Sacha Inchi Oil Peru Omega 369 - Clear Herbs Jenama Sejak 2014

Sacha Inchi Oil Peru Omega 369 - Clear Herbs Jenama Sejak 2014

Share

Menjual Minyak Sacha Inchi Original Peru

21/08/2022

Promo Sacha Inchi sempena bulan Kemerdekaan bermula sekarang!

Klik link whatsapp :
https://promoclearherbs.wasap.my

02/07/2022

"Saya 66 tahun dah boleh hiking bukit tanpa ada rasa kejang otot, sakit2 badan dan keletihan. Tekanan darah & kolesterol pun dah normal. Semuanya lepas 3 bulan amalkan Sacha Inchi Clear Herbs" - Marlynah

"Kaki saya kt hujung ni keras & ada ketuat yg keras jugak..dah setahun tak hilang2, pakai ubat kt farmasi pun tak hilang, lepas amalkan sacha inchi ni, kulit yg keras2 ni semua menggelupas, memang lembut lah kulit jadi.. happi nya... "- Izyan

Sacha Inchi Oil Clear Herbs memang mujarab. Kaya dengan Omega 3,6 & 9 yang lebih baik dari minyak ikan ! Mempunyai Vitamin A & E serta tinggi Anti Oksidan !

Sacha Inchi Oil Clear Herbs ini dimport original dari PERU, tempat terbaik Sacha Inchi. Pastikan dari PERU baru lah yg Grade Terbaik ! CLEAR HERBS Jenama dipercayai sejak 2014.

Sacha Inchi boleh membantu :
✅ Mengawal Tekanan Darah
✅ Mengawal Gula Dalam Darah
✅ Menurunkan Paras Kolesterol
✅ Menghilangkan kebas-kebas
✅ Menghilangkan biji kolesterol
✅ Menguatkan Antibodi
✅ Melembut, melembab & mencantikkan kulit
✅ Menghilangkan kutil / ketuat dan kulit merekah
✅ Merawat penyakit kulit spt ekzema
✅ Menghilangkan gatal-gatal

Dijamin Harga TERBAIK di pasaran ! RM 50 sahaja. Jom dapatkan lagi DISKAUN hebat Sacha Inchi Oil !

Klik link wasap dibawah untuk harga diskaun 👇👇👇

WASAP SINI >> http://promosacha.wasap.click
WASAP SINI >> http://promosacha.wasap.click
WASAP SINI >> http://promosacha.wasap.click

02/07/2022

10 khasiat daun Sacha Inchi kepada Kesihatan

1. Kesan Anti Bakteria

Kajian in vitro menunjukkan bahawa terdapat ekstrak daun sacha inchi dihasilkan untuk melawan bakteria seperti Staphylococcus aureus. Ini kerana ekstrak ini mampu menghalang bakteria Staphylococcus aureus daripada menempel pada pada bahagian epidermis kulit.

Bahagian epidermis kulit sangat penting dalam merawat kulit. Manakala Staphylococcus aureus adalah patogen yang menyebabkan jangkitan. Sekiranya berlaku kecederaan pada kulit, kehadiran Staphylococcus aureus akan menyebabkan jangkitan dan melambatkan proses penyembuhan.

2. Kesan Anti Keradangan

Daun sacha inchi mengandungi asid lemak penting yang membantu dalam mengurangkan keradangan dan menyembuhkan luka. Keradangan adalah tanda dimana badan sedang melawan penyakit ataupun luka. Keradangan adalah mekanisme perlindungan yang normal yang berlaku dalam badan.

Akan tetapi, keradangan yang kronik akan menyebabkan penyakit seperti arthritis. Oleh itu, daun sacha inchi membantu dalam mengurangkan keradangan dan mempercepatkan proses penyembuhan luka yang disebabkan oleh keadaan keradangan yang kronik.

3. Mengandungi Vitamin A dan Vitamin E

Daun sacha inchi tinggi dengan vitamin A dan vitamin E. Kedua-dua vitamin ini penting untuk kesejahteraan tubuh badan. Vitamin A merupakan vitamin yang berperanan dalam melindungi kesihatan mata, menguatkan tulang, memastikan pertumbuhan yang sihat dan proses pembiakan semula.

Manakala vitamin E p**a merupakan antioksidan yang membantu dalam melindungi sel daripada radikal bebas yang berbahaya, meningkatkan sistem imunisasi dan melindungi daripada penyakit degeneratif.

