Afiat Wellness : Anti-Inflammatory Diet
• SIHAT ITU AMANAH •
The best six doctors are sunshine, water, rest and air, exercise and diet.
08/04/2026
Kadang kita tunggu “masa sesuai” untuk berubah.
Hakikatnya—masa itu tak pernah datang.
Yang datang cuma tanda-tanda tubuh mula rosak perlahan-lahan.
Letih yang tak hilang walaupun tidur.
Berat naik tanpa sebab jelas.
Fikiran serabut, emosi cepat meletup.
Dan yang paling bahaya…radang senyap yang kita tak nampak.
Hakikat yang ramai tak nak dengar:
Tubuh kita bukan rosak tiba-tiba.
Ia rosak sedikit demi sedikit… setiap hari kita abaikan.
* Makan berlebihan gula → insulin spike → simpan lemak
* Kurang tidur → hormon cortisol naik → badan simpan radang
* Stress kronik → sistem imun jadi tak stabil
* Kurang gerak → metabolisme jadi perlahan
Kajian menunjukkan, keradangan kronik tahap rendah (chronic low-grade inflammation adalah punca kepada hampir semua penyakit moden:
diabetes, darah tinggi, penyakit jantung, autoimmune, bahkan kanser.
Tapi ironinya…
kita hanya panik bila simptom sudah kuat.
RESET bukan sekadar diet.
RESET adalah keputusan untuk kembali kepada fitrah tubuh.
Reset bermaksud:
* Berhenti ulang tabiat lama yang memusnahkan
* Memberi ruang tubuh untuk repair & regenerate
* Menyusun semula hidup dengan ilmu, bukan emosi
Secara fisiologi:
Sel badan kita sentiasa diperbaharui
Usus boleh regenerate dalam beberapa hari
Sel darah merah bertukar setiap ±120 hari
Hormon boleh stabil semula jika gaya hidup diperbetulkan
Maknanya?
Tubuh anda memang dicipta untuk sembuh.
Tapi anda kena berhenti merosakkannya dulu.
Masalah utama bukan TAK TAHU
Masalah utama adalah:
TANGGUH
“Esok lah start…”
“Lepas raya lah…”
“Busy sekarang…”
Sedangkan setiap hari kita tangguh,
kerosakan tetap berjalan tanpa pause.
Reset kehidupan = reset cara berfikir
Bukan sekadar:
❌ “Aku nak kurus”
Tetapi:
✅ “Aku nak sihat untuk hidup lebih bermakna”
Bukan sekadar:
❌ “Nak hilang simptom”
Tetapi:
✅ “Nak pulihkan sistem tubuh dari akar”
Bukan sekadar:
❌ “Nak cuba-cuba”
Tetapi:
✅ “Aku ALL OUT, sebab ini tentang hidup aku”
Realiti yang sentap sikit…
Ramai orang:
Lebih sanggup invest pada phone baru
Daripada invest pada kesihatan sendiri
Lebih disiplin kejar deadline kerja
Daripada disiplin jaga makan & tidur
Lebih takut kehilangan duit
Daripada kehilangan kesihatan
Sedar sebelum terlambat
Kerana bila tubuh dah “collapse”:
* Masa tak boleh diundur
* Duit tak boleh beli kesihatan sepenuhnya
* Penyesalan datang… tapi dah lambat
Reset bukan mudah. Tapi perlu.
Ia perlukan:
* Ilmu yang betul
* Sistem yang jelas
* Support yang kuat
* Disiplin tanpa kompromi
Dan paling penting…
NIAT yang jujur untuk berubah kerana Allah
Kalau hari ini anda masih boleh bangun, berjalan, berfikir…
Itu bukan tanda anda sihat sepenuhnya.
Itu cuma tanda…
Allah masih beri peluang untuk anda reset hidup.
Jangan tunggu badan rebah baru nak berubah.
Kerana waktu itu,
bukan lagi “reset”…
tapi survival.
DrAA✍️☺️
Afiat Wellness Sdn Bhd
Siti Khadijah Rohani Yaakop Rohana Ismail
26/12/2025
Ramai rasa masih sihat.
Boleh kerja, boleh senyum, boleh teruskan hidup.
Tapi sedikit demi sedikit,
radang senyap sedang mengganggu apa yang paling halus dalam tubuh:
hormon dan sistem reproduktif
🔬 Kenapa radang mengganggu hormon & kesuburan?
