Skin Dessert JOHOR BAHRU

Skin Dessert JOHOR BAHRU

Share

Skincare Addicted ✨

Photos from Skin Dessert JOHOR BAHRU's post 08/10/2022

Holla girls, hari ini i nak share sikit acne sebab purging dengan breakout nih ! Sebab ramai sangat yang keliru jenis jerawat bila cuba sesuatu yang baru dekat skin kita. Bila jerawat naik jeee terus dok fikir PURGING atau BREAKOUT?

Kadang keliru kan. Jom kita kenal acne dua tu, sebelum korang terkejut bila tengok jerawat naik tibahh !!

✨ P U R G I N G
Biasa berlaku bila kulit sedang menerima bahan baru iaitu BAHAN AKTIF untuk INCREASE CELL TURNOVER.

Tujuannya MENENDANG / MELAKUKAN PEMBERSIHAN dari kekotoran, minyak dan sel kulit mati.

Bahan aktif biasa purging :
AHA - Lactic Acid, Glycolic Acid, Mandelic acid, 
BHA - Salicylic Acid
Retinol /Retinoids (Vitamin A)
Benzoyl Peroxide
Vitamin C

Purging terjadi bila tempat biasa selalu naik jerawat. Tempoh berlaku antara 2minggu hingga ke 6minggu atau 12 minggu

✨ B R E A K O U T
Breakout jadi bila liang pori tersumbat.,alergik atau iritasi kesan dari pemakaian produk.

BREAKOUT disebabkan:
Bahan bahan camedogenic yang menyebabkan pori tersumbat, oil production atau hormon.Jerawat tumbuh tempat yang tak biasa naik jerawat.

Jelas la boleh kita tahu kulit tak dapat nak tolerate dengan bahan yang kita pakai.

Jerawat muncul berbulan lamanya serta pakej jadi merah, bengkak serta bernanah. So, serta merta la berhenti penggunaan. Jangan pakai lagi.

Dapatkan rawatan yang tepat sebelum ia menjadi lebih teruk.

Photos from Skin Dessert JOHOR BAHRU's post 06/10/2022

Hello girl , im here again ✨
Today i nak share about acne spot . I think kena prepare kot dekat rumah , bagi mengelakkan dari memecit jerawat right ? Dan merebak ke tempat lain . Eeuuww , sudah nak rawat lagi luka dan dark spot yang gelap dekat skin. 
So , korang kena ready siap siap dekat rumah incase jerawat naik tiberrr . Terus apply dekat muka selepas pakai mosturiser ok ? Is better dan waktu malam 🫶🏻
Ini antara yang dah i cuba , sewaktu jerawat menjelma tiba tiba . 
First , paling love dekat T3 , cause ingredient dia memang power full untuk acne yang naik dan lagi cepat dia nak masak dan keluarkan jerawat yang ada. Tapi tak boleh pakai selalu , dia akan buat skin jadi kering . Salicyclic acid memang power full for acne , but don’t use selalu kalau tak nak skin jadi lagi kering. 
Second , i s**a dekat Acne Plus YOU . Sebab dia ada effect cooling . Sangat membantu meredakan rasa gatal , radang merah pada jerawat . Tapi ambil masa untuk bantu kecutkan jerawat . Im try dia , ambil masa 2day untuk betul betul bantu jerawat keluar. Berbanding dengan T3 is more powerfull maybe 🫣 . 
Third is Acne Spot Gel Wardah , dia light light jee . Dia membantu juga lah untuk redakan radang dan kecutkan jerawat . Tapi lambat sikit for me . But ia membantu juga. Kot dengan i dia tak ok dengan orang lain dia ok 🫶🏻. Memandangkan dia pun ada salicyclic acid , jangan guna selalu ok . 
Penting jaga hydration kulit you baik-baik , its going better bila apply acne spot . 
 


Photos from Skin Dessert JOHOR BAHRU's post 01/10/2022

Kulit banyak BLACKHEADS & KUSAM? 
Try DOUBLE CLEANSING ✨
For real guys, i speak based on facts and experience. Double cleansing sangat membantu mengurangkan pembentukan blackheads di kulit dan buatkan kulit nampak sihat dan sedap.
Yall should include double cleansing in your skincare regime too kalau nak kulit nak glowy, no mercury needed 
Salah satu punca jerawat adalah sebab muka tak dicuci dengan betul. Maksudnya awak jenis kalau keluar mesti akan sapu cc cream atau foundation atau bedak compact. Tapi xbuat double cleansing. 
Apa maksud double cleansing? Double cleansing ni maksudnya awak tak cuci muka awak tu dengan make up remover dulu sebelum cuci muka. Kesannya pori tersumbat then menghasilkan jerawat.
Bila jerawat dah timbul, masa ni kena jaga betul2 muka. Cukupkan 5 rutin. Kukuhkan skin barrier. Tapi again, rutin pun tak cukup. So lagi jerawat tak surut. 
So gais, if awak pakai any barang kosmetik di muka, even sunscreen pun, cucilah dengan micellar water atau make up remover ok.
Then cukupkan 5 rutin. Maksudnya guna cleanser, toner, mask, moisturizer dan sunscreen dalam penjagaan wajah. In shaa Allah dengan produk yang betul, kulit anda akan kembali sihat sedikit demi sedikit. Believe me. 😊

