Kursus Spa dan Kursus Produk Spa

Kursus Spa dan Kursus Produk Spa

Share

Kursus spa dan kecantikan
kursus Postnatal
kursus produk herba
kursus tradisional
kursus urut

Kursus Spa Ala Hotel Lima Bintang Dan Kursus penyediaan produk Alami Jenama Sendiri

03/06/2026

Aku seru....👻

02/06/2026

Kenangan 10 tahun dulu. Kelas detox ice facial. Sebenarnya dah lama tak buat kelas facial ni. Last buat kelas rasa 2017 atau 2018 camtu. Tahun ni (2026) baru buka kelas. Kelas facial ice detox 5 hingga 7 jun ni.

Cikgu Pah
Cikgu Kelas Spa & Herba Terapi🌿

28/05/2026

KELAS ONLINE (PJJ) SLIMMING CACAO

“Mula-mula rasa tak kena dengan tekak”

➡️ Ini normal kerana Cacao asli memang ada rasa:

✔️ pahit
✔️ kelat
✔️ earthy
✔️ sedikit berlemak
✔️ aroma kuat
✔️ kadang-kadang rasa “berat” di tekak

Kalau seseorang biasa minum minuman coklat atau koko segera yang manis, lidah dia mungkin rasa slimming cacao ini agak pelik pada awalnya. Ini bukan bermaksud resipi itu tidak menjadi. Ia lebih kepada tekak belum biasa dengan rasa gabungan cacao dan bahan lain.

❓Kenapa biar seminggu, rasa jadi lebih sedap?

☑️ Apabila slimming cacao dibiarkan beberapa hari dalam peti sejuk, berlaku proses maturation atau “penyatuan rasa”.

➡️ Gahungan bahan-bahan dalam slimming cacao memerlukan masa untuk sebati.

❓Kenapa hari ke-3 mula rasa kurang lapar?

☑️ Slimming cacao ada bahan yang membantu rasa kenyang

☑️ Slimming Cacao juga juga memberi rasa puas pada otak kerana aromanya kuat dan “rich”. Rasa craving manis berkurang.

☑️ Slimming cacao ada serat. Bila masuk ke dalam perut dan bertemu air, ia boleh mengembang dan membentuk tekstur seperti gel. Ini membuatkan perut rasa lebih penuh dan kenyang lama.

☑️ Slimming cacao juga memberi tenaga

Bila kurang lapar, ini bermaksud selera lebih terkawal. Bila selera terkawal, barulah lebih mudah kawal portion makan.

Yang penting, bila amal slimming cacao kena minum air cukup, dan jangan tinggalkan makanan sebenar sepenuhnya. Kena cari makanan yang cukup nutrisi.

Bagi yang nak join kelas online (pjj) slimming cacao, boleh whatsap 0104049769. Yuran hanya RM20 sahaja

Cikgu Pah
Cikgu Kelas Spa & Terapi Herba 🌿

26/05/2026

❓Salam cikgu. blh minum pastu makan cacao candy atau kena jarak masa? Atau cara yg terbaik mcm mna cikgu?

✅ Teh detox lebih sesuai waktu petang, lebih kurang pukul 2.00- 5.00 petang, kerana waktu ini badan biasanya sudah ada makanan dalam perut, sistem pencernaan sedang aktif, dan masih jauh daripada waktu tidur.

1️⃣ Sistem pencernaan lebih aktif pada waktu siang

☑️ Badan kita ada circadian rhythm, iaitu jam biologi harian. Jam ini bukan hanya kawal tidur, tetapi juga kawal sistem usus seperti pergerakan usus, pencernaan, penyerapan nutrien dan keseimbangan elektrolit. Banyak kajian juga menunjukkan fisiologi gastrousus seperti motiliti, pencernaan, penyerapan dan elektrolit memang dipengaruhi oleh waktu harian.

Pada waktu siang dan petang awal, badan masih dalam fasa aktif. Usus masih bergerak dengan lebih baik. Bila malam, badan mula masuk fasa rehat.

