Pewakas JKDM Johor

Pewakas JKDM Johor

Share

Kami Merupakan Persatuan Wanita Kastam Negeri Johor. Menjalankan pelbagai aktiviti Persatuan.

Photos from Pewakas JKDM Johor's post 03/11/2024

Part 2🎳

Photos from Pewakas JKDM Johor's post 03/11/2024

3 Nov 2024 - Bertempat di Lite Superbowl, Pelangi Leisure Mall, Johor Bahru telah diadakan Pertandingan Bowling Piala Pengerusi PEWAKAS Johor. Seramai 27 pasukan ahli PEWAKAS terdiri daripada pelbagai stesen di Johor. Dirasmikan oleh Puan Suryani Musa, Pengerusi PEWAKAS Johor.

07/03/2024

𝘼𝙨 𝙨𝙖𝙡𝙖𝙢 𝙙𝙖𝙣 𝙨𝙖𝙡𝙖𝙢 𝙨𝙚𝙟𝙖𝙝𝙩𝙚𝙧𝙖☺️

𝙅𝙪𝙖𝙡𝙖𝙣 𝙎𝙖𝙢𝙥𝙪𝙡 𝙍𝙖𝙮𝙖 𝙋𝙀𝙒𝘼𝙆𝘼𝙎 𝙅𝙤𝙝𝙤𝙧 2024

𝙏𝙖𝙝𝙪𝙣 𝙣𝙞, 𝙋𝙀𝙒𝘼𝙆𝘼𝙎 𝙅𝙤𝙝𝙤𝙧 𝙖𝙙𝙖 𝙟𝙪𝙖𝙡 𝙨𝙖𝙢𝙥𝙪𝙡 𝙧𝙖𝙮𝙖 𝙩𝙖𝙪! 𝙈𝙚𝙝 𝙡𝙖 𝙗𝙚𝙡𝙞 𝙙𝙖𝙣 𝙨𝙪𝙥𝙥𝙤𝙧𝙩😘

𝙋𝙪𝙖𝙣2 𝙗𝙤𝙡𝙚𝙝 𝙙𝙖𝙥𝙖𝙩𝙠𝙖𝙣 𝙢𝙚𝙡𝙖𝙡𝙪𝙞 𝙨𝙖𝙮𝙖 𝙖𝙩𝙖𝙪 𝙚𝙭𝙘𝙤 - 𝙚𝙭𝙘𝙤 𝙡𝙖𝙞𝙣.

1. 𝘼𝙞𝙨𝙝𝙖𝙝 𝙃𝙖𝙡𝙞𝙙
𝙝𝙩𝙩𝙥://𝙬𝙖𝙨𝙨𝙖𝙥.𝙢𝙮/60127379125/𝙨𝙖𝙢𝙥𝙪𝙡𝙧𝙖𝙮𝙖𝙥𝙚𝙬𝙖𝙠𝙖𝙨

2. 𝙉𝙤𝙧𝙞𝙖𝙣𝙩𝙞 𝘿𝙖𝙡𝙞𝙠
𝙝𝙩𝙩𝙥://𝙬𝙖𝙨𝙨𝙖𝙥.𝙢𝙮/60177140831/𝙨𝙖𝙢𝙥𝙪𝙡𝙧𝙖𝙮𝙖𝙥𝙚𝙬𝙖𝙠𝙖𝙨

𝙎𝙖𝙢𝙥𝙪𝙡 𝙧𝙖𝙮𝙖 𝙣𝙞 *𝙩𝙚𝙧𝙝𝙖𝙙*..

𝙃𝙖𝙧𝙜𝙖 𝙍𝘼𝙃𝙈𝘼𝙃 𝙡𝙖𝙜𝙞 𝙩𝙪😝
1 𝙥𝙚𝙠 (30 𝙥𝙘𝙨) - 𝙍𝙈10 𝙟𝙪𝙧

#𝙥𝙖𝙩𝙥𝙖𝙩𝙨𝙞𝙠𝙪𝙡𝙞𝙥𝙖𝙩

01/01/2023

Selamat tahun baru.. 2023

Photos from Pewakas JKDM Johor's post 05/12/2022

𝗣𝗘𝗥𝗧𝗔𝗡𝗗𝗜𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗦𝗔𝗞𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗡𝗨 𝗦𝗜𝗛𝗔𝗧 𝗔𝗡𝗝𝗨𝗥𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗪𝗔𝗞𝗔𝗦 𝗞𝗟𝗨𝗔𝗡𝗚

04 Disember 2022 - Pewakas JKDM Johor dijemput sebagai juri dan jemputan bagi Pertandingan Masakan Menu Sihat oleh Pewakas Kluang. Program ini telah dihadiri oleh Pengerusi Pewakas Johor iaitu Puan Hafizah binti Abdul Wahab dan AJK Pewakas JKDM Johor.

Photos from Pewakas JKDM Johor's post 17/11/2022

17 November 2022 - Majlis Penutup 40 Days Weight Loss Challenge.

Photos from Pewakas JKDM Johor's post 12/09/2022

𝗞𝗨𝗡𝗝𝗨𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗛𝗢𝗥𝗠𝗔𝗧 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗬𝗕𝗛𝗚. 𝗗𝗔𝗧𝗜𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗘𝗥𝗨𝗦𝗜 𝗣𝗘𝗥𝗦𝗔𝗧𝗨𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗟𝗨𝗔𝗥𝗚𝗔 𝗣𝗢𝗟𝗜𝗦 (𝗣𝗘𝗥𝗞𝗘𝗣) 𝗞𝗢𝗡𝗧𝗜𝗡𝗝𝗘𝗡 𝗝𝗢𝗛𝗢𝗥.