4. Tinggi Dengan Protein yang Lengkap

Protein merupakan sumber penting bagi menghasilkan tisu, membentuk otot dan mengawal hormon. Protein boleh diperoleh melalui makanan dan ada juga protein dihasilkan oleh tubuh badan kita. Sumber makanan berasaskan haiwan mengandungi protein yang lebih baik daripada protein berasaskan tumbuh-tumbuhan.

Namun demikian, terdapat golongan vegetarian dimana mereka tidak mengambil makanan dari sumber haiwan. Oleh itu, mereka perlu mengambil protein daripada sumber tumbuh-tumbuhan. Daun sacha inchi merupakan sumber protein tumbuhan yang lengkap kerana mengandungi sembilan asid amino penting. Ini menjadikan daun sacha inchi merupakan sumber protein terbaik dalam menggantikan protein daripada sumber haiwan.

5. Meningkatkan Sensitiviti Insulin

Daun sacha inchi membantu dalam meningkatkan sensitiviti insulin. Secara spesifik, daun sacha inchi menjadikan insulin lebih sensitif setelah pengambilan makanan yang tinggi dengan lemak tepu.

Ini bermaksud daun sacha inchi membantu dalam proses pencernaan makanan dan menyerap lebih banyak nutrisi selepas makan. Dengan mekanisme ini, paras gula dalam darah dapat dikawal.

6. Menurunkan Paras Kolesterol

Pengambilan ekstrak daun sacha inchi selama 60 hari dalam uji kajian haiwan menunjukkan bahawa organ hati haiwan tersebut bertambah baik. Ini kerana paras kolesterol dan trigliserida menurun manakala paras kolesterol baik (kolesterol-HDL) meningkatkan.

Manakala dalam kajian yang melibatkan manusia, pengambilan ekstrak daun sacha inchi memberikan kesan yang positif terhadap bacaan lipid mereka.

Artikel Berkaitan: Punca Kolesterol Tinggi

7. Membantu Mengurangkan Berat Badan

Bagi golongan yang ingin menurunkan berat badan, daun sacha inchi dapat membantu untuk memenuhi usaha itu. Ini kerana daun sacha inchi mengandungi protein dan serat yang menjadikan ia sebagai usaha tambahan untuk berdiet. Protein bertindak dalam mengurangkan rasa mengidam dan mengawal selera makan. Manakala, serat p**a akan memberikan kesan rasa kenyang lebih lama untuk mengelakkan pengambilan makanan secara berlebihan.

8. Meningkatkan Kesihatan Usus

Walaupun masih tiada lagi kajian yang dijalankan terhadap manusia, terdapat kajian terhadap haiwan menunjukkan bahawa daun sacha inchi meningkatkan tahap kesihatan usus. Sebagai contoh, satu kajian menunjukkan bahawa ekstrak daun sacha inchi yang diberikan kepada sekump**an tikus dengan diet yang tinggi lemak, menghasilkan lebih banyak bakteria baik dalam usus.

Satu kajian yang lain menunjukkan bahawa kesan pengambilan ekstrak daun sacha inchi meningkatkan kesihatan mikroorganisma dalam usus sekump**an tikus. Seperti yang diketahui, serat merupakan sebatian yang meningkatkan keteraturan dalam sistem penghadaman. Serat ini membantu dalam proses penyahtinjaan dan melindungi daripada keadaan seperti buasir dan diverticulitis, penyakit yang disebabkan oleh jangkitan atau keradangan dalam usus.

9. Melindungi Daripada Penyakit Kanser

Satu kajian menunjukkan bahawa ekstrak daun sacha inchi mendorong kepada proses apoptosis. Proses apoptosis adalah proses sel mati untuk menyingkirkan sel yang tidak diperlukan atau sel yang tidak normal. Proses ini adalah salah satu langkah untuk melindungi daripada penyakit kanser.

Ekstak daun menghalang HeLa iaitu sel kanser serviks dan A549 iaitu sel tumor daripada tisu paru-paru. Daun sacha inchi menghasilkan kesan anti proliferatif dengan mematikan sel kanser daripada membahagi.

10. Mengandungi Kesan Perlindungan Saraf

Sedarkah anda bahawa daun sacha inchi yang bersaiz kecil mampu meningkatkan keupayaan otak kita. Ini kerana daun sacha inchi mengandungi kesan perlindungan neuron dimana ianya membantu mengurangkan kerentanan terhadap kecederaan akut seperti strok dan kecederaan tulang belakang. Daun sacha inchi juga mampu meningkatkan kesihatan mental dan mengurangkan simptom tekanan jiwa.

