Koperasi Legasi Tok Bidin Berhad
Koperasi ini ditubuhkan daripada kesepakatan dari Keluarga Tok Bidin untuk memberi manfaat bersama
22/05/2026
CADANGAN PROJEK PERTAMA KOOP BIDIN : AIR MINERAL KELUARAN KOPERASI LEGASI TOK BIDIN BERHAD
Beberapa design label botol telah disediakan oleh syarikat pembekal air mineral, Eagle Swift Sdn Berhad yg bertapak di Simpang Renggam Johor.
Tema warna yg dipilih adalah warna Hitam dan Warna Keemasan melambangkan ciri logo Koop Bidin.
Isipadu botol yg dipilih adalah 500 mililiter dan sumber air mineral dibungkus serta dibekalkan oleh Syarikat Eagle Swift Sdn Bhd, anak syarikat Bumiputera Islam.
Hasrat ALK, moga projek printis ini menjadi kenyataan dan dapat bersaing dengan produkx air mineral diluar yg lebih gah namanya dipasaran Malaysia.
16/05/2026
๐น SELAMAT HARI GURU 2026 ๐น
โGuru adalah insan yang menjadi tunjang kepada lahirnya generasi berilmu, berakhlak dan berjaya. Dengan penuh kesabaran dan keikhlasan, para guru mendidik serta membentuk masa depan anak bangsa demi kemajuan negara.
Sempena Sambutan Hari Guru Tahun 2026, kami mewakili seluruh warga koperasi ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua guru atas segala jasa, pengorbanan serta dedikasi yang dicurahkan tanpa mengenal penat lelah.
Semoga semua guru terus diberikan kesihatan yang baik, kekuatan dan keberkatan dalam meneruskan amanah mendidik generasi masa hadapan.
โจ Guru Bitara Nadi Negara โจ
Selamat Hari Guru 2026
Terima kasih cikgu atas segala ilmu dan jasa.โ ๐บ
Ikhlas daripada
Pengerusi dan Ahli Lembaga Koperasi (ALK)
Koperasi Legasi Tok Bidin Berhad
14/04/2026
Lawatan kedua ke Tapak Pembungkusan Air Mineral BumiPutera dibawah Eagle Swipe Sdn Bhd di Machap Johor.
Moga projek pertama Koop Bidin berjalan dengan lancar. Ameen.
14/04/2026
Sekalung tahniah buat YBHG. LEFTENAN JENERAL DATUK AHMAD NORIHAN BIN JALAL (B) atas pelantikan semula sebagai Pengerusi Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). Semoga YBhg. Datuk terus cemerlang dalam menggalas amanah demi kemajuan gerakan koperasi negara.
31/03/2026
Assalamuโalaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Kepada pelajar-pelajar SPM 2025 yang dikasihi,
Bagi pihak barisan Ahli Lembaga Koperasi (ALK), pengurusan, dan seluruh warga Koperasi Legasi Tok Bidin Berhad, saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan syabas di atas pengumuman keputusan SPM 2025 pada hari ini.
Kejayaan yang anda raih hari ini adalah hasil titik peluh, pengorbanan masa, serta sokongan padu daripada ibu bapa dan guru-guru. Ia merupakan satu pencapaian yang sangat bermakna dan patut dibanggakan.
Sebagai sebuah koperasi yang mementingkan legasi ilmu dan keusahawanan, kami percaya bahawa anda semua adalah aset negara yang tidak ternilai. Kami berdoa agar kejayaan ini menjadi batu lonjakan untuk anda meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi, sama ada dalam bidang akademik, teknikal, mahupun keusahawanan.
Kepada mereka yang mencapai keputusan yang cemerlang, jadikan ia motivasi untuk terus merendah diri dan berbakti. Kepada yang mungkin merasa keputusan tidak seperti yang diharapkan, ingatlah bahawa peluang untuk berjaya masih terbuka luas dalam pelbagai bentuk dan bidang. Kunci utama adalah jangan sesekali berputus asa.
