Miracel Acne Soap LC

Miracel Acne Soap LC

Share

MAS Laviera Cosmetic

Tiada murcury & hydroquinone
Lulus KKM dan Halal
Berkesan dengan sangat cepat
Mengecut & menghapuskan jerawat
Mengurangkan lebih minyak di muka
Melembutkan kulit
Mencerahkan kulit
Melicinkan kulit muka
Memudarkan kesan jeragat
Tahan lama & tak mudah cair
Harga yang sangat berbaloi
Boleh digunakan seluruh badan

13/11/2020

Happy Deepavali buat semua kenalan Nad yang beragama Hindu

Kita jaga kita

14/10/2020

Masuk hari ni dah 3 kali beli saiz besar.
๐Ÿ˜… Baru 4 bulan keluaran dah pandai bg abg flawless.๐Ÿ˜ Produk baru best sungguh. Abg bgtau jer.๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜ Sebb abang terasa makin yakin sekarang. Sabun ni abg guna satu keluarga tau.. Abang bagi โญโญโญโญโญโญ

14/10/2020

Perghhh...๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘
โค๏ธFinally dapat gak aku guna produk yg berkualiti. Before this dh guna yg lain tapi yg ni bg aku serasi dan terbaik.โค๏ธ

Terima kasih Laviera Cosmetic kerna keluarkan sabun yang berkualiti.

โค๏ธŽ BEAUTY IS LAVIERA โค๏ธŽ

18/09/2020

Kita share lagi testimoni awesome..

18/09/2020

Testimoni terbaru..
Setelah mencuba selama 6 hari..
Kulit gatal makin kering..
Alhamdulillah

14/09/2020

Kena fahami maksud KONSISTEN ....โ€ผ๏ธโ€ผ๏ธ

Awak order set kurus ,
Sebotol je awak guna
Pastu awk bising sebab tak kurus ๐Ÿ˜ฏ

Awak order vitamin c ,
Sebotol je awak guna
Pastu awak bising tak berkesan ๐Ÿ˜ฏ

Awak order jamu ,
makan sebotol jer
Pastu beriya awak cakap tak menjadi ๐Ÿ˜ฏ

Awak guna skincare,
Habis satu set lepas tu awak pon tanya,
Kalau tinggal benda ni ada kesan tak ? ๐Ÿ˜ฏ

Habis awak gosok gigi guna ubat gigi sekali je ke ?
Putih ke gigi awak sampai bila2 ?

Agak2 mandi hari ni,
Esok awak dah tak payah mandi ke ?

Awak makan sekali,
Kenyang sampai setahun ke ?

Agaknya awak ingat semua supplement nie benda kekal kot .

Consume sekali je dah putih sampai tua?

Ingat sekali je awak pakai skincare ,
kulit awak lawa sampai tua ?

Tak ada benda yang kekal awak oi ๐Ÿ˜
Kalau sekali guna dah lawa,
habis semua kilang tutup ๐Ÿ˜„

Kalau nak cantik nak kurus nak sihat kena KONSISTEN dengan product yang awak guna โ€ผ๏ธ

Sedikit perKONGSIAN...

09/09/2020

๐‘๐š๐ก๐ฌ๐ข๐š ๐๐š๐ฅ๐š๐ฆ ๐ฉ๐ž๐ง๐ฃ๐š๐ ๐š๐š๐ง ๐ค๐ฎ๐ฅ๐ข๐ญ ๐ฆ๐ฎ๐ค๐š

โ€œSelepas mencuci muka, kita perlu menggunakan pelembap dan pelembut muka setiap kali sebelum masuk tidur".

Rutin ini perlu dilakukan setiap hari kerana memiliki kulit wajah yang agak kering. Selain itu, penggunaan gincu yang sesuai dengan warna kulit muka adalah penting.

Bahawa kecantikan yang kita miliki adalah anugerah tidak ternilai yang dikurniakan dan kita sepatutnya menghargai setiap apa yang kita miliki.

09/09/2020

Rahsia untuk kekal cantik

Ya, mungkin kita tidak dilahirkan dengan wajah cantik yang dikurniakan mana-mana wanita yang sangat beruntung di muka bumi ini. Namun, tahukah anda bahawa kecantikan itu adalah subjektif? Jadi, kita semua adalah sebenarnya cantik dengan cara yang tersendiri.

Persoalannya, adakah terdapat sebarang rahsia untuk kekal cantik? Jawapannya, ada. Rahsia untuk wajah kita kekal cantik adalah hanya dengan mendapatkan tidur yang cukup.

