Slymochoco Malaysia
Coklat Kurus No 1 Di Malaysia
Tahu tak anda, epal boleh mengurangkan kolestrol. Ada beberapa resipi yang melibatkan epal yang sangat sedap dan boleh menurunkan kolestrol dan berat badan. Jom kami kongsikan resipi tersebut...😃
Anda Ingin Tahu Tentang Makanan Berkesan Untuk Mengurangkan Kolestrol Dalam Badan. Sila Tonton Video Pendek Berikut
HARTA YANG PALING MAHAL DI DALAM DUNIA INI IALAH KESIHATAN
20/12/2021
Senaman Yang Bermanfaat Yang Boleh Dilakukan Di Rumah
Untuk bersenam anda tidak semestinya keluar rumah dan membeli peralatan canggih seperti dumbel. Berikut merupakan senaman yang boleh dilakukan di rumah.
Push Up
Push Up merupakan senaman di rumah yang sangat bagus kerana dengan melakukan push up, hampir keseluruhan otot dalam badan dapat diaktifkan. Nak bina otot ? Lakukan Push Up. Nak betulkan postur badan ? Lakukan Push Up. Sistem kardiovaskular ( sistem jantung anda ) juga mendapat kesan positif dari senaman Push Up kerana apabila otot anda aktif, jantung akan menghantar oksigen kepada otak.
Melompat Tali
Melompat tali adalah satu senaman di rumah yang mampu membakar lemak dalam masa yang singkat. Melompat tali selama 15 minit juga terbukti mempunyai kesan yang sama berlari selama 30 minit.
Jumping Jack
Senaman Jumping Jack / Lompat Bintang merupakan senaman yang bermanfaat dilakukan di rumah kerana mampu meningkat daya tahan kardiovaskular pada tubuh anda. Dengan melakukan senaman Jumping Jack, kesihatan jantung juga akan baik dan mengelakkan daripada terkena penyakit kardiovaskular seperti diabetes.
Senaman Squat
Regangan daripada senaman squat dapat mengepam darah ke seluruh badan dengan lancar. Lenturan dan regangan lutut dalam senaman squat membolehkan lebih banyak darah dan oksigen mengalir di sekitar sendi. Ini penting untuk memastikan anggota tubuh badan lebih fleksibel dan kuat.
Zumba
Zumba merupakan senaman yang dapat menhilangkan stress. Dari segi gulungan kepala dan bahu yang melonggarkan leher dan menghangatkan bahagian atas badan, hingga gerakan kaki yang menguatkan dan meregangkan betis dan pergelangan kaki, kaedah senaman ini menyentuh hampir setiap otot dan sendi.
Macam mana dapat ilmu tak ? Jika anda mendapat ilmu bermanfaat dari post ni, sila Like dan Share yer..😃
19/12/2021
9 Minuman Berkesan Dan Bajet Yang Boleh Anda Cuba Untuk Kesihatan Anda
Bukan sahaja makanan, minuman juga dapat membantu anda untuk sihat. Mungkin ada yang menyangka minuman untuk sihat melibatkan perbelanjaan wang yang tinggi. Tahukah anda kita boleh membuat minuman untuk sihat di rumah dengan sendiri tanpa memerlukan perbelanjaan yang mahal bahkan amat berkesan dan cepat untuk mencapai impian kita selama ini untuk sihat.
Di bawah kami senaraikan 9 jenis minuman yang boleh anda amalkan untuk minum demi menjaga kesihatan anda.
Air Kosong
Tahukah anda segelas air kosong mengandungi 0 kalori !. Menurut sebuah kajian, para pengkaji telah mendapati jumlah kalori yang dibakar semasa anda tidak bergerak boleh meningkat sebanyak 24 hingga 30% dalam masa 10 minit selepas minum air kosong. Mereka yang gemar minum air kosong akan mengalami keadaan di mana mereka kurang mengidam untuk merasa makanan tertentu. Malah ia juga dapat membantu buah pinggang dan hati anda untuk berfungsi dengan lebih baik.
Jus Kobis
Kobis merupakan sumber antioksidan yang baik yang mampu untuk menyahkan toksin dalam badan, meningkatkan pencernaan dan meningkatkan sistem ketahanan hati.
Air Lemon
Air lemon kaya dengan vitamin C. Air lemon amat baik untuk meningkatkan imuniti badan dan meningkatkan penyerapan zat besi dalam tubuh seseorang.
Air Teh Hijau
Air teh hijau yang kosong mengandungi antioksidan yang tinggi dan mampu meningkatkan metabolisme dan membakar lebih banyak kalori dalam badan.
Air Kopi
Ini berita gembira untuk penggemar kopi !. Amalan minum air kopi kosong sebanyak 4 gelas sehari mampu membakar lemak dalam badan seseorang sebanyak 4 peratus.
Teh Hitam
Teh hitam mengandungi kafein, sejenis stimulan yang boleh mempercepatkan metabolisme badan.Tetapi, teh hitam lebih istimewa kerana ia mengandungi bahan yang dikenali sebagai polifenol.Polifenol amat berkesan untuk mengurangkan rasa mengidam (cravings), menambah bilangan bakteria baik di dalam perut dan menggalakkan pembakaran lemak.
Air Kelapa
Adakah anda penggemar air isotonik apabila bersukan. Sebagai ganti, cuba minum air kelapa. Sama seperti minuman sukan, air kelapa mengandungi 5 elektrolit utama iaitu sodium, kalsium, potasium, magnesium dan fosforus yang amat baik untuk memastikan badan kekal hidrat selepas bersukan.Malah, jumlah gulanya juga jauh berbeza dengan gula di dalam minuman isotonik yang sering diminum oleh ahli sukan.
Jus Strawberi
Amalkan minum jus strawberi sekurang kurangnya sehari sekali kerana ianya membantu detoksifikasi hati dan menentang penyakit kanser.
Jus Epal Dan Pudina
Buah epal amat terkenal dengan khasiatnya untuk melancarkan sistem peredaran darah dan membersihkan sistem pencernaan. Selain itu, ia juga mampu memberi impak detoksifikasi sempurna buat tubuh seseorang.
Dah dapat info menarik dari artikel ni. Jika ya, silakan Like dan Share yer..😃
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Address
M13 Jalan Melur 1
Jitra
06000