Kerana radang:
* mengganggu isyarat hormon dari otak ke ovari & te**is
* meningkatkan hormon stress (cortisol) yang menekan hormon reproduktif
* mengganggu ovulasi, kualiti telur & sperma
* menjejaskan lapisan rahim dan keseimbangan hormon haid
Akhirnya, apa yang diharapkan sebagai ziarah zuriat
bertukar menjadi air mata dan persoalan tanpa jawapan.
Ramai wanita dan lelaki tidak sedar,
masalah ini bermula lama sebelum dari pertemuan pertama o**m dan sperma lagi....ya dah lama.
Dalam sesi Zoom ini, kami kongsikan:
✔️ bagaimana radang senyap merosakkan hormon secara perlahan
✔️ kaitan usus, stress dan sistem reproduktif
✔️ apa yang boleh dibuat sebelum terlambat dan menyesal
👉 Kesuburan bukan tentang nasib,
ia tentang kesihatan dalaman yang dijaga.
📩 Jom join sesi Zoom bersama kami
🌿 Kenali Program Anti-Inflammatory / Hormon Diet (HD) yang insyaALLAH mungkin akan menjadi asbab kesembuhan anda. 🤲🏻🤲🏻
12/11/2025
“Some people speak not to express truth, but to reveal their hearts — whether pure or dark.
Alhamdulillah, for through every test, Allah allows us to see clearly who we are… and who truly leads with professionalism and integrity.”
Dr AA✍🏻😌
19/08/2025
Ramai tak sedar…
Otot kaki bukan sekadar untuk berjalan atau berdiri.
Ia adalah “pump” semula jadi untuk aliran darah, saraf & sistem limfa.
Kalau otot kaki makin berkurang → risiko kencing manis, darah tinggi & radang kronik meningkat.
📊 Kajian buktikan, kurang j***m otot = lebih tinggi risiko metabolic disease.
Otot yang kuat = kawalan gula darah lebih baik, jantung lebih sihat & umur lebih panjang.
👉 Inilah ilmu yang kami bongkarkan dalam Program Anti Radang Afiat Wellness
Bersama Dr AA, Dr Zul & team pakar serta coach berpengalaman
📌 Bukan sekadar teori – tapi strategi praktikal yang boleh anda buat setiap hari!
Dr AA 🙂
Simple things yang selalu orang ambil ringan… tapi sangat menyedihkan bila dah terlambat.
❤️ Jantung dan salur darah.
Semua orang tahu jantung penting.
Tapi tak ramai yang jaga.
Contoh simple yang selalu orang take for granted:
1. Tidur cukup.
“Ala, nanti-nantilah tidur… kerja banyak ni.”
→ Padahal waktu tidur malam itulah masa jantung dan salur darah pulih.
2. Air kosong.
“Tak sempat minum air hari ni.”
→ Darah jadi pekat, jantung kena pam lebih kuat.
3. Stres harian.
“Biasalah kerja… tekanan tu biasa.”
→ Stres kronik rosakkan salur darah perlahan-lahan.
Silent damage. Sampai satu masa… Boom – serangan jantung.
4. Sarapan lewat atau tak makan langsung.
“Tak sempat makan pagi tadi.”
→ Glukosa naik turun mendadak, bebankan pankreas, ganggu tekanan darah.
5. Jalan kaki 20 minit.
“Esok lah jogging.”
→ Padahal, 20 minit berjalan setiap hari boleh kurangkan risiko penyakit jantung hingga 30%!
💔 Bila sakit datang… baru sedar.
Jantung berdegup 100,000 kali sehari untuk kita…
Tak mintak balasan pun.
Cuma harap kita jaga.
Jangan tunggu sesak nafas.
Jangan tunggu rasa mencucuk dada.
Jangan tunggu disahkan salur jantung tersumbat 90%.
Mulakan hari ini.
💧 Minum air.
🥗 Makan real food.
😴 Tidur awal.
🚶♂️ Bergerak.
🧘♀️ Tenangkan fikiran.
Kerana bila jantung berhenti, semua impian pun turut terhenti.
Dr AA 🙂
Anti Inflammatory Program
PM ME FOR MORE DETAILS.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Address
Johor Bahru

18/12/2025
19/08/2025
08/06/2025