2️⃣ Teh detox ada potensi rangsang usus

☑️ Teh detox mengandungi herba yang boleh memberi kesan:

✔️ melawaskan
✔️ diuretik, iaitu kerap kencing
✔️ merangsang pergerakan usus
✔️ mengurangkan rasa kembung
✔️ membuat najis lebih mudah keluar

➡️ Dari sudut fisiologi, bahan seperti ini boleh meningkatkan peristalsis, iaitu gerakan beralun pada usus. Bila peristalsis aktif, usus menolak isi perut dan najis ke bawah dengan lebih cepat.

Sebab itu teh detox lebih sesuai diminum selepas makan tengah hari, bukan ketika perut kosong

❓ Kenapa perlu jarak 4- 6 jam daripada slimming cacao?

✅ Dari sudut kimia fisiologi, slimming cacao ini ada serat + mineral.

➡️ Serat menyerap air dan mengembang. Serat berfungsi lebih baik apabila menyerap air, dan terlalu banyak serat secara cepat boleh menyebabkan gas, kembung dan cramp.

Jadi bila makan slimming cacao, badan perlukan air dan masa untuk memproses serat itu. Kalau terus minum teh detox selepas itu usus boleh jadi terlalu aktif. Kesannya nutrien tak sempat diserap dengan baik. Sebab itu jarak 4- 6 jam lebih cantik.

👉 Cacao waktu pagi.
👉 Teh detox waktu petang.

Ini lebih selamat, lebih stabil, dan tidak terlalu menekan perut.

✅ Bagi yang nak join kelas slimming cacao dan teh detox boleh whatsap 0104049769. Yuran pun murah saja.

1️⃣ Slimming cacao yuran RM20 sahaja
2️⃣ Teh Detox yuran RM20 sahaja

Cikgu Pah
Cikgu Kelas Spa & Herba Terapi🌿

Photos from Kursus Spa dan Kursus Produk Spa's post 25/05/2026

KELAS ONLINE (PJJ) JAMU KUNYIT HERBA

Alhamdulillah, cikgu memang hepi bila tengok bila mereka dapat jana income dengan produk hasil air tangan mereka sendiri.

Jamu kunyit memang ramai orang s**a. Ramai orang tahu kunyit bagus untuk tubuh badan tidak kira lelaki mahupun wanita. Dalam kelas online (pjj) jamu kunyit herba, cikgu kongsi beberapa resipi. Salah satu resipi ialah jus kunyit herba khas untuk wanita.

Jamu jus wanita ini berkonsepkan tonik hangat, asam, astringen dan adaptogenik. Maksudnya, ia bukan sekadar minuman kunyit biasa. Gabungan bahan dalam resipi ini bekerja kepada beberapa arah:

✔️ menghangatkan badan
✔️ menyokong peredaran darah
✔️ membantu penghadaman
✔️ memberi rasa segar selepas haid
✔️ menyokong tenaga
✔️ penjagaan rahim serta dalaman wanita.

Jamu ini memberi manfaat melalui 5 kesan utama:

1️⃣ Tonik hangat untuk badan wanita

☑️ Beberapa herba dalam jus ini memberi sifat hangat, aromatik dan merangsang rasa ringan pada badan. Dalam konsep perawatan tradisional, bahan begini sesuai untuk wanita yang rasa badan “sejuk”, mudah lesu, perut berangin, badan rasa berat, atau rasa tidak selesa selepas haid.

Secara fisiologi, bahan dalam jus ini mengandungi komponen bioaktif yang banyak dikaji untuk kesan antioksidan dan anti-radang.

2️⃣ Sokongan peredaran darah dan rasa lega pelvis

☑️ Gabungan bahan memberi rasa hangat pada tubuh. Dalam perawatan tradisional melayu, ayurvedic mahupun chinese medicine, bahan hangat begini sering dikaitkan dengan “melancarkan angin”, “membuang sejuk”, “mengurangkan rasa lenguh”, dan membantu badan rasa lebih ringan.

