Hijrah Nature Herbs Skudai
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Hijrah Nature Herbs Skudai, Beauty, cosmetic & personal care, 19 Jalan Padi Emas 3/1, Bandar Baru UDA, Johor Bahru.
Produk² makanan & kebersihan berkualiti tinggi dan halal keluaran kilang patuh shariah 100% milik Bumiputera Muslim pembayar zakat dan mematuhi pensijilan MESTI KKM dan Halal JAKIM
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيم
اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ﷺ
Perumpamaan Baju Besi Pada Si Dermawan dan Si Bakhil
Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW memberikan perumpamaan bagi orang yang bakhil (kedekut) dan orang yang bersedekah seperti dua orang lelaki yang memakai baju besi (perisai) yang dibuat daripada besi. Perisai itu menutupi dada dan tengkuk mereka.
Apabila orang yang bersedekah memberi sedekah, maka perisainya menjadi longgar dan meluas sehingga menutupi hujung jarinya dan menghapuskan kesan jejaknya (dosa²nya).
Manakala orang yang bakhil, setiap kali dia berniat untuk bersedekah, perisainya menjadi ketat dan mencengkam tubuhnya sehingga setiap lingkaran perisai itu melekat pada tempatnya.
Abu Hurairah berkata: Aku melihat Rasulullah SAW mengisyaratkan dengan jarinya ke arah leher bajunya, seolah² Baginda cuba melonggarkannya, tetapi ia tidak longgar.
(HR Bukhari No : 5797)
Status : Hadis Sahih
Perumpamaan baju besi bagi orang yang bersedekah atau dermawan, di mana baju besi itu melonggar dan meliputi tubuhnya, menunjukkan kelapangan dada, ketenangan jiwa, dan keluasan rezeki. Setiap kali dia bersedekah, dia semakin bebas dan ringan, ini adalah tanda keberkatan dan keikhlasan.
Perumpamaan baju besi bagi orang yang bakhil, baju besi itu semakin ketat, seolah² menjerut dirinya sendiri. Setiap kali dia mahu bersedekah, kesempitan jiwa, ketakutan, dan keraguan menghalangnya. Hal ini menunjukkan kesan buruk sifat kedekut terhadap hati dan ruh seseorang.
سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ ِللهِ وَلآ إِلهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ
لاَحوْلَ وَلاَ قُوَّة اِلاَّبِاللّهِ الْعَلَيِ الْعَظَيْم
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم
اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ
ﺍَﻟﻠﻬُﻢَّ ﺻَﻞِّ ﻋَﻠَﻰ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ ﻭَﻋَﻠَﻰ ﺁﻝِ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪ
Moga sahabat² dan keluarga berada di dalam lindungan dan rahmat Allah.
❝Untuk kesihatan yang baik kendalikan makananmu, untuk jiwa yang baik kendalikan dosa²mu dan untuk keimanan yang baik, kirimkan selawat kepada Nabi Muhammad SAW.❞
(Imam Al Ghazali)
21/08/2023
Alhamdulillah
Rezeki itu misteri dan milik mutlak Allah swt
Datang dalam pelbagai bentuk dan cara yang tidak terduga
03/08/2023
VITAMIN HATI
🪷🌈 SALAM DHUHA🌈🪷
Jom perbaiki kualiti tawakkal kita
1. Kalau kita buat sesuatu dan kita dapat hasilnya tidak seperti apa yang kita bayangkan, itulah kadar rezeki yang sesuai untuk kita.
2. Jika kita harapkan sesuatu atau berharap kepada orang lain, namun hasilnya secara realiti berbeza dengan apa yang kita sangka, maka itulah yang terbaik untuk kita.
Bukan aturan Tuhan yang kejam, namun kita sahaja yang kurang faham.
Akhirnya, yang kita perlu perbaiki tu kualiti tawakkal kita ... bukan mempersoalkan apa yang Tuhan sudah 'siapkan' untuk kita.
Allah Jaga Kita
Sunnah Nabi
Solat Dhuha
Kalau Tak Buat
💚 Allah
💚 Muhammad SAW
Hari Kiamat
Syurga Neraka
Mahsyar
Mati
Jom jadi baik
Jom jadi bahagia
24/07/2023
Ya Allah ...
Ampunilah dosaku
Rahmatilah daku
Lindungilah daku
Angkatlah darjatku
Rezekikan daku
Berilah aku petunjuk
Selamatkanlah daku
Maafkanlah akan daku.
02/06/2023
Allah SWT telah memberikan kesihatan yang jika dibayar amatlah mahal.
Allah SWT telah berikan umur panjang, yang kalau dibeli dengan seluruh harta pun, tak akan mampu kita membayarnya.
وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِن شَكَرْتُمْ لأَزِيدَنَّكُمْ
Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu
(Surah Ibrahim: ayat 7).
Teruskanlah bersyukur atas nikmat dan rezeki yang Allah berikan kepada kita walaupun kuantiti, saiz atau nilainya sedikit dimata kita.
