Extra Beauty

Extra Beauty

Share

Midyglow Foundation Hasil Rawatan Semulajadi Dari Luar Ke Dalam Kulit. Membantu Memudarkan Jeragat D Produk Kosmetik Kecantikan

27/06/2023

HUTANG RUMAH SAMPAI KIAMAT

1. Pada tahun 2007, saya berumur 25 tahun dan bercita-cita besar nak ada rumah sendiri.

2. Ini mungkin akibat serik berpindah-pindah sejak kecil dari satu rumah sewa ke rumah sewa yang seterusnya.

3. Memandangkan pendapatan ayah saya tak besar dan dia tak layak ambil loan, jadi terpaksa la kami menyewa sahaja.

4. Maka dengan cita-cita nak ubah kehidupan keluarga. SAYA NAK MILIKI RUMAH "SENDIRI".

Kebodohan 1 : Miliki rumah sendiri dan miliki rumah yang dimiliki bank adalah perbezaan besar.

5. Jadi saya cuba cantikkan bank statement saya supaya dapat tipu bank untuk dapat loan rumah.

6. Mula dengan ambil kad kredit dan bayar on time, untuk develop credit rating sebagai "good paymaster"

7. Selepas tu saya dapat rumah pilihan saya di Taman Dagang, Ampang dengan harga RM 280,000.

8. Saya mula submit loan kt semua bank, semua reject dan akhirnya hanya satu bank approved iaitu OCBC Bank.

9. Punyalah seronok dapat loan tu, sampai cerita kat semua orang. Kononnya ini satu Kejayaan.

Kebodohan 2 : Loan approve bukan Kejayaan.

10. Jadi waktu tu, memang tak baca apa-apa agreement dan terus sign tanpa banyak soal. Agreement tu tebal dan tak ada siapa akan baca.

11. Bayaran installment waktu tu RM 1800 sebulan.

(Tanpa sedar, interest waktu tu setiap bulan adalah RM 1600. Jadi hutang ini akan berkurang hanya RM 200 sebulan)

12. Awal-awal tu bayar ok sampai satu time tu waktu tengah susah, terlepas bayar beberapa bulan.

13. Bila dah terlepas bayar, rupanya bank ada kuasa untuk increase interest tanpa beritahu.

(Interest naik dan interest bulanan dah jadi RM 1800 berbanding RM 1600 sebelum ini.)

Jadi saya akan bayar installment RM 1800 sebulan dan interest juga RM 1800. Hutang takkan berkurang. Sama ja mcm bayar sewa.

14. Satu hari bank OCBC call dan bagitau mereka berbesar hari nak offer untuk turunkan bayaran bulanan untuk memudahkan saya bayar.

Saya terharu dan happy sangat. Terhutang budi sangat dengan bank Singapura yang berhati mulia ni.

15. Mereka offer untuk turunkan installment kepada RM 1600. Saya pun setuju la.

16. Saya bayar setiap bulan RM 1600 selama 3-4 tahun lamanya.

17. Sampailah satu hari dapat statement tahunan dan saya terkejut beruk. Kenapa hutang aku ni makin lama makin bertambah.

18. Sebabnya.

Installment RM 1600
Tolak interest RM 1800

Jadi hutang akan bertambah RM 200 sebulan.

19. Bila hutang bertambah, interest pun bertambah lagi. Sebab interest ni adalah interest atas baki hutang.

20. Interest yang mulanya RM 1600 berkembang jadi RM 1800 dan berkembang lagi jadi RM 2000 dan RM 2200 setiap bulan.

21. Pada tahun 2011 camtu, saya mula sedar hutang yang diambil hanya RM 250,000 camtu dah berkembang jadi hampir RM 300,000.

22. Credit score cantik. Tak ada payment yang miss tapi hutang terus bertambah.

23. Ya ALLAH, barulah mula faham kenapa dalam Quran mengutuk keras orang yang mengambil dan memberi riba ni.

24. Saya cuba hubungi bank, tak dapat jumpa orang atasan. Staff bawah semua jawab memang takleh buat apa.

25. Saya pergi ke Bank Negara, orang Bank Negara kata, ini memang dah ada dalam agreement dan dia mintak jumpa dan deal dengan bank.

