Sacha Inchi Original by Go Nature

Sacha Inchi Original by Go Nature

Share

Sacha Inchi merupakan sejenis tumbuhan yang dinobatkan sebagai SUPERFOOD pada tahun 2016

Sacha Inchi | SHORTS | 27/11/2022

https://youtube.com/shorts/K-pQvOXM21s?feature=share

Sacha Inchi | SHORTS | Sekiranya anda mempunyai soalan, sila tinggalkan di ruang comment atau DM terus -----------------------------------Follow me on social media:INSTAGRAM- https...

19/11/2022

Dalam apa jua keadaan dan ruang,
carilah waktu untuk duduk sekejap dan mengingati Allah.
Basahi lisan dan hati dengan zikrullah.
Berserah diri dan memohon pertolongan Allah.
Tiada yang lain, Allah jualah sebaik-baik penolong bagi diri kita.

13/11/2022
25/09/2022

Rezeki bertambah dengan berkongsi
Itu tanda bersyukur

20/09/2022

Satu-satunya, dia.
Sampai bila-bila tak kan ada gantinya.

Dia lah emak.
Berbaktilah selagi masih ada usia,

Berdoa dan berbuat baiklah agar dia terus menerus bahagia di alam sana..

رَبَّنَا ٱغْفِرْ لِى وَلِوَٰلِدَىَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ ٱلْحِسَابُ

Maksudnya: Wahai Tuhan Kami, berikanlah ampun bagiku dan kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan.

Surah Ibrahim, 14: 41

20/09/2022

Tuan puan,

Kejayaan takkan datang bergolek. Kena ada ikhtiar yang didahulukan sesuai ketetapan Allah.

Jom pujuk hati,
Bangkit dari sikap lemah dan berputus asa,
Keluar dari kemalasan,
Berjuang teruskan kehidupan.

InshaAllah, balasan kebaikan pasti akan datang.

14/08/2022

Hati-Hati jaga diri.
Agar tak jatuh dalam perangkap syaitan yang dilaknat Illahi.

Itulah yang disebut sebagai TAQWA.

13/08/2022

Dunia yang semakin rencam dan penuh pancaroba. Senjata kita adalah dengan banyak berdoa.
Ustaz kongsi satu doa yang diajar Nabi Muhammad s.a.w iaitu :

“Apabila kamu selesai membaca tasyahhud akhir, maka mohonlah berlindung dengan Allah daripada empat perkara: daripada seksaan kubur, seksaan neraka Jahanam, fitnah kehidupan dan kematian, serta daripada kejahatan al-masih al-Dajjal.”

[Riwayat Muslim]
Doa ini dibaca ketika masih dalam solat.

Selesai baca tahiyat akhir, boleh terus baca doa ini sebelum beri salam.

Sama-sama kita amalkan. Moga Allah pelihara kita.

10/08/2022

DAHSYATNYA SOLAT DHUHA

Solat Dhuha antara amalan sunat yang tidak pernah ditinggalkan oleh Rasulullah s.a.w

Sangat banyak kelebihannya.

Apa kata kita tambah satu amalan ini dan istiqamah. Boleh dilaksanakan 2, 4, 6, 8 atau 12 rakaat.

Ustaz kongsikan 5 kelebihan solat dhuha sebagai motivasi untuk kita beramal lillahi taala.

1. Sebagai Sedekah Yang Tak Disedari

Daripada Abi Zar r.a, bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda:

“Pada pagi hari, setiap sendi salah seorang daripada kamu memerlukan kepada sedekah. Maka setiap tasbih (Subhanallah) itu adalah sedekah, setiap tahmid (Alhamdulillah) itu adalah sedekah, setiap takbir (Allahuakbar) itu adalah sedekah, menyuruh berbuat perkara yang baik adalah sedekah, melarang daripada perkara yang mungkar adalah sedekah. Dan semua itu cukup (bersedekah kepada semua sendi itu) dengan dua rakaat yang telah didirikan oleh seseorang itu daripada solat dhuha.”

(Hadis Riwayat Muslim)

2. Diampunkan dosa walau seperti buih di lautan

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:

“Barangsiapa yang menjaga sembahyang dhuhaNya, nescaya diampuni Allah baginya aku segala dosanya walaupun seperti buih di lautan.”

(Riwayat Ibnu Majah dan at-Tirmidzi)

3. Dibangunkan rumah di syurga

Sabda Nabi SAW;

“Barangsiapa yang solat dhuha sebanyak empat rakaat dan empat rakaat sebelumnya, maka ia akan dibangunkan sebuah rumah di syurga.”

(al-Jami’: 634)

4. Sentiasa dicukupkan rezeki

Nu‘aim bin Hammar bahawa ia berkata,

“Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda; Allah berfirman, ‘Wahai anak Adam, janganlah kamu berasa lemah untuk beribadah kepada-Ku dengan cara mengerjakan solat empat rakaat di awal waktu siangmu, nescaya akan Aku cukupkan untukmu di akhir harimu.”

(Hadis Riwayat Abu Dawud)

5. Mendapat pahala seperti menunaikan umrah

Daripada Abu Umamah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda,

“Barangsiapa yang keluar dari rumahnya dalam keadaan bersuci untuk melaksanakan solat wajib, maka pahalanya seperti seorang yang melaksanakan haji. Barangsiapa yang keluar untuk melaksanakan solat Dhuha, maka pahalanya seperti orang yang melaksanakan umrah.”

(Sahih al-Targhib: 673)

08/08/2022

Syukur dan sabar,
Dua jalan bahagia yang membawa kita menuju syurga.

06/08/2022

[𝗝𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗥𝗜𝗦𝗔𝗨] - 𝗝𝗔𝗠𝗜𝗡𝗔𝗡 𝗪𝗔𝗡𝗚 𝐃𝐈𝐊𝐄𝐌𝐁𝐀𝐋𝐈𝐊𝐀𝐍
Alhamdulillah. Terlampau banyak testimoni dan manfaat pengguna sacha inchi dapat lepas ikhtiar secara konsisten
Tuan & Puan nak cuba?
Klik link dibawah sekarang sementara promosi 𝟐𝟎𝟐𝟐 + 𝐅𝐑𝐄𝐄𝐆𝐈𝐅𝐓 + 𝐅𝐫𝐞𝐞 𝐒𝐡𝐢𝐩𝐩𝐢𝐧𝐠 (SEMENANJUNG) masih ada

https://sihatsachainchi.com/products/go-nature-sacha-inchi-softgel

30/07/2022

Jumaat penuh berkah.
Moga Allah beri kita kesembuhan dari apa jua jenis penyakit.

Baik penyakit pada jasad,
penyakit pada akal,

Mahupun yang paling bahaya,
penyakit pada hati.

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Kajang?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Address


No 26-1, Jalan Kajang Putra 2, Taman Kajang Putra
Kajang