De Scentique Parfum
De Scentique parfum merupakan wangian yang diinspirasi dari aroma jenama antarabangsa oleh FaRaH .Wa
13/01/2021
3 in 1 HANDBAG SHOULDER | Shopee Malaysia BRAND : NO BRAND ================= SHIPPING OTHERS WEST RM 10.00 EAST RM 15.00 ================= STOCK : 30 PCS ================= WEIGHT : 0.5KG ================= 3 IN 1 FASHION WOMEN STYLE 3 TYPE OF COLOUR ๐ BLACK ๐GREY ๐BROWN ๐ ALL READY STOCK IN MALAYSIA ๐BUY TODAY SHIP TODAY ๐S...
06/10/2020
Terdapat enam kategori wangian yang boleh menggambarkan personaliti si pemakai iaitu :
BUNGA-BUNGAAN : Dengan aroma wangian bunga-bungaan yang akan memperlihatkan diri kamu lebih feminin dan romantik.
BUAH-BUAHAN : Bauan segar dari aroma buah-buahan memperlihatkan diri kamu lebih segar dan bersemangat.
OCEANIC : Wangian moden yang menggunakan elemen sintetik yang melahirkan bauan yang menjurus kepada lautan dan individu yang menggemari bau-bauan sebegini tergolong antara individu yang cintakan persekitaran.
HIJAUAN SEMULAJADI : Memberikan kesegaran dan tenaga, justeru wangian ini melambangkan kamu adalah individu yang gemarkan aktiviti luar.
ORIENTAL : seksi, eksotik, dan gigih mungkin itulah definisi yang mampu menggambarkan individu yang gemarkan bauan sebegini, bau-bauan seperti musk, vanilla dan bau bunga-bungaan yang keras tergolong dalam kategori ini.
KAYU-KAYAN : wangian yang mempunyai unsur bauan saperti kulit kayu, lumut atau benda-benda lain yang kamu boleh jumpai didalam hutan adalah tergolong dalam kategori ini. Ternyata individu yang gemarkan bau-bauan sebegini, mereka gemarkan kebebasan dan mungkin mereka juga terdiri dari individu yang agak lasak.
19/09/2020
De Scentique official
~The Art Of Scent~
Eau de parfum yang berkualiti tinggi dengan lebih 100 jenis bauan mengikut citarasa masing-masing kerana "sentuhan tanpa menyentuh" itu seni yang tak terungkap dengan kata-kata.
29/08/2020
Cara pakai perfume dengan betul
1. Guna satu perfume pada satu masa.
2. Untuk memastikan wangian dari perfume anda berkembang secara baik, oleskan perfume atau minyak wangi paling kurang 1 jam sebelum anda pergi untuk memberi waktu kepada minyak wangi untuk mesra dengan minyak pada kulit anda.
3. Perfume berkesan kepada kulit yang โpanasโ dan mempunyai peraliran darah yang baik. Oleh itu, kenal pasti tempat atau bahagian tubuh yang perlu dikenakan perfume. Ada 7 point utk mengekalkan keharuman perfume iaitu:
1. Belakang telinga
2. Nadi pada sendi tangan
3. Siku
4. Ruang bawah dada
5. Celah paha
6. Belakang lutut
7. Pergelangan kaki
Tips extra
1. Sesiapa yang s**a bertukar perfume dinasihatkan berhati-hati apabila memakai perfume di pakaian. Kesan perfume yang tertinggal pada pakaian benang bulu sebagai contohnya mungkin tidak sesuai dengan pemakaian perfume baru. Pakaian juga mungkin boleh rosak disebabkan oleh perfume tersebut.
2. Bagi mereka yang tidak serasi atau sensitif terhadap perfume, cuba gunakan bau yang lebih ringan.
3. Perfume boleh tahan lama selama enam bulan. Sekiranya ia dijaga rapi, ia bertahan lebih lama. Perfume hendaklah diletakkan di dalam tempat gelap bersuhu bilik. Untuk botol baru, ia boleh disimpan selama setahun tanpa dibuka tudungnya. Jangan simpan perfume dalam peti sejuk kerana khuatir akan memberi kesan kepada makanan.
28/08/2020
Haruman sebahagian daripada gaya peribadi dan ia mempunyai impak besar terhadap penampilan serta pandangan orang terhadap diri kita.
Semburan minyak wangi yang sesuai bukan saja mampu membuatkan seseorang kelihatan lebih menarik, tetapi juga boleh menghilangkan tekanan seharian selain membantu menjadikan diri lebih berkeyakinan.
Berikut tujuh tip pemilihan haruman yang boleh dijadikan panduan bagi lelaki dan wanita untuk memilih haruman paling sesuai untuk mereka.
1. Diri anda sendiri penentu kepada jenis haruman yang sesuai kerana otak akan memproses bau dan sebarang haruman yang membuatkan diri kelihatan gembira dan tenang, adalah paling sesuai.
2. Jangan sesekali membiarkan orang lain membuat pilihan haruman untuk anda kerana akhirnya anda tidak akan menggunakannya kerana ia dirasakan tidak sesuai dengan selera.