26. Saya ke lobi bank OCBC di KL, saya tanya hanya satu soalan kat pegawai bank tu.

KALAU SAYA BAYAR LOAN INI SAMPAI KIAMAT SEKALIPUN, HUTANG NI TAKKAN SELESAI.

MALAH HUTANG AKAN BERTAMBAH.

27. Akhirnya seorang pegawai wanita Cina datang cakap baik-baik dengan saya.

28. "Encik, to tell you the truth, this is a trap and you have to find way to put some big amount of money to pay the principal amount" Bisik amoi ini kepada saya.

29. Menyedari memang saya terperangkap dengan hutang sampai kiamat ni. Saya nekad untuk cari solusi dan INSAF.

30. Apa saya buat, mulai hari itu saya masukkan semua pendapatan saya untuk bayar PRINCIPAL AMOUNT.

31. Ini satu lagi perangkap, kalau kita transfer saja. Bank takkan potong principal. Dia akan simpan duit tu sebagai installment masa depan.

32. Jadi memang setiap kali ada duit, KENA PERGI KAUNTER DAN CAKAP NAK BAYAR PRINCIPAL AMOUNT.

33. Alhamdulillah hasil buat Kursus Borong China waktu tu, setiap kali habis kursus saya akan bayar hampir semua duit yang dapat untuk bayar principal amount.

34. Sejak dari itu, memahami perangkap bank dan hutang ni. Saya beli semua benda lain hanya secara cash.

35. Rupanya, bila mind set berubah bahawa

A. RUMAH BUKAN ASET YANG SENTIASA NAIK HARGA.

B. BANK BUKAN MULIA.

C. RIBA HARAM.

36. Bila mind set berubah, rezeki mula masuk mencurah-curah. Sejak tu boleh ja beli apa pun cash.

37. Dan saya sedih tengok orang dok tayang rumah dan kereta yang dibeli secara loan. Sebab tu bukan rumah kita.

Dan kemungkinan besar takkan jadi rumah kita pun sampai kiamat.

38. Alhamdulillah dan kebahagiaan sebenar adalah bila kita hidup bebas hutang.

Realiti ini susah untuk digarab, tapi saya sarankan sesiapa untuk mencuba dan yakin dengan rezeki ALLAH.

Ada kawan-kawan yang dok ceramah tabliq merata-rata pun tanpa segan silu bayar riba.

39. Nasihat saya, bila ambil loan bank. Check berapa amount interest sebulan berbanding installment. Dengan keadaan OPR makin naik ni, lagi BAHAYA keadaan ini.

40. Nasihat kedua, sentiasa cuba bayar prinsipal amount secepat yang boleh. Tangguhkan bercuti atau benda-benda tak perlu dan dapatkan kepuasan dari membayar prinsipal.

Paling baik, jangan ambil langsung loan dan terlibat dengan riba.

Wallahu A'lam.

Kredit : Shahabudin Jalil

14/05/2023

🍊KEK BUAH CAMPURAN🥝

🥭Bahan-bahan:-

250g mentega

100g gula perang

4 biji telur

225g tepung serbaguna (akak guna tepung naik sendiri jd akak tidak guna lagi serbuk penaik)

2 sudu kecil susu tepung

1/4 sudu kecil serbuk penaik

2 sudu kecil madu

230g buahan campuran

1/2 sudu kecil esen vanilla

1/2 sudu kecil serbuk kulit kayu manis (jika s**a, jika tidak s**a bau nya tak payah letak)
🍒Cara membuat:-

Panaskan oven pd suhu 160 C. (ikut kesesuaian oven masing-masing) - oven akak hanya 150C

Pukul mentega dengan gula perang sehingga kembang/putih

Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul sehingga sebati.

Kemudian masukkan madu dan esen vanilla. Pukul hingga sebati.

Sementara itu ayak tepung serbaguna dengan serbuk penaik, serbuk kayu manis dan susu tepung.

Ambil 2 sudu besar tepung yg diayak tadi dan gaulkan dengan buahan campuran untuk mengelakkan buah dari mendap ke dasar kek.

Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kaup balik sehingga sekata.

Kemudian masukkan buahan kering, gaul rata.

Masukkan adunan ke dlm loyang bersaiz 8 inci.

