semuanya penyakit yang sama.
Bahagian yang paling merisaukan ialah apabila sakit yang disangka โgastricโ sebenarnya petanda awal serangan jantung. Ramai pesakit jantung datang ke hospital dan ayat pertama mereka ialah,
โSaya ingat tadi sakit perut, ingat gastric biasa.โ
Serangan jantung tidak semestinya datang dengan sakit dada yang tajam seperti dalam drama. Ada yang hanya rasa pedih di ulu hati, berat di tengah dada, rasa ketat seperti ditekan, sakit tembus ke belakang, bahu, rahang atau tangan kiri.
Ada juga yang disertai sesak nafas, peluh sejuk, rasa melayang dan lemah seluruh badan. Tambah berisiko jika seseorang itu ada kencing manis, darah tinggi, kolesterol tinggi, merokok, berat badan berlebihan atau ada sejarah sakit jantung dalam keluarga.
Di sinilah bahaya sikap โini biasa, ni gastric jeโ. Kita tenangkan diri dengan alasan yang sama setiap kali, sedangkan tubuh mungkin sedang memberi amaran penting.
Jika sakit datang tiba-tiba, kuat, lain daripada biasa, tidak lega dengan ubat yang selalu diambil, atau hadir bersama sesak nafas, peluh sejuk dan rasa sangat lemah, itu bukan masa untuk tahan dan tunggu. Itu masa untuk pergi ke klinik atau hospital dan diperiksa segera.
Apa yang penting, jangan hidup bertahun-tahun atas diagnosis sendiri. Jika sakit perut atau pedih ulu hati berterusan, semakin kerap, mengganggu tidur, disertai hilang selera makan, berat badan turun tanpa sebab, muntah berdarah atau najis menjadi hitam pekat, jangan tangguh lagi.
Doktor akan menilai sama ada ia hanya masalah penghadaman biasa, ulser, masalah asid, atau petanda penyakit lain termasuk jantung.
Tidak semua sakit perut itu gastrik. Tidak semua pedih ulu hati itu โbiasa-biasaโ. Dan tidak semua sakit dada itu sekadar angin. Tubuh sedang beritahu sesuatu, cuma kadang-kadang kita terlalu cepat menutup cerita dengan satu perkataan, gastrik, tanpa memberi ruang untuk difahami dengan betul.
02/12/2025
Orang selalu tanya, nak mula jaga kesihatan dari mana?
Cuba ikut 10 B dulu.
Bangun awal, bergerak, berhenti merokok, bijak makan, bekal air kosong, bina otot, batas skrin, belajar urus stres, beri rehat, buat pemeriksaan.
Slow slow tapi konsisten โค๏ธ
Happy December 2025 - Selasa 02/12/2025 - Klinik buka 9am - 9pm ๐
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
No. 12, Palma A/1 Seri Palma, Bandar Seri Botani
Ipoh
31350
Opening Hours
| Monday | 09:00 - 21:00 |
| Tuesday | 09:00 - 21:00 |
| Wednesday | 09:00 - 21:00 |
| Thursday | 09:00 - 21:00 |
| Friday | 09:00 - 21:00 |
| Sunday | 09:00 - 21:00 |