3. Dapatkan seberapa banyak maklumat daripada orang sekeliling tetapi sekiranya lebih ramai yang memberikan pandangan negatif mengenai haruman yang dipilih, anda seharusnya mencuba sesuatu yang baru.
4. Jangan membeli secara membuta tuli ataupun melalui saranan orang lain, tanpa mencuba terlebih dulu. Cara terbaik memilih minyak wangi sesuai dengan menguji sama ada ia serasi dengan bau badan semula jadi melalui aktiviti yang dilakukan sepanjang hari.
5. Maksimum minyak wangi yang boleh dicuba pada satu-satu masa ialah empat supaya tidak tersilap memilih kerana terlalu banyak memproses bau. Jangan beli sehingga sudah membuat keputusan tepat.
6. Cuba minyak wangi dengan menyemburnya pada lengan dan di bahagian dalam siku untuk mendapatkan bau serasi. Jangan mencuba bau yang disembur pada kertas kerana baunya tidak akan sama apabila ia disembur pada badan.
7. Ketika mencuba wangian, bau sesuatu yang kuat seperti kopi sebelum mencuba haruman lain bagi mengelak deria bau menjadi keliru dan hilang fokus.
28/08/2020
ุจูุณูููููููููููููููููููู
ู ๏ทฒ ุงูุฑููุญูู
ููู ุงูุฑููุญููู
*ุงูุณูููุงูู
ู ุนูููููููู
ู ููุฑูุญูู
ูุฉู ุงูููู ููุจูุฑูููุงุชููู*
INTISARI KHUTBAH JUMAAT JDT
TARIKH : 28 Ogos 2020
09 Muharam 1441
TAJUK : Kesesatan Fahaman Syi'ah
1) Kemunculan pelbagai fahaman sesat- berselindung di sebalik nama islam; amat membimbangkn; meracuni pemikiran & aqidah umat islam; usaha musuh2 islam runtuhkn ajaran islam.
2) Firman Allah Surah As-sof/8 bermaksud: "Mreka sentiasa berusaha hendak memadamkn cahaya Allah (Agama Islam) dgn mulut mreka sdang Allah ttap menyempurnakn cahayanya sekalipun orng2 kafir tidak s**a (akn yg demikian)".
3) Ajaran sesat- bertentangan dgn sumber utama islam (Al-quran As-sunnah ijmak & qias); bercanggah dgn pegangan Ahlis
Sunnah waljama'ah (aqidah syariat & akhlak).
4) Fahaman ajaran Syi'ah- mreka percaya imam syi'ah yg 12 adalah maksum; kemunculan Muhammad bin Hasan Alaskari sbgai Imam Mahadi; menyamakn taraf Saidina Ali dgn Rasulullah; menghalalkn nikah mut'ah; anggap khalifah dan imamah sbhgian Rukun Islam; mengkafirkn para sahabat.
5) Lain2 fahaman Syi'ah- ziarah kubur Saidina Husin ganjarannya Syurga; menambah kalimat Syahadah; menyembunyikan hakikat aqidah; mengharamkn solat dhuha; hanya terima Hadith riwayat imam2 syi'ah; hanya Saidina Ali susun Al-qur'an dgn sempurna; 10 Muharam adalah sambutan hari Karbala memperingati kematian Saidina Husin.
6) J/kuasa Fatwa Negeri Johor- halang fahamn Syi'ah dari terus berkembang; ancaman kpd agama perpaduan keselamatan & keamanan negara; melarang orng2 islam sbgai pengikutnya; melarang menjayakn sambutan berkaitan Syi'ah; tindakn berdasarkn peruntukn undang2.
7) Tingkatkn kefahaman ilmu2 aqidah- berlaku kesesatan jika jahil lalai & tidak peduli soal2 agama; pelajari ilmu agama dari guru2 bertauliah; rujuk ajaran mengelirukan kpd pihak berkuasa.
8) Firman Allah Surah An-nahl/43 bermaksud: "Dan tidaklah Kami mengutus Rasul2 sebelum mu (wahai Muhammad) melainkn dari kalangan orng2 lelaki yg Kami wahyukn kpd mreka. Oleh itu bertanyalah kamu (wahai golongan musyrik) kpd orng2 yg berpengetahuan agama jika kamu tidak mengetahui".
9) Peringatan mimbar- berwaspada dgn ajaran sesat; bersatu perkukuh pegangan Ahlis Sunnah Waljama'ah.
10) Firman Allah Surah Al-an'am/153 bermaksud: "Dan bahawa ssungguhnya inilah jalan Ku (Agama Islam) yg betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya dan janganlah kamu menurut jln2 (yg lain dari Islam) kerana jln2 (yg lain) itu mencerai beraikn kamu dari jln Allah................................................ ".
ุจุงุฑู ุงููู ูู ูููู
....
28/08/2020
Ringkasan Sejarah Minyak Wangi - chapter 2
Perkataan "perfume" yang digunakan hari ini menggambarkan campuran wangi adalah berasal dari perkataan Latin, "per fumus" yang bermaksud diasapkan. Manakala perkataan "perfumery" adalah merujuk kepada seni membuat minyak wangi.
