TeaSennas

TeaSennas

Share

Info - info menjaga kesihatan dan kecantikan dengan cara yang betul.

06/07/2020

ADA APA DENGAN SOSEJ⁉️

Di dalam kesibukan dengan kerja dan aktiviti seharian, ramai ibu bapa cenderung menyediakan makanan segera atau makanan terproses ( processed food) bagi santapan anak-anak kerana penyediaannya yang mudah, ringkas dan cepat.

Salah satu yang menjadi “favourite” anak-anak adalah SOSEJ. Ada sesetengah ibu bapa menganggap bahawa sosej memberi kandungan nutrisi yang sama seperti daging atau ayam segar.

TIDAK SAMA SEKALI uolss❗️ SOSEJ BUKAN “DAGING” SEBENAR⚠️

Tahukah❓ kandungan mikronutrien yang memberi kebaikan kepada badan dalam makanan yang telah terproses adalah sangat SEDIKIT.
Sosej merupakan sejenis makanan terproses yang mempunyai ciri-ciri berikut:

✅Tinggi kandungan lemak tepu ( Lemak Trans meningkatkan risiko kanser)
✅Tinggi kandungan garam ( sodium & MSG)
✅Tinggi bahan pengawet
✅Boleh meningkatkan tahap kolesterol "jahat" dalam badan
✅Meningkatkan risiko obesiti dan kanser usus

Oleh itu, pilihlah makanan yang segar dan kurangkan pengambilan makanan segera atau diproses.

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Sumber Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia

02/07/2020

TIP NAK KURUS - MAKAN LEBIH SAYUR❗️

Betul ke makan sayur boleh kurus❓

Sayur menyumbang kalori yang lebih rendah berbanding kumpulan makanan yang lain.

Lebih banyak sayur anda makan, lebih banyak serat yang anda dapat. Ini boleh memberikan rasa kenyang yang lebih lama. Dengan ini, anda tidak cenderung untuk makan berlebihan atau mengambil snek yang berlebihan di antara waktu makan.

⚠️⚠️Apa akan terjadi jika anda tak isikan separuh pinggan dengan sayur? Anda akan cenderung untuk mengambil sumber karbohidrat (seperti nasi, mi atau lain-lain) dan lauk pauk secara berlebihan. Hal ini akan menyebabkan pengambilan KALORI yang tinggi.

Walaupun begitu, pemilihan sayur yang tidak bersantan atau kurang berminyak adalah pilihan yang lebih baik untuk mengurangkan pengambilan kalori yang seterusnya membantu anda menurunkan berat badan.

Jadi, makan lebih sayur kalau nak kurus!

NAK KURUS, JOM MAKAN SAYUR JE. ELAKKAN BERLAPAR SECARA BERLEBIHAN ATAU MENGAMBIL SUPLEMEN/ UBAT-UBATAN YANG BOLEH MENURUNKAN BERAT BADAN DENGAN CEPAT.
INGAT, TIADA JALAN PINTAS UNTUK KURUS❗️

Sumber Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia

27/06/2020

Sama ada anda memilih beras, oat, gandum atau produknya, pilihlah pilihan yang lebih sihat - Bijirin Penuh!

Bijirin penuh lebih berkhasiat kerana mengandungi lebih banyak serat makanan (beri rasa kenyang lebih lama) dan lebih kandungan nutrien mikro dan fitonutrien.

Contoh produk bijirin penuh: beras perang, roti gandum/ bijirin penuh dan rolled oats..

Sumber Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia

TeaSennas senna Detox Tea / Teh Sanna / Teh Senna 27/06/2020

TeaSennas senna Detox Tea / Teh Sanna / Teh Senna Check this out for RM10.00 on Shopee! Download the app now: http://goo.gl/fYlcRj

Photos from TeaSennas's post 26/06/2020

𝐋𝐚𝐜𝐭𝐨𝐬𝐞 𝐈𝐧𝐭𝐨𝐥𝐞𝐫𝐚𝐧𝐜𝐞

Ada yang pernah mengalami sakit perut atau ketidakselesaan pada perut selepas minum susu atau makanan yang berasaskan tenusu?

Ketahui punca dan cara menangani " Lactose Intolerance" ini.

Sumber: Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia

25/06/2020

Pokok ini sangat mudah di tanam dan dijaga. Paling penting ia kaya dengan khasiat terutamanya zat besi. Kandungan zat besi dalam sayur maman adalah 4 kali ganda lebih tinggi berbanding sayur bayam !

Sangat bermanfaat pada ibu ibu hamil yang mengalami masalah kurang darah. Selain itu ia juga kaya dengan kalsium dan vitamin c.

Anda tidak tahu sayur maman? Tanyalah orang negeri sembilan 😅

Sumber Public Health Malaysia

24/06/2020

Setkan Matlamat Penurunan Berat Badan:

✅Jangka Masa Pendek
1) Capai Penurunan Berat Badan REALISTIK
2) Memperbaiki status KESIHATAN semasa

✅ Jangka Masa Panjang
1) Mengekalkan Berat Badan dalam BMI yang sihat
2) Mencegah Kenaikan Berat Badan seterusnya
3) Amalan GAYA HIDUP sihat berpanjangan ( diet+senaman+tingkahlaku pemakanan) yang boleh mengurangkan risiko PENYAKIT

Jom bersama dapatkan BERAT BADAN sihat🤜🤛

Jangan menyumbang kepada pertambahan DATA OBESITI di Malaysia yang kian meningkat❗️

Sumber : Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia

24/06/2020

TREND Berat Badan Rakyat Malaysia..
Anda Bagaimana?

Sumber : Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan.
Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia
Pusat Maklumat Pemakanan Negeri Sembilan

23/06/2020

Tabiat makan berat sebelum tidur, tidak sarapan dan makan lebih kalau stress membuat badan lebih cepat gemuk.

Sumber : KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

23/06/2020

Bayangkan membawa bebanan sebesar buah tembikai sepanjang hari di perut. Itulah bebanan yang perlu dibawa oleh ibu hamil apabila kandungan semakin sarat!

Jika anda nampak ibu hamil, beri ruang untuk mereka duduk dan berehat.

Sumber Public Health Malaysia

23/06/2020

Appendicitis boleh menyababkan kematian.

Sekiranya anda disahkan mengalami appendicitis, rawatannya utamanya adalah pembedahan kecemasan. (Selain antibiotik)

Sekiranya tidak dilakukan, apendiks yang sedang membengkak boleh pecah dan kuman dari jangkitan apendiks akan merebak di seluruh ruang abdomen!

Situasi ini dinamakan sebagai PERITONITIS iaitu jangkitan ruang abdomen yang serius dan boleh menyebabkan kematian jika lambat dirawat.

Tiada bukti yang menunjukkan pengambilan cili dan jambu batu sebagai punca appendicitis. Namun untuk mencegah masalah ini, makanlah makanan yang kaya dengan serat seperti buah dan sayuran.

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Johor Bahru?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Website

Address

Johor Bahru
80000

Opening Hours

Monday 09:00 - 22:00
Tuesday 09:00 - 22:00
Wednesday 09:00 - 22:00
Thursday 09:00 - 22:00
Friday 09:00 - 22:00
Saturday 09:00 - 22:00
Sunday 09:00 - 21:00