Jadi, anda perlu mendapatkan tidur yang cukup pada waktu malam sekitar 7 hingga 9 jam sehari. Ini bertujuan membolehkan tubuh badan anda โ€˜resetโ€™ kembali.

Kesannya, keseluruhan tubuh badan akan melalui proses memperbaiki diri secara sendiri dan seterusnya mendatangkan pelbagai manfaat untuk penampilan anda. Berikut merupakan beberapa manfaat tidur sebagai rahsia kekal cantik:

#1. Mengurangkan kulit kusam dan tidak bermaya

Ketika sedang tidur, aliran darah akan mengalir ke kulit termasuklah wajah anda. Ini bermakna apabila bangun kelak, kulit anda akan menjadi lebih sihat dan seakan bercahaya.

Dalam erti kata yang lain, tidur adalah bagus untuk kulit wajah anda. Jika mengabaikannya, ia mungkin mengakibatkan kulit wajah dan keseluruhan tubuh badan anda kelihatan kusam dan tidak bermaya.

#2. Mengurangkan kedutan pada kulit wajah

Ketika sedang tidur juga, kulit akan bekerja untuk menghasilkan kolagen. Untuk pengetahuan anda, ia membantu menghalang kulit dari menjadi kendur.

Dalam kata yang lebih mudah, lebih banyak kolagen terhasil, lebih gebu dan tegang kulit anda.

Tidur kurang dari tempoh 4 jam akan menyebabkan garis-garis halus muncul sebanyak 2 kali lebih banyak dan lebih jelas kelihatan pada wajah anda.

#3. Kulit lebih cerah dan kurang bengkak

Pernah dengar tentang mata panda? Buat anda yang belum tahu, ia adalah satu kondisi di mana terhasilnya lingkaran gelap atau bengkak pada bawah mata gara-gara tidak cukup tidur.

Oleh itu, mendapatkan rehat dan tidur yang secukupnya adalah kunci utama untuk mengelakkan kondisi mata panda ini. Kondisi ini sudah pasti membuat anda kurang keyakinan diri, bukan?

Jadi, sila tidur dalam tempoh yang cukup yakni sekitar 7 hingga 8 jam sehari, okay? Selain itu, pastikan anda kekal terhidrat dengan meminum air putih secara mencukupi.

#4. Lebih sihat kerana lebih gembira

Secara hipotesisnya, mendapatkan tidur yang mencukupi akan membuatkan anda lebih gembira lantas menyebabkan tubuh badan anda menjadi lebih sihat.

Alasannya, jika anda tidak mendapat tidur yang mencukupi, bahagian hujung mulut anda akan cenderung ke bawah lantas mengakibatkan anda tampak sedih dan tidak bermaya.

Oleh itu, tidurlah dengan cukup dalam usaha menjaga kulit wajah anda agar tampak menawan ala-ala Lisa Blackpink, okay!

Konklusi

Kesimp**annya, kulit wajah adalah sesuatu yang perlu dijaga oleh setiap daripada kita. Bak kata Lisa, penggunaan pelembap dan pelembut kulit adalah yang paling penting. Namun, ia juga bergantung kepada jenis kulit kita. Jadi, dapatkan nasihat pakar kulit terlebih dahulu.

Kebanyakan instafamous di media sosial sekarang p**a kata rahsia penting dalam hal penjagaan kulit wajah adalah dengan mengambil air wuduk. Hurmmm, mungkin ada betulnya juga. Apa pendapat anda

Credits
https://hellodoktor.com/gaya-hidup-sihat/sihat-bergaya

09/09/2020

Liang Pori Di Wajah:
Cara Terbaik Untuk Mengecilkannya

Seluruh kulit mempunyai liang pori โ€“ ia merupakan lubang-lubang kecil, meliputi wajah, lengan, kaki, dan mana-mana bahagian pada tubuh anda. Namun, kehadiran liang pori di wajah, agak kurang disukai terutamanya pori yang besar kerana ia akan lebih jelas kelihatan dan sedikit sebanyak menyebabkan pemilik wajah menjadi kurang berkeyakinan.

Tiada cara untuk membuatkan pori anda hilang atau tertutup sepenuhnya. Tetapi ada cara untuk membantu menjadikannya kelihatan kurang menonjol pada kulit.

Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui cara terbaik dan selamat menjaga liang pori agar kulit kelihatan lebih baik.

โœณ๏ธMengecilkan pori

Pori memainkan fungsi yang penting โ€“ membenarkan peluh dan minyak untuk melalui kulit, menyejukkan tubuh dan menjaga kulit supaya sentiasa sihat serta menyingkirkan toksin. Dan kulit wajah merupakan antara bahagian yang paling sensitif.

