Mohd Marzuki Ismail

Mohd Marzuki Ismail

Share

Bekas penyampai radio Bestfm/Best104 senang sekali berkongsi peluang Bisnes dengan anda di luar sana. Banyak sekali peluang menjemput rezeki..

kita selalu melihat tapi tak nampak!

Buat Dry Chilli Pan Mee Ikuti Resepi Ni, Memang Sedap. Restaurant Kopitiam Pun Tak Leh Lawan! - VMK 11/03/2023

Buat Dry Chilli Pan Mee Ikuti Resepi Ni, Memang Sedap. Restaurant Kopitiam Pun Tak Leh Lawan! - VMK Malaysia bukan sahaja terkenal dengan kepelbagaian masyarakat malah juga terkenal dengan kepelbagaian menu masakan yang lazat. Antaranya Dry Chilli Pan Mee ni. Mungkin anda tak pernah dengar atau rasa masakan ini. Agak susah juga nak jumpa kerana sesetengah tempat je ada, kebanyakannye kopitiam styl...

11/09/2022

Kueh aopang keteh!

Menyopang kito potang ni waghih 😋 antara kuih tradisi Nismilan, kuih tradisional negeri sembilan menjadi buruan semasa bulan Ramadan tapi boleh juga buat juadah minam potang

Resipi Kuih Sopang ;

Kuih Sopang diperbuat daripada tepung, santan dan gula anau/kabung.

Ada yang keliru antara kuih Sopang dengan kuih Badak Berendam.kedua-dua kuih mempunyai perbezaan dari segi bahan dan teknik pembuatan.

Adunan tepung

1 peket tepung pulut..
Air secukunya..
Garam (secukup rasa)
Sedikit tepung beras (masukkan dalam santan semasa mengukus)..
*1 biji Kelapa (ambil santannye)

Inti kuih Sopang

* 1 biji kelapa parut (lebih sedap gunakan kelapa yang diparut Dan Kelapa yg sedang2 inti)
* 3-4 ketul gula anau/gula kabung
* 3 helai Daun pandan

Cara pembuatan

Campurkan tepung pulut bersama air sikit demi sedikit.
dan juga garam secukup rasa.
Kacau rata sehingga sebati.
Untuk membentuk kuih sopang, ambil doh adunan dan bentukkan menjadi bulat.
Gunakan sapu tangan yang dilapik daun pisang. Letakkan doh adunan dan ratakan.
Letakkan inti kelapa dan bentukkan seakan karipap.
Susun kuih sopang yang disiap diatas loyang dan tuangkan campuran santan bersama sedikit tepung beras.
Kukus selama 10 minit sehingga masak.

Kredit : SalihinMohamadSalihin

16/08/2022

15 adab kita yang anak akan cepat tiru.

1 - Panggil orang
Kalau dia nampak kita panggil orang woi woi, tak mustahil anak pun akan ikut panggil woi woi.

2 - Bercakap
Kita s**a cakap tengking-tengking. Anak pun akan ikut cakap tengking-tengking.

3 - Mengarah
Ibu nak makan. Ibu nak susu. Ibu air tumpah. Bagaimana kita mengarah orang, begitu la anak akan tiru.

4 - Sebut tolong
Ibu tolong buatkan susu, adik haus. Mudah je tapi anak tak buat kalau dia tak nampak kita buat dulu.

5 - Ketika makan
Ketika makan jangan banyak bersungut. Anak ikut nanti, ada sahaja yang dia tak puas hati.

6 - Marah orang
Jika kita cepat marah orang, anak pun akan jadi begitu. Impulsif macam kita.

7 - Hormat orang tua
Anak perhati je cara jumpa mak ayah kita. Jika kita rajin salam, anak pun akan ikut begitu.

8 - Sabar
Anak belajar bersabar dengan melihat kita bersabar dengan dia.

9 - Mulut laser
Apa yang kita cakap, itu la yang anak akan cakap. Bahasa kita, itu la bahasa anak. Kamus yang sama digunakan.

10 - Senyum
Kita rajin senyum. Anak pun akan rajin senyum. Kita malas senyum, tak mustahil anak muka mencuka je.

11 - Ucap terima kasih
Setiap kali anak buat kebaikan kita cakap terima kasih, bukan sahaja rasa di hargai tapi dia belajar cara untuk ucap terima kasih.

12 - Meminta maaf
Ada anak dah jelas dia salah pun tak nak sebut minta maaf. Jarang dengar kita sebut minta maaf tu la anak ikut.

13 - Mendengar
Cara kita mendengar, itu la cara anak mendengar juga. Kalau anak tengah cakap kita dengar sambil main phone, tak mustahil anak pun begitu nanti.

14 - Toleh
Sekali panggil je anak dah toleh, jika nak begitu kita pun kena buat anak panggil sekali terus toleh.

15 - Mengamuk
Kalau kita s**a mengamuk tak kira tempat, bersedia untuk hadap anak yang akan mengamuk kat mana-mana sahaja jika ada tak puas hati.