 


Tips Skincare by Eeka 30/09/2022

Hello guys , eeka ada buat channel untuk skincare . Sharing tips skincare , and untuk avoid produk yang boleh mix dan tak boleh mix dalam ini .

Banyak isu skin breakout etc sekarang nie, jom kita belajar sama pasal skincare . Supaya kita tak termakan skincare or kosmetik viral 🫶🏻

Jempu join kalau awak rasa ia bermanfaat ok.

Tips Skincare by Eeka Ada tips penjagaan muka yang betul? Boleh percaya ke? Ada yang bertanya, penting ke jaga muka sangat? Soalan ini sangat basic. Kita mahu berdepan dengan orang ramai. Kadang-kadang rasa rendah diri bila rasa diri tidak cantik. Bagaimana cara penjagaan ?

26/09/2022

Muka togel jee lepas cuci , okeee jee . 
Big nooo ok . Jangan pernah biarkan skin terbiar tanpa skincare sebab your skin memang tak boleh nak berfungsi sendiri dengan baik tanpa bantuan dari skincare. 
Always reapply balik skincare setiap kali you cuci muka ke , berwudhuk ke , reapply sunscreen ke , with or without cleanser.
Yes, setiap kali you ambil wudhuk make sure you reapply balik your skincare, right after lepas ambil wudhuk tu. Reapply benda yang basic je macam hydrating toner, moisturizer & sunscreen. 
Tak reapply serum ke essence tak apa its ok jee. Kalau nak reapply pun boleh je kalau rajin & tak kesah benda tu cepat habis 😂.
✨ Kenapa kita perlu reapply ? 
Sebab ini adalah salah satu cara untuk maintain skin moisture. Kadang ada orang pelik, kenapa dah guna hydrating product tapi kulit masih terasa kering jee kan ?
Punca nya adalah dia apply skincare time buat PROPER skincare routine je iaitu pagi & malam. Lepas amik wudhuk dia tak reapply pape.
Untuk kulit yang takde problem, memang semulajadi flawless, boleh lah kalau rasa tak sayang dah skin herlok tue . Tapi untuk kulit yang ada problem, skin barrier lemah, or yang ada dehydrated skin, this is a big no no. 
Please jaga hydration and protect your skin . Ruginya penat jaga sebab acne breakout tapi biarkan muka togel 😭. 


25/09/2022

Punca Jerawat - Micellar Water 💦

Step nie ramai sangat yang tak tahu dan paling ramai skip buat. Ramai beranggapan micellar water hanya untuk remove make up. Bila bangun pagi terus cuci muka end up biar muka sampai lah betul betul waktu nak mandi baru kita cuci then pakai skincare routine . Betul tak ? ( samalah dengan eeka , tapi dulu lah 😜 )

Kotoran dari sarung bantal etc yang melekat sewaktu kita tidur tanpa kita sedar. Tahu tak kotoran yang ada pada muka sewaktu tidur juga boleh buat pori kita tersumbat dan naik jerawat. Inilah punca jerawat tanpa kita sedar . Walaupun tiap malam sebelum tidur dah buat step OCM nie 🫣.

Nampak tak pentingnya micellar nie untuk kita bersihkan pori dan muka selepas bangun tidur.

Lepas nie korang boleh tukarkan micellar water nie waktu bangun pagi then bilas , terus apply mosturiser and sunscreen. Untuk kekalkan kelembapan dan protect your skin. ( jika belum rasa nak terus mandi lah , biasa mak mak kan settle apa yang patut baru mandi ).

Kalau terus mandi bersiap pergi kerja etc, lepas bersihkan dengan micellar then bilas dengan gentle cleanser and buat skincare routine. Jangan lupa reapply sunscreen .

Photos from Skin Dessert JOHOR BAHRU's post 24/09/2022

KENAPA KULIT PERLU CERAMIDE?


Untuk sedia maklum, dalam kulit kita memang dah ada ceramide semulajadi.
Tapi bilangan ceramide ni makin berkurangan atas beberapa faktor.

