Madu Kelulut Penawar
Kami menjual madu kelulut asli untuk kesihatan diri.
12/02/2021
Log baru hasil tangan Rosli
14/10/2020
Ni lah kantung2 madu yg kelulut buat utk isi madu
09/07/2020
Bagi yang tak pernah lihat, ini adalah kantung madu yg diisi oleh kelulut
04/06/2020
Kalau ada hama atau kotoran berwarna putih, bersihkan
04/04/2018
14/03/2018
Madu yang melimpah ruah dalam topping
06/03/2018
Penukaran topping kayu kepada topping pasu
26/02/2018
Lalat yang mengancam kelulut
24/02/2018
KELULUT.O.LOGI #6
*Roda kehidupan*
Putaran roda berpusing laju dan kadang-kadang perlahan. Ada juga naik turun dan pasang surutnya. Itulah norma kehidupan. Hati-hati ketika roda berputar laju. Kayuh perlahan akhirnya sampai juga ke destinasi dituju. Namun perlahan sangat pun orang lain sampai dahulu.
Kelulut mempunyai kitar hidup lengkap selama sekitar 42-45 hari (contoh H. itama). Dua kali ganda tempoh dari lebah madu Apis spp. Kitar hidup ini p**a bergantung kepada beberapa faktor seperti spesis, persekitaran, sumber makanan dan kelangsungan hidup.
Manusia mempunyai nisbah 50:50 kebarangkalian hasil anak lelaki atau perempuan. Semulajadinya begitu. Bagaimana p**a dengan kelulut? Adakah nisbahnya sama? Bagaimana permaisuri menentukan sesuatu koloni itu perlu ada berapa banyak telur pekerja, telur jantan dan telur ratu?
Ratu kelulut yang mengawan (sekali) menyimpan sperma jantan di dalam ruang khas (spermatheca gland), berasingan dari ruang telur. Untuk hasilkan kelulut pekerja (betina), sperma dicampur dengan telur dan diletak di dalam sel telur. Akhirnya menetas jadi kelulut pekerja. Untuk hasilkan kelulut jantan, ratu terus letak telur yang tidak disenyawa (tidak dicampur dengan sperma) ke dalam sel telur.
Bagaiman p**a dengan penghasilan kelulut ratu? Apa yang menentukan telur tersebut jadi pekerja betina atau ratu?
Kelulut pekerja akan menyediakan ruang sel telur yang lebih besar. Makanan yang lebih (royal jelly) akan dibekalkan di dalam sel telur tersebut. Telur ini akan menetas dan menghasilkan kelulut ratu. Jadi di persekitaran yang sumber makanan banyak, kecenderungan sesuatu koloni itu untuk ‘pecah koloni’ secara semulajadi tinggi. Penghasilan sel ratu (dan sel jantan) rancak.
Di dalam foto di bawah. Berapa biji telur sel ratu yang boleh dikenalpasti?
Baru2 ada perbincangan dgn sorang pakar madu dari USM kubang Kerian. Isu madu tiruan memang menyedihkan. Ada dua jenis madu tiruan.
1. Madu sintetik.
Madu ini yg memang dibuat di makmal. Ia adalah campuran gula atau manisan yg bukannya madu. Ia biasanya terdapat dijual di tepi jln, pasar, pasar mlm dgn harga murah.
2. Madu campuran
Madu ini selalunya dari negeri Cina. Madu ini jika dibawa ke negara ke transit eg. Australia, dan New Zealand akan ditukar lebal madu.. i.e tukar surat beranak kpd madu Australia atau New Zealand dan dieksport ke negara ke 3 eg. Amerika, Malaysia. Kononnya madu dari negara2 ini.
Jika sampai di negara ke seperti Iran, ditukar label kpd madu sidir (maaf cakap) dgn menambah perisa dan aroma dan dieksport p**a kpd negara ke negara islam spt Malaysia, indonesia dll.
Di Malaysia madu dari cina ini biasanya dilabel madu kelulut (sebab harganya mahal) setelah dicampur sedikit madu kelulut atau perisa dan aroma sintetik. Biasa juga madu asli ditambah gula utk menambah berat dan isipadunya.
Madu yg berasal dari Cina sgt rendah kualitinya atau kurang berzat kerana lebah diberi minum air gula 2x sehari. Jadi lebah tak perlu susah payah cari manisan dari pokok dan bunga.
Inilah kerja2 mafia madu.
Namun begitu, tidak dinafikan ada madu2 yg asli ie Madu Sidr yg asli, Madu Australia dan New Zealand yg asli dan Madu Kelulut Msia yg asli.
Jadi berhati2lah mencari sumber madu yg asli. Jgn mudah terpedaya.
Tuai madu kelulut dapat 2.525 kg. Alhamdulillah.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
Johor Bahru
81930