Bukan salah anak jika dia tak beradab.
Wallahu A’lam,

Sumber : Mohd Fhais Salim (Parenting Coach)

14/08/2022

Sodap tekau eh

"Air Jando Pulang" Air Tradisional Negeri Sembilan ?

Nama “jando” atau janda pada minuman ini menimbulkan seribu persoalan terutama bagi mereka yang tidak pernah mendengar dan mengetahuinya.

Semakin pop**ar di sekitar daerah ini, “Air Jando Pulang” menjadi tarikan ramai termasuk dari luar untuk merasai kenikmatan bagi menghilang dahaga.

Sepanjang jalan dari Ulu Bendul menuju ke Kuala Pilah, promosi mengenainya di papan-papan tanda memanggil-manggil orang ramai yang lalu di situ untuk mencubanya.

Pemilihan nama janda p**ang itu turut menjadi persoalan sama ada benarkah ramai golongan janda di Negeri Sembilan?

DIANGKAT MENJADI MINUMAN TRADISI

Air Jando Pulang telah diangkat menjadi minuman tradisi Negeri Sembilan dan boleh didapati di pasaran terutama di pekan Kuala Pilah.

Di tempat lain di Negeri Sembilan, ia pop**ar menjadi minuman kegemaran pada musim bulan puasa dan perayaan anjuran kerajaan negeri. Itupun jika pihak yang berkenaan faham apa yang dikatakan Air Jando Pulang.

Menjual Air Jando Pulang tanpa memahami sejarah dan kebaikan meminum air berkenaan menjadikan air ini sama seperti air lain dan tiada keunikannya. Namun apa istimewanya hingga air ini diangkat menjadi minuman tradisi negeri?.

Menurut pengkaji sejarah Negeri Sembilan, yang juga Pensyarah Kanan Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Prof Madya Datuk Paduka Dr Mohd Rosli Saludin, kajian mendalam harus dilakukan pada air itu terutama dari segi sejarah dan kebaikannya untuk kesihatan.

Jika dapat dilakukan ia akan menjadi tarikan untuk diminum oleh orang ramai dan jika tidak, ia akan menjadi air sekadar untuk orang mencubanya kerana ingin tahu kenapa ada kaitan dengan Jando dan kemudian Pulang, katanya.

“Jika ada kajian mendalam sudah dibuat maka ia boleh menjadi p**angan ekonomi yang lumayan terutama kepada peniaga kecil dan restoran. Ia juga boleh menambah pendapatan orang kampung,” katanya.

air-jando-p**ang

VERSI AIR JANDO PULANG

Terdapat dua versi dalam membuat Air Jando Pulang. Versi pertama terasnya adalah air kelapa dan sirap manakala versi kedua terasnya ialah air kelapa dan gula enau.

“Kebanyakan Air Jando Pulang yang ada dijual sekarang main tiru sahaja dan tidak tahu rahsia di sebaliknya. Apatah lagi sejarah dan khasiatnya,” katanya.

Menurut beliau, bahagian bawah sebiji kelapa muda ditebuk besar dan dikeruk isinya menggunakan sudu dan dipindahkan ke bekas yang lain.

Airnya dipindah dan dicampur nira enau yang cair mengikut secukup rasa, lalu dikacau hingga sebati. Air yang sudah dikacau sebati itu dimasukkan semula ke dalam kelapa yang asal serta dimasukkan buah beluluk yang dalam bentuk halwa ataupun yang sudah diproses.

Setelah dikacau kembali di dalam kelapa tadi hingga sebati baharulah dinikmati seenaknya.

“Proses keluar masuk tadi adalah diibaratkan perpisahan suami isteri dan isteri menjadi janda. Oleh kerana air kelapa hasil air tangan bekas isteri tadi begitu sedap hingga menyebabkan beliau dirujuk semula. Bersatu, berpisah dan bersatu semula.

“Buah beluluk yang sudah diproses atau dijadikan halwa dan dimasukkan dalam Air Jando Pulang berperanan sebagai pengimbang rasa bagi mengelakkan terlalu manis atau loya,” katanya.

Minuman ini tidak perlu ditambah gula kerana air kelapa sudah manis begitu juga dengan nira enau dan buah beluluk.

Tiga bahan manis yang berlainan ini akan membuatkan rasanya lazat, menarik dan sedap dan di sinilah letaknya keenakan Jando Pulang tersebut, katanya.

Sementara itu Air Jando Pulang versi kedua yang lebih moden ialah campuran sirap dan air kelapa muda.

Sirap yang digunakan mestilah sirap yang dibuat sendiri dan dicampurkan dengan daun pandan, baharulah ia akan terasa wangi apabila menikmatinya.

Bagimanapun versi ini tidak dijamin khasiatnya kerana sudah dicampur gula halus dalam sirap.

“Ada juga yang mahu teras lebih sedap akan dicampurkan dengan susu cair sedikit. Versi ini agak mudah untuk menyiapkan kerana bahan-bahan senang didapati dan biasanya menjadi minuman pada bulan puasa,” katanya dan menambah bahawa lebih menarik apabila kedua-dua versi minuman itu diletakkan ketulan ais.