Dari sudut fisiologi, rasa hangat ini boleh membantu melalui beberapa mekanisme:

➡️ merangsang sensasi panas pada saluran pencernaan,
➡️ membantu pergerakan usus,
➡️ mengurangkan rasa kembung,
➡️ memberi rasa lega pada otot abdomen,
➡️ menyokong aliran darah periferi secara ringan.

Sebab itu wanita yang selalu rasa perut sebu, angin, badan sejuk, senggugut ringan, atau lesu selepas haid mungkin rasa lebih selesa apabila minum dalam s**atan kecil.

3️⃣ Sokongan hormon dan tenaga wanita

☑️ Dalam resipi ini ada bahan premium yang memberi arah kepada sokongan tenaga dan keseimbangan badan.

Beberapa herba dalam jus ini secara tradisional digunakan sebagai tonik tenaga, libido dan kesuburan. Banyak kajian menyebut bahan herba ini dikaitkan dengan kesihatan wanita, aktiviti antioksidan dan potensi kesan berkaitan sistem reproduktif. Kajian juga menunjukkan bahan herba ini

➡️ mempunyai potensi dalam aspek tenaga, keletihan, fungsi seksual dan kesuburan.
➡️ membantu gejala mood atau kualiti hidup menopaus tanpa semestinya mengubah hormon secara besar. 

4️⃣ Sokongan dalaman wanita melalui kesan astringen

☑️ Beberapa bahan dalam jus memberi kesan astringen. Dalam rawatan tradisional, bahan kelat dikaitkan dengan bantu mengeringkan lebihan lendir dan memberi rasa kemas pada dalaman wanita.

Secara kimia, bahan herba ini, kaya dengan tannin. Tannin bersifat astringen kerana ia boleh berinteraksi dengan protein pada permukaan tisu, memberi rasa kesat atau ketat. Banyak kajian menunjukkan bahan yang mempunyai kandungan tannin tinggi dan aktiviti antioksidan bantu terhadap aktiviti anti-Candida

5️⃣ Sokongan penghadaman, angin dan rasa ringan perut

☑️ Beberapa bahan dalam jus ini, menjadikannya sebagai “digestive tonic”. Rasa masam dan aromatik boleh merangsang air liur, membantu rasa selera terkawal, mengurangkan loya ringan dan memberi rasa segar pada perut.

Bahan ini mengandungi sebatian antioksidan dan digunakan secara tradisional untuk masalah pencernaan seperti sembelit, sakit perut dan keradangan dan sokongan metabolik. 

✅ Banyak manfaat jika amal jamu kunyit herba

✔️ menyokong keselesaan badan,
✔️ membantu rasa ringan selepas haid,
✔️ menyokong sistem antioksidan,
✔️ membantu penghadaman,
✔️ membantu perut rasa lega,
✔️ membantu rasa loya ringan,
✔️ membantu badan rasa hangat,
✔️ sesuai untuk wanita yang rasa sejuk badan,
✔️ membantu rasa lancar selepas makan berat.
✔️ membantu buang angin,
✔️ membantu rasa segar,
✔️ membantu rasa kurang kembung,
✔️ membantu kurangkan rasa muak,
✔️ membantu bau nafas dan rasa segar,
✔️ membantu rasa bertenaga,
✔️ menyokong stamina,
✔️ sesuai untuk wanita yang mudah letih,
✔️ membantu rasa lebih stabil selepas haid,
✔️ menyokong kesihatan wanita,
✔️ menyokong tenaga wanita,
✔️ sesuai untuk konsep tonik reproduktif,
✔️ menyokong rasa kemas dalaman
✔️ membantu mengimbangi rasa lendir berlebihan

Cuma untuk peringatan, jangan minum apa apa jamu jika

☑️ Sedang hamil
☑️ Waktu period.
☑️ Ada fibroid, endometriosis, cyst atau masalah hormon sensitif kerana ada bahan yang dikaitkan dengan sistem wanita dan phytoestrogen.
☑️ Ada gastrik, GERD atau ulser perut
☑️ Makan ubat cair darah atau akan menjalani pembedahan
☑️ Ada penyakit hati, buah pinggang atau makan ubat hospital banyak

➡️ Pada yang nak join kelas online (pjj) jamu kunyit herba boleh whatsap 0104049769. Yuran hanya RM30 sahaja.

