MK Men - Ahmed Akmal

MK Men - Ahmed Akmal

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from MK Men - Ahmed Akmal, Beauty, cosmetic & personal care, Kajang.

Photos from MK Men - Ahmed Akmal's post 14/03/2023
23/01/2023

Berikut adalah KUNCI kejayaan perniagaan yang MESTI anda ikuti untuk pastikan perniagaan anda Berjaya :
๐Ÿ‘‡๐Ÿป๐Ÿ‘‡๐Ÿป๐Ÿ‘‡๐Ÿป๐Ÿ‘‡๐Ÿป๐Ÿ‘‡๐Ÿป๐Ÿ‘‡๐Ÿป๐Ÿ‘‡๐Ÿป๐Ÿ‘‡๐Ÿป

1. Buat kerana minat yang amat mendalam!

๐Ÿ”ฅSemestinya kita mulakan perniagaan kerana mahukan wang. Wang merupakan motivasi utama dalam memulakan perniagaan.
TETAPI, jangan jadikan wang sahaja sebagai sebab utama menjalankan perniagaan. Lakukan perniagaan kerana MINAT.

๐Ÿ”ฅMinat terhadap produk yang ingin dijual, minat terhadap perkhidmatan yang ingin diniagakan dan juga MINAT pada prospek menjalankan perniagaan untuk tahun-tahun yang akan datang tanpa jemu!

๐Ÿ”ฅMinat akan membuatkan kita s**a pada apa yang kita lakukan. Alangkah โ€œbestโ€nya sekiranya kita menjana pendapatan menerusi perniagaan dengan melakukan apa yang kita s**a.

โ˜๐Ÿปโ˜๐Ÿปโ˜๐ŸปNamun harus ingat, bahawa minat pada sesuatu bidang sahaja tidak mencukupi tanpa adanya minat dalam bidang perniagaan. Minat dalam bidang perniagaan akan memberi motivasi kepada kita untuk terus belajar selok belok perniagaan. Pelajari strategi dan teknik perniagaan untuk memastikan perniagaan yang kita minat dapat terus maju pada tahun-tahun yang akan datang.
๐ŸŽฏ๐ŸŽฏ๐ŸŽฏ๐ŸŽฏ๐ŸŽฏ๐ŸŽฏ๐ŸŽฏ๐ŸŽฏ๐ŸŽฏ๐ŸŽฏ

2. Fokus, Fokus, dan FOKUS!

๐Ÿ”ฅJangan cepat berubah hati. Situasi ini selalu terjadi kepada kita semua sebenarnya, lebih-lebih lagi apabila perniagaan kita agak lembab dan tidak berhasil. Selalunya ini berlaku pada peringkat awal perniagaan.

๐Ÿ”ฅJadi bagi mereka yang tidak tahan sabar, saat ini dirasakan gagal. Lalu, mereka membuat keputusan, โ€˜Sebelum gagal lebih lagi, baiklah mereka menukarkan kepada perniagaan lain!โ€™

โ˜๐Ÿปโ˜๐Ÿปโ˜๐ŸปJangan bimbang, bukan anda saja yang merasainya begitu. Ramai usahawan yang baru-baru terlibat di dalam perniagaan akan berpendapat sedemikian.

๐Ÿ”ฅSebenarnya, ini terjadi kerana kurang keyakinan dan tidak fokus. Anda hanya perlu fokus dan teruskan usaha anda. Usaha dengan lebih gigih lagi dan fokus pada satu perniagaan dulu sehingga berjaya. Jangan cepat-cepat menukar perniagaan lain.
๐ŸŽฏ๐ŸŽฏ๐ŸŽฏ๐ŸŽฏ๐ŸŽฏ๐ŸŽฏ๐ŸŽฏ๐ŸŽฏ๐ŸŽฏ๐ŸŽฏ๐ŸŽฏ

3. Tambahkan prospek melalui promosi, promosi dan PROMOSI!

๐Ÿ”ฅTanpa promosi, perniagaan akan gagal. Itu sahaja! Perniagaan yang tidak melakukan promosi tidak akan mendapat prospek. Dan usaha menambahkan prospek adalah langkah pertama dalam mendapatkan jualan. Lebih ramai prospek yang kita perolehi, lebih besar kemungkinannya perniagaan kita akan berjaya.

๐Ÿ”ฅUsaha mendapatkan prospek adalah melalui promosi dan pengiklanan. Promosi dan pengiklanan perlu dilakukan secara berterusan- setiap hari. Sekiranya kita berhenti melakukan sebarang promosi perniagaan, mungkin kita akan dapat lihat penurunan jumlah prospek berkurangan dalam minggu atau bulan yang akan datang. Begitu juga usaha promosi anda hari ini, mungkin hanya akan melihat prospek bertambah, minggu atau bulan yang akan datang.
๐ŸŽฏ๐ŸŽฏ๐ŸŽฏ๐ŸŽฏ๐ŸŽฏ๐ŸŽฏ๐ŸŽฏ๐ŸŽฏ๐ŸŽฏ๐ŸŽฏ๐ŸŽฏ

4. Rancang dan atur perniagaan anda.

๐Ÿ”ฅSetelah promosi dijalankan secara berturutan, semakin hari semakin ramai pelanggan anda, semakin banyak tanggungjawab anda. Di waktu ini, perancangan yang teliti, teratur dan jelas, boleh memberi anda kelebihan.

๐Ÿ”ฅTuliskan semua, rancangan anda agar anda dapat melihat โ€œprogressโ€ perniagaan anda setakat ini. Jangan terus-terusan menerima pelanggan tanpa sebarang catatan. Ini amat penting untuk anda memiliki sebuah perniagaan yang boleh bertahan lama. Anda mesti ada fail-fail stok, jualan, perbelanjaan, keluar masuk wang ringgit. Semua ini akan menentukan kejayaan atau kegagalan anda dalam menguruskan sebuah perniagaan.

sekadar perkongsian ringkas

Credit: Abdul Rahman Rejab
๐Ÿ’ช๐Ÿป๐Ÿ’ช๐Ÿป๐Ÿ’ช๐Ÿป๐Ÿ’ช๐Ÿป๐Ÿ’ช๐Ÿป๐Ÿ’ช๐Ÿป๐Ÿ’ช๐Ÿป๐Ÿ’ช๐Ÿป๐Ÿ’ช๐Ÿป

07/01/2023

You can never go wrong with a gift he can use every day. With MKMenยฎ Hair and Body Wash Set, he can start his day feeling and smelling great with a relaxing shower infused with MKMen's signature scents.

Get in touch with a Beauty Consultant to purchase: https://www.marykay.com.my/en-my/find-an-independent-beauty-consultant

02/01/2023
Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Kajang?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Website

Address


Kajang
43000