KERANA NAMA

Bagaimanapun bagi sesetengah orang yang pertama kali mencuba minuman ini mengadu sakit tekak, rasa loya, pening kepala dan rasanya terlalu manis, mungkin kerana penggunaan gula enau.

Berikutan sambutan yang begitu baik daripada penduduk tempatan, penulis mencuba sendiri minuman ini di sebuah restoran “Kodai Makan-makan” yang menyediakannya sebagai antara menu minuman.

Menurut pemilik restoran berkenaan, yang hanya mahu dikenali sebagai Zul berkata, restorannya sedang berusaha untuk mempromosi minuman berkenaan kepada pengunjung tempatan dan luar.

Suhaimi Sidek, pemilik “Restoran Warisan” di Perkampungan Budaya Terachi di sini berkata, berdasarkan kepada sambutan orang ramai, “Air Jando Pulang” telah dijadikan sebagai minuman menyambut tetamu kepada pelanggannya.

Seorang pelanggan di restoran itu yang hanya mahu dikenali sebagai Ayu, apabila ditanya oleh penulis sebab beliau meminta air minuman itu telah menjawab:

“Namanya begitu indah dan tersendiri manakala airnya begitu eksotik”, katanya dengan lemparan senyum manis.

MENGUBATI PENYAKIT

Rosli berkata menurut pendapat dan amalan orang tua-tua, apabila tiga jenis bahan yang asli iaitu air kepala, nira enau dan buah beluluk disatukan menjadi Air Jando Pulang, ia boleh mengubati pelbagai jenis penyakit terutama kencing manis, sakit dalam perut dan kencing tidak lawas.

Kemanisan asli bahan tersebut datangnya daripada kebesaran Allah, katanya.

“Apabila ia dibuat dengan penuh adab dan tertib serta mendahulukan akan kebersihan maka ia akan dinikmati dengan begitu lazat sekali. Bila sekali mencuba sudah pasti akan ingin mengulangi untuk kali yang kedua.

“Proses untuk minum kali yang kedua itulah letaknya Jando Pulang… mahu tidak mahu bahawa kesedapan aroma minum Air Jando Pulang ini mesti dalam kelapa yang sama juga dan jika minum dalam gelas kaca atau plastik aromanya akan hilang dan semangatnya akan sama seperti minum air Coconut Shake p**a,” katanya.

Ujarnya keaslian itu yang perlu dikekalkan dan tidak hanya meniru cara orang lain kerana Air Jando Pulang adalah asli dari Negeri Sembilan dan tidak diceduk dan disesuaikan dari tempat lain.

Ia turut menjadi minuman orang atasan dahulukala di Negeri Sembilan dan campuran yang ada dalam minuman ini juga adalah melambangkan penyatuan, kesepakatan serta tidak melupakan nilai kekeluargaan seperti mana papatah petitih:

Janda p**angan
Air kelapa minuman kita
Sekali minum pasti tak lupa
Akan ingat sampai bila-bila
Dapat menghilangkan haus dahaga
Dapat sembuhkan penyakit lama

Atuk kata cuba dulu dan cuba rasa
Dah rasa pasti terkinyam p**a
Pasti nak tahu apa kisah sejarahnya
Pasti nak tahu apa khasiatnya

Uwan ea lamo dah rasa
Dek rasolah Uwan sihat
Uwan segak sampai kini
Atuk tak lari mano-mano
Uwan segak ibarat mudo-mudo.

Kredit : Penulis(...)

03/08/2022

Budak sekarang cream puff, donat Caremel, chess leleh , Boba chok , cream boba leleh chesss.. Manggg aiii apo jebutik angek nyobut pun Ontah, Ramai agak eh yang tak kona kuih ni,

~ Minam potang kito

Nia resepi eh..caro nak buek kok ado maso:

RESEPI KUIH SOPANG

Adunan tepung

✅ 250 gram tepung pulut
✅30 ml air
✅Garam (secukup rasa)
✅ Sedikit tepung beras (masukkan dalam. santan semasa mengukus)
✅Air pandan (sebagai pewarna hijau)

Intinya p**ak inti kelapa

✅ 250 gram kelapa parut (lebih sedap gunakan kelapa yang diparut)
✅ 150 gram gula enau
✅Daun pandan (diikat)

Cara pembuatan p**ak

✅ Campurkan tepung bersama air sikit demi sedikit.
✅Masukkan air pandan sebagai pewarna dan juga garam secukup rasa.
✅Kacau rata sehingga sebati.
✅ Untuk membentuk kuih sopang, ambil doh adunan dan bentukkan menjadi bulat.
✅Gunakan sapu tangan yang dilapik daun pisang. Letakkan doh adunan dan ratakan.
✅ Letakkan inti kelapa dan bentukkan seakan karipap.
✅ Susun kuih sopang yang disiap diatas loyang dan tuangkan campuran santan bersama sedikit tepung beras.
✅Kukus selama 5 minit sehingga masak.

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Johor Bahru?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Website

Address


Johor Bahru
81500

Opening Hours

Monday 10:00 - 17:00
Tuesday 10:00 - 17:00
Wednesday 10:00 - 17:00
Thursday 10:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00