Bakar dalam ketuhar selama 35-45 minit atau sehingga masak.

Jangan terlebih bakar nanti kek akan menjadi kering.

Selepas 35 minit, cucuk dengan lidi sate jika keluar licin maksudnya kek dah masak bolehlah diangkat
kredit empunya resepi

12/09/2022

“Lepas pakai ni, suami sentiasa ada jer kat rumah. Dah tak pandang handphone, pandang akak jer sekarang. Akak pukau dengan ni je, terus dah tak keluar rumah.”
www.MidyglowBeautyplus.wasap.my
❤️ Bedak asas yang ringan,mudah di ratakan dan tak bercapuk
❤️ Sesuai untuk masalah jerawat,jeragat dan kusam
❤️ Di reka khas untuk yang kurang mahir makeup
❤️ Effect kesan nya seawal penggunaan
❤️ Tahan lama
Klik sekarang untuk promo free serum dan pencuci muka!
www.MidyglowBeautyplus.wasap.my

03/07/2022

“LEPAS PAKAI NI, SUAMI SENTIASA ADA JERR KAT UMAH , DAH TK PANDANG HEMPON, PANDNG AKAK JERR SKARANG . AKK PUUKAU DENGAN NI JE, TERUS DH TK KLUAR RUMAH.”

❤️ BEDAK ASAS YANG RINGAN,MUDAH DI RATAKAN DAN TAK BERCAPUK
❤️ SESUAI UNTUK MASALAH JERAWAT,JERAGAT DAN KUSAM
❤️ DI REKA KHAS UNTUK YANG KURANG MAHIR MAKEUP
❤️ EFFECT KESAN NYA SEAWAL PENGGUNAAN
❤️ TAHAN LAMA

KLIK SEKARANG UNTUK OFFER !!!!

https://www.wasap.my/60198171603/MIDYGLOW03OFFER

15/05/2022

"MAK CIK UMUR 50,60 BOLEH PAKAI KE MIDYGLOW FD NIE?"
Jawapan dia ,boleh sangat acik, DAP DAP kulit licin putih,DAP DAP selalu, lama-lama jerawat,jeragat semua hilang taw.
Siapa nak macam ni? Boleh sangat.. peluang keemasan jangan dilepaskan ❤️.
Meh cepat klik link wasap ni ===>>

19/04/2022

Salam nuzul al quraan dari kami team midyglow hq💝

02/04/2022

Maksud Ucapan Ramadhan "Selamat Menyambut Ramadhan Buat Semua Dari Midyglow HQ"
1. Marhaban Ya Ramadhan
Artinya: Selamat atas datangnya bulan Ramadhan
2. Ramadhan Mubarak
Artinya: Semoga Ramadhan diberkati dan murah hati
3. Ramadan Kareem-Allahu Akram
Artinya: Bulan Ramadan yang penuh dengan kebaikan- Allah Maha Pemurah
4. Allaahumma baarik lanaa fii Rajabi wa Sya'baana, wa baarik lanaa fi Romadhona
Artinya: Ya Allah, berkahilah kami di bulan Rajab dan Sya'ban. serta berkahilah kami dalam bulan Ramadhan
5. Mubarak laka ann ballaghaka allahu ramadhan
Artinya: Selamat, Allah SWT telah mengaruniai (usia) hingga mencapai Ramadhan tahun ini

29/03/2022

Pakai midyglow foundation je pun. Dah glowing macamni ?

Awak ada?

24/03/2022

Mudah jer nak nampak kulit jadi bersih dan glowing. Guna jer

24/03/2022

Naik seri nampak Natural tak tebal pun tetap jeragat tak nampak. Kulit instant glow hanya dengan

16/03/2022

Akak ni ada masalah kulit terlalu sensetif, pakai macam macam pun tak jadi, kulit jadi merah2 dan gatal2, tapi asbab pakai midyglow foundation kulit cantik, tak gatal tak naik elergic, alhamdulillah.. Midyglow selamat digunakan. Makin glow dan instant glowing.

10/03/2022

TESTIMONI MIDYGLOW ✨

Buat apa buat lazer sedangkan kan ada. Nak instant glow? Gunalah midyglow❤️

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Johor Bahru?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


Johor Bahru
85000