Mari Jaga Kesihatan

Mari Jaga Kesihatan

Share

Terdapat dua jenis penyakit radang rawan sendi lutut atau lebih dikenali osteoarthritis..

09/11/2022
08/11/2022

KEBAIKKAN DAN KEPENTINGAN MAKANAN SEIMBANG KEPADA TUBUH BADAN.

Isi-isi penting :

1) Membekalkan zat dan nutrien yang cukup
2) Mengurangkan risiko menghadapi penyakit
3) Memberikan kesihatan mental yang stabil
4) Meningkatkan kecantikan rupa paras
5) Mampu mengawal kadar obesiti
5) Membantu pembesaran fizikal yang lebih sempurna

07/11/2022

PUNCA SAKIT BAHU

- Lenguh / sengal badan
- Rasa pedih / tidak selesa di bahagian bahu / leher

Ia boleh jadi lebih kronik jika dibiarkan terlalu lama.

Sendi bahu mengawal pelbagai pergerakkan dilakukan dibahagian bahu / tangan. Ini juga penyebabkan " FROZEN SHOULDER".

03/11/2022

PROMOSI 11.11 KEMBALI LAGI 🥳

HARGA COLLJOINT TURUN KAW-KAW 🔥

JANGAN TUNGGU LAMA GUYS , CEPAT DAPATKAN COLLJOINT UNTUK KESIHATAN ANDA ❤️

BERMULA DARIPADA 5/11 - 11/11 SAHAJA 👍🏻
HANYA 7 HARI PROMOSI INI BERJALAN 🔥

01/11/2022

Makanan bebas gluten. Kajian mendapati bahawa mengurangkan pengambilan gluten (iaitu gluten, yang lebih tinggi dalam gandum, rai, dan barli) boleh mengurangkan sakit sendi, keradangan, dan meningkatkan fungsi sendi. Walau bagaimanapun, sebelum mengamalkan diet bebas gluten, pesakit harus berunding dengan doktor mereka untuk mengetahui sama ada ia sesuai untuk mereka.

01/11/2022

Makanan yang mengandungi probiotik. Pertumbuhan bakteria berbahaya yang berlebihan dalam usus akan merangsang sistem imun untuk menghasilkan antibodi yang menyerang tisu autoimun, seterusnya menyebabkan osteoarthritis. Jadi untuk mempunyai sendi yang sihat, adalah penting untuk mempunyai flora usus yang sihat. Yogurt biasa, kimchi, dan lain-lain kaya dengan probiotik, yang boleh mengekalkan keseimbangan flora usus manusia.

31/10/2022

Senaman Untuk Jantung Sihat

Adakah anda sangat berhati-hati tentang diri anda kerana setiap kali anda aktif, anda berasa tidak selesa? Sebenarnya, senaman sangat bagus untuk anda. Senaman untuk jantung yang sihat amat diperlukan oleh diri anda supaya dapat membantu anda mencegah penyakit jantung. Menjadi aktif dengan senaman untuk jantung akan:-

- Menguatkan jantung
- Kurangkan tekanan darah
- Mencapai dan mengekalkan berat badan yang sihat
- Mengurangkan tekanan
- Meningkatkan keyakinan diri
- Mendapat tidur dengan lebih baik

Bagaimana dan Berapa Lama Masa Bersenam?

Sekiranya anda tidak aktif sekarang, beransur-ansur untuk melakukannya hingga sesi aerobik sekitar 20 hingga 30 minit, sekurang-kurangnya tiga atau empat kali seminggu. Ingat, bermula dengan perlahan-lahan mengikut kemampuan anda. Senaman untuk jantung yang sihat bergantung kepada anda. Lebih banyak anda boleh lakukan, lebih baik.

27/10/2022

SI joint pain relief🙌Sacroiliac (SI) joint pain has been requested by many of you for me to make a video on. I always have to note that you rly need to be evaluated by a physical therapist first. However, there are a few exercises that I've used to help! I;m doing a few sets of all of these. They're also good for preventing SIJ pain in the first place, so use as your morning mobility as well!

26/10/2022

Punca sakit sendi babitkan pelbagai faktor

Beliau berkata, pencegahan boleh dilakukan dengan kembali kepada asas pengambilan pemakanan ditetapkan Panduan Diet Malaysia.

Katanya, akan ramai melihat kenyataan itu sebagai ironik tetapi apabila ahli pemakanan negara membuat satu Panduan Diet Malaysia, mereka perlu juga merujuk panduan yang ada di luar negara.

"Di Amerika Syarikat (AS), melalui kajian The Nurses Health Study II membabitkan hampir 116,400 jururawat wanita di negara itu, mendapati 0.4 peratus (347 orang) daripada kumpulan jururawat itu yang mendapat Rheumatoid arthritis adalah mereka yang tidak mengamalkan pemakanan sihat selama tempoh 20 tahun kajian dijalankan.

"Walaupun, angkanya dilihat hanya 0.4 peratus tetapi di sini, kita perlu faham apa sebenarnya yang berlaku. Daripada jumlah lebihan jururawat yang tidak mendapat Rheumatoid arthritis ini, yang didapati mengambil pemakanan sihat seperti buah-buahan, sayuran, makan yang tinggi serat seperti bijirin penuh.