Berikut langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk membantu mengecilkan pori:

โœณ๏ธPemilihan produk

Produk yang mengandungi zink dan magnesium dapat membantu memulihkan keseimbangan minyak pada kulit dan menjadikan pori yang jelas kelihatan menjadi lebih kecil. Sesetengah produk penjagaan kulit yang mengandungi bahan seperti rosemary atau lavender, mungkin boeh menyebabkan kerengsaan.

Pilih produk yang tertulis โ€˜noncomedogenicโ€™ โ€“ tidak akan menyumbatkan liang pori. Kandungan asid salisilik โ€“ dapat membantu tekstur kulit dan membuka liang kulit kerana ia akan mengelupaskan kulit. Kandunagn retinol atau retinoid yang dipreskripsi kekuatannya, juga membantu mengelakkan pori dari tersumbat dan membuatkan ia kelihatan lebih kecil.

โœณ๏ธKekal bersih

Membasuh wajah merupakan antara satu langkah penyelesaian jangka masa pendek. Ia membantu mengelakkan pori dari mengembang kerana perlu menampung minyak berlebihan atau sebarang bahan lain. Ini bermakna dengan mencuci wajah, ia dapat mengurangkan risiko kehadiran jerawat dan membuatkan pori lebih bersih.

Gunakan produk pencuci wajah yang lembut, pilih pencuci yang dibuat untuk individu yang mempunyai kulit wajah biasa kepada kulit berminyak. Pastikan anda mencuci muka sebelum tidur dan elakkan untuk terlalu kerap mencucinya dengan terlaku kerap kerana ia boleh menyebabkan kulit anda menjadi kering.

โœณ๏ธPengelupasan

Melakukan pengelupasan juga merupakan salah satu penyelesaian jangka pendek. Digalakkan untuk dilakukan 2 atau 3 kali seminggu. Ia membantu menyingkirkan toksin terperangkap pada pori yang boleh membuatkan pori tampak lebih besar.

Dengan menggosok bersih muka anda, sebarang kekotoran atau pencemaran pada permukaan kulit akan disingkirkan bersama sel kulit mati. Ini sekali gus menjadikan kulit wajah anda lebih licin, tegang dan kurang berpori.

Sekiranya anda mengalami masalah pengeluaran jerawat yang agak kritikal, sebaiknya elakkan proses pengelupasan untuk mengelakkan gangguan atau masalah kepada jerawat anda.

โœณ๏ธPelindung matahari

Gunakan pelindung matahari dengan sekurang-kurangnya SPF-30 setiap hari. Sebaiknya elakkan dari terdedah kepada pancaran matahari antara pukul 10 pagi sehingga 4 petang.

Pelindung matahari adalah produk yang perlu ada bagi setiap individu. Kerosakan akibat terdedah kepada cahaya matahari secara berlebihan bukan sahaja mendedahkan kepada risiko kanser dan kedutan, malah ia membuatkan pori kelihatan lebih besar

โœณ๏ธTopeng muka

Pilihlah topeng muka berasaskan tanah liat kerana ia membantu menghilangkan minyak, kotoran, dan kulit mati di dalam liang-liang pori dan menjadikannya lebih kecil. Gunakan 1 atau 2 kali seminggu, tetapi bukan pada hari yang sama anda melakukan pengelupasan.

Melakukan pengelupasan dan menggunakan topeng muka tanah liat pada hari yang sama boleh mengakibatkan kerengsaan pada kulit.

โœณ๏ธElakkan tidur bersama solekan

Jangan pernah masuk tidur tanpa membersihkan muka. Membiarkan solekan pada wajah sepanjang malam โ€“ solekan, kotoran, minyak dan bakteria โ€“ hanya akan menyumbat liang-liang pori dan cenderung menyebabkan ia lebih mengembang (membesar), malah akan merosakkan kulit.

Untuk memastikan cucian solekan anda lebih bersih, anda boleh gunakan produk pembersih solekan terlebih dahulu sebelum mencuci wajah. Seandainya, anda terlalu malas dan tidak larat untuk membersihkan muka, cukuplah sekadar anda membuang solekan pada wajah dengan menggunakan tisu pembersih solekan.