﷽
17 RAMADHAN 1444H
NUZUL AL QURAN
Alhamdulillah ... kita terpilih untuk meraikannya untuk ke sekian kali
Hidup kita dengan Al-Quran ini hanya ada dua kemungkinan :
Pertama : Al-Quran menghalang kita dari maksiat, atau
Kedua : Maksiat menghalang kita dari Al-Quran.
Bacalah walau selembar.
Singkapilah ia walau seminit.
Hayatilah walau satu ayat.
"Jadikan aku sahabatmu di dunia, akan ku jadikan kamu sahabatku di akhirat"
Al-Quran
16/02/2023
Alhamdulillah
Kita mampu berdiri pagi ini ... suatu lagi hadiah istimewa pemberian Allah SWT.
35 HARI MENUJU RAMADHAN
اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِى رَجَبَ وَشَعْبَانَ وَبَلِّغْنَا رَمَضَانَ
Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan bulan Syaaban dan pertemukanlah kami dengan bulan Ramadan tahun ini.
Water Skudai
Nature Herbs Skudai
14/02/2023
KATA IBNU QAYYIM
Apabila engkau berdoa, sementara waktu yang dimiliki begitu sempit (terdesak), padahal dada mu dipenuhi dengan begitu banyak keinginan, maka jadikanlah SELURUH ISI DOA mu itu ISTIGHFAR, agar Allah SWT mengampunkan kamu.
Apabila engkau diampuni, maka SEMUA KEPERLUAN MU AKAN DIPENUHI OLEH ALLAH TANPA ENGKAU MEMINTANYA.
7 Bacaan Istighfar Penghapus Dosa Beserta Keutamaannya yang Luar Biasa
1) Istighfar Singkat
Biasa dibaca oleh Rasulullah SAW sebanyak tiga kali setelah shalat.
أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ
Aku memohon ampun kepada Allah.
Atau membaca yang lebih panjang lagi yakni:
أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيمَ
Aku memohon ampun kepada Allah yang Maha Agung.
2) Istighfar Penghapus Doa Sebanyak Buih di Lautan
أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الَّذِى لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَىُّ الْقَيُّومُ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ
Aku memohon ampun kepada Allah. Yang tidak ada ilah kecuali Dia yang Maha Hidup lagi terus menerus mengurus makhluknya. Dan aku bertaubat kepada-Nya.
3) Bacaan Ishtighfar yang sering dibaca oleh Rasulullah
سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ
Maha Suci Allah dan dengan memuji-Nya, aku memohon ampun kepada Allah dan bertaubat kepada-Nya
4) Sayyidul Istighfar
اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّى ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ ، خَلَقْتَنِى وَأَنَا عَبْدُكَ ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ ، أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَىَّ وَأَبُوءُ بِذَنْبِى ، اغْفِرْ لِى ، فَإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلاَّ أَنْتَ
Ya Allah, Engkau Tuhanku, tidak ada Tuhan selain Engkau, Engkau Yang telah menciptakanku dan aku adalah hamba-Mu. Aku berusaha semampuku untuk selalu berada dalam pemeliharaan dan janji-Mu. Aku berlindung kepada-Mu dari akibat buruk perbuatanku, Aku akui nikmat-Mu atas diriku dan aku juga mengakui betapa besarnya kesalahanku. Maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni dosa² kecuali Engkau
5) Bacaan Istigfar Nabi Adam
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ
Wahai Pemelihara kami, sesungguhnya kami telah berbuat zalim terhadap diri² kami. Jika Engkau tidak mengampuni dan merahmati kami, sungguh kami termasuk golongan orang² yang rugi.
6) Istighfar Saat Shalat sebelum Salam
اللَّهُمَّ إِنِّي ظَلَمْتُ نَفْسِي ظُلْمًا كَثِيرًا، وَلاَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ، فَاغْفِرْ لِي مَغْفِرَةً مِنْ عِنْدِكَ، وَارْحَمْنِي إِنَّكَ أَنْتَ الغَفُورُ الرَّحِيمُ
Ya Allah, sesungguhnya aku telah zalim kepada diriku dengan kezaliman yang banyak dan tidak ada yang mengampuni dosa kecuali Engkau. Ampunilah aku dengan ampunan dari-Mu dan rahmatilah aku. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
7) Istighfar Nabi Muhammad SAW sebelum Wafat
Berzikir adalah kebiasaan Nabi SAW setelah penaklukkan Mekkah.
سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ أَسْتَغْفِرُ اللهَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ
Rugi Kalau Tak Buat
💚 Allah
💚 Muhammad SAW
Jom jadi baik
Jom jadi bahagia
07/02/2023
Alhamdulillah
Sewaktu kita bangun dari tidur, tanpa sedar kita sudah membuka hadiah istimewa pemberian Allah SWT iaitu nyawa.
44 HARI MENUJU RAMADHAN
اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِى رَجَبَ وَشَعْبَانَ وَبَلِّغْنَا رَمَضَانَ
Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan bulan Syaaban dan pertemukanlah kami dengan bulan Ramadan tahun ini.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
19 Jalan Padi Emas 3/1, Bandar Baru UDA
Johor Bahru
81200