Cikgu Pah
Cikgu Kelas Spa & Herba Terapi🌿

17/05/2026

Minum selimmimg cacao + Jamu kempis perut + Teh detox memang tak lalu sangat nak makan nasi.

Bahan slimming cacao sebenarnya bukan slimming kosong. Ia lebih kepada minuman protein + serat + lemak baik. Sebab itu selalu rasa tak lalu makan nasi.

Gabungan ini boleh menekan selera secara semula jadi.

➡️ Whey protein bantu beri rasa kenyang lebih lama kerana protein lambat dicerna berbanding gula ringkas. Ia juga membantu jaga otot supaya bila berat turun, badan tidak terlalu “kecut kosong”. Whey protein biasanya digunakan untuk sokong pembinaan otot, pemulihan dan kadang-kadang kawalan selera.

➡️ Chia seed p**a apabila kena air, ia mengembang dan membentuk tekstur gel. Dalam perut, tekstur ini boleh meningkatkan rasa penuh dan mengurangkan selera makan. Chia juga mengandungi serat, protein, omega-3, antioksidan, kalsium, magnesium dan fosforus. 

➡️ Cacao memberi rasa pahit, aroma kuat dan rasa “berat” di lidah. Bila rasa pahit bertemu protein dan serat, otak cepat rasa puas.

Dalam slimming cacao ada 3 komponen kenyang yang utama:

1️⃣ Protein daripada whey
2️⃣ Serat kembang daripada chia
3️⃣ Lemak baik daripada kekacang premium

Ini buat perut rasa penuh lebih lama. Serat juga melambatkan pencernaan dan boleh bantu elak gula darah naik mendadak selepas makan.

Walaupun tak lalu makan nasi, tapi pastikan badan terima nutrisi lain.

👉 Karbohidrat kompleks selain nasi macam oat, ubi, kentang, roti wholemeal, bihun sup atau bubur.

👉 Protein lengkap daripada makanan seperti telur, ikan, ayam, tauhu, tempe.

👉 Mineral dan elektrolit

Contoh

➡️ Pagi Minum slimming cacao sebagai sarapan + 1 biji telur rebus + oat sedikit + roti tawar

➡️ Tengah hari tetap makan makanan sebenar. Kalau tak lalu nasi, ambil nasi sedikit sahaja atau makan ikan/ayam/telur + sayur

➡️ Petang tu, boleh makan buah + greek yogurt ( Buah bagus sebab ada vitamin, air, serat dan antioksidan. Yogurt p**a boleh bantu protein ringan dan bakteria baik)

➡️ Pukul 7-8 tu kalau nak makan ringan carilah bubur ker, ikan, tauhu..

Sebenarnya minum slimming cacao adalah sebagai meal support, bukan pengganti semua makanan.
Jadi, kalau rasa tak lalu makan nasi, cari sumber karbohidrat yang lain.

✔️ Protein cukup 🟰 untuk otot, kulit, hormon, kenyang lama.
✔️ Karbohidrat kompleks 🟰 untuk tenaga stabil.
✔️ Lemak baik 🟰 untuk hormon dan penyerapan vitamin A, D, E, K.
✔️ Mineral elektrolit 🟰 seperti sodium, potassium dan magnesium, terutama kalau kerap membuang air

👉 Kalau tak cukup nutrisi, akan jadi mudah pening, lemah, menggigil atau cepat marah.
Ini boleh berlaku bila gula darah turun, terutama kalau minuman detox buat badan banyak buang air.