Koperasi Legasi Tok Bidin Berhad sentiasa menyokong usaha belia untuk terus maju dan menyumbang kembali kepada masyarakat dan negara pada masa hadapan.
Selamat maju jaya dan semoga ALLAH SWT senantiasa memberkati perjalanan anda semua.
Sekian, Terima Kasih.
ALK Koperasi Legasi Tok Bidin Berhad
31/03/2026
ุจูุณูููููููููููููููููููู
ู ุง๏ทฒูุงูุฑููุญูู
ููู ุงุงุฑููุญููู
ุงูุณูููุงูู
ู ุนูููููููู
ู ููุฑูุญูู
ูุฉู ุงูููู ููุจูุฑูููุงุชููู
*ุชูููุจููู ุงูููู ู
ููููุง ููู
ููููู
ุตูููุงู
ูููุง ููุตูููุงู
ูููู
*
Semoga Allah menerima amalan kami dan amalan kalian, puasa kami dan puasa kalian.
Satu Syawal menjelang tiba,
Takbir bergema mengegarkan jiwa,
Sekiranya ada salah dan dosa,
Ampun dipinta dihari mulia.
Kami, ALK KOOP Bidin ingin mengucapkan,
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin
Seperti insan yang tidak lekang dari melakukan kesilapan, saya dan keluarga ingin memohon maaf seandainya ada terkasar bahasa atau perlakuan.
Ikhlas Daripada
ALK
KOOP Bidin
*ุขูู
ููููููููู ููุขุฑูุจู ุขููุนูุขููู
ููููู*
03/03/2026
Alhamdulilah. Dapat hadir mewakili Koop Bidin dalam kursus atas talian.
๐ฅ KURSUS: BISNES TANPA MODAL โ PELUANG JANA PENDAPATAN KOPERASI
Bayangkan koperasi anda:
โ
Jana income tanpa beban modal tinggi
โ
Ada model bisnes yang cepat bergerak
โ
Kurang risiko, lebih potensi pulangan
โ
Lebih mampan & berdaya saing
๐ก Apa yang anda akan kuasai:
๐ฏ Model bisnes tanpa modal yang praktikal
๐ง Strategi AutoJana pendapatan koperasi
๐ค Teknik kolaborasi & leverage sumber sedia ada
๐ Idea bisnes kos rendah tapi pulangan tinggi
๐ Langkah terus boleh buat selepas kursus
๐ฅ Sangat sesuai untuk:
โ๏ธ Lembaga & pengurusan koperasi
โ๏ธ Usahawan koperasi
โ๏ธ Belia koperasi
โ๏ธ Koperasi yang nak tambah income
๐๏ธ 3 Mac 2026 (Selasa)
๐ 9.00 pagi - 12.00 tgh hari
๐ Secara Dalam Talian
๐ฐ Percuma
17/10/2025
Next Step lepas kelulusan pendaftaran Koperasi, kita terus ke Coop Bank Pertama Cawangan Johor Bahru.
Alhamdulilah, Pegawai Bank disana memduahkan proses pengurusan pembukaan akauan.
Moga proses berjalan dengan lancar. Insya allah
17/10/2025
Alhamdulilah. Syukurlillah.
Koperasi Legasi Tok Bidin Berhad telah lulus pendaftaran dan mendapat perakaun pendaftaran koperasi dari Suruhanjaya Koperasi Malaysian melalaui SKM Wilayah Johor Bahru dengan No Pendaftaran 202562501669
26/06/2025
24 Jun 2025 - 1 x wakil ALK Koop Bidin telah menghadiri Seminar Kesedaran Amalan Environment Social dan Governace (ESG) Dalam Perniagaan Anjuran IKMA secara atas talian.
Moga ilmu yg diberikan dapat dimanfaatkan dalam koperasi.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Telephone
Address
Denai 1 Kempas Baru
Johor Bahru
81200
