Suzyhoney_herbs jb

Suzyhoney_herbs jb

Share

It's all about love and herbs... ��

06/12/2021

Halia memang di kenali sebagai tanaman jenis rizom yang banyak khasiat di antaranya ialah berupaya untuk membakar lemak berlebihan untuk mengempiskan perut dan membuang angin dalam badan serta menguatkan sistem pertahanan tubuh dari penyakit.

Untuk wanita lepas bersalin atau dalam pantang juga keguguran sangat sesuai menggunakan resepi ini bagi memanaskan badan juga melancarkan perjalanan darah.

Resepi Serunding Halia

Bahan-bahan :
1. Halia. Halia tua atau halia muda
2. Ikan Bilis
3. Lada Hitam
4. Garam
5. Minyak untuk mengoreng.

Cara penyediaan :
1. Bersihkan halia. Tumbuk halia, siatkan kepingan isi halia. Boleh kisar, tapis untuk asingkan air.
2. Perasakan dengan garam. Goreng dalam minyak panas sehingga garing.
3. Goreng ikan bilis sehingga garing.
4. Satukan halia dan ikan bilis yang telah siap digoreng.
5. Masukan lada hitam dan sedikit garam.
6. Sedia dihidang.

Boleh di makan dengan nasi panas memang serasi atau juga bubur nasi. Sesuai juga untuk yang tidak ada selera makan atau demam.

03/12/2021

Fuhh..nyaman😅😅

Sepinggan nasi goreng, secawan kopi D'Tox Suzyhoney. Makan lebih sikit pun tak risau dah..kopi dah tau buat keje dia😂

Awak-awak yang nak turunkan berat badan ke, nak kekalkan berat ke..boleh cuba kopi ni tau. Ejas sikit menu diet je. Insyaallah, pasti ada hasil.

Owh ya, yang takde masalah berat badan pun boleh minum kalau ada masalah sembelit. Lepas 8 jam, laju je keluar semua yang berkumpul tu. Lega dia, jangan cakap lah..perut tu rasa macam dah keluarkan letak tepi😂. Kempis! wajib cuba tau.

02/12/2021

Saat kamu melangkah, lakukan yang terbaik dan percayalah bahwa hasilnya akan mengikuti.

Assalamualaikum dan Selamat pagi🥰

01/12/2021

Kemana sahaja kita pergi, pastikan bawa bersama sebotol minyak serai wangi Suzyhoney tau. Lebih-lebih lagi yang ada anak kecil.

Bila keluar, kita terdedah dengan macam-macam jenis serangga terutama nyamuk dan semut gatal.

Untuk mengelakkan gigitan nyamuk, sapu je ke kulit. Insyaallah, nyamuk tak berani dekat.

Untuk yang terkena gigitan, sapu je minyak serai ni, lega gatal-gatal dan kesan gigitan.

Haa..dah seronok melompat-lompat, pasti akan rasa lenguh kan bila dah balik😂. Sapu je minyak serai ni..selesai👍🏻

01/12/2021

Nampak macam sama, tapi khasiat dan aroma berbeza☺️

Yang pastinya, sangat bermanfaat untuk kita🥰

29/11/2021

AMALAN MINUM AIR REBUSAN HERBA BANTU SIHATKAN DALAMAN WANITA.

Jangan risau jika lihat warna merah air rebusan akar kayu ini sebegini rupa. Ini terhasil adalah dari kayu sepang kederang yang ada dalam rebusan akar kayu Suzyhoney ini.

Selain kayu sepang kederang, terdapat manjakani, kacip fatimah dan mascotek juga dalam rebusan akar kayu SuzyHoney.

Bahan bahan ini mampu membantu para wanita menjaga aset dalaman dan luaran serta dapat mencegah masalah mati putik, haid tidak lancar, kentut misV, keputihan dan kelesuan.

Amalkan air rebusan akar kayu suzyhoney selama 2 minggu dan rasakan hasilnya .

28/11/2021

Gabungan serai dan halia memang bagus untuk kesihatan.

Antaranya dapat membuang angin degil dalam badan serta melancarkan percernaan.

Selain itu, petua untuk melegakan sakit senggugut juga ada menggunakan serai dan halia. Ketika senggugut, minumlah air rebusan halia dan serai dalam keadaan suam.

InsyaAllah dapat melegakan senggugut.

24/11/2021

"Anda Ada Masalah Panau?"

Keyakinan diri terganggu bila ada panau di muka. Rasa malu bila berhadapan dengan orang ramai. Boleh lah cuba Sabun Gelenggang SuzyHoney, InsyaAllah dapat mengatasi masalah panau.

Selain panau, sabun gelenggang juga mampu merawat pelbagai masalah kulit seperti ruam, jerawat dimuka akibat resdung serta parut.

Diri bertambah yakin bila masalah kulit tiada lagi 👍🏻 InsyaAllah boleh cuba ikhtiar ya.

24/11/2021

Tahukah Anda..

Ini lah pokok gelenggang. Bunganya berwarna oren, daun gelenggang yang mempunyai banyak fungsinya serta bertindak sebagai agen anti bak.teria yang sangat berkhasiat untuk kulit.

Disebabkan itu, Suzyhoneyherbs mengambil inisiatif untuk menghasilkan sabun daripada daun gelenggang kerana keupayaan tumbuhan ini sendiri menghasilkan buih dan merawat kulit. Bertindak dengan cara melembutkan lapisan kulit luar dan sekaligus membunuh kuman, bakteria dan kulat yang terdapat di kulit.

Pihak Kemen.terian Kesi.hatan Ma.laysia juga telah mewartakan bahawa ekstrak daun gelenggang sebagai ubat tradisional dan ubat farma.seutikal.

21/11/2021

Assalamualaikum
Selamat pagi Ahad yang ceria
Semoga dipermudahkan urusan semua dan dikurniakan rezeki yang melimpah ruah dan dari arah yang tidak disangka-sangka 😊

Amin

17/11/2021

Assalamualaikum
Mudahan hari ini seindah pancaran suria pagi.

4 hal yang harus selalu kita tanamkan dalam hati untuk mencapai apa yang kita harapkan,
NIAT, USAHA, DOA DAN TUJUAN.

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Johor Bahru?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Website

Address


Johor Bahru