Industri perfume, mulanya dimajukan oleh bangsa Rom, Parsi dan Arab. Akan tetapi, ianya telah wujud lama sebelum itu. Walaupun "perfume" dan "perfumery" wujud di Asia Timur tetapi kebanyakannya wangian yang berasaskan kemenyan.
Misalnya, jika di tenggara asia, yang merujuk kepada kepulauan melayu, haruman kebanyakan adalah dalam bentuk colok dan dibakar untuk dapatkan harumannya.
Perfume telah di rekodkan pertama kali ditemui di zaman tamadun mesapotamia, melalui seorang wanita pencipta perfume yang bernama Tapputi. Minyak wangi yang dbuat oleh Tapputi antara barang yang sangat berharga pada zaman itu. Kalangan kerajaan termasuk raja dan ratu menggunakan minyak wangi buatannya.
Jadi seorang wanita yang dahulunya dianggap tidak berguna, jadi dengan adanya hal ini maka tangapan tidak berguna tersebut pada kalangan wanita dapat disangkal. Wanita pada zaman dahulu juga merupakan salah satu penyumbang ilmu-ilmu yang masa kini banyak dipelajari.
" perkongsian bermanafaat"
28/08/2020
Ringkasan Sejarah Minyak Wangi - chapter 1
Minyak wangi ditakrifkan mengikut Kamus Merriam-Webster sebagai campuran wangian pati atau aroma sebatian, bahan pengikat dan pelarut yang digunakan untuk memberikan "bau yang menyenangkan" kepada tubuh manusia, haiwan, makanan, objek, dan ruangan.
Teks-teks kuno dan penemuan arkeologi menunjukkan penggunaan minyak wangi dalam beberapa peradaban manusia yang paling awal.
Pembuatan minyak wangi moden bermula pada abad ke-19 dengan penghasilan sebatian aroma seperti vanilin atau coumarin secara komersil, membolehkan wujudnya komposisi minyak wangi dengan bau-bauan yang tidak dapat dicapai daripada bahan aromatik semulajadi semata-mata.
Sumber Aromatic
-----------------------
Tumbuhan telah lama digunakan dalam minyak wangi sebagai sumber minyak pati dan aroma sebatian. Aromatik-aromatik ini biasanya merupakan bahan metabolik sekunder yang dihasilkan oleh tumbuhan sebagai perlindungan daripada herbivora, jangkitan, serta menarik perhatian pendebunga.
Tumbuhan adalah sumber terbesar sebatian wangi yang digunakan dalam pembuatan minyak wangi. Sumber-sumber sebatian ini boleh datangnya dari pelbagai bahagian dari sesebatang tumbuhan.
Tumbuhan boleh membekalkan lebih daripada satu sumber aromatik: misalnya bahagian pucuk dan biji ketumbar mempunyai bau yang amat berbeza dari satu sama lain; daun, bunga, dan kulit buah oren masing-masing merupakan sumber petitgrain, neroli, dan minyak oren.
Kulit kayu: Pokok yang kerap digunakan termasuk kayu manis dan cascarilla. Minyak hasilan kulit akar sassafras juga digunakan sama ada terus atau disulingkan bagi memperolehi bahan utamanya safrol yang digunakan untuk pembuatan sebatian wangian yang lain.
Bunga: Sumber bahan aromatik paling banyak dan kerap didapati; termasuk beberapa spesies mawar dan melur, osmanthus, kemboja, semalu, harum sundal malam, narcissus, scented geranium, cassie, pokok kasturi, limau dan kenanga. Putik bunga cengkih kering turut kerap digunakan; begitu juga dengan vanila, sejenis bunga anggerik yang perlu disenyawakan bagi menghasilkan lenggai yang kemudiannya digunakan dalam pembuatan wangian.
Buah: Buah yang kerap digunakan untuk mendapatkan bahan aromatiknya dari kulit buah termasuk oren, limau dan limau nipis. Meskipun kulit limau gedang masih digunakan bagi mendapat bahan aromatiknya, ia semakin banyak diganti secara komersil oleh bahan gantian sintetik kerana bahan aromatik asal berbau apabila ia mereput disebabkan kandungan sulfurnya.
Daun dan ranting: lavender, patchouli, sej, Viola, rosmari, dan daun limau. Kadangkalanya daun digunakan untuk membangkitkan rasa "segar" pada minyak wangi, antara contohnya termasuk rumput kering dan daun tomato.
Resin: digunakan sejak zaman dahulu kala secara meluas dalam setanggi dan kemenyan, misalnya morhabshi.
Akar, rizom dan bulba: termasuk Iris dan spesies keluarga halia.
Biji: lobak merah, ketumbar, jintan, koko, buah pala, pelaga dan bunga lawang.
Kayuan: gaharu, cendana, rosewood, araz, juniper dan pain selalunya dalam bentuk sulingan kering.
" perkongsian bermanafaat"
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Johor Bahru