👉 Otot boleh susut. Kalau kalori dan protein tak cukup, berat mungkin turun, tapi sebahagiannya boleh jadi air dan otot bukan lemak sahaja.

👉 Perlu diingatkan bahawa lemak turun bila badan konsisten berada dalam defisit kalori, cukup protein, tidur baik, stres terkawal dan ada pergerakan fizikal.

Untuk perjalanan slimming yang betul, sasaran kita bukan sekadar “tak lalu makan tapi kenyang”, sebenarnya perlu cukup nutrisi, perut tak rosak, otot tak susut, dan berat turun secara stabil.

✅ Bagi yang nak join kelas online slimming cacao , jamu kempis perut, teh detox boleh whatsap 0104049769. Yuran murah saja tau.

Cikgu Pah
Cikgu Kelas Spa & Herba Terapi🌿

16/05/2026

Rahsia Cawan Cacao Cikgu Pah
Episode 2: Misteri Loceng Makan Yang Tidak Disambut

15/05/2026

✅ Fungsi kulit dan rawatan badan

☑️ Kulit ialah organ besar yang ada sistem perlindungan, kawalan suhu, sensasi, imuniti dan kawalan air badan. Kulit ada tiga lapisan utama:

1. epidermis
👉 Epidermis melindungi badan dan membantu mengekalkan hidrasi

2. dermis
👉 dermis mengandungi salur darah, saraf, kolagen, elastin, kelenjar peluh dan minyak

3. hypodermis/subcutaneous tissue
👉 hypodermis membantu menyimpan lemak, memberi kusyen dan menebat suhu badan.

✅ Fungsi penting kulit semasa rawatan

1️⃣ Kulit kawal air badan

☑️ Kulit mengawal kehilangan air melalui proses transepidermal water loss, iaitu air yang keluar perlahan-lahan melalui permukaan kulit. Bila kulit kering atau barrier rosak, air lebih mudah hilang dan kulit jadi tegang, pedih atau menggelupas. Pelembap jenis occlusive boleh mengurangkan kehilangan air ini dengan membentuk lapisan pelindung di atas kulit.

2️⃣ Kulit kawal suhu badan

☑️ Kulit ada salur darah dan kelenjar peluh. Bila badan panas:

➡️ salur darah permukaan melebar
➡️ peluh keluar
➡️ badan cuba turunkan suhu

☑️ Bila badan sejuk:

➡️ salur darah mengecut
➡️ otot boleh menggigil
➡️ badan cuba simpan haba

3️⃣ Kulit sebagai organ sensasi

☑️ Kulit ada saraf yang rasa panas, sejuk, tekanan, sakit, gatal

4️⃣ Kulit bukan span

☑️ Kulit bukan span yang serap semua bahan sampai dalam badan. Kulit menyerap secara terpilih. Saiz molekul, jenis bahan, keadaan kulit, carrier, tempoh sapuan dan kesihatan barrier kulit menentukan sejauh mana bahan boleh masuk.

❌ Jadi jangan claim : “Lepas lulur, herba masuk sampai dermis”

✔️ Apa yang boleh cakap adalah : “Lepas lulur, permukaan kulit lebih bersih dan sapuan param lebih sekata. Kulit juga lebih mudah merasai haba, aroma dan kesan daripada herba.”

✅ Apa berlaku bila buat lulur?

☑️ Lulur ialah physical exfoliation. Maksudnya kita menggunakan geseran lembut untuk menanggalkan sel kulit mati pada permukaan kulit. Kesan lulur pada kulit

1️⃣ Buang sel kulit mati

Lapisan sel kulit mati yang terlalu banyak boleh buat kulit rasa:

➡️ kusam
➡️ kasar
➡️ tidak sekata
➡️ mudah nampak kering
➡️ sapuan produk jadi tidak sekata

Jadi, lulur secara lembut membantu licinkan permukaan kulit.