Johor Bahru, 11 September 2022 – YBrs. Puan Normala Binti Che Man, Pengerusi PEWAKAS Johor bersama Jawatankuasa PEWAKAS Johor berkunjung ke Rumah PERKEP dan disambut mesra oleh YBhg. Datin Suriati Binti Muhamad, Pengerusi PERKEP Kontinjen Johor.

Turut hadir bersama Puan Sharifah Mazni Binti Syed Kassim, Pemangku Naib Pengerusi PERKEP Kontinjen Johor, Puan Zai’ah Binti Muhamad, Ketua Biro Komunikasi Korporat, Puan Azini Binti Mamat, Ketua Biro Kebajikan, Puan Sarina Binti Razali, Ketua Biro Sukan, Puan Ellysyafina Binti Md Dali, Ketua Biro Seni dan Budaya serta Ahli Jawatankuasa PERKEP Kontinjen Johor.

Selain beramah mesra, pertemuan berlangsung selama 3 jam itu, membincangkan pelbagai aktiviti yang akan dilaksanakan secara kolaborasi bagi kedua-duanya.

Photos from Pewakas JKDM Johor's post 07/09/2022

Program 40 days Weight Loss Challenge akan berakhir pada 22 September 2022 [Khamis]. Berikut merupakan program yang akan dijalankan..

Photos from Pewakas JKDM Johor's post 15/08/2022

14 Ogos 2022 - Seramai 141 orang Pegawai JKDM menyertai Program 40 Days Weight Loss Challenge iaitu antara Program bulanan PEWAKAS AaFiyat Tahun 2022 anjuran bersama PEWAKAS Johor, Olive House Cawangan Selatan serta pihak KMJ Global. Program ini dimulakan dengan kata alu aluan oleh Pengerusi PEWAKAS JKDM Johor iaitu Puan Normala Binti Che Man dan dirasmikan oleh isteri Ketua Pengarah Kastam Malaysia, YBhg Datin Nor Hashimah Binti Abu Hani, Yang Dipertua PEWAKAS Malaysia serta Ustaz Aidil Azwal Zainudin iaitu Presiden Aafiyat Group. Program 40 Days Weight Challenge ini bermula dari 14 Ogos 2022 sehingga 22 September 2022 dan pemenang akan diumum pada majlis penutupan program PEWAKAS Aafiyat pada Disember 2022. Para peserta diberi bimbingan oleh Pakar Kesihatan iaitu Dr Zubaidi Ahmad mengenai pemakanan diet sihat, pengurusan stress info kesihatan dan lain-lain lagi. Beliau juga akan terus membimbing para peserta menerusi group telegram khas sehingga Disember 2022 bagi peserta yang menyertai Program ini.
Pegawai dari KKM Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (Wellness Hub) turut terlibat dalam menjayakan program ini menerusi Program Pengurusan Berat Badan (IFitEr) dengan menimbang berat badan, peratusan lemak dalam badan, BMI dan lain lain kepada para peserta.

Photos from Pewakas JKDM Johor's post 03/08/2022

*40 DAYS WEIGHT LOSS CHALLENGE*

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Sukacita dimaklumkan Pewakas Johor akan menganjurkan program *40 Days Weight Loss Challenge* (2022) terbuka kepda semua warga Jkdm Johor.

*Program ini akan bermula pada 14/8/2022 dan berakhir pda 22/9/2022*

*Hadiah bagi para pemenang* :

*Pemenang Utama* = Gold Bar, Hadiah Wang Tunai RM1,000 beserta produk kesihatan Olive House selama setahun.

*Pemenang Ke-2*= Hadiah Wang Tunai RM600 beserta produk kesihatan Olive House selama setahun.

*Pemenang Ke- 3*= Hadiah Wang Tunai RM300 beserta produk kesihatan Olive House selama setahun.

*Pemenang Ke- 4 sehingga Ke-13*= Hadiah Wang Tunai RM50

Bagi menjayakan program ini
1. Para peserta akan diundang untuk menghadiri pelancaran dan perasmian program pada 14.8.2022.

2.Para peserta akan dibimbing oleh pakar kesihatan *Dr Zubaidi Ahmad*.

3. Para peserta akan diundang untuk menghadiri kursus yang disediakan dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia.

4. Para peserta akan didaftarkan di dalam grup telegram di bawah bimbingan pakar kesihatan Dr Zubaidi Ahmad tentang pemakanan diet sihat, pengurusan stress, info kesihatan dan lain-lain lagi.

5. Hadiah-hadiah mingguan disediakan dan akan diumumkan di dalam grup telegram.

6. Sijil penyertaan akan diberikan kepada semua peserta pada majlis penutup program.

7. Setiap peserta akan memperolehi produk kesihatan Habbatus Sauda.

*Tarikh tutup penyertaan ialah pada : 10 Ogos 2022*

Sesiapa yang berminat boleh klik link google form dan link grup telegram yang diberikan.

_Sebarang pertanyaan sila hubungi Biro Agama, Kebajikan dan Pendidikan Pewakas Johor: Pn Noryati Binti Mat Yunus di talian 0127035406_

*Terima kasih*

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Johor Bahru?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Website

Address


Johor Bahru
80350