Hayati

Hayati

Share

Health and Beauty Coach, I want to inspire and help as many people as I can to achieve their dreams

11/11/2023

Bagaimana diet dan kesihatan mental berkaitan?

Hubungan antara diet dan kesihatan mental kita adalah kompleks. Tetapi kajiselidik menunjukkan ada kaitan apa yang kita makan dengan apa yang kita rasa. Makan secara baik akan menolong anda merasa lebih baik. Anda tak perlu membuat perubahan yang besar atas diet anda tetapi anda mungkin boleh cuba tip2 dibawah

1. Makan dengan kerap
Ianya menghentikan tahap gula dalam darah anda dari jatuh yang mungkin menyebabkan anda cepat merasa penat dan marah

2. Sentiasa hidrasi.
Pastikan anda tidak kurang air kerana kekurangan air menjejaskan mood, tahap energi dan keupayaan fokus.
3. Makan lemak yang seimbang.
Otak anda memerlukan lemak yang baik untuk berfungsi dengan baik . Lemak baik boleh dijumpai dalam mintak zaitun, kekacang, bijiran, ikan berminyak, avokado, susu dan telur.

4. Makan lebih banyak bijiran, buah2an dan sayuran. Mereka mengandungi vitamin dan mineral untuk otak dan badan kekal sihat.

5. Masukkan protein dlm tiap waktu makan anda. Ianya mengandungi asid amino yang digunakan otak untuk mengatur mood anda.

6. Jaga kesihatan usus anda. Ianya akan mencerminkan apa yang anda rasa. Makanan sihat untuk usus kita adalah buah2an dan sayuran, kacang dan probiotik.

7. Berhati2lah dengan pengambilan kafein dan bagaimana ia boleh mempengaruhi mood anda. Kafein boleh menyebabkan masalah tidur dan kadangkala menyebabkan setengah2 orang cepat risau dan rengsa.

Sumber dari Mental Health Foundation

11/11/2023

SEBAB SENAMAN PENTING

Ehmmm berbaloi ke berdiet sambil ada sekali senaman?

Jawapannya:

1. Jaga makan dengan diet yang sihat membantu turunkan berat badan. Tapi senaman, ia mempercepatkan lagi progress turun berat badan itu.

2. Senaman membantu menguatkan tulang. Dengan tulang yang kuat, ia mengurangkan risiko kecederaan bila kita buat aktivti seharian.

3. Otot antara elemen terpenting dalam tubuh badan. Otot yang kuat membantu kestabilan, cantikkan badan dan cergaskan setiap pergerakan.

4. Dari luaran membawa kedalaman. Senaman bukan untuk fizikal luaran. Tapi juga membantu menguatkan sistem Kardiovaskular dalaman badan.

5. Erti kata lain. Orang yang cepat penat, termengah mengah bila buat aktiviti, bersenamlah. Ia bantu kuatkan jantung dan baiki stamina sedia ada.

6. Tahukah anda senaman secara berterusan membantu kurangkan risiko sakit-sakit kronik. Seperti tekanan darah tinggi, kencing manis dan sakit jantung.

7. Senaman juga meningkatkan mood dan membantu mengatasi tekanan emosi. Kerana bila kita bersenam badan kita akan mengeluarkan hormon endorphins. Ia adalah hormon yang mengurangkan stres dan meningkatkan keseronokan.

Jadi semua ini adalah di antara sebab penting kenapa rutin senaman wajib ada dalam rutin diet anda. Tetapi kena ingat yer, walaupun senaman bagus, mulakan dengan bersenam mengikut kemampuan diri sendiri dulu.

Jika mampu dulu dengan berjalan kaki, buat ni dulu. Jika selesa dengan Zumba dan Aerobik fokus itu dulu. Tingkatkan senaman secara berperingkat.

semoga berjaya! πŸ˜‰

11/11/2023

BERJALAN KAKI

Tahu tak. Ada beberapa hal yang kecil tapi jika dibuat dengan konsisten, biasanya akan mendatangkan hasil yang samgat besar. Antaranya,

1. Mula dengan berjalan kaki untuk misi kurangkan berat badan. Jalan je ikut kemampuan diri sendiri.

2. Kira setiap langkah jalan kaki pada setiap hari. Begitu juga dengan berapa minit waktu yang kita dah spend.

3. Jika ada fitness tracker macam jam tangan, pakai je. Kalau tak ada download je apps Pacer, Nike Running, Pedometer, dan banyak lagi apps di phone anda. Percuma!