2️⃣ Tingkatkan rasa licin dan bersih

☑️ Selepas sel mati dan kotoran permukaan berkurang, kulit rasa lebih halus. Bila mandi herba selepas itu, kulit rasa lebih segar. Bila sapu param, sapuan pun lebih rata.

3️⃣ Rangsang peredaran permukaan

☑️ Gerakan lulur yang lembut boleh bantu rasa hangat pada kulit kerana geseran ringan dan stimulasi permukaan.

❓ Kenapa lepas lulur sesuai mandi air suam herba?

☑️ Selepas lulur, kulit perlu distabilkan, bukan dikejutkan. Mandi air suam herba lebih sesuai kerana ia membantu:

➡️ bilas sisa lulur
➡️ tenangkan kulit
➡️ bersihkan minyak/kotoran berlebihan
➡️ bantu badan relaks
➡️ kekalkan suhu badan
➡️ sediakan kulit sebelum sapuan param

☑️ Selepas mandi suam, kulit berada dalam keadaan bersih, hangat, lembut, lebih selesa disentuh, kurang kotoran permukaan, lebih sesuai untuk sapuan nipis

➡️ Jadi, Ini masa yang baik untuk sapu param. Tujuan param selepas mandi suam:

✔️ beri rasa hangat lembut
✔️ bantu badan rasa ringan
✔️ bantu peluh ringan
✔️ bantu rasa tegang pada kulit
✔️ bantu efek astringent jika formula sesuai
✔️ bantu rasa “kemas” bila digabung dengan bengkung/wrap
✔️ bantu urutan ringan atau lymphatic stroke

Jika guna param jenis minyak herba, ia
➡️ Sebagai emollient dan occlusive ringan
➡️ Membantu melembutkan kulit
➡️ Mengurangkan kehilangan air dari permukaan kulit. Occlusive moisturizer bekerja dengan mengurangkan kehilangan air melalui kulit, manakala emollient membantu melembutkan permukaan kulit.
➡️ Kulit nampak berkilat dan lembut
➡️ Sangat bagus untuk kulit kering
➡️ Kesan hangat herba tahan lebih lama
➡️ Sangai sesuai untuk sapuan sebelum bengkung

Sebab itu cikgu selalu galakkan ibu dalam
pantang sapu minyak herba jadikan param. Terutama sapu di seluruh kaki dan pakai stokin.

Untuk ibu menyusu, elakkan sapu param di dada, payudara, tangan atau kawasan yang bayi mudah sentuh.

✅ Yang nak join kelas online (pjj) minyak herba, lulur herba, mandian herba boleh whatsap 0104049769. Yuran pun murah saja.

➡️ Kelas online (pjj) minyak herba/param yuran RM30 sahaja
➡️ Kelas online (pjj) lulur herba yuran RM20
sahaja
➡️ Kelas online (pjj) mandian herba yuran RM20 sahaja

Cikgu Pah
Cikgu Kelas Spa & Herba Terapi🌿

15/05/2026

CITRUS ICY MINT FACIAL THERAPY

"Mak aiiii merenyam sungguh muka masa buat rawatan ni tadi. Saya ni resdung kuat cikgu. Tadi tu teraserr cam ulat berjalan jalan dekat tepi mata dan hidung. Lepas ja habis tadi, terus rasa cerah mata. Selama ni mata asyik gatai gatai jer. Power la rawatan ni".

✅ Citrus Icy Mint Facial ialah rawatan wajah berkonsepkan gabungan:

☑️ citrus bioactive
☑️ cooling mint sensation
☑️ fruit acid exfoliation
☑️ antibacterial cleansing support
☑️ lymphatic facial stimulation
☑️ cryo-fresh skin therapy

Rawatan ini sesuai untuk kulit yang rasa berat, kusam, berminyak, mudah berjerawat ringan, muka rasa panas, dan pelanggan yang s**a sensasi sejuk segar selepas facial.