Memiliki liang pori yang besar merupakan satu perkara semula jadi yang tidak dapat dielakkan selaras dengan pertambahan usia. Malahan, jika anda dilahirkan dengan jenis kulit berminyak atau gabungan, anda sememangnya lebih cenderung untuk memiliki liang pori wajah yang besar. Namun, tidak adalah salahnya jika anda mencuba langkah-langkah di atas. Ia sekurang-kurangnya dapat membantu mengurangkan liang pori dari kelihatan jelas.

Credits to https://hellodoktor.com/gaya-hidup-sihat/sihat-bergaya/liang-pori-di-wajah-cara-terbaik-untuk-mengecilkannya/

09/09/2020

5 ๐—ท๐—ฒ๐—ป๐—ถ๐˜€ ๐—บ๐—ฎ๐˜€๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ต ๐—ธ๐˜‚๐—น๐—ถ๐˜ ๐˜†๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐—น๐—ฎ๐—ธ๐˜‚ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ฐ๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ ๐—บ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐˜๐—ป๐˜†๐—ฎ

Berikut adalah 5 jenis keadaan atau masalah kulit yang boleh berlaku, disebabkan oleh pemakaian topeng muka:

#1 ๐—ง๐—ผ๐—ฝ๐—ฒ๐—ป๐—ด ๐—บ๐˜‚๐—ธ๐—ฎ ๐—ฏ๐—ผ๐—น๐—ฒ๐—ต ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐˜†๐—ฒ๐—ฏ๐—ฎ๐—ฏ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ธ๐˜‚๐—น๐—ถ๐˜ ๐—บ๐˜‚๐—ธ๐—ฎ ๐—ด๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—น ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ๐—ป๐—ด

Pemakaian topeng muka secara berterusan boleh menyebabkan kulit menjadi gatal dan juga menggelupas.

Jika topeng muka tersebut diperbuat daripada kapas atau sebarang bahan yang boleh menyerap kelembapan, kulit muka akan menjadi bertambah kering.

Ini kerana kain topeng muka tersebut menyerap minyak semula jadi pada muka anda.

๐—•๐—ฎ๐—ด๐—ฎ๐—ถ๐—บ๐—ฎ๐—ป๐—ฎ ๐˜‚๐—ป๐˜๐˜‚๐—ธ ๐—บ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐˜๐—ป๐˜†๐—ฎ :

โœณ๏ธGunakan pencuci wajah yang bersifat lembut
Selepas selesai mencuci wajah, lapkan muka anda dengan menggunakan kain yang lembut sehingga kering. Jangan sesekali menggosoknya.
โœณ๏ธSetelah itu, gunakan krim pelembap untuk melembapkan kembali wajah anda. Gunakan krim yang mempunyai kandungan ceramide, gylcerin dan hyaluronic acid kerana sebatian ini mampu mengekalkan kelembapan kulit

#2 ๐—๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐˜

Bagi mereka yang lebih cenderung untuk mendapat jerawat, pemakaian mask muka boleh menyebabkan jerawat bertambah dengan lebih banyak.

Ini kerana, bakteria dan mikroorganisma lain boleh berkumpul dan membiak di sebalik mask muka yang dipakai itu.

Apatah lagi dengan kewujudan kelembapan daripada nafas atau peluh, jerawat akan menjadi lebih mudah terbentuk.

๐—•๐—ฎ๐—ด๐—ฎ๐—ถ๐—บ๐—ฎ๐—ป๐—ฎ ๐˜‚๐—ป๐˜๐˜‚๐—ธ ๐—บ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐˜๐—ป๐˜†๐—ฎ

๐Ÿ”นBagi merawat jerawat yang muncul, gunakan pencuci muka bukan komedogenik (non-comedogenic), iaitu jenis produk penjagaan kulit wajah yang berfungsi menghalang penyumbatan liang pori.
๐Ÿ”นGunakannya sebanyak 2 kali sehari
Kurangkan penggunaan mask muka dengan cara mengurangkan pergerakan keluar rumah tanpa keperluan mendesak.

#3. ๐—ฅ๐—ผ๐˜€๐—ฎ๐—ฐ๐—ฒ๐—ฎ ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐—น๐—ฎ๐—ธ๐˜‚ ๐—ฑ๐—ถ๐˜€๐—ฒ๐—ฏ๐—ฎ๐—ฏ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ฝ๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ถ๐—ฎ๐—ป ๐˜๐—ผ๐—ฝ๐—ฒ๐—ป๐—ด ๐—บ๐˜‚๐—ธ๐—ฎ

Rosacea adalah satu keadaan di mana saluran darah pada wajah menjadi mengembang atau membesar, lalu menyebabkan p**i, dahi, hidung dan juga dagu menjadi kemerah-merahan.