4. Sasarkan sehari mesti habis berapa ribu langkah. Jangan buat target besar. Biar kecil tapi konsisten.

5. Contohnya 3 hari pertama buat 3000 langkah dulu. Rasa makin handal up sikit kepada 5000 dan begitulah seterusnya.

6. Bila berjalan kaki dah terasa power, buat rekod baru p**a. Sehari kena turun naik tangga berapa tingkat.

7. Naik turun tangga ni bagus tau. Macam saya share haritu. Tambah tambah nak fitkan paha, punggung dan tingkatkan stamina.

8. Jika selalu ke tempat kerja naik lif, ada hari setkan untuk naik turun tangga p**a.

9. Bila dah mahir dengan step langkah-langkah ini baru mula dengna jogging pada kadar pace yang perlahan.

10. Kalian fokus untuk istiqamah dulu seminggu. Dah dapat rentak, ubah dan tingkatkanlah progres sikit demi sikit.

Begitulah. Nak kurus, kecilkan paha dan punggung kadang tak perlu makan modal yang banyak. Dengan beli mesin-mesin tertentu.

Awal-awal ni dapat konsisten jalan kaki ni pun dah boleh kurus dan fit. Cuba dulu dengan langkah kecil. Insyaallah akan hadir dengan progres yang lebih baik.

Ada kat sini yang mula rutin senaman dari jalan kaki dulu?

Credit: Arif Sukri

08/11/2023

Saya ada masalah Gerd, jadi bagi orang2 yang mempunyai masalah gerd seperti saya perlu lebih jaga waktu makan ( walaupun kadangkala saya ini degil πŸ˜…)
Kita perlu makan lebih kerap sekurang2nya 2-3 jam berselang. Kalau boleh elakkan makanan pedas, cafein dan terlalu masam. Sebenarnya ikut pengalaman saya kita kena check sendiri apa yang boleh dimakan atau tidak untuk mengurangkan serangan Gerd. Kadangkala stress juga boleh menyebabkannya. Jadi kalau nak diet jangan stress2 yer... chill saja ❀️

Check this out πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡

08/11/2023

Celebrating my 3rd year on Facebook. Thank you for your continuing support. I could never have made it without you. πŸ™πŸ€—πŸŽ‰

06/11/2023

BILA MULA BERDIET

Masa mulakan diet anda akan dapat macam2 komen. Antaranya:

"tak payah lah diet, kurus sangat tak cantik"
"Eleh, seminggu tu jer, lepas tu mesti tak tahan tenguk makanan"
"boleh ke tue? mcm tak percaya jer"
"jgn tak makan nanti sakit"

dan macam2 lagi komen negatif.

Pedulikan saja. Kuatkan tekad dan jadikan komen2 itu sebagai cabaran! Bila berjaya nanti ramailah followers anda sbb "nak tiru macam saya!" πŸ˜‰πŸ˜ƒ

15/10/2023

😒

DIET YANG BETUL 28/09/2023

Diet yang betul

DIET YANG BETUL

01/09/2023

"That’s who we are,
from beginning to no-matter-how it ends."

24/08/2023

"If you keep thinking about the past you will keep recreating it in your future, but you can consciously decide to use your imagination to create whatever you want.

So when Stephen Covey says β€œLive out of your imagination, not your history”, it serves to remind you that you are a creator. You are the creator of circumstance, not the victim of circumstance."

How you live your life is your choice πŸ˜‰

24/08/2023

Tips kurus sihat cepat for beginners

Mula tukarkan makanan2 yang boleh menggemukkan kepada yang lebih sihat sekurang2nya 21 hari pertama ini dengan konsisten.. inshaaAllah tak rasa cam diet dah.. badan dah boleh menerima dan bertukar menjadi gaya hidup yang lebih sihat inshaaAllah kurus sihat lebih cepat.. Cubalah ☺️

Credit: coachismailayu

24/08/2023

Jika anda merasa "burn-out" atau kepenatan, rehatlah... anda kena tahu dan baca mungkin itu signal badan anda untuk berhenti kerja dan rehat, tidak rugi merehatkan diri sehari dua dari terlantar sakit berminggu yer ... ketahui had anda!

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Johor Bahru?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Website

Address


Johor Bahru