Bahan citrus mengandungi bioaktif seperti:

➡️ citric acid
➡️ vitamin C
➡️ flavonoid
➡️ limonene
➡️ hesperidin
➡️ naringenin

Citric acid ialah AHA semula jadi yang membantu melonggarkan sel kulit mati pada permukaan kulit.
Kesannya:

✔️ kulit nampak lebih cerah
✔️ tekstur kulit lebih halus
✔️ kulit kusam berkurang
✔️ pori nampak lebih kemas
✔️ skincare lebih mudah “duduk” selepas rawatan

➡️ Sensasi “merenyam” atau rasa seperti semut berjalan biasanya berlaku kerana gabungan:

✔️ fruit acid
✔️ menthol cooling effect
✔️ peningkatan microcirculation
✔️ rangsangan saraf sensori kulit

Ia bermaksud tanda kulit sedang menerima stimulasi kimia dan sensori daripada bahan aktif. Dalam rawatan ini berlaku beberapa tindak balas utama:

1️⃣ Citric acid

☑️ membantu exfoliation lembut
☑️ melonggarkan sel kulit mati
☑️ membantu kulit nampak lebih cerah

2️⃣ Vitamin C

☑️ antioksidan
☑️ membantu kulit nampak lebih fresh
☑️ menyokong penampilan kulit lebih glowing

3️⃣ Flavonoid citrus

☑️ membantu melawan oxidative stress
☑️ menyokong kulit yang nampak letih dan kusam

4️⃣ Menthol dari mint

☑️ memberi cooling sensation
☑️ menenangkan rasa panas pada kulit
☑️ memberi kesan fresh yang kuat

✅ Apabila citrus ➕ mint ➕ cooling therapy digunakan secara terkawal:

➡️ microcirculation meningkat
➡️ kulit terasa lebih segar
➡️ pori nampak lebih bersih
➡️ minyak berlebihan lebih terkawal
➡️ wajah nampak kurang kusam
➡️ pelanggan rasa lebih relaks dan ringan

✅ Kelas Citrus Icy Mint Facial Therapy ni akan berlangsung pada awal Jun ni. Kelas selama 3 hari. Ada 2 rawatan yang awak akan belajar 👇🏻

1️⃣ Detox ice facial
2️⃣ citrus icy mint facial

➡️ Yuran Asal RM550 TAPI ada promo jadi RM250 saja tau. JIMAT RM300‼️. Dah tu penginapan pun termasuk sekali makan pagi dan makan tengahhari. Memang sangatlah rugi kalau tak join sebab JIMAT banyak sangat. Yang nak join boleh Whatsap terus cikgu pah ke 0104049769 untuk booking.

-----------------------------------
FACIAL DETOX THERAPY
-----------------------------------

2️⃣ FACIAL ICE DETOX THERAPY
3️⃣ FACIAL CITRUS ICY MINT THERAPY

Yuran pakej ini adalah RM550. Cikgu bagi OFFER RM250 SAHAJA.

KELAS SELAMA 3 HARI .

TARIKH : 5 JUN - 7 JUN 2026 (Cuti sekolah)
HARI : JUMAAT - AHAD
MASA : 9.00 AM - 9.00 PM
LOKASI : PENANG (SEBERANG PERAI SELATAN)
(masa Tertakluk pada silibus dan penerimaan peserta)

☑️ Sarapan dan makan tengahari disediakan.
☑️ Penginapan disediakan
☑️ Sijil diberikan

‼️ Memandang tempat kelas tak besar mana, jadi peserta tak boleh ramai. Siapa nak join kena booking awal. Sila whatsap 0104049769 untuk booking. Cukup quota terpaksa tutup. Bagi yang bertanya next kelas, maaf buat masa ni ada tarikh ini saja 🙏…

Cikgu Pah
Cikgu Kelas Spa & Postnatal Terapi 🌿

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Jawi?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Website

Address


Jawi
14200