Contohnya kulit terdedah dengan cahaya matahari terlalu lama boleh menyebabkan kulit jadi rosak. Bila umur makin meningkat, ceramide juga turut menurun. Kekurangan ceramide tu yang buat skin barrier kita jadi lemahhhhh. 
Bila dah lemah, tu yang boleh jadi kulit kering, kasar, kedut, sensitif dan boleh jadi kemerahan.


✨ Kebaikan ceramide untuk kulit :
- Ceramide merupakan bahan anti-penuaan yang kuat— ianya lebih kuat berbanding retinol, niacinamide dan peptide
- Menguatkan skin barrier
- Melindungi kulit dari iritasi dan memperbaiki sel kulit rosak
- Menghaluskan struktur kulit
- Melembapkan kulit
- Mengurangkan sembap dan dark circles
- Mengurangkan kegatalan dan kemerahan
- Skin barrier yang sihat akan menghasilkan kulit yang gebu, licin dan anjal
- Membantu mengurangkan garis halus dan kedutan di wajah

✨ Bagaimana ceramide berfungsi untuk kulit?
- Ceramide berfungsi seperti "gam" yang memegang sel kulit 
- Ibarat Ceramide ni adalah simen, dan sel kulit adalah batu bata. Ianya membentuk satu lapisan untuk melindungi kulit dari kehilangan lembapan dan melindungi kulit akibat pencemaran dan persekitaran.

24/09/2022

Ramai fikir kulit sihat jee mesti yang berkilat memancor macam letak spotlight dan liang pori terus hilang macam kene kikis dengan kertas pasir.

Itu bukan kulit sihat tapi kulit menipis akibat produk yang tidak selamat untuk digunakan.

Sebenarnya kulit yang sihat adalah kulit yang bersih. Bersih yang macam mana tue ? Liang pori still nampak tapi minimize sebab pori bersih. Kulit nampak plumpy, skin tetap ade sedikit cela cuma tak obvious. Skin glowing tapi glowing secara semulajadi sebab skin barrier dah sihat. Itu maksud kulit sihat.

Nak kulit sihat memang takde jalan yang mudah. Dan “TAK WUJUD” pakai 1 JENIS PRODUK dapat kulit cenggini. Memang ade step by step dia untuk dapatkan kulit yang sihat.

Tak apa lah kulit tak putih melepak pun takpe apalah. Penting ”SKIN BARRIER” sihat cukup hydration auto skin nampak plumpy dan glowing ✨🫶🏻

Photos from Skin Dessert JOHOR BAHRU's post 19/09/2022

Hye girls , 
Just nak share , macam mana i handle my acne dan redness skin semasa proses purging haritu. Its really work on myskin, membantu mengurangkan radang kulit, gatal pada hidung dan tepi p**i. 
First apa yang i buat , i stop sekejap gunakan new skincare yang buat skin i purging. Then back to basic skincare . Then i add on serum dari nurfellabeauty nie untuk redakan lagi radang kulit. 
Dalam sehari dua radang tue memang sangat berkurang , dan bekas parut tidak terlalu gelap sebab ada glutathion dalam serum. 
I tak stop terus semua skincare , im just back to basic dan hydrate balik myskin dengan gentle cleanser and mosturiser, tak lupa protect betul betul skin dengan suncreen. Dan i akan sentiasa re apply mosturiser dengan sunscreen 2 - 3 jam. Selepas beberapa hari im back guna new skincare baru but , i kurangkan pemakaian. 
Alhamdulillah, tak lama untuk redakan acne and redness tue. So korang bole try ok 🫶🏻 


Photos from Skin Dessert JOHOR BAHRU's post 18/09/2022

Hye girls , im just sharing for gentle cleanser for my acne. 
This cleanser , gentle cleanser yang best i pernah try . Sebab dia tak buat muka i lagi sticky ketat dan tegang langsung. Tapi buat skin jadi sangat lembut dan lembap sangat lepas bilas. 
Paling best dia sangat membantu redakan kulit i yang tengah radang kemerahan sebab jerawat. Rasa sejuk selepas cuci sangat sangat cool and calm down my skin. 
Texture gel yang lembut dan tak banyak buih buat i rasa nak cuci selalu 😜. But no no , terlebih cuci can get irritiated. So cukup sehari 2kali jee
Masuk botol ke empat i pakai, parut jerawat pun nampak sangat pudar. Bau dia pun sangat soft untuk korang cuba. 
Serius tak menyesal korang try !

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Johor Bahru?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


Jalan Kempas Lama, Kempas Utama, Tebrau
Johor Bahru
81300