Antara punca yang menyebabkan rosacea berlaku adalah disebabkan haba atau kepanasan.

Apabila anda memakai topeng muka, bahagian wajah yang terlindung boleh menyebabkan suhu kulit meningkat dan menyebabkan rosacea berlaku.

Bagaimana untuk merawatnya:

Terdapat beberapa jenis ubat-ubatan yang boleh didapati di farmasi bagi merawat rosacea. Tetapi ia memerlukan preskripsi daripada doktor terlebih dahulu sebelum membelinya. Berjumpalah dengan doktor untuk mendapatkan kepastian berkenaan masalah kulit yang sedang dialami. Selain itu, anda boleh cuba menyejukkan kulit anda dengan merenjis sedikit air sejuk pada kulit kemerahan tersebut

#4. Dermatitis

Pemakaian mask muka yang berpanjangan juga boleh menyebabkan kerengsaan kulit yang disebut sebagai dermatitis.

Ia biasanya menyebabkan kegatalan, kekeringan, kerengsaan malah kemerahan pada kulit.

Kulit juga mungkin menjadi bersisik atau menggelupas bahkan boleh membengkak.

๐—•๐—ฎ๐—ด๐—ฎ๐—ถ๐—บ๐—ฎ๐—ป๐—ฎ ๐—บ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐˜๐—ป๐˜†๐—ฎ:

๐Ÿ”ธBagi kes dermatitis yang sederhana dan tidak serius, anda boleh mengambil ubat antihistamin seperti Benadryl
๐Ÿ”ธBoleh juga menggunakan krim steroid topikal seperti krim dengan kandungan hydrocortisone sebanyak 1%
๐Ÿ”ธGunakan juga jenis pencuci muka yang lembut dan tidak merengsakan kulit

#5. ๐—ฅ๐—ฎ๐˜€๐—ฎ ๐˜€๐—ฎ๐—ป๐—ฎ๐—ด๐˜ ๐—ฏ๐—ถ๐—ฏ๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ด๐—ถ๐—ฎ๐—ป ๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐—ฒ๐—ป๐˜๐˜‚ ๐—ฑ๐—ถ ๐˜๐—ฒ๐—น๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ต๐—ถ๐—ฑ๐˜‚๐—ป๐—ด

Anda pasti boleh bayangkan jika memakai mask muka dalam tempoh yang lama.

Anda akan berasa sedikit sakit atau tidak selesa pada bahagian telinga iaitu tempat di mana tali topeng tersebut disangkut selain pada hidung.

Rasa sakit yang dialami tersebut disebabkan oleh geseran antara topeng dan juga kulit wajah anda.

๐—•๐—ฎ๐—ด๐—ฎ๐—ถ๐—บ๐—ฎ๐—ป๐—ฎ ๐˜‚๐—ป๐˜๐˜‚๐—ธ ๐—บ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐˜๐—ป๐˜†๐—ฎ:

Rehatkan wajah anda daripada memakai topeng muka buat seketika. Jika anda berada di kawasan yang agak selamat, tanggalkan sebentar mask muka untuk memberikan kelegaan pada telinga dan hidung anda.

08/09/2020

๐—ง๐—ผ๐—ฝ๐—ฒ๐—ป๐—ด ๐—บ๐˜‚๐—ธ๐—ฎ ๐—ฑ๐—ถ๐˜€๐—ฒ๐—ฏ๐—ฎ๐—ฏ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ธ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—บ๐—ฎ๐˜€๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ต ๐—ธ๐˜‚๐—น๐—ถ๐˜ ๐—บ๐˜‚๐—ธ๐—ฎ

Ada sesetengah individu yang boleh mendapat iritasi atau keradangan pada kulit wajah mereka apabila mengenakan topeng muka.

Apatah lagi jika topeng muka yang dipakai itu digunakan dalam jangka masa yang agak panjang.

Sebagai contoh, petugas barisan hadapan yang memakai topeng muka selama berjam-jam sewaktu bertugas.

Mungkin kita juga pernah memakainya dengan kadar waktu yang lama seperti sewaktu menaiki kenderaan awam atau ketika di tempat kerja.

Antara punca mengapa keradangan kulit ini boleh berlaku adalah disebabkan kurangnya laluan udara pada wajah, yang menyebabkan kelembapan berkumpul pada kulit muka.

Selain itu, geseran antara topeng muka dan juga kulit wajah juga boleh menyebabkan keradangan.

credit to : hellodoktor

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Johor Bahru?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


Jalan Antoi Majidee Bahru
Johor Bahru
81100