"Selain kurangkan makanan berlemak, mereka yang terbabit dalam kajian ini tidak mendapat sakit sendi itu kerana bersenam melalui amalan gaya hidup sihat," katanya.

Bagi mereka yang mendapat Rheumatoid arthritis, Dr Barakatun Nisak memberitahu, sebenarnya ia bukan sahaja berunsurkan pemakanan, sebaliknya pendekatan secara menyeluruh.

"Sebagai contoh, pesakit yang datang mendapat rawatan sendi seperti Rheumatoid arthritis atau sakit lutut arthritis, kebanyakan mereka mengalami berat badan berlebihan.

"Kajian dunia menunjukkan dalam kalangan pesakit yang menghidap Rheumatoid and Musculosketal Diseases (RMDs), 20 hingga 30 peratus pesakit mereka yang obesiti.

"Jika masalah kesihatan sudah diagnosis doktor dan mengalami obesiti, ia akan meningkat lima kali ganda kesan kepada pesakit berbanding pesakit yang mempunyai sakit sendi tetapi tidak gemuk," katanya.

Katanya, merokok akan mengakibatkan dua kali ganda kesan buruk kesakitan kepada pesakit sendi berbanding tidak merokok.

Jenis makanan

Beliau berkata, langkah awal diambil bagi pesakit sendi obesiti adalah pengurusan penurunan berat badan.

"Apabila pesakit obesiti dapat menurunkan berat badan, lima hingga 10 peratus secara signifikannya dapat mengurangkan rasa sakit.

"Jika nak sembuh sepenuhnya, ia agak mustahil tetapi proses mengurangkan rasa sakit boleh berlaku termasuk pesakit dapat bergerak dengan lebih baik berbanding keadaan ketika sakit menyerang tanpa bebanan berat badan," katanya.

Sesetengah penyakit sendi disebabkan keradangan seperti Systemic Lupus Erythematosus (SLE) dan Rheumatoid arthritis.

"Apabila keradangan, pakar perubatan akan menasihatkan pesakit untuk pengambilan diet atau pemakanan dapat mengurangkan keradangan itu.

"Ini termasuk buah-buahan, sayuran, ikan yang kaya dengan kandungan Omega 3 seperti ikan laut dalam (kembung, tongkol, salmon, tenggiri dan tuna).

"Ramai tidak tahu ikan sangat kaya dengan asid lemak Omega 3 yang boleh mengurangkan keradangan.

"Makanan perlu dielakkan adalah gula berlebihan, bergaram dan lemak tepu kerana akan meningkatkan tekanan oksidatif seterusnya memberi keradangan kepada tubuh," katanya.

Kuatkan otot

Pada era ini, Dr Barakatun Nisak menekankan perlunya pencegahan awal pada usia muda termasuk sakit sendi.

Katanya, bagi ibu bapa, penting untuk anak-anak menjalankan lebih banyak aktiviti fizikal seperti beriadah dan senaman kerana itu cara menguatkan otot mereka bermula usia muda.

"Walaupun ibu bapa memberikan makanan sihat, tetapi jika anak tidak bersenam, otot tidak dapat 'memanjang' dan menyebabkan bantut," katanya.

Antara faktor risiko yang tidak boleh diubah adalah apabila seseorang meningkat usia.

Perkara biasa apabila seseorang meningkat usia otot manusia semakin menyusut dan banyak memberi tekanan kepada tulang.

"Wanita menopaus segala hormon yang menjaga dalam badan ketika dalam umur reproduktif sudah tiada menyebabkan cenderung mendapat tulang rapuh," katanya.

Bagi yang mengalami sakit sendi lutut (knee arthritis), pakar perubatan turut memberikan makanan tambahan dikenal pasti bagi mengubati kesakitan itu seperti Glucosamine dan Chondroitin.

Katanya, pesakit dapat mengurangkan kesakitan bukannya untuk mencegah bagi mereka yang tidak mengalaminya.

"Semuanya berbalik kepada amalan hidup gaya sihat bermula daripada awal untuk mencegah sebarang penyakit," katanya.

25/10/2022

Kepentingan vitamin C

Vitamin C adalah penting untuk pelbagai fungsi fisiologi seperti pembentukan kolagen – sejenis protein yang memberikan struktur kepada tulang, rawan, otot dan saluran darah. Selain itu, vitamin C juga dikenali sebagai antioksida semula jadi yang membantu melindungi sel daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas.

Manusia yang kekurangan vitamin C, tidak boleh menggantikan kolagen di dalam badan mereka. Dengan itu, pelbagai jenis tisu dalam badan menjadi rosak dan ini membawa kepada penyakit skurvi (gusi yang bengkak berdarah dan kemerahan, penyembuhan luka lambat serta kehilangan gigi). Pada masa kini, kekurangan vitamin C dan skurvi adalah jarang berlaku. Gejala kekurangan vitamin C hanya berlaku jika pengambilan vitamin C adalah kurang daripada kira-kira 10 mg / hari untuk beberapa minggu.

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Johor Bahru?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Address


148/02
Johor Bahru
81100