ainaa.raby
Hi semua ��� ini FB page untuk ainaabeautyjohor.raby. Jangan lupa like dan komen post Rabi�
09/10/2023
Selamat Tinggal My First Car 😌
Orang mungkin akan fikir seronoknya dapat upgrade kereta. Yes Sis, ada sebab Rabi buat sesuatu kerana sesuatu. Kalau bab reward diri sendiri itula yang paling last boleh katakan😂 Dah terbiasa fikir takpela duit ni boleh bagi adik2 , mak makan sedap2.
Mungkin asbab didikan arwah Papa yang selalu mewahkan kami sekeluarga walaupun bukan dari keluarga mewah. Tapi alhamdulillah Allah selalu curah rezeki kecukupan buat sekeluarga sehingga kini.
Kereta lah macam rumahku syurga ku sebab jarak dari rumah ke tempat kerja hampir 35km. Pergi dan balik hampir 70km😆
Kereta pertama ke hulur kehilir ikut tuannya bekerja. Namun ad beberapa ujian selama 6 tahun ni tapi tahun ni paling besar ujian bila rosak teruk. Alhamdulillah syukur dapat diatasi dengan segera walaupun waktu itu Rabi cuma fikir aku hanya ada Allah untuk bantu.
Allah hadirkan orang sekeliling membantu alhamdulillah. Tahun 2023 ni Rabi bekerja keras dan lebih keras akan datang untuk kemajuan hidup diri sendiri. Walaupun sampai diuji tangan selalu lenguh sebab dah over usage 😅 leader pon selalu tegur suruh rehat tapi komitmen tetap kena berjalan, bukan?
Buat awak yang fikir Rabi berkemampuan lebih sebab masih berkeluarga kecil, maka awak silap ye. Rabi sentiasa diuji dengan kecukupan namun Rabi letak segala ujian itu dengan asbab Allah nak naikkan darjat. Apa2 panggil Allah minta tolong Rabi cuba nak biasakan diri untuk jadikan Allah sebagai tempat mengadu yang pertama baru manusia. Barangkali itula cara para sahabat Rasul Allah SAW mengenal Allah dengan lebih dekat, bukan?
Rabi minta doa dari awak2 semua yg Rabi anggap sebagai sahabat dunia akhirat 🥰 Terima kasih taw doakan Rabi. Love u all 😘
02/10/2023
𝑹𝒆𝒘𝒂𝒓𝒅 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝑻𝒂𝒌 𝑫𝒂𝒑𝒂𝒕 𝑫𝒊𝒍𝒖𝒑𝒂𝒌𝒂𝒏 𝑺𝒂𝒎𝒑𝒂𝒊 𝑩𝒊𝒍𝒂-𝒃𝒊𝒍𝒂!
Destinasi yang asal katanya ke Melaka bertukar ke KL. Satu hari sebelum hari kejadian. Rupanya, satu hadiah penghargaan dari sang leader .yayaamoy atas sebab komitmen Rabi dan yayaamoysquads yang terpilih.
Tak sangka!! Itu yang Rabi fikir, kenapa?
Sebab Rabi bersungguh-sungguh bukan untuk penghargaan siapa2 tapi untuk kemajuan diri sendiri. Namun, Rabi menghargai sangat2 hadiah istimewa ini dari Yaya.
Rabi tak rasa pon layak untuk dapat hadiah ni sebab Rabi tahu ada perjalanan yang masih jauh untuk Rabi hadapi. Rabi belajar dari semua orang bukan dari leader sahaja, founder sahaja, tapi siapa2 sahaja. Kenapa?
Sebab Rabi percaya semua orang ada kelebihan masing2 yang hanya perlu disalurkan di tempat dan cara yang betul.
𝐈 𝐭𝐞𝐚𝐜𝐡 𝐧𝐨𝐭 𝐛𝐞𝐜𝐚𝐮𝐬𝐞 𝐈 𝐚𝐦 𝐭𝐞𝐚𝐜𝐡𝐞𝐫 𝐁𝐮𝐭 𝐈 𝐬𝐡𝐚𝐫𝐞 𝐖𝐡𝐚𝐭 𝐈 𝐤𝐧𝐨𝐰 𝐒𝐨 𝐓𝐡𝐚𝐭 𝐔 𝐜𝐚𝐧 𝐒𝐡𝐚𝐫𝐞 𝐓𝐨𝐨.
Amalan baik akan sentiasa mendapat pahala yang mengalir bila kita kongsi ilmu yang kita ada dan orang yang terima gunakan ilmu dan kongsi kepada orang lain.
"𝑩𝒊𝒍𝒂 𝒅𝒂𝒉 𝒎𝒂𝒄𝒂𝒎-𝒎𝒂𝒄𝒂𝒎 𝒐𝒓𝒂𝒏𝒈 𝒎𝒆𝒏𝒈𝒂𝒕𝒂 𝒔𝒂𝒎𝒑𝒂𝒊𝒌𝒂𝒏 𝒌𝒊𝒕𝒂 𝒃𝒐𝒍𝒆𝒉 𝒋𝒂𝒅𝒊 𝒐𝒗𝒆𝒓𝒕𝒉𝒊𝒏𝒌𝒊𝒏𝒈"
Bayangkan kalau awak atau orang yang awak sayang dikutuk-kutuk sampai macam tu sekali. Ini buli mental tau!!!
"𝑲𝒂𝒖 𝒑𝒆𝒓𝒏𝒂𝒉 𝑪𝒂𝒌𝒂𝒑 𝑴𝒖𝒌𝒂 𝑨𝒌𝒖 𝒌𝒆𝒏𝒂 𝑩𝒖𝒂𝒕𝒂𝒏 𝑶𝒓𝒂𝒏𝒈?"
Terkejut kan bila dengar macam tu. Tapi kisah dia ni buatkan Rabi tak pernah terfikir sampai tahap itu orang boleh berkata-kata. Betul lah pepatah mengatakan "lidah tak bertulang tapi lagi tajam dari mata pedang".
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Website
Address
Johor Bahru

04/10/2023
04/10/2023
24/09/2023