Kesimp**an
Pengambilan diet berasaskan tumbuh-tumbuhan memberikan manfaat kepada kesihatan. Sebagai contoh, meningkatkan kesihatan mental, membekalkan tenaga dan mengelakkan daripada pelbagai penyakit seperti kanser dan kencing manis. Ianya juga akan mengelakkan masalah kesihatan yang berasal daripada pemakanan yang tidak sihat dan tidak seimbang.

Tambahan p**a, makanan berasaskan tumbuh-tumbuhan lebih murah daripada produk berasaskan haiwan dan lebih mesra alam. Oleh itu, pengambilan daun sacha inchi boleh dijadikan salah satu pilihan dalam diet seharian. Diharapkan agar lebih banyak kajian dijalankan untuk merungkaikan rahsia kesihatan disebalik daun sacha inchi ini.

02/07/2022

MINYAK SACHA INCHI MENGURANGKAN KOLESTEROL.

Sacha inchi, atau Incha peanut merupakan sejenis kekacang dari pokok yang ditanam di kawasan tanah tinggi. Nama saintifiknya adalah Plukenetia volubilis dalam keluarga Euphorbiaceae.

Minyak sacha inchi diperoleh dari biji buahnya. Buahnya dikopek dan bijinya dipanggang sebelum diperah menggunakan pelbagai teknik, antaranya teknik 'cold press' dimana Minyak bijinya ditekan untuk menghasilkan minyak tanpa menggunakan suhu yang tinggi.

Minyak sacha inchi kaya dengan asid lemak tidak tepu, iaitu asid alfa-linolenik dan asid linoleik iaitu sekitar 30-60%.

Alfa linolenik merupakan sejenis omega 3, manakala asid linoleik merupakan sejenis omega 6. Selain itu, minyak sacha inchi juga kaya dengan protein, sekitar 25-30%, tokoferol, mineral, polifenol dan sterol tumbuhan.

Minyak sacha inchi merupakan sumber lemak tidak tepu yang baik, terutama untuk mereka yang vegetarian dan tidak gemar ikan.

Ia juga sumber protein, dan tokoferol dan polifenol yang merupakan antioksidan semulajadi.

Sterol tumbuhan bermanfaat untuk kesihatan secara umum. Pengambilan sterol tumbuhan bermanfaat untuk meningkatkan lemak yang sihat di dalam tubuh badan.

Adakah pengambilan sacha inchi merawat penyakit?

Kajian mendapati pesakit yang mengambil minyak sacha inchi dengan makanan tinggi lemak mengalami penurunan kolesterol total (TC).

Secara umumnya, minyak sacha inchi mengandungi asid alfa linolenik dan protein yang lebih tinggi berbanding minyak sayuran yang lain.

Jika anda ingin menikmati kelainan dalam hidangan salad anda, saya pasti minyak sacha inchi merupakan pilihan yang menarik yang memberikan rasa yang unik.

Kesimp**annya, minyak sacha inchi merupakan minyak yang kaya dengan sumber nutrisi tambahan & sangat banyak khasiat.

Rujukan

Alayón, A. N., Ortega Ávila, J. G., & Echeverri Jiménez, I. (2019). Metabolic status is related to the effects of adding of sacha inchi (Plukenetia volubilis L.) oil on postprandial inflammation and lipid profile: Randomized, crossover clinical trial. Journal of Food Biochemistry, 43(2), e12703. doi:https://doi.org/10.1111/jfbc.12703

Gonzales, G. F., & Gonzales, C. (2014). A randomized, double-blind placebo-controlled study on acceptability, safety and efficacy of oral administration of sacha inchi oil (Plukenetia volubilis L.) in adult human subjects. Food and Chemical Toxicology, 65, 168-176. doi:https://doi.org/10.1016/j.fct.2013.12.039

Wang, S., Zhu, F., & Kakuda, Y. (2018). Sacha inchi (Plukenetia volubilis L.): Nutritional composition, biological activity, and uses. Food Chemistry, 265, 316-328. doi:https://doi.org/10.1016/j.foodchem.2018.05.055

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Kajang?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Website

Address


Taman Kajang Sentral
Kajang
43000